Pages

Subscribe:

24 Disember, 2009

[hang nadim]Semua pihak sepakat ISA dikekalkan



PUTRAJAYA 24 Dis. - Semua pihak yang terlibat dalam sesi Pertemuan Awam dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepakat mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini enam sesi telah diadakan dalam eksesais penambahbaikan dan pindaan ISA bertujuan mendengar pandangan serta mendapatkan buah fikiran semua pihak berkepentingan.

Ia melibatkan agensi-agensi penguat kuasa, badan-badan bukan kerajaan, pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli-ahli politik, Ahli Parlimen, pengamal media serta orang awam.

Sehubungan itu, kata beliau, pindaan mengenai ISA akan dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

"Hasil sesi-sesi pertemuan awam ini, saya boleh merumuskan bahawa wujud persetujuan bersama di kalangan semua pihak yang terlibat tentang kepentingan dan keperluan dikekalkan ISA bagi tindakan pencegahan awal sebarang perbuatan atau tindakan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.

"(Oleh itu) saya merasakan pindaan mengenai ISA lebih sesuai dibentang dan dibahaskan terus pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ini kerana jika dibentangkan pada sidang kali ini pun, ia hanya dapat dibentangkan semata-mata tanpa boleh dibahaskan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau telah mengenal pasti lima isu pokok yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap penguatkuasaan dan pelaksanaan ISA.

Aspek-aspek tersebut melibatkan kuasa-kuasa Menteri, tempoh tahanan, hak-hak dan layanan terhadap orang tahanan, persepsi umum bahawa pelaksanaan ISA bagi tujuan politik dan penahanan tanpa bicara.

"Saya ingin memaklumkan hasil daripada sesi pertemuan dan sesi perbincangan bersama kumpulan fokus, Jawatankuasa Teknikal sedang di peringkat akhir untuk meneliti setiap pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan semasa sesi-sesi tersebut sebelum sebarang pindaan dibentangkan di Parlimen.

"Sesungguhnya, pihak kerajaan sentiasa berpendapat bahawa ISA adalah yang terbaik berupaya untuk mengekalkan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat daripada sebarang ancaman atau tindakan yang boleh menggugat kestabilan negara dan rakyatnya,"ujarnya.

FIKIRKANLAH.........
KENAPA KITA TAKUT KEPADA ISA
PERNAHKAH ANDA MELAKUKAN KESALAHAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA......??????
JANGAN BIMBANG ISA TIDAK ZALIM..........
TANGKAP SATU ORANG ISA SELAMATKAN SERIBU ORANG DAN NEGARA........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.