16 Februari, 2010
[hang nadim] liwat di Malaysia satu kesalahan di Malaysia
Perbuatan liwat satu kesalahan di Malaysia - Mustapa
KOTA BHARU 16 Feb. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Muhamed menegaskan kepada masyarakat antarabangsa bahawa perbuatan liwat adalah bertentangan dengan agama Islam dan budaya timur Malaysia.
Beliau berkata, masyarakat antarabangsa harus memahami bahawa kepercayaan, budaya dan undang-undang yang wujud di negara ini dan tidak menerima perbuatan meliwat kerana ia merupakan satu kesalahan.
"Baru-baru ini sekumpulan 50 orang Senator dan Ahli Parlimen Australia menghantar surat protes meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan merosakkan imej negara.
"Mereka tidak faham budaya, kepercayaan dan undang-undang di negara kita.
Mereka seharusnya menghormati kedaulatan negara Malaysia, memahami bahawa perbuatan itu (liwat) bertentangan dengan agama, kepercayaan dan undang-undang negara ini," katanya ketika berucap pada pertemuan beliau dengan pemimpin Barisan Nasional, di sini hari ini.
Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata masyarakat antarabangsa tidak boleh mentafsirkan perbuatan meliwat melalui kaca mata mereka, iaitu ada negara yang menerima perbuatan berkenaan.
Kes Anwar: Buat laporan polis jika tidak puas hati
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) meminta orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tertentu 'menjaja' kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jalanan melalui ceramah-ceramah politik supaya membuat laporan polis.
Beliau berkata, orang ramai juga boleh membuat aduan kepada pejabat Peguam Negara secara terus untuk tindakan lanjut kerana kesalahan menghina mahkamah.
"Saya minta semua pihak yang tidak berpuas hati mengenai mana-mana ceramah kes (Datuk Seri) Anwar membuat laporan polis.
"Mereka juga boleh membuat aduan ke pejabat Peguam Negara dan pihak mahkamah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menggunakan kes liwat Anwar melalui ceramah yang diadakan mereka.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata, KDN perlu mengambil tegas terhadap mana-mana pihak yang menjaja kes Anwar melalui ceramah-ceramah tertentu.
Menurutnya, jika dibiarkan, ia akan menjadi trend untuk mana-mana pihak yang dituduh di mahkamah untuk menjaja cerita mereka tidak bersalah di tempat awam.
"Tindakan itu tidak harus dibiarkan kerana ia dianggap sebagai subjudis dan menghina mahkamah," kata Ibrahim.
"Seperti di Amerika, di negara mereka wujud undang-undang yang membolehkan pasangan sejenis berkahwin. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita boleh berkahwin dengan wanita.
"Amalan seperti itu pada pandangan umat Islam di negara ini dan seluruh dunia ianya bertentangan dengan lumrah manusia. Jadi ada dunia perlu menilai kes Anwar melalui kaca mata Malaysia dan bukannya pandangan liberal mereka," katanya. - Bernama
Lagi desak kes Anwar digugur?KUALA LUMPUR 16 Feb. - Malaysia dijangka terus menerima desakan pemimpin negara asing supaya pertuduhan liwat yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari (gambar) berkata, pemerhatiannya mendapati wujud satu hubungan langsung antara desakan yang dikemukakan sebelum ini dengan kunjungan Anwar ke negara asing.
Beliau mendakwa, melalui kunjungan itu, Anwar berpeluang menggunakan rangkaian antarabangsa untuk meraih sokongan.
"Cuba kita lihat kronologi desakan oleh 50 ahli Parlimen Australia, bukankah ia berlaku dua bulan selepas Anwar menyertai program Parlimen Agama Dunia di Melbourne pada 4 dan 5 Disember lalu.
"Kali ini pula Anwar menyertai Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat di Doha, Qatar.
"Jadi saya tidak pelik jika ada negara asing lain yang turut mengemukakan desakan selepas ini dengan mengambil kira kronologi bantahan ahli Parlimen Australia itu," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, di sini.
Semakan di laman web rasmi Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat www.qatar-conferences.org mendapati ia disertai oleh 249 peserta dari 35 buah negara.
Pada forum berkenaan, Anwar turut menyampaikan ucaptama dalam satu sesi pleno bersama bekas Setiausaha Negara AS, Madeleine Albright.
Sementara itu, maklumat di laman twitter Anwar, http://twitter.com/ anwaribrahim menunjukkan aktiviti beliau di Doha antaranya mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin negara asing antaranya Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu yang disifatkan sebagai seorang kawan lama.
Anwar sebelum ini pernah mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki selepas bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan berhubung kes liwat di Balai Polis Jalan Travers, di sini.
Sementara itu, sewaktu mengulas mengenai desakan 50 ahli Parlimen Australia, Anuar mendakwa beliau menerima maklumat ia turut didalangi oleh warganegara Malaysia yang menetap di sana.
Dakwanya, individu terbabit bertindak sebagai orang tengah yang mengaturkan pertemuan Anwar dengan pihak tertentu.
"Saya memang tidak pelik dengan desakan mereka kerana Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby pada 3 Februari lalu melalui laman webnya http://www.danbymp. com telah mempertikaikan perbicaraan kes itu malah beliau turut menyertakan gambar pertemuannya dengan Anwar pada Disember lalu.
"Jadi, walau apa pun penafian yang dibuat oleh Anwar mengenai hubungannya dengan barat, perkembangan semasa mula memberi petunjuk yang jelas," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Anuar menyatakan harapan supaya Wisma Putra bertindak proaktif dengan menyediakan fakta-fakta berhubung perjalanan kes Anwar kepada kedutaan asing dan juga duta Malaysia di luar negara.
"Kita tidak boleh bersikap tunggu dan lihat kerana ia memberi kesan yang teruk kepada imej negara," katanya.
Jangan Bersetubuh di Dubur
Dalam hubungannya dengan masalah persetubuhan, Allah s.w.t. menurunkan ayat yang berbunyi sebagai berikut:
"Isteri-isteri kamu bagaikan ladang buat kamu, oleh karena itu datangilah ladangmu itu sesukamu, dan sediakanlah untuk diri-diri kamu, dan takutlah kepada Allah, dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan bertemu Allah, dan gembirakanlah (Muhammad) orang-orang mu'min." (al-Baqarah: 223)
Turunnya ayat ini mengandung sebab dan hikmah yang besar sebagaimana yang disebutkan oleh seorang ulama India Waliullah ad-Dahlawy: "Orang Yahudi mempersempit gaya persetubuhan tanpa dasar hukum syara', sedang orang-orang Anshar dan berikutnya mengikuti cara-cara mereka itu. Mereka berpendapat: bahwa apabila seorang laki-laki menyetubuhi isterinya pada farjinya dari belakang, maka anaknya akan lahir juling. Kemudian turunlah ayat ini: maka datangilah ladangmu itu sesukamu, yakni dari jalan depan maupun dari belakang selama diarahkan untuk satu tujuan, yaitu kemaluan atau farji. Hal ini dipandang tidak apa-apa, karena ada hubungannya dengan masalah kepentingan kebudayaan dan kecenderungan. Sedang setiap orang tahu kemaslahatan pribadinya. Oleh karena cara-cara Yahudi di atas hanya sekedar bikin-bikinan mereka, maka patutlah kalau dihapuskan."16
Bukan menjadi tugas agama memberi batas kepada seorang laki-laki tentang gaya dan cara bersetubuh. Agama hanya mementingkan supaya si suami selalu takut kepada Allah, dan supaya dia tahu bahwa dia akan bertemu Allah. Untuk itu jauhilah dubur, sebab dubur adalah tempat yang membahayakan dan kotor. Menyetubuhi isteri pada dubur dapat dipersamakan dengan liwath (homoseks). Justru itu sudah seharusnya agama melarangnya. Untuk itu pula Rasulullah s.a.w, pernah bersabda:
"Jangan Kamu setubuhi isterimu di duburnya." (Riwayat Ahmad, Tarmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)
Dan tentang masalah menyetubuhi isteri di duburnya ini, beliau mengatakan juga:
"Bahwa dia itu termasuk liwath yang kecil." (Riwayat Ahmad dan Nasa'i)
Ada seorang perempuan Anshar bertanya kepada Nabi tentang menyetubuhi perempuan di farjinya tetapi lewat belakang, maka Nabi membacakan ayat:
"Isteri-isterimu adalah ladang buat kamu, karena itu datangilah ladangmu itu sesukamu." (al-Baqarah: 223) -- (Riwayat Ahmad)
Umar pernah juga bertanya kepada Nabi:
"Ya Rasulullah! Celaka aku. Nabi bertanya: apa yang mencelakakan kamu? Ia menjawab: tadi malam saya memutar kakiku --satu sindiran tentang bersetubuh dari belakang-- maka Nabi tidak menjawab, hingga turun ayat (al-Baqarah: 223) lantas beliau berkata kepada Umar: boleh kamu bersetubuh dari depan dan boleh juga dari belakang, tetapi hindari di waktu haidh dan dubur." (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)
2.14 Menjaga Rahasia Isteri
Al-Quran memuji perempuan-perempuan shalihah dengan firmannya sebagai berikut:
"Perempuan-perempua n yang shalihah itu ialah perempuan-perempuan yang taat yang memelihara (perkara-perkara) yang tersembunyi dengan cara yang dipeliharakan Allah." (an-Nisa': 34)
Di antara sekian banyak perkara yang tersembunyi yang harus dipelihara oleh suami-isteri ialah tentang masalah persetubuhan. Suami-isteri dilarang menceriterakan kepada rekan-rekannya dalam pertemuan-pertemuan .
Dalam salah satu hadisnya Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya di antara sejelek-jelek manusia dalam pandangan Allah nanti di hari kiamat, ialah seorang laki-laki yang menyetubuhi isterinya dan isteripun melakukan persetubuhan, kemudian dia menyiar-nyiarkan rahasianya." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
"Dari Abu Hurairah, ia berkata: Nabi s.a.w. pernah sembahyang bersama kami, setelah salam beliau menghadapkan mukanya ke hadapan kami, kemudian bersabda: berhati-hatilah terhadap majlis-majlis kamu! Apakah di antara kamu ada seorang laki-laki yang menyetubuhi isterinya dengan menutup pintu dan melabuhkan korden, kemudian dia keluar dan berceritera, bahwa aku telah berbuat dengan isteriku begini dan begini? Kemudian mereka pada diam semua ... Lantas ia menghadap kepada perempuan-perempuan dan menanyakan: apakah di antara kamu ada yang bercerita begitu? Tiba-tiba ada seorang gadis memukul-mukul salah satu tulang lututnya sampai lama sekali supaya diperhatikan oleh Nabi dan supaya beliau mendengarkan omongannya. Si gadis itu berkata: Demi Allah kaum laki-laki berceritera dan perempuan perempuan juga berceritera! Lantas Nabi bertanya: tahukah kamu seperti apa yang mereka lakukan itu? Sesungguhnya orang yang berbuat demikian tak ubahnya dengan syaitan laki-laki dan syaitan perempuan satu sama lain saling bertemu di jalan kemudian melakukan persetubuhan, sedang orang lain banyak yang melihatnya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Bazzar)
Kiranya perbandingan ini cukup menjauhkan seorang muslim dari berbuat yang sebodoh itu yang tidak bernilai. Seorang muslim kiranya tidak suka kalau dirinya menjadi syaitan atau sama dengan syaitan.
2.15 Keluarga Berencana
Tidak syak lagi, bahwa tujuan pokok perkawinan ialah demi kelangsungan jenis manusia. Sedang kelangsungan jenis manusia ini hanya mungkin dengan berlangsungnya keturunan. Islam sendiri sangat suka terhadap banyaknya keturunan dan memberkati setiap anak, baik laki-laki ataupun perempuan. Namun di balik itu Islam juga memberi perkenan (rukhshah) kepada setiap muslim untuk mengatur keturunannya itu apabila didorong oleh alasan yang kuat.
Cara yang masyhur yang biasa dilakukan oleh orang di zaman Nabi untuk menyetop kehamilan atau memperkecil, yaitu azl (mengeluarkan mani di luar rahim ketika terasa akan keluar).
Para sahabat banyak yang melakukan azal ketika Nabi masih hidup dan wahyupun masih terus turun, yaitu seperti yang tersebut dalam riwayat di bawah ini:
"Dari Jabir r.a. ia berkata: kami biasa melakukan azal di masa Nabi s.a. w. sedang al-Ouran masih terus turun." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di riwayat lain ia berkata:
"Kami biasa melakukan azl di zaman Nabi s.a.w. maka setelah hal demikian itu sampai kepada Nabi, beliau tidak melarang kami." (Riwayat Muslim)
Diriwayatkan juga, bahwa ada seorang laki-laki datang kepada Nabi lantas ia berkata:
"Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai seorang hamba perempuan (jariyah) dan saya melakukan azl daripadanya, karena saya tidak suka kalau dia hamil dan saya ingin seperti apa yang biasa diinginkan oleh umumnya orang laki-laki, sedang orang-orang Yahudi berceritera: bahwa azl itu sama dengan pembunuhan yang kecil. Maka bersabdalah Nabi s.a.w.: dusta orang-orang Yahudi itu! Kalau Allah berkehendak untuk menjadikannya (hamil), kamu tidak akan sanggup mengelakkannya. " (Riwayat Ashabussunan)
Yang dimaksud oleh Nabi, bahwa persetubuhan dengan azl itu, kadang-kadang ada setetes mani masuk yang menyebabkan kehamilan sedang dia tidak mengetahuinya.
Di zaman pemerintahan Umar, dalam satu majlis orang-orang banyak berbincang masafah azl. Kemudian ada salah seorang laki-laki yang berkata: bahwa orang-orang Yahudi beranggapan, azl itu berarti pembunuhan yang kecil. Kemudian Ali r.a. ber kata: "Tidak dinamakan pembunuhan, sehingga mani itu berjalan tujuh tahap, yaitu: mula-mula sari tanah, kemudian menjadi nuthfah (mani), kemudian menjadi darah yang membeku, kemudian menjadi segumpal daging, kemudian daging itu dilengkapi dengan tulang-belulang, kemudian dililiti dengan daging dan terakhir menjadi manusia." Lantas Umar menjawab: betul engkau, ya Ali! Semoga Allah memanjangkan umurmu!
Jamaludin terangkan kes liwat Anwar kepada AS
Jamaludin Jarjis bersama Abdul Shukor Idrus (kiri) beramah mesra dengan sebahagian pelajar Kolej Poly-Tech Mara semasa Program Juara Rakyat di Kampung Setia, Kuang, Selangor, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 14 Mac - Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, beliau telah menerangkan kedudukan sebenar kes liwat yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan AS.
Beliau memberitahu kerajaan AS bahawa kes liwat yang dihadapi Anwar dengan bekas pembantunya itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia dan perkara itu diterima.
Menurutnya, jika dalam kes liwat terdahulu bekas Naib Presiden AS, Al-Gore datang ke Malaysia, tetapi kali ini tiada kedengaran sokongan daripada kerajaan AS terhadap Anwar.
"Kita lihat kuasa besar itu nampak kepimpinan Malaysia telah berubah. Suasana dahulu dan sekarang berbeza dan kes Anwar yang dahulu juga berbeza dengan kes sekarang.
"Dahulu tidak ada orang yang menerangkan keadaan sebenar kepada kerajaan AS, hanya suara-suara satu pihak yang didengar tetapi sekarang ini mereka mahu mendengar daripada pihak kita," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, Kuang dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukor Idrus merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang dan rakan-rakan dari parti komponen Barisan Nasional (BN).
Jamaludin menjelaskan perkara itu berhubung kenyataan Anwar yang mendakwa mendapat sokongan daripada Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berhubung kes liwat yang sedang dihadapinya.
Beliau yakin kepimpinan dan rakyat AS sudah menganalisis semua fakta dan menilai kes Anwar kerana sehingga kini tiada kedengaran suara-suara kerajaan AS berhubung kes itu berbanding dahulu.
Dalam perkembangan lain Jamaludin berkata, dasar keterbukaan Presiden AS, Barack Obama dengan negara-negara Islam telah membuka peluang yang besar kepada Malaysia untuk mengeratkan kembali hubungan dengan negara itu.
Katanya, pelantikan beliau sebagai Duta Malaysia ke AS adalah bagi menjalin hubungan baru dan mahu membaiki kedudukan perdagangan yang kini jatuh di tempat ke-14, berbanding ke-10 sebelum ini.
Beliau menambah, sekiranya Malaysia hendak maju, produk eksport perlu ditambah dan dalam masa yang sama menarik lebih banyak pelabur datang ke negara ini.
Menurut Jamaludin, China, Jepun dan Korea Selatan menjadi negara maju kerana berjaya menembusi pasaran AS dan kerana itu Malaysia juga perlu berbuat demikian.
Jelasnya, Malaysia perlu mengeksport produk pertanian, makanan halal, perkhidmatan kewangan dan perbankan Islam yang kesemuanya mempunyai potensi besar di AS.
Beliau juga memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga diberi penghormatan oleh Obama untuk menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear Global pada 13 April ini kerana mahu mendengar suara Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya.
Mengenai dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam peletakan jawatan dan tindakan beberapa pemimpin PKR keluar daripada parti itu Jamaludin berkata, hal itu jelas tiada kena mengena dengannya.
ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.