Pages

Subscribe:

24 Disember, 2009

[hang nadim]Guantanamo mungkin hanya ditutup 2011

persekutuan membeli sebuah penjara di negeri Illinois

WASHINGTON 24 Dis. - Komitmen Presiden Barack Obama untuk menutup penjara Teluk Guantanamo menjelang bulan depan mungkin akan ditangguhkan sehingga 2011.

Ini kerana ia akan mengambil masa berbulan-bulan untuk kerajaan persekutuan membeli sebuah penjara di negeri Illinois dan menaik taraf penjara tersebut bagi menempatkan suspek pengganas.

Jadual waktu pembinaan yang dikeluarkan menunjukkan risiko politik yang pernah dijanjikan Obama, satu kelewatan yang tetap menyaksikan tentangan Kongres dalam membiayai pembelian dan proses naik taraf Pusat Penjara Thomson.

Penggubal undang-undang kedua-dua parti telah menyatakan kebimbangan berhubung keputusan membawa tahanan penjara itu ke Amerika Syarikat (AS).

Peguam Negara, Eric Holder sebelum ini telah memutuskan bahawa perancang utama serangan 11 September 2001, Khalid Sheikh Mohammed dan empat lagi suspek akan dibicarakan di mahkamah persekutuan Manhattan, New York.

Di Senat, seorang jurucakap kepada pemimpin Parti Republikan, Mitch McConnell berjanji bahawa parti itu akan menggunakan taktik kelewatan tersebut bagi menghalang peruntukan wang kepada penjara Illinois dan mengharapkan sokongan daripada Parti Demokrat.

Obama sebelum ini berkata, penjara Teluk Guantanamo akan ditutup pada 22 Januari depan.

Sementara tarikh itu dilihat tidak realistik, Presiden tersebut turut mengarahkan pegawai pentadbirannya supaya segera menyediakan keselamatan maksimum di penjara Thomson.

Jurucakap White House, Ben LaBolt semalam bagaimanapun tidak menyatakan bilakah penjara Teluk Guantanamo dijangka akan ditutup.

Menurutnya, presiden masih komited dengan matlamatnya untuk menutup penjara tersebut sama seperti beliau mula-mula berkhidmat dan perkembangan penting telah dicatat dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

''Jumlah tahanan yang berada di Guantanamo kini juga sudah berkurangan berbanding tahun 2002.

"Kami akan bekerja bersama Kongres untuk memastikan kami memperoleh peruntukan yang perlu bagi membeli dan menaik taraf penjara Thomson, yang akan beroperasi sebahagian besarnya pada kos yang lebih rendah kepada pembayar cukai, tahun depan,'' katanya - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.