Pages

Subscribe:

25 Januari, 2010

[hang nadiim] BELASUNGKAWA AL-FATIHAH TUN TAN SRI FATIMAH HASHIM







Written by webmaster
Wednesday, 20 January 2010 05:38
BELASUNGKAWA AL-FATIHAH TUN TAN SRI DR. FATIMAH HASHIM

Pada 9 Januari 2010, jam 11.35 malam dalam usia 85 tahun seorang tokoh Wanita pertama yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri Malaysia telah kembali ke rahmatullah. Jenazah Allahyarhamah Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah bt. Hashim telah disempurnakan solatnya dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.00 petang Ahad 10 Januari 2010 bersebelahan pusara suaminya, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusoof iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang

Yang Amat Berbahagia Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah telah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Kurma, Muar, Johor. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Tan Sri Abdul Kadir Yusof (Allahyarham) dan mereka mempunyai enam orang anak. Beliau merupakan wanita petama dilantik Menteri Kabinet, iaitu Menteri Kebajikan Am Malaysia. Jawatan itu telah dipegang dari 20 Mei 1969 hingga akhir Februari 1973.

Tun Fatimah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun.Pada 20 Mei 1969, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am, wanita pertama menjawat jawatan menteri. Beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun sehingga bersara pada bulan Februari 1973.

Selain daripada bidang politik, Tun Fatimah juga aktif dalam pergerakan sosial, terutamanya dalam pertubuhan wanita. Fatimah juga pernah menjadi:

Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
Ahli Majlis Universiti Malaya
Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta
Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh
Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
Ahli Jawatankuasa Majlis Perpaduan Kebangsaan Malaysia
Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah.
Pada tahun 1995, Universiti Teknologi Malaysia melantik Fatimah sebagai Pro-canselor.

Anugerah

31 Ogos 1958 :Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh Sri
Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong yang membawa
gelaran 'Tan Sri
1975 :Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang Universiti
Malaya
2000 :Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh
Universiti Teknologi Malaysia
2003 :Seri Setia Mahkota (S.S.M) oleh Seri Paduka
Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran
Tun'.
19 Ogos 2009 :Anugerah Merdeka - beliau seorang daripada empat
rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk
menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan
dan Komuniti.
AL-FATIHAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.