Pages

Subscribe:

16 Februari, 2010

[hang nadim] Zahrain is welcome to rejoin Umno,



ZULKIFLI ketika
sidang media
di luar pejabatnya
di Wisma Yakin,
Kuala Lumpur, semalam.


FIKIAQ , SEDAQ, SABAQ......
Wednesday February 17,2010
Zul Noordin: Group in Pakatan scheming to kick me out
By SIRA HABIBU and IAN MCINTIRE
newsdesk@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Kulim Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin is convinced that “little pharaohs” in Pakatan Rakyat are scheming to kick him out of the party.

Zulkifli, who is facing disciplinary action for lodging a police report against PAS’ Shah Alam MP Khalid Samad, said the ploy was evident as the PKR disciplinary committee had fixed hearing dates that coincided with his trip to South Korea.

“The party is well aware about the trip as they had arranged for Pakatan Rakyat MPs to attend the International Leadership Conference from Feb 17 to Feb 25.

“Isn’t it ironic that the disciplinary committee has fixed Feb 18 and Feb 23 to hear my case, knowing fully well that I will be abroad during that period?’’ he told a press conference yesterday.

Zulkifli expressed serious doubts over the integrity and independence of the disciplinary committee as top leaders had already condemned him before the disciplinary hearing.

Zulkifli said PKR vice-president Azmin Ali, strategic director Tian Chua and political bureau member Zaid Ibrahim had already called for his sacking, adding that even party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim had labelled him as an extremist.

“I wonder if the disciplinary proceeding is mere political drama to show that I have been given a chance to defend myself although the decision is already made,’’ he said.

Calling on the disciplinary committee to reschedule the hearing date to either Feb 28 or any other day between March 1 and 5, Zulkifli also demanded that the panelists to hear his case comprise only of Muslims as it was related to the controversy related to the use of the word “Allah” by non-Muslims.

Zulkifli said he did not plan to quit PKR at the moment, as he was planning to contest the vice-presidency in the party’s election at the end of the year.

“In fact, the little pharaohs started creating problems in PKR when I announced last year that I will take on party vice-president R. Sivarasa in the upcoming party elections,’’ he said.

In George Town, PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail said Zulkifli only needed to notify the party about his trip for his disciplinary hearing to be rescheduled.

‘‘He is now afraid of his own shadow. He is imagining that there is a conspiracy against him. This is because, he knows he has damaged PKR and Pakatan with his stinging criticism and unilateral action,’’ he said.



Wednesday February 17, 2010
Zahrain is welcome to rejoin Umno, says Zahid

SIMPANG RENGGAM: Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Hashim is welcome to rejoin Umno, says party vice-president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, who is Penang Umno chairman, lauded Zahrain’s move in quitting PKR and has extended an invitation for him to return to the Umno fold .

“We hope he can entice other former compatriots in PKR, who are not happy with the PKR leadership.

“If he does not intend to join us, then we hope he can be a Barisan Nasional-friendly MP,” he told newsmen after launching the Johor ex-Army Cooperative here yesterday.

Zahrain quit PKR on Friday following a fallout with Penang Chief Minister Lim Guan Eng.

On proposal to appoint Penang Deputy Chief Minister I Mansor Othman as Sahabah Urus Zakat (Sahabah) board chairman last month, Ahmad Zahid said that tithe collection was under purview of the Penang Islamic Religious Council.

“It is conventional that the council president automatically becomes the chairman of

the Tithe Collection Centre.

“Those who are not the council member (like Mansor) have no right to become the centre’s chairman,” he said.

He said he had told the Chief Minister in a phone conversation on Friday night that Penang Umno would not tolerate the intervention of PKR in tithe collection.

'Agenda firaun kecil'
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dakwa pembangkang mahu hapus dasar agama Islam, Raja dan bahasa Melayu

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, mendakwa pakatan pembangkang kini dikuasai 'firaun kecil' yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan dasar berhubung kedudukan agama Islam, Raja dan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, usaha juga sedang dilakukan oleh firaun kecil itu untuk 'membunuh karakter' pemimpin dalam pakatan pembangkang termasuk beliau sendiri kerana cuba mempertahankan dasar berkenaan.

"Saya cukup yakin ada niat jahat di kalangan firaun kecil yang mahu melihat saya keluar dari PKR (Parti Keadilan Rakyat).
"Firaun kecil ini bukan saja berada dalam PKR, tetapi juga dalam komponen pakatan dan di luar termasuk di kalangan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersekongkol untuk menjayakan agenda politik menerusi slogan dan pendekatan baru.

"Malah, saya boleh katakan bahawa parti sudah dirampas oleh firaun kecil... saya berasakan golongan itu cuba membawa pakatan pembangkang dan PKR ke arah memenuhi agenda mereka dan kelihatan mereka hampir berjaya," katanya pada sidang media di luar pejabatnya di Wisma Yakin di sini, semalam.

Pagi semalam, Zulkifli turut menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin PKR berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad, mengenai isu kalimah Allah.

Zulkifli berkata, isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang adalah antara mainan politik firaun kecil itu.

Sebelum ini, Zulkifli dalam program Soal Jawab di TV3 mengibaratkan DAP sebagai duri dalam daging bagi pakatan pembangkang. DAP juga dikatakan mula mencanangkan agenda 'Middle Malaysia' dan cuba menukar Malaysia menjadi seperti Macau dan Hong Kong.

Ditanya siapa firaun kecil yang dimaksudkan itu, Ahli Parlimen dari PKR itu berkata:

"Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Sampai masa saya akan beritahu."

Ditanya sama ada pemimpin PKR lain termasuk Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari kehadiran firaun kecil itu, beliau berkata, pemimpin berkenaan menyedarinya lebih-lebih lagi selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan keluar parti.

Zulkifli berkata, firaun kecil itu mula menguasai PKR selepas pilihan raya umum 2008 yang memperlihatkan penguasaan pakatan pembangkang ke atas Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

"Sejak menang pilihan raya umum lalu, agenda mereka makin jelas dan mereka semakin berani sebab itu tindakan kita juga semakin berani. Antara agenda utama firaun kecil ini ialah membawa keluar Malaysia dari kerangka Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Pembangkang ‘ditawan firaun kecil’
Oleh Saiful Haizan Hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pakatan pembangkang kini dikatakan telah ditawan oleh sekumpulan ‘firaun kecil’ yang mempunyai agenda berbahaya untuk membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membuat dakwaan itu berkata, dalam menjayakan agenda tersebut, ‘firaun kecil’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya, Pas dan DAP turut bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

Beliau mendedahkan, usaha terancang tersebut dimulakan sejurus pilihan raya umum lalu dan keadaan semasa amat membimbangkan kerana ia hampir berjaya sepenuhnya.

Dakwanya, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

“Agenda mereka ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang.

“(Antara) kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

“Tetapi mereka cuba memisahkannya dengan slogan baru, pendekatan baru dan anda boleh melihat sendiri apa yang mereka sedang lakukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Yakin, di sini hari ini.

Justeru, Zulkifli mendesak kepimpinan partinya supaya menjelaskan adakah dasar pakatan pembangkang yang diumumkan pada 19 Disember lalu yang mengandungi komitmen untuk menghormati perlembagaan dan mempertahankan Islam diambil serius atau sekadar retorik politik.

“Kalau daripada apa yang berlaku sekarang seperti isu kalimah Allah, isu di Pulau Pinang dan terbaru (membatalkan) perarakan Maulidur Rasul, saya nampak ini semua mainan politik sahaja yang mereka tidak bermaksud untuk laksanakan,” katanya.

Zulkifli mendakwa, maklumat daripada penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan yang digelarnya ‘firaun kecil’ itu.

Perkara itu, dakwanya, juga menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

“Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’,” katanya.

Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.

Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.

”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya.


KEMBALILAH SAUDARA.....KEPADA PERLEMBAGAAN TAFSIRAN MELAYU....
MELAYU 1. BERAGAMA ISLAM
2. BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU
3. MENGAMALKAN ADAT ISTIADAT MELAYU

INGAT TERLANJUR PERAHU BOLEH DI UNDUR..TERLANJURKATA EMAS PADAHNYA.....
APA KATA DEPA.....KITA PERLU..SABAQ.....
HARAKAH....
Al Brangi
UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'.

Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga DEPAayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.

Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang'.

Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya.

Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.


MELAYU TETAP MELAYU WALAU ADA BATASAN ATAU FAHAMAN POLITIK YANG BERCANGGAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.