Pages

Subscribe:

26 Oktober, 2009

PARA mertua di India sebenarnya mengalami trauma akibat ditindas oleh menantu perempuan mereka.


PARA mertua di India sebenarnya mengalami trauma akibat ditindas oleh menantu perempuan mereka.


PERJUMPAAN mingguan diadakan untuk membantu wanita yang menghadapi tekanan dari segi mental dan fizikal.


Derita ibu mertua di India
Jika selama ini kisah ibu mertua yang menindas menantu perempuan, di India lain pula ceritanya. Lebih mendukacitakan, para mertua terbabit terpaksa memendam dalam diam.

BERTAHUN-TAHUN lamanya mereka menjadi bahan jenaka. Seolah-olah ia menjadi satu keseronokan dan mereka menjadi topik utama oleh pelawak seluruh dunia. Tetapi di India, para mertua bergaduh dan bertelagah kerana sebab dan punca yang berbeza.
Satu kumpulan dengan kempen baru Forum Perlindungan Ibu Mertua India ditubuhkan bukan sahaja untuk mempertahankan stereotaip negatif tetapi untuk membela hak mereka dari segi undang-undang.
"Apa yang berlaku di India adalah ibu mertua sering ditindas oleh menantu mereka. Perkara ini jelas di mana-mana. Tetapi ia tidak diketahui umum.
"Ia sering berlaku di dalam rumah dan ibu mertua berasa malu atau gusar untuk menceritakan kepada masyarakat sekeliling kerana ia tidak akan diterima. Tiada siapa akan mendengar kata-katanya. Golongan ibu mertua menderita dalam diam," kata Pangasas, Neena Dhulia.
Kumpulan di bahagian selatan bandar Bangalore itu mempunyai lebih kurang 50 ahli.
Sejak dilancarkan awal bulan lalu kumpulan tersebut berjaya menarik perhatian wanita dari Mumbai dan New Delhi untuk membuka cawangan di sana.
Perjumpaan
Perjumpaan mingguan diadakan dan bantuan istimewa disediakan untuk membantu wanita yang menghadapi tekanan dari segi mental dan fizikal akibat perbuatan menantu perempuan mereka.
Bagi menangkis imej yang mengatakan golongan ibu mertua adalah penindas utama, kumpulan tersebut membentangkan kajian India National Family Health Survey (NFHS) menjelaskan, yang wanita berusia antara 15 tahun hingga 49 tahun adalah lapan kali lebih cenderung berdepan dengan kekejaman ibu sendiri atau ibu tiri berbanding ibu mertua.
Kebiasaannya di India, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga akan tinggal bersama saudara terdekat suami. Tetapi tradisi itu boleh mencetuskan masalah.
Kajian NFHS pada 2007 menunjukkan bahawa tiga per empat wanita berumur antara 15 tahun hingga 49 tahun mengalami keganasan domestik tetapi hanya satu perempat daripada mereka yang mendapatkan bantuan.
Mangsa kebanyakannya tidak berpelajaran, wanita pedalaman daripada tangga ekonomi terendah dan 85 peratus daripada kes suami mereka tidak bertanggungjawab.
Pouru Chistiwadia, dari Lawyers Collective di Mumbai berkata, kadangkala ibu mertua membuat aduan masalah tersebut hanya perlibatkan perbezaan personaliti dengan menantu.

Tetapi, kaum isteri di India sering dianiaya atau didera oleh ibu suami mereka sama ada membuat teguran mengenai tingkah laku, keluarga atau menyuruh mereka membuat kerja seperti orang gaji.
Katanya, ibu mertua juga sering meracun fikiran anak mereka untuk memukul isteri. Namun beberapa mangsa terutama daripada keluarga susah akan mengambil tindakan melarikan diri.
"Ia merupakan perbalahan yang rumit. Ibu mertua menganggap dia berkuasa dan tidak mahu menantu perempuannya mengubah kenyataan itu," katanya.
Permintaan terhadap dowri atau harta yang diberikan oleh keluarga pengantin perempuan dan tekanan untuk membuang bayi perempuan menjadi antara sebab utama kepada penderaan ini. Walaupun dowri dan pengguguran bayi kerana jantina adalah diharamkan di India tetapi ia masih diamalkan.
Seorang suri rumah, Dhulia, berusia lewat 50-an memberitahu, perubahan sikap wanita muda di India termasuk bantahan untuk tinggal di rumah mertua menjadi penyebab kenapa menantu wanita mengalihkan kemarahan mereka kepada ibu suami mereka.
"Kumpulan tersebut mahu undang-undang digubal supaya dapat melindungi mereka daripada keganasan domestik," katanya.
Mereka juga mahu pihak polis menyiasat dengan lebih terperinci mengenai setiap kes yang dilaporkan.
"Mana-mana wanita yang membuat aduan palsu akan dihukum seadil-adilnya. Buat masa ini dia akan dibiarkan bebas tetapi keluarga suaminya akan menanggung stigma dan akan dipandang serong.
"Sasaran utama kami adalah untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu mengubah sikap dan perlakuan. - AFPRencana Utama!»
lowfullscreen="true" width="425" height="344">

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.