Pages

Subscribe:

06 Februari, 2010

[hangnadim]UMNO DAN PAS........Fikirkanlah.......

Pas perlu tetapkan pendirian sebelum ajak UMNO berbincang
KUALA LUMPUR, 6 Feb. - PAS perlu lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan Umno mengenai sebarang isu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, pendirian tegas PAS amat diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat kerana pengalaman sebelum ini membuktikan PAS tidak konsisten dan selalu berdolak-dalik.

"Saya tak tau nak kata apa sebab pendirian dia (Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ni bertukar macam cuaca, ada masa dia setuju, ada masa tak setuju.

"Saya nak tunggu pendirian yang tegas oleh PAS, jadi bila dia bersikap dolak-dalik ni susah nak cerita," katanya pada sidang akhbar di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Baru selepas melakukan tinjauan mesra ke Kampung Baru hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan timbalannya Datuk M.Saravanan serta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad

Fuad Ismail.
ARKIB

Jadi kerajaan bukan mudah

DARI sehari ke sehari manifesto negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pakatan pembangkang semakin menunjukkan kebenarannya. Selepas penduduk Kampung Buah Pala hilang tapak rumah dan tanah untuk membela lembu, kini peniaga-peniaga gerai sudah mula merasa ‘kebajikan’ yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang.
Di Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau, gerai yang dibina di kaki lima jalan raya banyak jumlahnya dan jika operasi meroboh diteruskan maka identiti Pulau Pinang sendiri akan lupus ditelan masa.
Kertas manifesto berwarna-warni jika disertai dengan janji-janji manis pasti akan membuatkan rakyat terangsang untuk memilih yang terbaik sahaja.
Janji untuk memelihara kebajikan dan kepentingan rakyat boleh dibuat oleh sesiapa sahaja waima calon Bebas sekalipun.
Namun logiknya calon Bebas hanya akan menjadi calon penyendal sahaja kerana walaupun menang untuk memenuhi tuntutan setiap pengundi dan penyokong bukan perkara mudah melainkan mereka mempunyai wang yang banyak.
Mengharapkan gaji sebagai ADUN atau Ahli Parlimen hendak menanggung keluarga sendiri tidak cukup, tambah yang berpoligami.
Janji-janji pilihan raya melalui kempen dan manifesto umpama modal kertas dan air liur namun apabila memerintah pemimpin tetap perlu juga melaksanakan sesuatu pelan pembangunan. Masakan hendak menjadi kerajaan yang statik?
Menjadi pemerintah bukan semudah menjadi pembangkang. Jika menjadi pembangkang setiap kesalahan kerajaan boleh sahaja dikritik dan kalau cukup maklumat risalah-risalah mengecam diedarkan.
Semasa menjadi pembangkang, para pemimpin kerajaan dituduh sebagai rasuah, namun kisah kemajuan yang dibawa oleh kerajaan dianggap pembaziran.
Menjadi kerajaan dan menjadi pembangkang mahupun aktif sebagai aktivis adalah tiga perkara berbeza dan inilah hasil yang rakyat akan dapat apabila pemimpin yang mahir mengkritik berada di tempat di mana mereka akan mengambil giliran untuk dikritik pula.
Kini mereka pasti akan berasa empati dengan nasib pemimpin yang pernah mereka kritik dahulu.
Hukum karma walaupun bukan kepercayaan umat Islam tetap dianggap sebagai sebahagian daripada kepercayaan sesetengah dari masyarakat Malaysia.
Inilah yang dihadapi kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang. Rakyat kini sedar memerintah negara bukan sekadar mengubah kerajaan tetapi diri kita juga akan diubah dan tempat kita mencari rezeki juga akan terlibat sama.
Semasa pilihan raya, rakyat diyakini untuk memilih pemimpin kerana rakyat adalah pelanggan utama dan mereka yang patut dijanji dan digula-gula.
Sedangkan Kerajaan Malaysia bukan sahaja memberi gula-gula malah memberi nyawa kepada setiap rakyat dengan menjaga ekonomi dan wang rakyat dengan tadbir urus yang sistematik sejak 50 tahun dahulu.
Rasuah yang berlaku bukan amalan semua pihak terbabit jika semua mengamalkannya negara ini telah lama hancur sebelum cukup 50 tahun di bawah Barisan Nasional.
Jangan kerana seekor lembu yang terlepas tali pedati semua ladang diinjak-injak termasuk tempat rakyat mencari makan.
Sesungguhnya putaran roda kehidupan ini perlu tetap ke depan mencapai destinasi walaupun ia turun dan naik.
Begitu juga kerajaan yang memerintah sebelum ini di Pulau Pinang, dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu namun hari ini siapa yang merobohkan gerai orang Melayu yang selama mencari rezeki dengan aman dan sentosa sejak berpuluh tahun.
Rakyat perlu sedar kemiskinan bukan hanya kerana kita tidak dibantu oleh kerajaan tetapi diri kita sendiri yang tidak mahu berubah dan sedar dengan siapa yang mampu menjaga kepentingan bangsa walaupun sedikit kesusahan melanda.
Hari ini pemimpin yang dipilih telah sedikit demi sedikit menunjukkan ‘kebajikan’ mereka. Namun ketahuilah bahawa kebajikan bukan untuk rakyat yang mengundi mereka tetapi pelabur yang telah juga dijanjikan dengan prasarana lokasi yang strategik.
Bila menyebut perkara strategik ini, negeri Pulau Pinang yang comel ini walau mana atur letak tetap strategik dan apabila ia berkeadaan begitu pasti ada yang membuka perniagaan.
Bak kata pepatah sekali tsunami datang sekali gerai melayang. Sekali jentolak merempuh ada hati yang akan mengeluh. Apa erti kebajikan dan orang Malaysia membantu orang Malaysia.

Najib berkata demikian ketika ditanya pendirian Umno berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz yang mahu Umno dan PAS menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja berbincang isu-isu berkaitan agama Islam.

Najib berkata, pendirian tidak tegas dan sikap berdolak-dalik pemimpin PAS membuatkan Umno tidak boleh membuat keputusan atas pelawaan itu ketika ini.

Umno pernah menyatakan kesediaan berbincang dengan PAS mengenai kepentingan umat Islam selepas idea mengenainya dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti itu tahun lepas.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan Nik Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno menghabiskan masa lebih 50 tahun untuk menyerang pergerakan Islam seperti PAS, sebaliknya Najib berkata, Umno adalah parti sebenar yang membangunkan Islam di negara ini. - BERNAMA

Rakyat sudah tahu tembelang pembangkang

JERLUN 6 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat kini boleh menilai tembelang pakatan pembangkang termasuk sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sering menyalahkan UMNO berhubung krisis di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Guan Eng harus mengakui masalah tersebut bukan disebabkan permainan politik UMNO tetapi dibangkitkan pemimpin pakatan pembangkang sendiri termasuk Ahli-ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri itu.

"UMNO menganggap tuduhan ini amat berat, kalau UMNO yang menganggap Guan Eng kuku besi atau chauvinis, orang akan kata kepada UMNO, tetapi dakwaan ini datang daripada anggota pakatan pembangkang sendiri.

"Ini termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang lain kerana tidak puas hati layanan Guan Eng. Parti dia saja dilayan, parti lain dalam pakatan pembangkang tidak dilayan," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Juara Rakyat peringkat negeri anjuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang di sini hari ini.

Kedah merupakan negeri pertama dipilih menganjurkan Program Juara Rakyat peringkat negeri bermula semalam dan berjaya menarik kunjungan lebih 50,000 orang sebagai usaha UMNO serta BN mendekatkan diri lebih rapat dengan anggota masyarakat.

Sementara itu, kata Muhyiddin, orang Melayu di Pulau Pinang perlu bangkit menyatakan kemarahan terhadap Guan Eng yang jelas tidak mengotakan janji pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Janji mereka berlaku adil dan telus tidak dikotakan dan ini juga berlaku di Kedah yang penduduknya berdepan dengan masalah air begitu berat manakala di Selangor berlaku krisis kepimpinan," kata beliau.

ARKIB : 23/01/2010
Perpaduan Melayu bukan ancaman
Oleh YULPISMAN ASLI dan SALLEHUDDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my



SULTAN Ahmad Shah ditemani Tengku Abdullah bersalaman dengan pelajar selepas merasmikan Forum Hak dan Perpaduan Melayu Dalam Konteks 1Malaysia di UiTM Kampus Khazanah Alam, Maran, kelmarin.

MARAN 22 Jan. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, perpaduan orang Melayu tidak harus dianggap ancaman kepada kaum lain, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai sesuatu yang membawa manfaat kepada semua pihak di negara ini.

Sehubungan itu titah baginda, orang Melayu perlu kekal bersatu bagi menjamin survival dan pembinaan negara.

Baginda bertitah, penyatuan kaum adalah penting dalam menghadapi pengaruh kemasukan ideologi asing sama ada yang muncul dari dalam negara atau Barat yang boleh menggugat asas dan jati diri orang Melayu.

''Lambakan budaya dan pemikiran khususnya pengaruh ideologi seperti sekularisme, liberalisme dan materialisme boleh menggugat perpaduan sekali gus menjejaskan kestabilan negara," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian selepas merasmikan Forum Hak dan Perpaduan Melayu Dalam Konteks 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam di sini semalam.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengarah UiTM Kampus Khazanah Alam, Profesor Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman.

Sultan Ahmad Shah bertitah, kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini merupakan aset penting dalam mencapai status negara maju seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Bagaimanapun, titah baginda, ia tidak mungkin dicapai melainkan dengan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, saling hormat menghormati dan penerimaan terhadap identiti kaum lain.

"Saya melihat bahawa mengimbangi keperluan dan perpaduan rakyat pelbagai kaum merupakan satu cabaran dalam merealisasikan inspirasi negara iaitu Wawasan 2020," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah turut mengingatkan rakyat tentang kesan gelombang baru globalisasi akibat ledakan teknologi maklumat dan persepsi yang berubah melalui asimilasi peradaban luar yang turut meresap ke dalam kaum Melayu.

Titah baginda, kesan itu boleh menggugat perpaduan jika tiada mekanisme untuk menanganinya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, baginda bertitah, ia tidak menyimpang daripada mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara bahkan kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 4, 152 dan 153.

"Justeru, perpaduan nasional di kalangan rakyat seharusnya berteraskan prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan sikap penerimaan antara semua kaum sebagai rakyat Malaysia," titah baginda.

Mengenai polemik penggunaan kalimah Allah, Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda akan mengkaji dengan lebih teliti berhubung pertikaian itu sebelum membuat sebarang pendirian.

Berhubung sama ada isu itu akan dibangkitkan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 9, 10 dan 11 Februari ini, baginda belum lagi dimaklumkan mengenai agenda mesyuarat itu.

Ditanya tentang pandangan peribadi baginda mengenai isu tersebut, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Awak suka kalimah Allah digunakan (oleh orang bukan Islam)? Saya pun manusia juga. Saya pun orang Islam juga."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.