Pages

Subscribe:

14 Disember, 2009

[hang nadim] Jus soli bukti kemurahan Melayu



UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 14 Dis. - DAP serta kaum minoriti di negara ini sepatutnya berterima kasih kerana mereka diberi status kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan dan bukannya mempersoal ketuanan Melayu.

Penganalisis politik yang juga tokoh akademik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perbuatan yang berterusan mempersoalkan ketuanan Melayu adalah perbuatan biadap dan tidak menghormati kaum Melayu sebagai teras bangsa Malaysia.

"DAP sepatutnya bersyukur kerana diterima sebagai rakyat Malaysia melalui kaedah jus soli. Di China, kerakyatan ditentukan berdasarkan darah keturunan dan jika negara mengamalkan dasar yang sama, DAP dan kaum minoriti di negara ini adalah sekadar pendatang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Awang Selamat dalam kolum di Utusan Malaysia hari ini yang membayangkan sama ada DAP cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah republik kerana menolak ketuanan Melayu yang sekali gus turut menolak kedudukan Raja-Raja Melayu.

Bagi Awang Selamat, hasrat DAP itu jelas kerana secara sistematik pemimpin-pemimpin kanan parti itu mempersoalkan ketuanan Melayu yang didakwa kononnya menzalimi kaum lain, malah, lebih berani turut mempersoalkan peruntukan pembinaan banyak masjid berbanding rumah ibadat lain.

Ditanya sama ada DAP berhasrat untuk menjadikan negara ini sebuah republik, Mohamed berkata, semua orang sedar bahawa itulah matlamat parti pembangkang tersebut melalui perjuangan Malaysian Malaysianya.

Menurutnya, untuk mencapai matlamat Malaysian Malaysia, DAP perlu menghapuskan ketuanan Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu kerana selagi raja mempunyai kuasa matlamat jahat mereka tidak akan tercapai.

"Sebab itu, DAP mempergunakan kumpulan politik Melayu untuk memecah-belah perpaduan masyarakat Melayu.

''Jika perpecahan berlaku, hasrat berkenaan lebih mudah dilaksanakan tanpa banyak penentangan. Pada ketika itu Melayu akan kembali menjadi seperti waktu dijajah dahulu," jelasnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, tidak mustahil tragedi 13 Mei 1969 berulang tetapi dalam skala yang lebih besar jika orang Melayu tidak segera bersatu bagi menyekat cita-cita DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

Jelasnya, kemungkinan itu berasas jika melihat kepada tindak tanduk DAP yang begitu 'rakus' mempersoal dan mengguris hati masyarakat Melayu dewasa ini.

"Itu sebelum mereka berkuasa ... bayangkan apa akan jadi jika negara ini dipimpin oleh DAP atau boneka mereka pada masa depan. Kita boleh menilai destinasi melalui langkah pertama (DAP) lagi. Sudah pasti tiada lagi ketuanan Melayu dan hak serta kuasa Raja-Raja Melayu juga akan dihapuskan.

"Jika ini berlaku, maka saya pasti tragedi berdarah akan berulang kembali kerana sebahagian besar masyarakat Melayu masih lagi menghormati raja memandang institusi tersebut adalah lambang sebuah identiti Melayu," katanya.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, DAP mungkin percaya bahawa mereka akan berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, maka, pemikiran rakyat cuba dimomok secara agresif agar masyarakat menolak ketuanan Melayu.

"Ini bagi memastikan hasrat mereka untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik lebih senang kerana pada masa itu nanti pemikiran-pemikiran Melayu moden ini sudah menolak semua yang menjadi asas yang dipertahankan dalam Perlembagaan," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali percaya, usaha terancang DAP itu adalah lanjutan perjuangan komunis yang dijelmakan melalui pertubuhan politik.

Kata beliau, tindakan DAP secara berterusan mempersoalkan ketuanan Melayu adalah tidak lebih untuk meraih sokongan politik penduduk bukan Melayu, kerana fakta jelas membuktikan kaum minoriti di negara ini menikmati kehidupan yang selesa sehingga boleh menguasai ekonomi.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya tidak berlembut dan memberi muka kepada golongan yang berani mempersoalkan Perlembagaan.

KONTRAK SOSIAL
( 1) Tun Tan Siew Sin , Presiden MCA dalam Akhbar tempatan bertajuk “ Tun Tan Answers critics on special privileges “ dalam ucapan pada 30 April 1969.
“ The malay trough UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 month of independence, 90 percent of the non Malays had become citizens whereas before independence 90 after nearly 100 years of colonial rule in the Malay states. In return for this major concession , the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities”
Sumber: Tan Sri Haji Khalid Awang Osman,Malaysia –An Anthologi , Vantage press ,New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

TERJEMAHAN
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab kritikan mengenai keistemewaan orang Melayu , yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969 ,Presiden MCA Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat syarat dalam Undang-undang Negara ini sehingga dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan , 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi Warganegara , berbanding keadaan sebelum merdeka dimana 90 peratus dari mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hamper 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu.Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju menghormati kedudukan istemewa orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.

<><><><><><><><><><><><><>
Ucapan Tun V.T. Sambanthan , Presiden MIC merangkap Menteri Kerjaya ,Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.
Now , in 1955 we won the elections with a great majority .Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now ,what did the Malay do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay Leadership do ? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship ?.
If we look around in Asia and East Asia , particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon,is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , In Cambodia , in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma ,as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it .And yet In Malaya what happened ? Here, we found thad the Malay leadership “ we shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country ,we shall give them every opportunity to live in this country, we shall give them full opportunity to become citizens”And so, in 1957 , for the whole years, we waived language qualification , and tens of thousand of Indians, Chinese,Celonese and other s becam e citizens…….
As said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race ? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you . These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here”.

Ucapan Tun V.T. Sambanthan , Presidin MIC merangkap Menteri Kerjaya ,Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.
Now , in 1955 we won the elections with a great majority .Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now ,what did the Malay do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay Leadership do ? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship ?.
If we look around in Asia and East Asia , particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon,is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , In Cambodia , in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma ,as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it .And yet In Malaya what happened ? Here, we found thad the Malay leadership “ we shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country ,we shall give them every opportunity to live in this country, we shall give them full opportunity to become citizens”And so, in 1957 , for the whole years, we waived language qualification , and tens of thousand of Indians, Chinese,Celonese and other s becam e citizens…….
As said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race ? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you . These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here”.

TERJEMAHAN
Pada 1 Jun 1965 , Tun Sambathan merangkap Menteri Kerja Raya , Pos dan Telekom dalam Ucapannya berkata,
Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majority yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan . Persoalannya di sini , apakah yang dilakukan oleh Orang melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman ? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?
Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi men yokong mereka . Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
Jika kita lihat di serata Negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan di terima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan Lihat kepada saudara kita kaum Cina , mereka tidak di terima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di Negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wlayah tersebut?
Di Burma,i seperti yang kita semua sedia maklum , kaum India telah diusir keluar ,di Ceylon mereka tidak di beri taraf warganegara seperti juga di Burma, Saya tahu dan juga anda tahu . Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?.
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata,”Kita akan menerima mereka sebagai saudara , kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di Negara ini , kita akan berikan mereka setiap peluang untuk menjadi warga Negara. Dan seterusnya pada tahun 1957,dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) , ribuan orang India ,Cina dan Ceylon menjadi warganegara.”
SEperti yang saya nyatakan ,saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini . Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih perihatin ,bersopan santun dan tertib selai dari Bangsa Melayu
Di manakah anda boleh mendapat layanan Politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? ,Saya bertanya kepada anda. Ini adalah Fakta. Siapakah anda untuk mejaga k eselamatan kami ? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minority di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber: Tan Sri Haji Khalid Awang Osman,Malaysia –An Anthologi , Vantage press ,New York, tanpa tarikh, halaman 60

FAHAM ,FIKIR DAN SETIA
NUKILAN HATI HANG NADIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.