Pages

Subscribe:

06 Februari, 2010

Anwar sanggup taja pelajaran Saiful

Oleh AMIRUDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Tajaan melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa tidak kira di mana dan dalam masa yang sama memperoleh gaji penuh serta elaun.

Itulah tawaran balas yang didakwa diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan ketika bekas pembantu peribadinya itu menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan.

Menurut Mohd. Saiful Bukhari, Anwar memberikan tawaran balas tersebut semasa dia menemui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada sebelah petang 27 Jun 2008 di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Mohd. Saiful Bukhari (MSB): Saya hantar e-mel kepada Anwar pada Jumaat pagi, 27 Jun. Selang beberapa jam, beliau telefon saya dan marah serta menyuruh berjumpa beliau pada sebelah petang.

Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Kamu jumpa dengan beliau?

MSB: Saya takut namun saya pergi berhadapan dengan beliau.

MY: Dalam pertemuan itu apa jadi?

MSB: Beliau tanya kembali kenapa saya letak jawatan. Saya beri sebab-sebab yang pertama saya kurang berdisiplin, saya lewat ke pejabat dan beliau selalu marah saya.

Yang kedua, saya kurang berkelayakan dan saya takut dipertikai kerana saya diberi lebih keistimewaan daripada staf lain. Contoh seperti bilik pejabat sendiri di pejabat baru di Tropicana Merchant Square. Namun asas-asas sebenar untuk saya berhenti, saya tidak rela diperlakukan sedemikian lagi.

Pada peringkat ini, peguam utama Karpal mengemukakan bantahan berhubung perkataan 'lagi' yang digunakan oleh saksi tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak permohonan itu dengan berkata, apa yang difahaminya 'lagi' merujuk seperti dalam pertuduhan. Teruskan.

MY: Apa reaksi beliau?

MSB: Beliau agak kesal dan pujuk saya agar tidak letak jawatan. Beliau suruh saya lebih berdisiplin dan dalam pada itu beliau buat counter-offer (tawaran balas) di mana beliau ingin sponsor (taja) pelajaran saya tidak kira di mana dan saya boleh buat full time study (pengajian sepenuh masa) dan dalam masa yang sama dapat gaji penuh dan elaun.

MY: Setuju dengan tawaran?

MSB: Saya takut nak tolak. Depan beliau, saya setuju. Selepas selesai beberapa jam kemudian dia ada hantar balasan emel. Seingat saya dia kata terima kasih kerana sudi sambung perkhidmatan dan beberapa perkara lain yang saya tidak ingat.

Selepas itu, Mohd. Yusof memohon rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) ditunjukkan bagi menunjukkan ketibaan kenderaan saksi itu pada 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara.

MY: Pergi ke masa 14:47.

MSB: Ya, itu saya sedang bercakap dengan pengawal keselamatan masa tiba.

MY: Ini nombor kenderaan kamu?

MSB: Ya.

Visual tersebut menunjukkan Mohd. Saiful Bukhari memandu van Fiat warna merah dengan nombor pendaftaran WPK 5925.

MY: Teruskan?

MSB: Masa ini saya beritahu "Mokhtar"

Merujuk kepada visual pada masa 16.35, Mohd. Saiful Bukhari menyatakan, ia merujuk kepada van yang dipandunya semasa pulang.

Selepas Mohd. Yusof memaklumkan beliau telah membuat pemeriksaan utama kepada saksi itu, peguam utama Anwar menyatakan, pasukan pembelaan mahu pergi ke tempat kejadian semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.