Pages

Subscribe:

06 Mac, 2010

[hang nadim]Selamat kembali dari Lombok dan bertemu selepas 35 Tahun Berpisah

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my





ROZITA MAT ALI (kanan) dipeluk oleh ibunya, Jariah Ishak sekembali dari Lombok Timur di rumahnya di Kuala Medang, Kuala Lipis, kelmarin. - mingguan/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 6 Mac - Setelah 20 hari berada bersama teman lelakinya di Lombok Timur, seorang pembantu kedai akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di Kampung Kuala Medang, Hulu Jelai dekat sini malam tadi.

Rozita Mat Ali, 30, yang dibawa lari oleh teman lelakinya yang dikenali sebagai 'Hamdan' sejak 15 Februari lalu, tiba di kampungnya kira-kira pukul 9 malam tadi.

Suasana gembira bercampur sedih menyelubungi hati kedua-dua ibu bapanya, Mat Ali Mat Amin, 67, dan isterinya, Jariah Ishak, 60, sebaik sahaja melihat anaknya berada di pintu rumah dalam keadaan selamat.

Urusan membawa pulang Rozita dari Lombok Timur diusahakan oleh majikannya, Shahrul Nizam Romainoor, 27, setelah berjaya menghubungi Hamdan dan bekas pekerjanya yang masih berada di Lombok Timur minggu lalu.

Shahrul Nizam yang ditemani seorang rakannya mengambil Rozita setelah bot yang membawanya mendarat di Sungai Rengit, Johor, pada pukul 6 pagi semalam.

Menceritakan alasan dia melarikan diri bersama teman lelakinya itu, Rozita memberitahu, dia amat mencintai Hamdan, 21, dan sanggup melarikan diri ke Lombok Timur walaupun tidak memberi sebarang jaminan kebahagiaan kepadanya di sana.

''Sebenarnya kami menjalin hubungan cinta sejak lima bulan lalu tanpa diketahui sesiapa termasuk kedua-dua ibu bapa dan majikan saya, Shahrul Nizam.

''Sehinggalah Hamdan memberitahu untuk membawa saya pulang ke kampung halamannya dan merancang bernikah di sana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di kampung itu hari ini.

Oleh kerana terlalu percaya dan amat mencintai Hamdan, kata Rozita, dia sanggup berkorban meninggalkan ibu bapa dan pekerjaannya di Pos Betau, dekat sini.

''Ketika dalam perjalanan ke Pulau Batam, Indonesia, fikiran saya bercelaru kerana memikirkan tindakan saya itu salah di sisi undang-undang selain menderhaka kepada kedua-dua orang tua.

"Namun, oleh kerana terlampau mencintai dia, saya mengalah dan meneruskan hasrat ke Lombok," katanya.

Perjalanannya bersama Hamdan ke Lombok Timur, katanya, diuruskan oleh satu sindiket yang menyediakan sebuah bot yang beroperasi di Sungai Tiram, Johor untuk ke Pulau Batam.

Dari Batam, katanya, mereka meneruskan perjalanan menaiki kapal terbang ke Surabaya sebelum menaiki sebuah lagi kapal terbang menuju ke sebuah pekan kecil, Mentara.

"Bermula di pekan kecil itu, kami dibawa menaiki motosikal selama 45 minit ke kampung Hamdan.

"Perjalanan pergi balik saya diuruskan oleh sindiket terbabit yang telah menyediakan tiket perjalanan bot dan kapal terbang," katanya.

Gadis itu menambah, ketika di Lombok Timur, dia dilayan dengan baik oleh keluarga Hamdan yang mempunyai empat beradik.

"Setiba di sana, saya menghubungi ibu dan adik sebanyak dua kali dan memberitahu, saya selamat di rumah Hamdan serta merancang untuk berkahwin," katanya.

Menurutnya Rozita, ibunya yang memahami perasaan dan tindakannya itu merayu supaya kembali ke kampungnya semula jika ingin meneruskan hasrat untuk berkahwin dengan lelaki Lombok tersebut.

"Pada awalnya saya seronok tinggal di rumah Hamdan tetapi lama-kelamaan rindu kepada keluarga semakin kuat sehingga memaksa saya menyatakan hasrat ingin pulang ke Malaysia kepada Hamdan dan keluarganya," katanya.

Dia bernasib baik kerana hasratnya difahami dan tidak dibantah oleh Hamdan dan teman lelakinya itu mengeluarkan belanja menguruskan kepulangannya ke Malaysia mengikut perjalanan yang sama.

"Hamdan menghantar saya ke Mentara sebelum saya dibantu seorang lelaki tidak dikenali menguruskan perjalanan hingga tiba di Sungai Rengit, Johor pada pukul 6 pagi semalam," katanya.

Dia berharap Hamdan kembali semula ke Malaysia untuk mengambilnya sebagai isteri yang sah apatah lagi keluarganya sanggup menerima teman lelakinya itu sebagai menantu.

Sementara itu, Jariah bersyukur kerana anaknya kembali ke pangkuan keluarga selain turut berharap Hamdan datang melamar anaknya di sini.

"Kami tidak marahkan dia (Hamdan). Datanglah ke sini, kita boleh satukan secara sah jika dia berhajat untuk memperisterikan Rozita," katanya.

BERITA UTAMA MUTAKHIR SETEMPAT ARENA GLOBAL RAP VARIASI TANYA PAKAR BIMBINGAN KOLUMNIS ARKIB SEMINGGU myMetro Setempat

'Saya bukan pulang sekejap'

2010/03/23 KULIM: “Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan pulang sementara ke sini bagi menjenguk keluarga,” kata Rosnah Abu Bakar, 20, yang tidak berpuas hati dengan laporan sebuah akhbar harian (bukan terbitan NSTP) kononnya dia pulang ke negara ini hanya sementara untuk menjenguk keluarganya sebelum kembali ke Lombok, Indonesia.

Rosnah dari kuarters Ladang Sungai Dingin, Mahang, dekat sini, melarikan diri ke Lombok selepas dihalang keluarganya berkahwin dengan kekasihnya, Suherman, pada Jun 2007.

Rosnah yang menetap bersama Suherman yang menjadi suaminya di Desa Tembeng Putih, Lombok, dibawa pulang ke pangkuan keluarganya atas usaha Biro Pengaduan Pemuda Umno, Rabu lalu.

Ibu kepada seorang anak itu ketika ditemui, berkata laporan akhbar berkenaan tidak benar sama sekali kerana dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu dan dia pulang untuk terus menetap di sini.

“Akibat laporan itu, saya dan keluarga malu apabila masyarakat memandang sinis kepada kami. Saya bukan hanya pulang sementara, tetapi saya hendak tinggal di sini selamanya bersama suami serta anak saya dan mencari pekerjaan di sini.

“Kami sekeluarga kini malu terutama kepada Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu yang banyak membantu saya pulang ke pangkuan keluarga dan menetap di sini,” katanya ketika hadir ke Pejabat Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu bersama bapanya, Abu Bakar Abdul Aziz, 49, malam kelmarin.

Katanya, laporan akhbar itu juga boleh mendatangkan masalah kepadanya apabila menyiarkan laporan bahawa ada 10 wanita warga Malaysia berada di kampung suaminya di Lombok.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana saya sendiri tidak tahu berapa ramai wanita Malaysia di Lombok.

Sementara itu, Abu Bakar berkata dia malu kepada Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu apabila berita terbabit disiarkan akhbar berkenaan.

“Saya bukan mencari publisiti murahan atau memperguna mana-mana pihak untuk kepentingan sendiri. Saya memang buntu ketika berusaha membawa Rosnah pulang dan Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu menjadi tempat mengadu nasib,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrul Nizam berharap Rozita dapat meneruskan semula pekerjaannya sebagai pembantu di kedai makan miliknya di Pos Betau di samping melupakan peristiwa pahit yang dialaminya.

"Dia (Hamdan) pun boleh kembali ke sini dan terus bekerja di ladang getah milik saya kerana dia rajin dan jujur.

"Lagi pun Hamdan mempunyai dokumen yang sah untuk masuk dan bekerja di sini," tambahnya.

Pijah tolak tawaran sambung belajar

KUALA LUMPUR 6 Mac - Noorlaili Afizah Omar yang pernah menghilangkan diri selama seminggu mengikut teman lelaki warga Indonesia, menolak tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di utara tanah air yang diterimanya baru-baru ini.

Keengganan Norlaili Afizah, 19, yang mesra dipanggil Pijah menerima tawaran itu disebabkan dia kini tidak lagi berminat untuk menyambung pelajarannya.

Menurut bapanya, Omar Mahmud, anak gadisnya itu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Guar Chempedak di Kedah.

"Pijah menolak tawaran itu dengan alasan dia belum ada minat mahu menyambung pelajaran buat masa sekarang.

"Saya pula tidak memaksanya kerana enggan dia berasa tertekan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pijah yang menghilangkan diri selama seminggu mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Sarjo, pulang ke pangkuan keluarga pada 18 Februari lalu.

Dia sebelum itu merancang melarikan diri untuk berkahwin dengan Sarjo di Jawa Timur.

Bagaimanapun, remaja itu mengambil keputusan pulang ke rumah sehari sebelum bertolak ke negara jiran selepas teringatkan ibu bapa dan keluarganya.

Dalam pada itu, Omar memberitahu, sejak Pijah kembali ke pangkuan keluarga, sudah beberapa kali anak gadisnya itu dibawa berubat cara tradisional untuk memulihkan semangatnya.

Baru-baru ini, katanya, dia membawa Pijah menjalani rawatan di kampungnya di Yan, Kedah.

"Alhamdulillah, Pijah banyak berubah selepas beberapa kali menjalani rawatan.

"Dia kembali ceria dan bersemangat menjalani kehidupan seharian, malah tidak lagi menangis teringatkan Sarjo," katanya.

Tiga beradik terpisah bertemu selepas 35 tahun



TIGA beradik, Rashidi (kiri) dan kembarnya Azhar (tengah) dengan abang mereka Ahmad (kanan) berpelukan sebaik sahaja dipertemukan selepas terpisah sejak dilahirkan, di Kampung Ambing, Kuala Pegang, Baling, semalam. - BERNAMA

BALING 6 Mac - Tiga beradik, dua daripadanya kembar yang diserahkan kepada keluarga angkat akibat kemiskinan selepas dilahirkan sejak 35 tahun lalu, hari ini dipertemukan semula dalam satu majlis kesyukuran di Kampung Ambing, Kuala Pegang di sini.

Ahmad Nordin Musa, 39, Rashidi Ramli Musa, 35, dan kembarnya Azhar Aziz Musa, kini menaruh harapan untuk bertemu dengan ibu kandung mareka yang dikenali sebagai Bedah Hassan yang kini berusia lingkungan 70 tahun.

Bapa kepada tiga beradik yang berasal dari kampung Bendang Man, Sik dekat sini, yang dikenali sebagai Musa Ahmad dipercayai sudah meninggal dunia lebih 15 tahun lalu.

Menurut Azhar Aziz, punca pertemuan antara beliau, abang serta adik kembarnya itu adalah hasil bantuan seorang rakan yang pernah bertemu Rashidi yang seiras wajahnya.

"Hasil usaha yang dilakukan tidak sampai sebulan, hari ini dalam suasana yang sedih bercampur gembira kami dipertemukan semula," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ketiga-tiga beradik itu yang telah berkeluarga dan Ahmad mempunyai tiga orang anak, manakala Rashidi dan Azhar Aziz masing-masing memperoleh dua orang anak.

Menurut bapa angkat kepada Ahmad, Nordin Ibrahim, 71, beliau mengambil anak angkatnya itu ketika baru berusia dua hari dan lima tahun, kemudian gagal mengesan ibu kandung Ahmad yang dipercayai telah berpindah ke kawasan lain selepas kematian suaminya.

"Bedah yang tinggal di kampung Bendang Man sekitar 1970-an kini dipercayai berada sekitar mukim Kupang," katanya.

Sementara itu, bapa angkat kepada Rashidi, Ramli Abdullah memberitahu bahawa beliau dan arwah isterinya, mengambil anak angkatnya itu juga, dua hari selepas dilahirkan.

Ramli berkata, Bedah dan Musa mempunyai anak perempuan seramai sembilan orang, seorang meninggal dunia dan kini usaha mencari semua kakak kepada Ahmad, Azhar dan Rashidi sedang dijalankan.

Ahmad bagi pihak kedua adiknya merayu ibu dan kakak mereka supaya menghubunginya di talian 019-4632646 (Rashidi) atau 012-5677307 (Azhar Aziz). - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.