Pages

Subscribe:

01 Februari, 2010

[hang nadim]Pulau Pinang makin ‘panas’.....SEDAQ , SABAQ DAN FIKIAQ

value="http://www.youtube.com/v/WErVkXCwBTg&hl=en_US&fs=1&">

Parti Cinta Malaysia (PCM)
mendakwa lebih ramai pemimpin dan ahli DAP di Pulau Pinang menyatakan minat menyertai parti itu ekoran kekecewaan terhadap sikap dan cara kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
• ”Rata-rata mereka mendakwa sudah mengenali ‘wajah sebenar’ Guan Eng dan jelas mereka sangat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat sebagai kerajaan monopoli,’’ kata Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan.
• Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman malu sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun kerana membuat kenyataan memfitnah dan berniat jahat. Jeff Ooi ialah Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri.
• Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mencabar Guan Eng mendedahkan kepada umum nilai tender yang diberikan kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Pemimpin parti politik Melayu perlu bersatu

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Semua pemimpin parti politik Melayu tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang perlu bersatu bagi memperjuangkan nasib bangsa.
Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar menegaskan, pemimpin-pemimpin parti tersebut perlu sedar dan insaf kerana hancurnya bangsa Melayu disebabkan oleh barisan kepimpinannya yang tidak bersatu.
Menurut beliau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersedia untuk menggerakkan perpaduan Melayu kerana Islam mesti dijunjung dan raja mesti di takhta.
"Kita berharap parti-parti Melayu bersatu dalam memperjuangkan hak-hak yang berkaitan dengan keistimewaan orang Melayu seperti agama Islam, raja-raja Melayu dan konsep ketuanan Melayu.
"Kita tidak mahu ibarat itik mati kehausan di air, ayam mati di kepuk padi, kera di hutan disusui, anak di pangkuan dibiarkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Beliau diminta mengulas kekecewaan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini, apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh parti-parti berkenaan.
Dr. Mahathir percaya tindakan itu berpunca daripada keyakinan mereka yang menyedari bahawa orang Melayu tidak mempunyai banyak pilihan ketika pilihan raya dan akan tetap menyokong mereka.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, UMNO perlu sentiasa meyakini rakyat supaya dasar-dasar yang dipraktikkan memperlihatkan pembelaan orang Melayu dan bukannya sekadar cakap sahaja.
"Apabila sokongan daripada bangsa Melayu bertambah kuat, maka bangsa-bangsa lain turut sama menyokong.
"Kita tidak mahu apa yang dikejar tidak dapat, tetapi yang dikendong pula berciciran," katanya.
Timbalan Pengerusi Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Datuk Mohammad Rais Zainuddin pula berpendapat, hanya Pas dan PKR yang lebih mengutamakan sokongan bukan Melayu kerana mereka tidak mempunyai dasar kukuh selain hanya mahu berkuasa.
Menurutnya, UMNO yang telah memerintah negara ini di bawah komponen Barisan Nasional (BN) lebih 50 tahun dahulu, sentiasa mendahulukan rakyat termasuk kaum bukan Melayu.
"UMNO hanya melaksanakan tugas sebagai pemerintah kerajaan dalam memenuhi keperluan kaum bukan Melayu," jelasnya.

'Bukalah mata pemimpin PKR'
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 1 Feb. - Gabungan NGO Malaysia mendesak pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka mata terhadap senario peniaga Melayu di Pulau Pinang yang terabai di bawah kepimpinan DAP.
Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli menegaskan, jika PKR menganggap tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kemelut yang dihadapi peniaga Melayu sebagai salah, pihaknya sebaliknya mengalu-alukan keprihatinan wakil rakyat pakatan itu sebagai seorang yang berprinsip dan bermaruah.
''Beliau tidak menggadai maruah bangsa hanya semata-mata menjaga kepentingan politik. Sememangnya itu adalah tugas pemimpin yang dipertanggungjawabkan.
''Apa yang telah dibangkitkan oleh Datuk Zahrain itu harus diberi perhatian oleh pemimpin tertinggi PKR dan bukannya mengambil tindakan disiplin ke atas beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Jurit berkata, pihaknya amat bersimpati dengan nasib peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang.
''Gerai-gerai milik peniaga Melayu dirobohkan dengan alasan mereka tidak mengikut peraturan Pihak Berkuasa Tempatan sedangkan gerai ini telah lama wujud sebelum pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang," katanya.
Dalam aspek ini, beliau turut menuntut penjelasan berhubung status gerai milik bukan bumiputera yang berniaga tanpa mengikut garis panduan PBT yang terlepas dari sebarang tindakan.
''Sedangkan mereka ini berniaga di bahu-bahu jalan yang mana boleh mengganggu lalu lintas serta menyebabkan kekotoran keadaan sekeliling seperti di sekitar Georgetown meliputi Lebuh Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberly, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua," katanya.
Kata beliau: ''Pemimpin DAP sepatutnya tidak mengaitkan Datuk Zahrain dengan masalah peribadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
''Sepatutnya berilah perhatian terhadap isu yang dibangkitkan oleh beliau kerana ia ada kaitan dengan masalah rakyat. Sememangnya tugas wakil rakyat adalah untuk membela nasib rakyat khasnya peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang."

Guan Eng dicabar dedah nilai tender kontraktor Melayu

PULAU PINANG 1 Feb. - Kerajaan negeri dicabar mendedahkan kepada umum nilai tender yang diberikan kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu.
Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa kontraktor Melayu memenangi lebih 50 peratus tender ditawarkan kerajaan negeri tidak mencerminkan senario sebenar sistem secara terbuka itu.
Menurut beliau, sekiranya kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran telus, nilai tender yang telah diberi kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu perlu didedahkan kepada orang ramai.
"Kami hendak tahu nilai tender yang diberi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu termasuk apa yang mereka bekalkan seperti terkandung dalam kontrak itu.
"Kalau kerajaan negeri telus, mereka sepatutnya umumkan juga nilai tender yang diberi, bukan sekadar menyatakan peratusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Guan Eng dalam kenyataannya semalam memberitahu, sejak pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum di negeri itu, jumlah kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh kerja-kerja ditawarkan melebihi kontraktor bukan Melayu.
Daripada 23 tender yang ditawarkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), 16 (70 peratus) dimenangi kontraktor Melayu dan selebihnya iaitu tujuh (30 peratus) oleh kontraktor bukan Melayu.
Bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang mengeluarkan 66 tender terbuka, 44 (67 peratus) diberi kepada kontraktor Melayu dan 22 (33 peratus) diperoleh oleh kontraktor bukan Melayu.
Mohd. Nor Suhaili menjelaskan, rakyat berhak mengetahui nilai sebenar tender yang dimenangi kontraktor Melayu dan bukan Melayu bagi menentukan sama ada kerajaan negeri berlaku adil atau sebaliknya.
Katanya, jumlah yang dinyatakan dalam bentuk peratusan sebenarnya tidak menggambarkan nilai yang diperolehi.
"Kita lihat apa yang dibuat Kerajaan Pusat selama ini, mereka selalu mengumumkan sesuatu pemberian kepada rakyat dalam bentuk nilai bukannya peratusan.
"Dengan mendedahkan jumlah pemberian, kita dapat melihat secara lebih jelas nilai sebenar pemberian itu," ujarnya.

Pas akui tuduhan Zahrain amat berat

PUTRAJAYA 1 Feb. – Pas mengakui kritikan terbuka Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng adalah suatu yang amat berat.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapa Ali berkata, Pas akan menunggu sebarang tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke atas anggota partinya yang mengeluarkan kritikan tersebut.
Sambil menafikan laporan bahawa kritikan terbuka Zahrain terhadap pentadbiran Guan Eng meresahkan Pas, beliau berkata, pertikaian itu tidak menjejaskan parti itu.
“Tak ada apa (meresahkan). Semalam dalam mesyuarat bersama pemimpin pakatan, PKR sendiri sudah putuskan perkara itu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin mereka, ini bukan kita (Pas) minta.
“Jadi kita tunggulah apa keputusannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai perkembangan terbaru kemelut membabitkan Ahli Parlimen Bayan Baru itu dengan Guan Eng amat meresahkan Pas terutama di kalangan pemimpin utamanya.
Sebelum ini, Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya kerana sikapnya tidak suka dikritik.
Semalam, ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng turut memberikan sokongan kepada Zahrain malah menyifatkan Guan Eng sebagai pemimpin yang tidak mempunyai kelas.
Menurut Mustapa, soal sama ada Pas berasa resah atau sebaliknya dengan kemelut tersebut bukan disebabkan parti itu tiada kedudukan utama dalam kerajaan pakatan di Pulau Pinang.
“Persoalan itu tidak berbangkit kerana kita (Pas) adalah sebahagian daripada kerajaan (negeri).
“Kita ambil berat masalah yang timbul dan ia akan diselesaikan di peringkat dalaman parti,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga mengakui kritikan Zahrain terhadap Guan Eng begitu berat.
Justeru, kata beliau, terserah sekarang kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan pertikaian yang ditimbulkan terhadap Guan Eng.
“Walau apa pun masalah yang timbul kita perlu hadapi bersama dan jika perlu kita akan melakukan perbincangan.
“Namun secara prinsipnya, Pas tidak masuk campur tangan dalam urusan parti lain,” katanya.
Tambahnya, pada masa ini pertikaian antara pemimpin PKR dan DAP itu tidak sampai ke tahap Pas perlu meminta penjelasan daripada kedua-dua parti sekutunya itu


Parti Cinta Malaysia bidas Anwar
BUTTERWORTH 1 Feb. - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkannya dengan cubaan memancing Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Cheng Guan menegaskan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak wajar membuat tuduhan sedemikian dengan hanya bersandarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) antara beliau dan Azan.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Kawan berkata, sudah menjadi satu kebiasaan apabila ahli-ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik menghantar SMS atau membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar.
''Kami (Cheng Guan dan Azan) hanya berhubung sebagai kawan baik dan bertanya khabar dari isu-isu remeh sehinggalah isu peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pahang.
''Malah, sebelum ini Azan sendiri ada hantar SMS mengajak saya berjumpa dan minum teh tarik bersama tetapi saya menolak dengan baik atas alasan saya agak sibuk.
''Jadi bagi saya, hubungan (melalui telefon) begini adalah biasa kerana walaupun berbeza parti, kami tetap kawan baik sebab sudah lama mengenali antara satu sama lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Portal berita Malaysiakini semalam menyiarkan kenyataan Anwar bahawa wujud usaha yang diketuai oleh bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan Cheng Guan untuk 'memancing' Azan melalui panggilan telefon.
Bagaimanapun, Azan yang dipetik dalam portal berita itu berkata, panggilan telefon itu dianggapnya sebagai panggilan daripada seorang kawan baik.
Cheng Guan berkata, dakwaan Anwar itu sangat pelik kerana mengaitkan PCM, sebuah parti kecil yang baru diwujudkan kira-kira enam bulan lalu dengan usaha memancing ahli Parlimen pembangkang dengan ganjaran tertentu.
''Kalau ada pemimpin PKR yang meluahkan rasa kecewa dan mengkritik kepimpinan, maka mereka kena siasat punca dan kenal pasti masalah. Bukan dengan cara menuding jari lebih-lebih lagi kepada parti baru seperti PCM," jelasnya.
Beliau menambah, pakatan pembangkang sepatutnya menilai diri sendiri dan mengenal pasti punca kritikan demi kritikan yang dilemparkan berhubung cara pentadbiran mereka terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor.
Ramai pemimpin, ahli DAP minat sertai PCM
BUTTERWORTH 1 Feb. - Parti Cinta Malaysia (PCM) mendakwa lebih ramai pemimpin dan ahli DAP di Pulau Pinang menyatakan minat menyertai parti itu ekoran kekecewaan terhadap sikap dan cara kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, rasa tidak puas hati pemimpin serta penyokong DAP terhadap kepimpinan Guan Eng semakin ketara apabila terdapat pemimpin kanannya yang bertindak keluar parti.
Menurutnya, tidak kurang 1,000 penyokong DAP di Pulau Pinang sudah menyatakan minat menyertai PCM tetapi sebagai parti yang baru ditubuhkan enam bulan lalu, PCM memerlukan masa untuk memproses keahlian baru.
''Rata-rata mereka mendakwa sudah mengenali 'wajah sebenar' Guan Eng dan jelas mereka sangat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat sebagai kerajaan monopoli.
''Lihat sahaja bagaimana pemimpin lama DAP seperti Ketua Pasukan Bertindak DAP Negeri, Tham Weng Fatt yang berjuang selama 22 tahun untuk DAP tetapi akhirnya bertindak keluar parti. Ini mesej yang jelas kepada Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, kritikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap kepimpinan Guan Eng menggambarkan sikap Setiausaha Agung DAP itu yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pandangan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.
Selain itu, kepimpinan akar umbi DAP di Pulau Pinang tidak menyenangi kepimpinan Guan Eng yang bersifat monopoli sedangkan beliau hanya 'orang luar' yang membina kerjaya politik di Pulau Pinang.
''Sehingga ada penyokong DAP sendiri yang tidak senang dengan Guan Eng yang seolah-olah datang ke Pulau Pinang untuk 'cari makan' tanpa menghiraukan pandangan ahli akar umbi yang berjuang untuk DAP sejak begitu lama.
''Mungkin sudah tiba masanya DAP meminda perlembagaan mereka sendiri untuk membolehkan hanya anak jati negeri sahaja yang boleh memegang jawatan sebagai Ketua Menteri," katanya.
Zahrain yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang baru-baru ini secara terbuka mengkritik Guan Eng dengan melabelkannya sebagai cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.
Ekoran tindakannya itu, Jawatankuasa Disiplin PKR semalam menetapkan tempoh sebulan untuk meneliti tindakan ke atas Zahrain.

Lagi Ahli Parlimen PKR bidas Guan Eng
NIBONG TEBAL 31 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus menerima tamparan hebat apabila seorang lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di negeri itu secara terbuka mengkritik kepimpinannya yang disifatkan berat sebelah.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, tindak-tanduk Guan Eng yang berasa dirinya sahaja betul telah menimbulkan rasa kurang senang pemimpin pakatan pembangkang di negeri itu sejak awal lagi.
Malah katanya, sikap ala diktator yang ditunjukkan Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan hubungan rakan pakatan pembangkang di Pulau Pinang hanya kelihatan baik secara luaran tetapi 'bergolak' di dalam.
''Keadaan ini menyebabkan Pulau Pinang bukan ditadbir oleh pakatan pembangkang tetapi oleh Guan Eng kerana apa juga teguran tidak diendahkan kerana seolah-olah hanya dia saja yang betul.
''Ramai pemimpin dalam pakatan yang tidak gemar caranya (Guan Eng) tetapi tidak berani menegur kerana akan dilabel sebagai ejen UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini dengan lantang mengkritik kepimpinan Guan Eng yang dilabelnya sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.

Ooi desak PKR hukum dua wakil rakyat kecam Ketua Menteri
GEORGETOWN: Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi, mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan tindakan tegas terhadap dua Ahli Parlimen parti itu yang mengecam kepemimpinan Lim Guan Eng.

Mereka adalah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Ooi yang juga Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, mendakwa kedua-dua Ahli Parlimen itu ialah ahli politik yang berputus asa dan kehadiran mereka sudah ditolak oleh parti sendiri.

“Tan menuduh Ketua Menteri tidak ada class sedangkan hakikatnya beliau yang tidak ada class kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan projek bagi ahli keluarga sendiri," dakwanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Tan yang mendakwa pentadbiran kerajaan negeri di bawah Guan Eng semakin hilang arah dan berat sebelah.

Kritikan pedas Tan itu menyusul beberapa hari selepas Zahrain melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.
Ooi mendakwa, Tan membuat kenyataan itu kerana kecewa apabila tidak dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) walaupun disokong Zaharin yang ketika itu Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Jawatan Pengerusi PBAPP diberikan kepada Ketua Menteri selepas dipersetujui ahli Lembaga Pengarah syarikat pembekalan air negeri ini.

Beliau mendakwa, sebelum ini Tan juga menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen bagi melobi premis perniagaan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Jalan Irrawady di sini, untuk disewakan kepada bapa saudaranya.

Ooi meminta PKR segera menyelesaikan isu itu kerana masalah peribadi boleh menjejaskan pakatan pembangkang.
“Bagaimanapun, PDC mengetahui perkara itu dan memaklumkan kepada kerajaan negeri. Jadi, ia terpaksa ditolak," dakwanya yang turut menyifatkan Tan seperti 'bayi kecil' yang akan menangis apabila tidak dapat apa diinginkan.

Sehubungan itu, Ooi meminta PKR segera menyelesaikan isu berkenaan kerana perkara yang berbentuk peribadi boleh menjejaskan parti dalam pakatan pembangkang.

"Tan sering kali bercakap dengan lantang dan berani tetapi kali ini beliau kena tanggung akibat perbuatannya itu.

"Ketika saya minum di kedai, kebanyakan penduduk mengatakan PKR seperti penyedut hampagas yang mengandungi banyak sampah. Jadi inilah masanya untuk membuang sampah itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, berkata kenyataan keras kedua-dua Ahli Parlimen PKR itu dikhuatiri akan meretakkan hubungan baik antara parti dalam pakatan pembangkang.

Justeru, beliau meminta kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan segera memohon maaf secara terbuka bagi mengelak keadaan bertambah keruh kerana membabitkan banyak pihak.

"Bagaimanapun, kita yakin perhubungan baik antara PKR dan DAP tidak akan terjejas berikutan kenyataan berkenaan lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian parti itu," katanya.

1,000 dijangka keluar DAP

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
BUTTERWORTH: Perasaan kurang senang dan kecewa dengan kepemimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di kalangan akar umbi DAP di negeri ini dikatakan sudah memuncak dengan ramai dijangka keluar parti untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Naib Presiden PCM, Huan Chen Guan, mendakwa lebih 1,000 ahli DAP, majoritinya penyokong kuat parti itu yang berusaha keras pada pilihan raya umum lalu dijangka berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Katanya, ahli DAP terbabit memberitahunya mereka hilang kepercayaan terhadap Guan Eng yang banyak berubah sejak memegang jawatan Ketua Menteri, berbanding sebelum memenangi Pilihan Raya Umum lalu.

“Mereka mendakwa sejak menjadi Ketua Menteri, Guan Eng tidak mempedulikan nasib ahli yang selama ini berjuang demi parti, sombong dan hanya merasakan dirinya betul dengan sering menyalahkan orang lain.

“Mereka bosan dengan sikap lupa diri Guan Eng dan hanya mementingkan 'orangnya' yang dibawa dari luar Pulau Pinang untuk mengaut keuntungan di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jika benar dakwaan Huan akan memberi tamparan hebat kepada Guan Eng yang turut dikritik Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal). Zahrain yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.
Kenyataannya itu disokong Tan yang menyifatkan Guan Eng mentadbir negeri ini secara tidak adil sehingga hak rakan dalam pakatan pembangkang terhakis, selain tidak gemar dikritik.

Huan turut mempertikaikan kemampuan Guan Eng mentadbir Pulau Pinang yang hanya berasakan dirinya betul seperti bapanya yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Mereka hanya tahu menyalahkan kerajaan terdahulu dan mereka saja betul. Kalau mereka betul, buktikanlah. Saya lihat tiada perkara membanggakan dilakukannya di negeri ini.

“Guan Eng tidak sepatutnya memegang jawatan Ketua Menteri kerana bukan anak jati Pulau Pinang.
“Guan Eng hanya tahu mengambil kesempatan di negeri ini kerana tahu dirinya tidak diterima di negeri asalnya, Melaka,” katanya.

Sementara itu, Huan menafikan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau cuba memancing Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail untuk menyertai PCM. “Memang saya ada menghubunginya, tetapi untuk bertanya khabar dan mengetahui kenapa beliau (Azan) melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

“Azlan yang ingin berjumpa saya di Kuala Lumpur, tetapi saya sibuk dengan urusan lain,” katanya.

Saya tidak akan tutup mulut – Tee Beng
NIBONG TEBAL 2 Feb. – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Tan Tee Beng tidak akan berhenti mendedahkan kepincangan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekalipun berdepan risiko akan dipecat.

Tee Beng yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal mengakui wujud desakan daripada kepimpinan tertinggi PKR yang memintanya ‘menutup mulut’ tetapi beliau menegaskan, pada masa ini kebenaran lebih penting daripada segala-galanya.

Menurutnya, kepimpinan tertinggi PKR perlu jujur untuk meneliti dan bertindak berdasarkan segala kritikan terutamanya yang dilontarkan dari dalam parti, bukan dengan menyembunyikannya.

‘‘Saya ada terima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada (Timbalan Presiden PKR) Dr. Syed Hussein Ali meminta saya berhenti mengkritik kerana ia menjejaskan imej parti tetapi saya tidak membalas SMS itu.

‘‘Kritikan saya terhadap Guan Eng bukan secara membabi-buta kerana saya ada bukti. Kalau parti mahu memecat saya semata-mata mahu menutup semua ini, terserahlah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tee Beng sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Guan Eng dan menyifatkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin berat sebelah dan tidak menghiraukan pandangan rakan-rakannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kritikan itu menyusul selepas pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyerang kepimpinan Guan Eng yang didakwanya sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Tee Beng berkata, beliau mempunyai bukti dan saksi mengenai corak pentadbiran diktator yang diamalkan oleh kepimpinan DAP diketuai Guan Eng di negeri ini dan hanya menunggu masa untuk mendedahkannya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepimpinan DAP supaya tidak sewenang-wenangnya menuduh beliau mempunyai agenda peribadi di sebalik semua kritikannya terhadap Guan Eng.

Ia termasuk kenyataan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi yang mendakwa beliau kecewa kerana gagal melobi jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP).

‘‘Saya ingatkan Jeff Ooi supaya tidak membuat tuduhan melulu kerana bagi saya tuduhan ini sangat berat. Dia perlu membuktikannya kerana jika tidak, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Tee Beng berkata, beliau terpaksa membuat kritikan secara terbuka itu memandangkan aduan demi aduan melalui saluran parti sebelum ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Masa untuk rakyat bertindak

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 2 Feb. – Setelah dua tahun mentadbir, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa gagal melaksanakan ‘misinya’ terutama dalam membangunkan ekonomi, menghapuskan kemiskinan tegar dan membela nasib orang Melayu.

Orang ramai yang ditemui berpendapat sudah tiba masanya mereka melakukan sesuatu kerana janji-janji yang ditabur dulu tidak pernah ditunaikan malah nasib mereka menjadi lebih buruk akibat pentadbiran kerajaan negeri yang berat sebelah.

Suri rumah, Halimah Mat Jelani, 55, berkata, tempoh masa hampir dua tahun sudah cukup untuk kerajaan negeri membuktikan kewibawaan mentadbir termasuk memberi hak sama rata kepada semua kaum.

Namun, katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila orang Melayu terus ditindas serta semakin tersepit dan ada antaranya terpaksa menganggur kerana hilang sumber pendapatan akibat gerai dan kedai mereka diroboh.

“Kerajaan negeri kata mahu bangunkan ekonomi Melayu, beri hak yang sama tapi mana buktinya.

“Gerai dan kedai orang Melayu semuanya dirobohkan satu persatu tapi gerai kaum lain saya tengok macam cendawan tumbuh lepas hujan.

“Saya harap rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu sedar dan sama-sama bertindak sebelum terlambat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kakitangan kerajaan, Donalfian Yaacob, 50, memberitahu, kerajaan negeri seakan-akan lupa janji sendiri untuk menghapuskan miskin tegar di negeri ini sebaliknya berlumba-lumba ‘menambahkan’ lagi jumlah golongan berkenaan.

“Saya tidak nampak kerajaan negeri di bawah pentadbiran Guan Eng menjalankan banyak projek untuk membantu orang Melayu.

“Adakah dia mahu orang Melayu merempat?” tanya beliau.

Sementara itu, pekerja swasta, Wong Ah Chai, 34, berkata, pelbagai isu yang melanda Pulau Pinang sekarang ini menunjukkan rakyat sudah tidak percaya kepada kepimpinan kerajaan negeri.

Jelasnya, ia bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan rakyat bahkan wakil-wakil rakyat.

“Kita mahu orang melabur, kita mahu tarik pelancong. Tetapi jika keadaan rakyat dan negeri sendiri diperlihatkan menerusi imej buruk, macam mana mereka mahu datang.

“Yang paling utama adalah mewujudkan keharmonian dan keamanan yang dimulai dengan kejayaan menyatupadukan rakyat, bukannya meresahkan mereka,” katanya.

Guan Eng perlu cermin diri - PCM

BUTTERWORTH 2 Feb. - Parti Cinta Malaysia (PCM) meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng mencermin dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain ekoran tindakan pemimpin dan penyokongnya bertindak menyertai parti lain.

Naib Presidennya, Huan Cheng Guan berkata, Guan Eng perlu menilai tindakan pemimpin kanannya seperti Ketua Pasukan Bertindak DAP Negeri, Tham Weng Fatt yang sanggup meninggalkan perjuangannya bersama DAP sejak lebih 22 tahun lalu.Menurutnya, ramai pemimpin DAP di Pulau Pinang berminat menyertai PCM dan rata-ratanya menyatakan alasan sama iaitu kecewa kepimpinan Guan Eng yang seperti 'kacang lupakan kulit'.

"Mereka merupakan kawan kerana kami anak jati Pulau Pinang dan tidak wajar menuding jari jika mereka mahu meninggalkan DAP dan menyertai PCM.

"Pemimpin seperti Guan Eng perlu tanya diri sendiri mengapa para penyokongnya hilang kepercayaan kepada beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Cheng Guan semalam mendedahkan terdapat ramai pemimpin dan penyokong DAP akan menyertai PCM ekoran kekecewaan terhadap gaya kepimpinan Guan Eng yang didakwa bersifat monopoli.

Menurutnya, tidak kurang 1,000 penyokong DAP Pulau Pinang sudah menyatakan minat menyertai PCM tetapi sebagai parti yang baru ditubuhkan enam bulan lalu, PCM memerlukan masa untuk memproses keahlian baru.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Kawan menegaskan, dia tidak bercakap kosong malah ramai penyokong DAP termasuk di kawasan Parlimen Bagan yang diwakili sendiri Guan Eng akan menyertai PCM.

Malah, katanya, ada cawangan parti pakatan pembangkang termasuk DAP dan PKR sudah bersedia membubarkan cawangan itu bagi menyertai PCM.

Cheng Guan berkata, antara rungutan yang diterima ialah Guan Eng tidak menghargai perjuangan penyokong tempatan yang bekerja keras memberinya kemenangan pada pilihan raya sekali gus dapat menjawat jawatan Ketua Menteri.

Kepentingan individu kian ketara dalam pakatan

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Pergolakan demi pergolakan yang berlaku di kalangan pemimpin pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini menunjukkan mereka hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang ketika ini bukan sesuatu yang menghairankan.

“Tidak sampai setahun mentadbir di beberapa negeri, belang pakatan pembangkang terutama DAP boleh nampak dengan jelas.

“Politik pecah belah dan kepentingan individu terlalu ketara dalam pakatan pembangkang. Kalau tidak ada Barisan Nasional (BN) sudah tentu semuanya akan hancur,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Tabung Ihsan Gempa Bumi Haiti anjuran Skuad Sayang Wanita UMNO di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan krisis politik pembangkang terutama di Pulau Pinang kini pada tahap amat serius.

Shahrizat berkata, apa yang berlaku itu jelas mencerminkan bahawa pakatan pembangkang hanya menjadi alat untuk meraih undi rakyat semasa pilihan raya umum semata-mata.

“Kita sudah boleh nampak kepimpinan mereka ini semakin terhakis apabila teruji dalam keadaan sebegini. Selama ini mereka hanya tahu membantah apa yang kerajaan buat.

“Apa yang dibuat kerajaan semua tak kena, sekarang apabila diberi mandat, rasalah sendiri. Tak sampai setahun habis semua dah nak berkecai,” ujarnya.

Tambah beliau, ahli Wanita UMNO di peringkat akar umbi telah memaklumkan kepada beliau bahawa rakyat di negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang semakin berasa tertindas

value="http://www.youtube.com/v/Qmr1xqTGBOY&hl=en_US&fs=1&">

Perbicaraan Anwar bermula hari ini

Oleh AMIRUDDIN HARUN
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim bersama isteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada perbicaraan kes liwat yang dihadapi beliau di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tertangguh sejak Julai tahun lalu diperintahkan bermula pada pukul 2.30 petang esok di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memerintahkan demikian selepas menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk menangguhkan perbicaraan tersebut.

‘‘Dalam kes ini, saya mendapati tidak ada apa-apa keadaan luar biasa yang membolehkan penangguhan. Oleh itu, permohonan ditolak dan perbicaraan akan diteruskan,’’ katanya sambil berharap agar tiada lagi penangguhan dibuat.

Bagaimanapun perintah itu masih belum muktamad kerana ia bergantung kepada perintah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff yang akan ditemui pagi esok oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar dan wakil pihak pendakwaan.

Menurut Karpal, sama ada perbicaraan akan diteruskan atau ditangguhkan, ia akan ditentukan oleh Hakim Alauddin.

Pertemuan dengan Hakim Alauddin dibuat bagi membolehkan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang menolak rayuan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen penting pendakwaan, dapat didengar secepat mungkin.

Pada prosiding hari ini, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan penangguhan oleh Ketua Pembangkang itu setelah selesai mendengar hujahan Karpal dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.

Anwar pada Khamis lalu memohon penangguhan perbicaraan sementara menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat.

Terdahulu, Mohd. Yusof dalam hujah bantahannya menyatakan, tiada keadaan luar biasa dikemukakan bagi membolehkan penangguhan perbicaraan dibenarkan.

Menurutnya, pemohon hanya menyatakan bahawa pihak pembelaan mempunyai laporan perubatan yang menyatakan tiada kemasukan zakar (penetrasi) tertuduh ke dalam dubur mangsa.

Beliau bagaimanapun menafikan hujahan itu dengan menyatakan laporan perubatan tersebut adalah tidak konklusif kerana ia hanyalah laporan awal doktor yang memeriksa pengadu.

Menurutnya, sama ada terdapat kemasukan atau sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh doktor-doktor terbabit semasa mereka memberi keterangan di mahkamah.

Mohd. Yusof menegaskan, pendakwaan terhadap Anwar juga dibuat berdasarkan bukti bahawa terdapat spesimen air mani yang ditemui daripada tubuh pengadu.

‘‘Daripada tiga spesimen yang diambil, dua sudah dikenal pasti manakala satu lagi menjurus kepada spesimen air mani yang disyaki milik tertuduh. Maka keterangan pakar kimia akan dipanggil untuk mengesahkannya,’’ ujar beliau.

Menurutnya lagi, bukti sedemikian yang tiada dalam pemilikan pihak pembelaan hanya boleh disokong melalui keterangan ahli kimia terbabit.

Dalam hujahnya, beliau juga menyatakan bahawa laporan perubatan yang dimiliki pihak pendakwaan tidak menyatakan ‘plastik’ dimasukkan ke dalam dubur pengadu seperti yang didakwa oleh Karpal.

Karpal dalam hujahnya sebelum itu memberitahu, dua laporan perubatan oleh doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan menunjukkan tiada elemen-elemen kemasukan ke dalam dubur pengadu.

Menurutnya, laporan perubatan pertama oleh Hospital Pusrawi menyatakan bahawa bekas pembantu Anwar itu telah mengadu terdapat kemasukan ‘plastik’ ke dalam duburnya dan mengalami sembelit selama seminggu.

Namun, kata Karpal, berdasarkan laporan bertarikh 28 Jun 2008, doktor terbabit tidak menemui sebarang pendarahan pada dubur pengadu.

Sehubungan itu, menurutnya, mahkamah terkhilaf sewaktu menyatakan tidak terdapat penemuan konklusif yang menyatakan terdapat kemasukan ke dalam dubur pengadu.

‘‘Pertuduhan terhadap tertuduh seharusnya diketepikan kerana ia adalah berniat jahat, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah,’’ katanya.

Pada prosiding sebelah pagi, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan penangguhan sehingga 2.30 petang ini bagi membolehkan pihak pembelaan dan pendakwaan menemui Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh awal semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.

Saiful bersyukur

object width="425" height="344">Mohd. Saiful Bukhari menjawab pertanyaan wartawan selepas mahkamah menolak

permohonan Penasihat PKR itu untuk menangguhkan kes tersebut.
----------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penat tetapi bersyukur. Itu reaksi ringkas bekas pembantu Ketua Pembangkang, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, ketika ditanya mengenai prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Walaupun prosiding hari ini terpaksa ditangguhkan ke petang esok, Mohd. Saiful Bukhari menyatakan dia sudah bersedia untuk memberi keterangan.

“Akhirnya selepas menunggu selama setahun setengah, saya mendapat peluang untuk memberi keterangan dan mempertahankan diri saya. Penat tetapi ia memberikan kekuatan kepada saya,” katanya sambil tersenyum.

Turut menemani Mohd. Saiful Bukhari ialah bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan peguam pemerhati mewakilinya, Zamri Idrus.

Bagaimanapun, ketika ditanya kemungkinan perbicaraan akan ditangguhkan sekali lagi, riak wajahnya berubah dan sempat bertanya kepada peguamnya.

Zamri menyatakan, walau apa pun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah mengarahkan kes tersebut dibicarakan esok bermula pukul 2.30 petang.

Pagi esok, pihak pembelaan bagi kes liwat Anwar akan bertemu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff di Putrajaya bagi memohon tarikh awal semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen penting dengan alasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak layak untuk dibekalkan dengan dokumen tersebut kerana perbicaraan masih belum bermula.

Pada sidang akhbar itu juga, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu, dia tidak berasa tertekan dan turut menafikan bersubahat dengan Perdana Menteri serta isteri untuk mengenakan Anwar.

“Tidak, tidak, tidak. Tidak benar, saya akan beri keterangan esok,” jelasnya.

Orang ramai sudah penat dengan kes liwat Anwar

KHABARNYA beribu-ribu orang dijangka memenuhi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, untuk memberi sokongan serta mengikuti perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Namun ternyata keadaannya sebaliknya apabila jumlah mereka yang datang tidak ramai seperti yang digembar-gemburkan. Jelas sekali orang ramai, malah penyokong Anwar sendiri, sudah seperti hilang minat dengan kes tersebut.

Mereka sudah bosan dan penat dengan sikap Anwar yang berterusan mempolitikkan kes tersebut serta meminta penangguhan demi penangguhan sehingga perbicaraannya sudah tertangguh lebih setahun.

Malah semalam pun beliau masih berusaha mahu meminta penangguhan. Namun Mahkamah Tinggi membuat keputusan muktamad perbicaraan akan tetap dimulakan hari ini pukul 2.30 petang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang sebelum ini tidak pernah hadir pada perbicaraan Anwar sebelum ini, hadir semalam. Biar pun mungkin untuk memberi sokongan, namun kehadirannya lebih bermotifkan politik.

Kesempatan tersebut merupakan satu peluang kepadanya untuk mengalihkan pandangan umum daripada beberapa isu yang membelenggu dirinya, malah menjejaskan imej dan kredibilitinya.

Antaranya isu melantik menantunya menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Akhirnya beliau mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan setelah menerima desakan pelbagai pihak.

Selain itu beliau juga berhadapan isu kerugian RM50 juta berhubung projek Kompleks Bazar Tok Guru serta isu royalti minyak. Ini semua membayangi Nik Aziz yang berharap kehadirannya pada perbicaraan Anwar akan mengalihkan kemelut pandangan umum terhadapnya. Namun rasanya umum tidak mudah terpengaruh.

Kita berharap selepas ini perbicaraan akan berjalan lancar. Anwar tidak perlu takut jika merasakan dirinya benar. Tunggu sahaja keputusan mahkamah.

PUTRA SATRIA

Kuala Lumpur

Re: INFO TENTANG LIWAT
on: Oktober 31, 2008, 03:16:34 pm »

------------------------------------------------
L I W A T

Dalam bab yang telah lepas diterangkan hukum zina. Dalam bab ini akan diterangkan hukum liwat dan perbuatan-perbuatan kotor yang lain.

Hukum Liwat

Liwat ialah persetubuhan yang dilakukan dengan memasukkan zakar atau qadarnya ke dalam dubur lelaki atau perempuan yang bukan isteri sendiri. Perbuatan liwat adalah sangat kotor dan terkutuk. Dinamakan liwat kerana perbuatan keji ini dilakukan dengan berleluasa di zaman Nabi Lut. Kaum Nabi Lut sangat gemar melakukan perbuatan yang keji ini.

Di antara ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang mengutuk perbuatan liwat ini, ialah :

1. Firman Tuhan :

Ertinya :
Patutkah kamu mendatangi lelaki di antara isi alam. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri kamu yang Tuhan kamu jadikan untuk kamu ? Bahkan kamu kaun yang melampaui batas.

2. Sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Apabila mendatangi lelaki akan lelaki, maka kedua-duanya penzina.

3.Sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Barang siapa yang kamu dapatinya sedang melakukan perbuatan kaum Liwat, maka hendaklah kamu bunuh yang melakukan dan kena lakukan. Pada suatu riwayat ”Maka hendaklah kamu rejamkan yang di atas dan yang di bawah.”

Hukum Perbuatan Liwat

Hukum yang dikenakan ke atas orang-orang yang melakukan liwat adalah seperti berikut:

1. Yang asahnya wajib direjam ke atas yang meliwat jika ia muhsan; disebat dan dibuang daerah jika bukan muhsan. Adapun yang kena liwat, wajib disebat dan dibuang daerah sama ada muhsan ataupun bukan muhsan.

2. Ada pula berpendapat yang mengatakan, dibunuh sama ada muhsan ataupun bukan muhsan. Cara membunuhnya ialah dengan pedang ; ada yang mengatakan dengan direjam. Ada pula yang mengatakan diruntuhkan dinding ke atasnya atau dicampakkannya dari tempat yang tinggi hingga ia mati.

Liwat Terhadap Isteri
Jika melakukan liwat terhadap isteri sendiri atau hamba perempuan dengan berulang kali, hukumnya ditakzirkan. Jika tidak berulang kali, tidak dikenakan takzir.

Hukum Bercumbu-cumbuan (Romance)

Barang siapa bercumbu-cumbuan iaitu berlazat-lazatan selain daripada bersetubuh dengan perempuan yang bukan isterinya, seperti gisil menggisil di antara dua paha, berpeluk cium dan sebagainya, hukumnya ditakzirkan dengan sesuatu yang di pandang patut oleh pihak yang berkuasa seperti memukulnya, menamparnya, mempenjarakannya, mencorengkan mukanya atau sebagainya. Harus bagi pihak yang berkuasa mempelbagaikan hukuman-hukuman ini ke atasnya atau mengurangkannya. Dan tidak harus bagi pihak yang berkuasa mengenakan takzir itu sampai kepada minimal (serendah-rendah) had, yakni jika mengenakan takzir ke atas hamba abdi wajib dikurangkan daripada dua puluh kali pukul kerana dua puluh kali pukul adalah sekurang-kurang had bagi hamba; dan jika orang yang merdeka, wajib dikurangkan daripada empat puluh kali pukul kerana empat puluh kali pukul itu adalah minimal had bagi yang merdeka.

Berhubung Jenis Sesama Perempuan

Melakukan perhubungan jenis sesama perempuan juga haram. Pelaku-pelakunya itu wajib ditakzirkan. Dosanya sama dengan dosa berzina, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. “

Ertinya :
Apabila perempuan mendatangi perempuan, maka kedua-duanya itu penzina.

Menyetubuhi Binatang

Menyetubuhi Binatang adalah haram. Siapa-siapa yang melakukannya berdosa besar. Terdapat perselisihan pendapat tentang hukum yang dikenakan ke atas pelakunya, iaitu seperti berikut :

1. Ada yang mengatakan hukumnya sama dengan hukum berzina, iaitu direjam ke atas muhsan ; dan disebat dan dibuang daerah ke atas yang bukan muhsan.

2. Ada yang mengatakan wajib dibunuh sama ada muhsan ataupun bukan muhsan berdasarkan sabd Rasulullah s.a.w. :

Ertinya :
Barang siapa mendatangi binatang, maka hendaklah kamu membunuhnya dan membunuh binatang itu bersama-samanya.

3. Ada yang mengatakan : hanya wajib ditakzirkan sahaja berdasarkan kepada perkataan Ibnu Abbas r.a. :

Ertinya :
Tidak dikenakan had ke atas orang yang mendatangi binatang.

Mengenai binatang yang dilakukan itu, terdapat perselisihan : yang asahnya tidak disembelihkan, ada yang mengatakan disembelihkan, jika binatang yang halal dimakan ; dan ada yang mengatakan disembelih sama ada binatang yang dimakan ataupun tidak.

SEDAQ ,SABAQ DAN FIKIAQ........TAUBAT.....DOSA JANGAN BUAT?????????
BAGHU HAMPA JADI PEMIMPIN......YANG BAGUIH.....

APA KATA KAWAN KITA?????????

Melayu, Islam Pulau Pinang terbela di bawah Pakatan Rakyat???????
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

“Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.

TANYA ORANG PULAU PINANG SENDIRI BETUL KAH............???

Rakyat semakin 'takut' kepada Guan Eng
PULAU PINANG 7 Feb. - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim digesa mendedahkan kepada umum kenapa beliau menggambarkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang yang berfikiran bahaya.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini percaya sebahagian rakyat kini berada dalam 'ketakutan' berikutan kenyataan tersebut.

Pengerusi Penerangan Kelab Sahabat Niaga (Kesan) Pulau Pinang, Syed Idrus Syed Abdul Rahman Al-Habshi berkata, dakwaan tersebut membuatkan rakyat tertanya-tanya kenapa Zahrain menggambarkan Guan Eng sedemikian.

Menurutnya, sebagai rakyat, mereka berhak mengetahui siapa sebenarnya pemimpin tersebut.

''Sekarang kalau kita ke mana-mana termasuk di kedai kopi, pasti akan kedengaran orang ramai bercerita mengenai perkara ini. Mereka takut dan bimbang terhadap orang yang sedang mentadbir negeri ini.

''Apabila Zahrain kata Guan Eng berfikiran bahaya, kita tertanya-tanya beliau berbahaya kepada siapa, berfikiran bahaya bagaimana, itu perlu dijelaskan," katanya yang ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Kesan juga kesal dengan kepimpinan pakatan pembangkang, iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang dilihat tidak berlaku adil kepada semua kaum, bukan seperti dijanjikan sebelum ini.

Tambahnya, selepas beberapa isu yang berlaku, rakyat khususnya orang Melayu sudah mula hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

''Kerajaan negeri pakatan pembangkang langsung tidak berlaku adil, malah mereka ini lebih teruk daripada Barisan Nasional (BN).

"Sudahlah kini berbalah sesama sendiri, nasib rakyat Pulau Pinang pula entah macam mana," ujarnya.

Justeru, beliau bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat kini boleh menilai tembelang pakatan pembangkang termasuk sikap Guan Eng yang suka menyalahkan orang lain berhubung krisis di negeri itu.

Syed Idrus berkata, sikap Guan Eng yang terus berdiam diri sehingga hari ini juga secara tidak langsung mengiyakan segala tohmahan yang telah dilemparkan kepada beliau sebelum ini.

Guan Eng masih huni banglo mewah?
PULAU PINANG 7 Feb. - Walaupun hampir lapan bulan berlalu, namun tidak nampak sebarang tanda-tanda Ketua Menteri Lim Guan Eng akan berpindah dari banglo mewah di Jalan Pinhorn ke kediaman rasminya di Seri Teratai di sini.

Anehnya, tiada juga sebarang proses pengubahsuaian dilakukan di Seri Teratai yang didakwa Setiausaha Agung DAP itu mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang yang digunakannya sebagai alasan untuk berpindah.

Justeru, Pemuda Gerakan yakin Guan Eng sudah serasi dan tidak berkeinginan untuk berpindah dari kediaman mewah di No 25, Jalan Pinhorn itu.

Naib Ketua Pemudanya, H'ng Khoon Leng berkata, perkara itu dicerminkan daripada tindakan Guan Eng yang masih terus tinggal di banglo sewaannya itu meskipun masa yang diperuntukkan untuk melakukan operasi pembaikan atau pengubahsuaian telah tamat.

''Dulu dia (Guan Eng) kata akan pindah apabila kerja-kerja pengubahsuaian tamat. Tapi sehingga sekarang sudah lebih setengah tahun berlalu, namun dia masih terus tinggal di banglo mewah itu. Seri Teratai pun tidak ada sebarang kerja ubah suai dilakukan.

''Saya rasa dia sudah serasi dan selesa dengan kediamannya itu. Lagipun, kediaman itu telah diubah suai daripada banglo biasa menjadi banglo mewah. Jadi tidak kiralah berapa kadar sewa perlu dibayar, asalkan dia dapat terus tinggal di sana ," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tahun lalu, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke banglo mewah berkenaan atas alasan Seri Teratai mempunyai banyak semut api, anai- anai dan musang.

Kos pengubahsuaian banglo tersebut yang pada asalnya hanya sebuah banglo biasa ke sebuah banglo mewah dikatakan melebih RM1.5 juta.

Menurut Khoon Leng, pihaknya telah melaporkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu dan berharap siasatan mengenainya dipercepatkan.

''Sehingga kini, saya masih tidak mendapat maklumat mengenai siasatan itu walaupun ia telah dilaporkan agak lama," katanya.
Pelabur hilang keyakinan di Pulau Pinang?
PULAU PINANG 15 Feb. - Pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat kelam kabut, dipercayai telah menyebabkan pelabur berpotensi hilang keyakinan untuk melabur di sini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, perkara itu dapat dilihat melalui jumlah pelaburan yang mampu ditarik oleh pakatan pembangkang sejak mentadbir negeri ini.

''Kalau semasa BN memerintah dahulu kita berjaya menarik pelaburan mencecah RM10.6 bilion tetapi sejak kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mereka hanya berjaya memperolehi RM1.6 bilion.

''Jadi, bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang pesat di negeri ini, rakyat perlu memilih BN memerintah di sini," katanya dalam ucapan sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di sini hari ini.

Majlis berkenaan yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 1 petang itu berlangsung penuh meriah dengan kehadiran pemimpin serta rakyat berbilang kaum.

Antara yang hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K. Subbaiyah.

Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda MCA, Eng Hiap Boon dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan juga hadir.

Wakil-wakil pakatan pembangkang yang kelihatan ialah Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng.

Sementara itu, Hock Nan berkata, kepincangan dan keburukan dalaman pakatan pembangkang telah didedahkan oleh ahli-ahli mereka sendiri sekali gus membuktikan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri.

''Mentadbir sebuah kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan ia perlu sentiasa ada sistem 'periksa dan imbang' dan saya yakin parti komponen BN akan terus memantau segala usaha yang dibuat kerajaan negeri ini," ujarnya.


Pelabur hilang keyakinan di Pulau Pinang?
PULAU PINANG 15 Feb. - Pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat kelam kabut, dipercayai telah menyebabkan pelabur berpotensi hilang keyakinan untuk melabur di sini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, perkara itu dapat dilihat melalui jumlah pelaburan yang mampu ditarik oleh pakatan pembangkang sejak mentadbir negeri ini.

''Kalau semasa BN memerintah dahulu kita berjaya menarik pelaburan mencecah RM10.6 bilion tetapi sejak kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mereka hanya berjaya memperolehi RM1.6 bilion.

''Jadi, bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang pesat di negeri ini, rakyat perlu memilih BN memerintah di sini," katanya dalam ucapan sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di sini hari ini.

Majlis berkenaan yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 1 petang itu berlangsung penuh meriah dengan kehadiran pemimpin serta rakyat berbilang kaum.

Antara yang hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K. Subbaiyah.

Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda MCA, Eng Hiap Boon dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan juga hadir.

Wakil-wakil pakatan pembangkang yang kelihatan ialah Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng.

Sementara itu, Hock Nan berkata, kepincangan dan keburukan dalaman pakatan pembangkang telah didedahkan oleh ahli-ahli mereka sendiri sekali gus membuktikan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri.

''Mentadbir sebuah kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan ia perlu sentiasa ada sistem 'periksa dan imbang' dan saya yakin parti komponen BN akan terus memantau segala usaha yang dibuat kerajaan negeri ini," ujarnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.