Pages

Subscribe:

06 Disember, 2009

20 Sebab Lelaki Tak Kawin...fikirlah



1.."Duit belum cukup lagi". Perempuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin dan hantaran . sudah itu mas kawin & hantaran itu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak saja. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya perempuan tau. Meggie pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin". Tak ada kereta perempuan pun pandang kita sebelah mata saja . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah nak cari yang berkenan dihati". Memang susah pun. Perempuan sekarang ini ?ada duit abangku sayang, tak ad pitis sayang pun habis!

4."Tak datang seru lagi kot". Dara pun tak ada lagi? macamana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan". Banyak sangatlah procedure karang ni. Nak kena masuk kursus , Ujian HIV , lepas itu ada keluarga si dia tidak sukakan kita. Nak ajak kawin dekat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia lah". Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.Perempuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la". Ilmu batin itu memang dah cukup sejak dapat ?mimpi basah? yang pertama itu kita sudah pandai. Tapi ilmu rumahtangga? soal-soal perempuan belum khatam lagi. Nanti rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita juga!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 saja.Kena bimbing pulak lepas itu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung ,ini pulak nak tanggung dosa isteri". Berat tanggungjawab ini. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.. Kalau dapat isteri yang memahami itu ok juga.

9."Sudah mencuba tapi telah dikecewakan" . Perempuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya saja ? tak kira laki orang ka?.duda orang ka?
terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu ". Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ini lebih besar. Peremmpuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi ". Dah berusaha tapi asyik kena reject saja. Entah apa yang perempuan cari !!

12.."Perempuan ini peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita ini suka sangat" . Perempuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia hilang sehari pun dia merajuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia itu. Sudah itu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jalan jalan, makan-makan? ..habis itu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, ini kita suka dan ini kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". Perempuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah lah". Sebenarnya dah memang terluka. Cuma perempuan sajer buat tak tau!!

15."Dia ini suka pasang ramai orang sangat". Haah? dia banyak kawan lelaki. Kita ini duduk dalam Senarai menunggu (waiting list) dia Saja.

16. "Dia memang banyak helah sekejap suka sekejap tidak". Perempuan memang macamtu..

17. "Nak cari yang solehah ". Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya tunang.

18. "Masalah ". Perempuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajar awek saya itu ada master atau phd malu lah". Takkan kita yang ada SPM ini saja nak terheggeh awek itu. Siang-siang lagi emak bapa dia dah Tolak.

20. "Saya suka sangat kepada dia, tapi dia tak suka kepada saya". Peremmpuan suka bermain-main dengan hati lelaki yang suka kat dia


JANGAN BIAR BUJANG SAMPAI TUA KAMU......KALAU TAK ADA DUIT SIAPA NAK AMBIL JADI MENANTU....NANTI ANAKNYA TAK MAKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.