Pesan Rasulullah SAW Kepada Fathimatuz Zahra
Hingga kini, dunia masih terus mengenangnya. Tidak sedikit
tetes air mata mengalir tatkala mengingat kebesarannya. Malu
rasanya membandingkannya dengan keadaan kita saat ini. Rasa
haru seketika menyeruak kalau membaca kembali kisah-kisah
perjuangannya; ketika dengan penuh kasih sayang ia mengusap
darah suaminya seusai perang dan merawatnya dengan penuh
perhatian; saat ia mengambil air sendiri dengan berjalan
jauh hingga membekas di dadanya; begitu beraninya ia
menginap di rumah Rasulullah sementara ‘Ali suaminya,
menggantikan tempat tidur Muhammad SAW saat orang-orang
kafir Quraisy mengepung.
Fathimah Az Zahra sangat besar perjuangannya. Tidaklah
berlebihan jika Rasulullah menegaskan, atas dasar
kecintaannya, bahwa manusia pertama yang kelak duduk
mendampinginya di surga tidak lain adalah Fathimah. Dia
adalah putri dari seorang yang suci. Dia sendiri suci. Dari
rahimnya yang suci, kita pernah mendengar nama besar Hasan
dan Husain. Ia juga melahirkan Zainab yang dari
keturunannyalah kelak Imam Syafi’i mendapat tempat dan
perlindungan.
Imam Nawawi Al Bantani pernah menuliskan keagungan Fathimah
Az Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami
istri bersama Rasulullah.
Nabi SAW bersabda kepada putrinya, Hai Fathimah, setiap
istri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya,
maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap
butir biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta
meninggikan derajatnya.
Hai Fathimah, setiap istri yang berkeringat di sisi alat
penggilingnya karena membuatkan bahan makanan untuk
suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka
sejauh tujuh hasta.
Hai Fathimah, setiap istri yang meminyaki rambut
anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan
baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh
pahala seperti pahala orang yang memberi makan seribu orang
yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi
pakaian seribu orang yang telanjang.
Hai Fathimah, setiap istri yang mencegah kebutuhan
tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak
memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga
Kautsar pada hari kiamat.
Hai Fathimah, tetapi yang lebih utama dari semua itu adalah
keridhaan suami terhadap istrinya. Sekiranya suamimu tidak
meridhaimu, tentu aku tidak akan mendo’akan dirimu.
Bukankah engkau mengerti, hai Fathimah, bahwa ridha suami
itu menjadi bagian dari ridha Allah, dan kebencian suami
merupakan bagian dari kebencian Allah.
Hai Fathimah, manakala seorang istri mengandung, maka para
melaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya
dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya
dihapus. Apabila telah mencapai rasa sakit (menjelang
melahirkan) maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh
pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan
Allah. Apabila ia telah melahirkan, dirinya terbebas dari
segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.
Hai Fathimah, setiap istri yang melayani suaminya dengan
niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya
seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar
dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia
menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah
memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan
berumrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan untuknya
hingga kiamat.
Setiap istri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam
hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar,
maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak
dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkannya
untuknya pada setiap rambut yang ada di tubuhnya dengan
seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya
sebanyak seratus pahala orang yang berhaji dan berumrah.
Hai Fathimah, setiap istri yang tersenyum manis di muka
suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.
Hai Fathimah, setiap istri yang menyediakan diri tidur
bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang
ditujukan kepadanya dari langit. “Hai Wanita, menghadaplah
dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni
dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang.”
Hai Fathimah, setiap istri yang meminyaki rambut suaminya
demikian pula jenggotnya, memangkas kumis dan memotong
kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari
rahiqim makhtum (tuak jernih yang tersegel) dan dari sungai
yang ada di surga. Bahkan Allah kelak akan meringankan beban
sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya
bagaikan taman surga. Allah mencatatnya terbebas dari neraka
dan mudah melewati sirath (titian). (bay/Uqudul Lujain karya
Imam Nawawi Al Bantani, dari buku Disebabkan Oleh Cinta,
Fauzil Adhim)
Pesanan Dr. Mahathir untuk semua orang Melayu
21/06/2003 2:39 p.m.
OLEH ZULKIFLEE BAKAR (Wartawan Utusan)
``SAYA berdoa kepada-Nya supaya memelihara bangsa hamba-Nya ini daripada sifat-sifat yang keji dan menjadikan mereka bangsa yang mulia dan berjaya, yang mematuhi segala ajaran agama suci Engkau, ajaran yang menyuruh berusaha bersungguh-sungguh memelihara dan memajukan bangsa ini untuk dijadikan contoh sebagai umat Islam yang tunduk kepada segala perintah Engkau Ya Allah.''
Doa yang dilafazkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan dasar merasmikan Perhimpunan Agung UMNO ke-54, kelmarin bukan sahaja untuk ahli UMNO semata-mata tetapi untuk orang Melayu keseluruhannya.
Bagi mereka yang mengaku dirinya Melayu dan beragama Islam sudah pasti akan tersentuh dengan doa ini.
Ia adalah doa seorang pemimpin yang telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk memartabatkan bangsa dan agamanya.
Oleh itu, bagi orang Melayu tanpa mengira fahaman politik serta mampu berfikir dengan rasional dan tidak dipengaruhi oleh politik sempit, mereka akan memahami bahawa Dr. Mahathir melafazkan doa itu demi untuk kesejahteraan mereka.
Walaupun selama 22 tahun, Dr.Mahathir menjadi Presiden kepada sebuah parti iaitu UMNO tetapi perjuangannya selama ini adalah untuk orang Melayu serta rakyat Malaysia.
Inilah hakikat, fakta dan kenyataan yang tidak harus dinafikan oleh sesiapapun.
Atas sebab itulah di permulaan doanya, Dr. Mahathir berkata, ``Saya hanya ingin menyumbang kepada parti yang telah memberi peluang yang banyak bagi saya merealisasikan segala idea yang ada pada saya bagi pemulihan maruah bangsa saya, memajukan sedikit bangsa saya dan negara saya''.
Dr. Mahathir berjuang bukan untuk UMNO semata-mata, bukan untuk kesenangan diri atau keluarga beliau tetapi demi untuk orang Melayu dan Malaysia.
Justeru itulah beliau dalam ucapan penutupnya menyatakan penghargaan bukan sahaja kerana sokongan yang diberikan oleh UMNO, tetapi juga orang Melayu dan bumiputera serta rakyat Malaysia keseluruhannya.
Dr. Mahathir menitiskan air mata ketika melafazkan doa tersebut bukan kerana seperti mana kata beliau disebabkan pengunduran dirinya daripada arena politik tanah air tetapi kerana masih bimbang terhadap masa depan orang Melayu terutamanya mereka yang berada di dalam UMNO.
Dr. Mahathir bimbang selepas persaraan beliau akan berlaku perebutan jawatan dalam UMNO yang menjadi tunjang dan tunggak perjuangan orang Melayu sehingga memungkinkan kaum itu menjadi lemah.
Berdasarkan kepada hakikat itu, jelaslah kini bahawa perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu seterusnya terletak kepada pemimpin-pemimpin pelapis yang berada dalam UMNO.
Dr. Mahathir sudah tentulah tidak mengharapkan Pas untuk berbuat demikian kerana sejak dulu, kini dan mungkin selamanya, Pas akan terus dengan politik assabiyahnya dan berjuang semata-mata untuk merebut kuasa politik dan bukannya untuk orang Melayu.
Malah parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu setakat ini tidak menunjukkan apa-apa bukti bahawa mereka mampu membela nasib orang Melayu. Apa yang mereka tahu ialah mencaci dan menghina pemimpin-pemimpin UMNO serta kerajaan.
Justeru adalah jelas, nasib dan masa depan orang Melayu serta negara ini amat bergantung kepada kekuatan UMNO itulah mesej yang ingin disampaikan oleh Dr. Mahathir seperti mana kata beliau `UMNO saya ulangi bukan sebarang parti, UMNO adalah teras dan tunjang kepada parti yang memerintah negara tercinta ini. Kuat UMNO kuatlah BN, kuatlah kerajaan Malaysia, kuatlah Malaysia. Lemah UMNO akan mengundang mala petaka kepada kita semua.''
Oleh itu pemimpin UMNO yang sama-sama menitiskan air mata mereka ketika mendengar doa yang dilafazkan oleh Dr.Mahathir harus menyedari bahawa tanggungjawab yang ada pada mereka amat berat sekali.
Malah mereka juga harus mengotakan janji masing-masing bahawa akan memastikan tidak akan ada perebutan kuasa dalam UMNO yang boleh menyebabkan parti itu huru-hara.
Janji yang dilakukan tidak boleh dijadikan satu retorik kerana ia diketahui oleh semua ahli UMNO seperti mana kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.
``Satu Malaysia sudah baca surat khabar yang semua tulis di muka surat depan. Ini satu ikrar saya yakin Datuk Seri Presiden (Dr.Mahathir) selesa bila tidak ada pertandingan hebat ini, kerana perakuan sudah dibuat.
``(Tetapi) kalau betul mereka lawan, mereka berbohonglah pada kita semua.''
Mereka benar-benar harus memahami dan mengerti bahawa perjuangan mereka dalam UMNO bukanlah semata-mata demi untuk merebut kekuasaan atau berjuang untuk diri sendiri tetapi perjuangan mereka bakal penentu kepada kesinambungan perjuangan serta masa depan orang Melayu seterusnya.
Pemimpin serta ahli-ahli UMNO harus sedar bahawa jika mereka terus bersengketa kerana merebut jawatan sudah pasti mereka akan menjadi lemah, ini sudah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:
``Janganlah saling bersengketa. Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu sering bersengketa (bermusuh-musuhan) lalu mereka binasa.
Sabda Rasulullah inilah yang menjadi pegangan Dr. Mahathir yang setiap kali Perhimpunan agung UMNO sering mengingatkan bukan sahaja ahli parti itu tetapi juga orang Melayu supaya bersatu-padu kerana perpecahan di antara mereka hanya mengundang padah.
Setakat ini berdasarkan kepada iltizam dan janji yang dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO adalah jelas perebutan kuasa itu mampu dielakkan.
Apatah lagi ahli-ahli UMNO kecuali mereka yang mempunyai kepentingan sudah pasti akan menolak pemimpin-pemimpin yang terlalu ingin merebut jawatan.
Janganlah pula janji yang dibuat hanya semata-mata kerana kasihan kepada Dr. Mahathir dan apabila beliau bersara nanti, janji itu hanya tinggal janji.
Pemimpin yang baik tidak akan memungkiri janjinya kerana perbuatan seumpama itu hanyalah dilakukan oleh orang-orang munafik yang sudah tentu tidak layak untuk menjadi pemimpin.
Bagi Pas pula, mereka mungkin `merasa gembira' melihat kebimbangan Dr. Mahathir ini kerana ia kononnya akan memberi peluang terbaik kepada parti itu untuk meraih sokongan dalam pilihan raya umum nanti.
Tetapi persoalannya, apakah wajar Pas bersikap demikian sedangkan pesanan atau doa Dr. Mahathir bukan semata-mata untuk perjuangan UMNO tetapi demi orang Melayu.
Jika pemimpin dan ahli Pas mengaku diri mereka Melayu dan beragama Islam, mereka sudah pasti akan turut merasai kehilangan Dr. Mahathir dan memahami ancaman yang sedang menanti umat Melayu.
Sememangnya tidak salah untuk berbeza fahaman politik, tetapi pemimpin Pas sudah pasti memahami bahawa Islam telah menegaskan bahawa perbezaan seumpama itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka meninggalkan jemaah yang sebangsa dan seagama dengan mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda,``Barang siapa tidak menyukai sesuatu tindakan pemerintahnya maka hendaklah bersabar. Sesungguhnya orang yang meninggalkan (membelot) jemaah walaupun hanya sejengkal maka matinya tergolong dalam keadaan jahilliyah.'
Apa yang diperjuangkan oleh Dr. Mahathir adalah untuk orang Melayu, sama ada Pas hendak akui atau tidak melalui kekuatan UMNO-lah orang Melayu kini berjaya dalam pelbagai bidang dan mampu duduk setaraf dengan bangsa lain.
Pas perlu mengakui bahawa walaupun selama ini mereka mengecam pemimpin dan parti UMNO dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka juga sedang menumpang nikmat yang diperolehi melalui perjuangan UMNO.
Oleh itu, mereka perlu membuka minda dan membebaskan pemikiran daripada politik sempit untuk menerima dan mendengar amanat Dr. Mahathir tersebut.
Mereka tidak harus selama-lamanya melihat UMNO dan Dr.Mahathir dengan keburukan semata-mata, fikirkanlah mengenai survival politik orang Melayu.
Jika Melayu lemah, Pas juga akan lemah dan kesudahannya orang Melayu menjadi bangsa yang tidak dihormati itulah yang dibimbangkan oleh Dr.Mahathir.
Jangan kerana politik sempit perasan benci dan dendam kesumat dibiarkan bermaharajalela sehingga sanggup melakukan penghinaan dan tidak mahu memikirkan sumbangan Dr. Mahathir serta pentingnya orang Melayu bersatu.
Mereka tidak harus terus menghasut orang Melayu sehingga menimbulkan perpecahan yang akhirnya tidak akan menguntungkan sesiapa juga orang Melayu sama ada dari UMNO mahupun Pas.
Kesimpulannya, semua orang Melayu harus memahami bahawa perjuangan mereka belum selesai dan cabaran besar sedang menanti mereka.
Jika mereka terus bersengketa kerana jawatan dan kuasa politik sudah pasti suatu hari kelak tidak mustahil orang Melayu seperti mana yang dibimbangi oleh Dr. Mahathir akan kembali dijajah.
Berkreatif dalam Berpakain Berpandukan Garis Panduan Islam
Kalau dilihat trend pakaian perempuan sekarang memang bermacam ragam, berfesyen-fesyen dan glamer-glamer. Kreatif-kreatif betul pereka fesyen sekarang dengan rekaan mereka yang dapat memenuhi kehendak wanita, remaja dan perempuan-perempuan sekarang. Tak kurang juga dengan sokongan daripada media yang memaparkan pilihan fesyen wanita muslimah.
Dalam banyak-banyak fesyen tu ada jugak sekali pandang nampak macam sesuai dengan diri ini, dua kali pandang dan pandang dekat sikit rasanya nak pakai di rumah pun malu. Malu pada pak mentua je sebab tangan panjang, tapi jarang menampakkan lengan dan ketiak. Jadinya, setakat sentuh dan lihat corak kain je la di kedai baju tu. Memang cantik, dan kita ni pompuan memang suka yang cantik-cantik. Nak beli tu, rasanya macam membazir je.
Itulah antara cabaran wanita muslimah sekarang. Dihidang dengan pelbagai fesyen yang indah dan cantik di pandang mata, tetapi bagaimana pula dengan pandangan Islam? Bagi diri wanita tu, fikir la sendiri akal ada. Bagi lelaki, beri teguran dan panduan kepada isteri, adik perempuan ataupun kakak dalam hal ehwal berpakaian. Bukan Islam melarang kita berkreatif dalam berpakain, cuma berpada-pada dan biar berkreatif dalam batas-batas yang ditetapkan. Tak salah berkreatif dalam batasnya. Wahai! anak-anak ibu (lelaki belaka setakat yang ada), kalau nak tegur adik, kakak, anak dan isteri kena ada ilmu jugak. Di sini ibu bekalkan panduan bagi memastikan anak-anak ibu tahu tatacara berpakaian dalam Islam. Sumber: Wanita JIM Mekar Ceria. Jendela Hikmah. “Menutup aurat bukan setakat pakai tudung.” http://wanita.jim.org.my/
“Jendela Hikmah: Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung
Oleh Hamidah binti Mat
SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.
Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.
Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.
Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?
Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:
# Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
# Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
# Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
# Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”
# Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
# Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.
Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.