WAHAI ANAKANDA YANG DI KASIHI AGAR TIDAK SALAH GUNA PENULISAN YANG TIDAK ADA FAKTA
ATAU KEBENARAN......BUKAN BEGINI CARI NAMA.......JADILAH ORANG ISLAM YAMG BAIK DAN JUJUR DALAM SEGALA PERILAKU SEBAGAI PENULIS BLOG........JIKA MAHU BAHAGIA DIDUNIA DAN AKHIRAT BUAT APA YANG PERINTAH OLEH ISLAM DAN TINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA....
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu telah ditahan reman empat hari bermula hari ini.
Perintah tahanan itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira pukul 9 pagi ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek dibawa ke ibu negara untuk siasatan.
Semalam, suspek yang berusia 29 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada pukul 4.40 petang.
Dia dipercayai melarikan diri ke Kota Bharu selepas artikel yang disiarkan menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak di seluruh negara khususnya rakyat Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff semalam mengarahkan supaya satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut dan memberi jaminan penulis terbabit akan diheret ke mahkamah.
Sehingga hari ini, polis menerima sebanyak 31 laporan terhadap penulis blog berkenaan di seluruh negara.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai pereka grafik berasal dari Negeri Sembilan manakala isterinya dari Kelantan.
Suspek dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam satu artikel yang disiarkan dalam blognya, adukataruna. blogspot.com baru-baru ini.
Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, dia menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog sama
PENGGUNA INTERNET KENA PATUH PERATURAN
Posted by webmasters on 2009/4/21 17:56:21 (726 reads)
KUALA LUMPUR: Garis panduan dan undang-undang dibuat kerajaan berkaitan penyebaran maklumat di internet dan blog bukan mahu mencari kesalahan penulis blog dan pengguna internet tetapi memastikan internet tidak disalahgunakan.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kementeriannya memainkan peranan penting dalam mengawal selia maklumat yang tepat disampaikan kepada masyarakat tanpa ditokok tambah dan diputar belit mana-mana pihak.
“Kita bukan bermaksud ingin mencari kesalahan penulis blog atau pengguna internet tetapi mahu orang ramai tidak sewenang-wenangnya dieksploitasi kerana matlamat utama kerajaan memastikan konsep Satu Malaysia berjaya.
“Sekiranya maklumat yang tepat dan benar tidak sampai kepada masyarakat, macam mana konsep ini boleh berjaya dan ia akan jadi lebih buruk apabila berita atau fakta itu diputar belit atau disalah erti sesetengah pihak sehingga boleh menimbulkan sentimen perkauman.
“Oleh itu, kita mahu maklumat tepat disebarkan kepada orang ramai supaya mereka faham dan menghormati undang-undang,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan pertama kementerian itu, di sini, semalam.
Rais berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan sesiapa yang melanggarnya perlu bertanggungjawab.
Beliau berkata, kementerian tidak akan mengambil tindakan terhadap pengkritik kerajaan selagi tidak melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia, sebaliknya hanya bertindak terhadap penyebaran fakta palsu, salah dan tidak benar saja.
*Petikan daripada Berita Harian Online
Penaja Raja Petra sama seperti beliau - Latiff
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Misteri dalang yang menaja pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin sehingga kini belum terungkai.
Namun bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (gambar), individu tersebut mempunyai personaliti yang sama seperti Raja Petra iaitu bijak memutar belit isu.
Katanya, Raja Petra yang cekap mengendalikan media tidak mungkin 'tunduk' atau mengikut telunjuk individu yang lebih lemah daripadanya dalam aspek kepakaran mencipta kontroversi.
"Di Malaysia ini tidak ramai pemimpin yang pandai mempolitikkan semua isu. Hanya beberapa kerat yang mempunyai kebolehan tersebut dan gemar menggunakan kepakaran itu demi kepentingan dirinya.
"Bagi saya individu inilah yang berjaya menundukkan Raja Petra bagi tujuan menghentam kerajaan dari jauh," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kebuntuan siasatan terhadap Raja Petra yang kini dikatakan hidup mewah di London serta individu yang membantu pengendali portal berita itu meloloskan diri ke Britian.
Isnin lalu, seorang lagi anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa polis supaya mendedahkan laporan siasatan mengenai Raja Petra.
Ismail Sabri berkata, laporan mengenai siasatan itu penting supaya masyarakat khususnya pelayar Internet tidak lagi terkeliru dengan penipuan di portal berita tersebut.
Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, dalang di sebalik pengendali portal berita itu juga merupakan seorang yang gila kuasa kerana sanggup memaksa Raja Petra mereka-reka berita demi meraih sokongan dan pada masa yang sama mengharapkan rakyat membenci kerajaan.
Ditanya siapakah individu yang dimaksudkannya, Abdul Latiff yang juga Timbalan Menteri Pertahanan bagaimanapun enggan mendedahkannya.
Sebaliknya beliau meminta orang ramai menilai sendiri perwatakan individu yang dimaksudkannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.