Pages

Subscribe:

25 Januari, 2010

[hang nadim]Takziah.......Tun Ghazali Shafie banyak berjasa

AL FATIHAH...........

Ghazali Shafie meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya dekat sini kira-kira 7.45 malam tadi.

Ghazali yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 22 Mac 1922 meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Bachtiaer, 53, dan Sheriffudin, 47.

Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid telah meninggal dunia pada April 2008.

Ghazali merupakan ahli politik pada era Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman hinggalah era Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.

Beliau memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia apabila menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia.

Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Menteri Penerangan (1970) dan Menteri Luar Negeri serta Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak.

Allahyarham pernah terlibat dalam nahas sebuah pesawat Cessna 206 yang terhempas di Kampung Janda Baik, Bukit Tinggi, Pahang pada 10 Januari 1982.

Ghazali banyak berjasa
SINTOK 25 Jan. - Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie merupakan seorang negarawan yang amat berjasa dan memainkan peranan yang cukup besar bagi meredakan ketegangan konfrontasi Malaysia dengan Indonesia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Beliau orang yang berpengalaman luas dalam perkara berkaitan perhubungan luar. Kelebihannya kerana mengenali ramai orang dan pemimpin negara asing menjadi aset dalam usaha Malaysia menjalin hubungan antarabangsa," katanya selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Pendidikan Pada Masa Hadapan pada Kolokium Pendidikan Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Semasa saya jadi Ahli Parlimen, beliau adalah Setiausaha Kementerian Luar. Bermula dari situ dia banyak bercakap dengan saya," kata Dr. Mahathir yang menganggap Ghazali sebagai rakan yang banyak mengajarnya. - Bernama
'King Ghaz' tidak pernah berdolak-dalik
PETALING JAYA 25 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Allahyarham Tun Ghazali Shafie sebagai seorang pemimpin yang tegas dan tidak pernah berdolak-dalik dalam melaksanakan tugasnya sewaktu berkhidmat dalam kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengalaman beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar sewaktu Ghazali mengetuai kementerian itu, membolehkannya mengenali keperibadian Allahyarham.

Selain tegas, katanya, Ghazali juga seorang menteri yang cemerlang sama ada ketika diberikan portfolio Menteri Luar atau sewaktu menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Menurutnya, penglibatan Ghazali dalam mengasaskan konsep Rukun Negara menjadi contoh yang Allahyarham berkhidmat dengan cemerlang, berani dan tegas.

"Saya cukup tahu caranya yang tegas serta tiada dolak-dalik, ini semua menunjukkan sikap Allahyarham yang tegas, itu sebab beliau dipanggil King Ghaz," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga dan jenazah Allahyarham di sini hari ini.

Bagi Muhyiddin, beliau secara peribadi bersedih dengan kematian Ghazali serta menganggapnya satu kerugian besar kepada bangsa dan negara.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon kepada Allah supaya rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.