Pages

Subscribe:

10 April, 2010

Ketua Polis negeri-Pulau Pinang

'Ambil Olivia sebagai anak angkat'
PULAU PINANG 9 April - Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob menyarankan agar pegawai polis negeri ini membantu dan mengambil seorang bayi berumur 18 bulan sebagai anak angkat selepas kedua ibu bapanya terkorban dalam kemalangan.

Katanya, bayi berkenaan, Olivia Natania mengalami kecederaan mata dan kepala yang serius dalam kemalangan jalan raya minggu lepas di Baling.

Dalam kejadian itu, bapa bayi berkenaan, Lans Koperal Bahliau Yeok Soak yang merupakan seorang anggota polis dari unit Orang Asli, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah semalam, manakala, ibunya, Olivia, mati di tempat kejadian.

"Kami sebagai seorang anggota polis harus menunjukkan sikap keprihatinan kepada masyarakat dan kesusahan Olivia ini harus dibantu," katanya ketika melawat dan memberi sumbangan kepada 93 kanak-kanak di Hospital Besar Pulau Pinang di sini hari ini sempena sambutan Hari Polis Ke-203.

"Olivia yang sejak masuk wad awal minggu ini tidak pernah diziarahi oleh sesiapa dan saya berharap dengan adanya bapa angkat, bayi itu akan dapat bantuan sewajarnya.

"Bayi itu yang akan dijaga oleh datuknya di Kedah, berkemungkinan menghadapi masalah penglihatan di mata kanannya kerana kecederaan serius," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.