Penceritaan lengkap era darurat, kekejaman komunis
Tajuk: The Malayan Emergency Revisited 1948-1960
Penulis: Leftenan Jeneral (B) Mohd. Azzam Mohd. Hanif Ghows
Penerbit: AMR Holdings Sdn. Bhd. dan Yayasan Pelajaran Islam
ISBN: 983-42980-0-5
Harga: RM200
Pengulas: WAN NORAZAH WAN CHIK
BUKU setebal 386 muka surat ini memang kaya maklumat. Pelbagai fakta dicoretkan di dalamnya dan kehadiran ribuan gambar ketika era darurat melengkapkannya sebagai sebuah buku yang begitu menarik dan informatif.
Bagi mereka khususnya golongan muda dan remaja yang tidak mengetahui "kesengsaraan dan kepahitan" yang pernah dilalui oleh rakyata pada era komunis, buku ini mungkin adalah jawapan paling sesuai.
Menyelusuri dari muka pertama hingga ke penghabisan, kita akan disogokkan dengan fakta demi fakta mengenai apakah itu Parti Komunis Malaya (PKM). Siapa yang menggerakkannya dan golongan manakah yang menyokong 'perjuangan' musuh negara itu.
Buku ini juga adalah "jawapan" kepada persoalan perlukah komunis dan orang kuatnya, Chin Peng diampunkan? Sebagai manusia yang berperasaan, sesiapa sahaja yang membaca buku ini pasti akan berasa marah dengan onar yang dilakukan oleh komunis.
Penulis The Malayan Emergency Revisited 1948-1960 bijak menyusun cerita. Olahan cerita bersulamkan gambar-gambar pada era itu berjaya memberi gambaran lebih jelas mengenai pengganas komunis.
Mengandungi 10 bab termasuk epilog, penulis memulakan cerita menerusi bab Seeds of Insurgency diikuti oleh Prelude of Emergency dan Emergency Declared.
Ketiga-tiga bab ini menceritakan mengenai bagaimana fahaman komunis mula berputik dan tersebar selain bagaimana pihak komunis menyebarkan dakyah kepada rakyat.
Penceritaan mengenai keperitan rakyat yang baru bermula selepas bibit-bibit dakyah komunis mula bertapak itu diteruskan menerusi bab keempat bertajuk Government Countermeasures dan bab kelima: Military Offensive.
Kedua-dua bab ini menceritakan mengenai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak keselamatan dalam memerangi dan membendung penularan dakyah serta sokongan terhadap komunis. Antaranya ialah program penempatan semula rakyat. Program ini antara lain bagi memutuskan akses pihak komunis dengan rakyat.
Bab ini juga menceritakan bagaimana kerajaan melancarkan program agihan makanan secara berpusat. Menerusinya rakyat diberi makanan yang dimasak secara berpusat dan sekali gus memastikan tidak ada yang menyeludup makanan kepada pihak komunis. Kerajaan juga memusnahkan pokok-pokok ubi kayu yang ditanam atau tumbuh meliar di kawasan pinggir kampung bagi memastikan pihak komunis tidak mendapat bekalan makanan.
Menerusi bab kelima, penulis menceritakan secara lebih lengkap operasi oleh pihak tentera untuk membasmi kegiatan komunis.
Sementara itu, empat bab terakhir melengkapkan lagi penceritaan mengenai darurat dan kesengsaraan rakyat yang dicetuskan oleh komunis di tanah air.
Kesimpulannya, buku ini cuba memberi gambaran sebenar dan jelas kepada pembaca mengenai komunis. Dan pastinya tidak ada yang mampu mengatakan komunis bukan satu ancaman kepada negara selepas membaca buku ini.
Kesengsaraan yang dicetuskan oleh PKM pimpinan Chin Peng boleh diimbas menerusi penerangan jelas selain gambar-gambar yang dimuatkan sebagai sokongan.
Pastinya, era darurat bukan satu era yang menyenangkan untuk disingkap kembali. Namun itu adalah realiti yang berlaku di negara kita. Tempoh antara 1948-60 bukan satu jangka yang singkat. Dua belas tahun adalah satu tempoh yang boleh membawa pelbagai pembangunan dan kemajuan jika ia dimanfaatkan sepenuhnya.
Namun usaha pembangunan menjadi terbatas akibat onar komunis. Tempoh darurat menyebabkan negara kehilangan banyak peluang untuk maju dalam bidang ekonomi.
Gencatan senjata yang dimeterai oleh kerajaan dan PKM di Hatyai pada 1989 bukannya alasan untuk kita semua memaafkan komunis apatah lagi ketuanya, Chin Peng.
Dosa Chin Peng dan komunis terlalu banyak untuk dihitung. Komunis membawa kesengsaraan, kepahitan dan pelbagai kepedihan kepada mereka yang pernah menjadi mangsa. Begitu juga kaum keluarga mereka.
Orang yang terlibat menentang komunis secara langsung pastinya masih merasai pedih itu. Luka tersebut tidak mungkin terhapus.
Benar seperti cadangan banyak pihak, jangan dilayan sebarang permintaan daripada pihak komunis khususnya Chin Peng. Jika ada yang masih ragu-ragu, buka sahaja buku ini, anda pasti temui jawapannya.
Mei 29, 2009...8:19 am
Lagi Kekejaman Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM)
Terus ke Komen
Maaf, masuk kali ini tidak kurang daripada empat entry aku tulis mengenai kekejaman Chin Peng dan PKM
aku bersumpah, aku akan gunakan apa saja kudrat yang aku ada untuk memastikan pengkhianat agama, bangsa dan negara berkenaan tidak akan kembali menjejak bumi yang telah mereka tumpahkan darah dan airmata insan-insan yang tidak berdosa
aku sedih bila mutakhir ini ada usaha untuk membasuh dosa Chin Peng dan PKM dengan menggunakan fakta yang jijik dan memualkan
Chin Peng dengan bangganya menunjukkan keratan keratan akhbar sewaktu dia diburu oleh pasukan keselamatan dulu
tadi aku ada membaca satu artikel tulisan seorang bekas pegawai tentera yang bagi aku cukup menyentuh perasaan dan patut direnung oleh mereka yang bersimpati terhadap Chin Peng dan PKM laknatullah ini. Ini sedutannya;
” Baru dua minggu pertama saya bertugas di Kuching, Sarawak, saya telah ditugaskan untuk menerima tiga mayat anggota tentera dari pasukan 9 RAMD yang diterbangkan dengan pesawat helikopter Nuri dari Sibu akibat pertempuran dengan pengganas komunis.
Keadaan salah satu mayat dalam keadaan mengerikan dengan perutnya terburai kesan dari tembakan dan tumpukan dan lumuran darah dari kesemua jenazah.
Keadaan hiba, pilu dan sebak sebaik-baik helikopter yang membawa jenazah mendarat dengan tangisan dari waris dan keluarga jenazah berkaitan. Suasana yang amat pilu amat dirasakan pada ketika itu,”
ANDAboleh baca luahan penuh bekas pegawai tentera itu dengan klik pautan ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.