ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT.....???????DI DUNIA BOLEH LEPAS
TETAP DI AKHIRAT.......ALLAH SAJA YANG TAHU......ANUAR...AZIZAH
‘Kami lebih tahu cerita Anwar’
Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 April – Penyokong fanatik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihatkan tidak keterlaluan mempertahankan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak tahu perkara sebenar. Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, beliau dan rakan-rakan lain yang telah lama meninggalkan parti itu cukup kenal Anwar daripada luaran dan dalaman.
Katanya, ketika Anwar di dalam penjara, beliau dan rakan-rakan itulah yang berada di barisan hadapan dan amat rapat dengan keluarganya.
“Kami lebih tahu cerita dalaman Anwar, (Presiden PKR) Wan Azizah Wan Ismail dan (Naib Presiden) Azmin Ali.
“Saya sarankan kepada teman-teman yang masih berada dalam PKR, waspadalah dengan taktik Anwar, perjuangan kamu hanya sia-sia kerana kamu sebenarnya belum cukup kenal dengan Anwar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
'Beri polis masa'
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
KUBANG PASU 8 April - Polis perlu diberi masa yang cukup untuk melengkapkan siasatan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Yang di-Pertuan Agong memperkenankan beliau sebagai Perdana Menteri jika rancangan 16 September menjadi kenyataan.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, ini bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan saksama berikutan pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Berikutan itu, katanya, Jabatan Peguam Negara tidak akan menetapkan tempoh tertentu terhadap polis untuk menyelesaikan siasatan mereka.
''Bagi polis masa dan peluang untuk menyiasat secara adil dan mengikut undang-undang. Apabila mereka siapkan siasatan mengikut undang-undang negara ini, baru saya akan buat keputusan.
''Jadi saya tidak akan memberitahu mereka (polis) supaya habiskan (siasatan) cepat-cepat. Bagaimana saya nak tahu mereka perlu mengambil masa berapa lama,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Taklimat Kerjaya Untuk Pelajar Program Undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini hari ini.
Peguam Negara ditanya mengenai laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berikutan pendedahan Zahrain di Dewan rakyat bulan lalu mengenai rancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Zahrain pada perbahasan Dewan Rakyat 17 Mac lalu dilaporkan mendedahkan tembelang Anwar kononnya dia telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Antara pembohongan lain yang didedahkan Zahrain ialah dakwaan Anwar kononnya jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Sementara itu, menurut Abdul Gani, siasatan secara saksama dan menyeluruh oleh pihak polis mengenai kes berkenaan amat penting bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada semua pihak yang terlibat.
Katanya, jika sesuatu kes itu mempunyai bukti yang kukuh dan mencukupi, pendakwaan pasti akan dijalankan.
Siasat sajalah - Anwar
KUALA LUMPUR 8 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh meneruskan siasatan berhubung dakwaan beliau kononnya pasukan keselamatan itu bekerjasama dengan perisik Israel.
Katanya, Tan Sri Musa Hassan diminta meneliti semula hansard ucapannya ketika membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat berhubung kerjasama dengan Israel yang turut mempunyai kaitan dengan firma perunding antarabangsa, Apco Worldwide.
''Siasat sajalah. Nak tanya banyak-banyak soalan apa lagi. Ini jawapan saya kepada Ketua Polis Negara dan saya harap beliau boleh sambung semula siasatan berdasarkan laporan polis pada 2008 tapi agak terbantut. Saya mengambil inisiatif untuk memberi semua maklumat yang saya ada.
''Terpulang kepada mereka (polis) kalau nak saya tolong, saya akan lakukan tugas saya sebagai rakyat Malaysia yang setia supaya UMNO dan media UMNO tidak memanipulasi dan menutup isu pencerobohan keselamatan negara yang serius ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara semalam yang mencabarnya supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh polis di dalam Dewan Rakyat kononnya ada perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman.
Musa turut menggesa Ketua Pembangkang itu mengemukakan bukti dengan segera berhubung dakwaannya itu agar siasatan segera dapat dijalankan.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut ditanya tentang kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Anwar menjawab ringkas:"Kalau ada bukti tunjukkanlah".
Siasat walau tiada laporan
SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan terdapat ejen Israel dalam pasukan itu.
Beliau berkata, siasatan tetap akan diteruskan oleh pihaknya, tidak kira sama ada laporan polis dibuat atau tidak berhubung perkara itu.
“Kita tidak perlukan laporan kerana dakwaan sebegini adalah sesuatu yang serius dan mengancam kredibiliti serta maruah PDRM yang menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.
“Siasatan secara terus sedang dibuat supaya dakwaan yang dikemukakan Anwar itu dapat dibuktikan sejauh mana kebenarannya,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ke-20 antara Malaysia-Thailand berhubung cara membanteras aktiviti keganasan bagi kedua-dua negara.
Anwar pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat 6 April lalu mendakwa wujud ejen Israel dalam PDRM menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaik taraf sistem komunikasi PDRM.
Four bodies will probe Anwar's allegations
PUTRAJAYA, April 9 - Four bodies, namely the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission, the National Security Council and a parliamentary select committee will be probing allegations made by Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim that Israeli agents infiltrated Bukit Aman, (federal police headquarters), said Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
He said Anwar had hurled accusations that were very serious about the Royal Malaysia police which involved the security of the country and that as the minister responsible, he had taken several immediate steps, including lodging reports with the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission regarding the matter.
"This is a very serious accusation that was brought to Parliament about the Police. Why now when the matter was alleged to have happened in 2008? Now is 2010 and why the need to make accusations that Israeli agents infiltrated Bukit Aman and the like?,” he told a press conference after his ministry's post-Cabinet meeting here today.
Hishammuddin said this in commenting on Anwar's allegations in Parliament this week that Israeli intelligence agents were able to penetrate Bukit Aman.
On Tuesday, Anwar, when debating in the Dewan Rakyat, had claimed that he had documents that proved Israeli agents had gained access to the communications server room at Bukit Aman.
He had alleged that they did so through a Singapore-based company that was contracted to upgrade the RMP's communication system.
Hishammuddin said his special officer in Parliament, Datuk Markiman Kobiran was instructed to lodge reports with the police and the MACC over the matter.
"And because it involves aspects of national security, I have also asked the National Security Council to investigate,” he said, adding that the matter would be on the agenda of his ministry's future meetings.
He said his ministry had also asked for a parliamentary select committee to delve into the matter.
"This way, the public cannot accuse us of covering up anything which later might be twisted by them (opposition),” he said.
He also did not dismiss the possibility that the accusations were to serve Anwar's own political interest, what more with the Hulu Selangor by-election just around the corner. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.