03 April, 2010
[hang nadim]Alasan isteri baru lari.....
Laporan dan foto MD FUZI ABD LATEH
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/04/04
RAWANG: Penangan amah manja bukan saja membuatkan seorang lelaki cair hingga rela melepaskan isterinya, malah sanggup melangsungkan perkahwinan di kampung halaman warga Indonesia itu di Karhwang, Jawa Timur.
Lelaki itu, Saiful Zamhuri, 47, melihat Elly Nurhayati Sapei, 33, sebagai wanita yang lemah lembut dan manja selepas bekerja sebagai pembantu rumah di rumahnya dalam tempoh sebulan.
“Saya mempunyai isteri dan dua anak lelaki berusia 17 dan 20 tahun. Isteri tidak merelakan perkahwinan saya dengan amah itu hingga masalah kami dibawa ke Mahkamah Syariah di Ipoh.
“Belum pun selesai tuntutan fasakh bekas isteri yang dilakukan beberapa bulan lalu, saya ditinggalkan isteri baru,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Metro Ahad.
Saiful mengakui ketika masih bergelar suami, dia menjalin hubungan cinta secara senyap dengan amah berkenaan dan apabila perasaan cinta tidak boleh dibendung lagi, dia mengambil keputusan melamarnya dengan berkunjung ke Indonesia untuk bertemu ibunya.
“Dia gadis baik, manja dan pandai mengambil hati. Saya terpikat dengan kelembutan tutur kata yang lebih istimewa daripada isteri.
“Tindakan sentuhan kasih sayang yang diberi dalam senyap itu menyebabkan saya sanggup berbuat apa saja mengikut hatinya. Saya lebur dan cair dengan mainan perasaan gadis berketurunan Sunda itu yang berada di sini lebih lima tahun,” katanya.
Saiful yang mengakui sanggup ‘memungut’ Ely yang mendakwa melarikan diri daripada seorang majikan kejam berkata, dia melangsungkan perkahwinan di kampung halaman amah itu di Karhwang pada 29 Januari 2003 dengan perbelanjaan lebih RM5,000.
Bagaimanapun, pada 13 Februari lalu, Saiful ditinggalkan dengan alasan Elly mahu keluar daripada ‘sangkar kemiskinan’.
Walaupun ditatang penuh kasih sayang, Elly tergamak melakukan tindakan berani meninggalkannya kerana mahu mencari pendapatan tambahan menyara ibunya dan enam adik-beradik di Indonesia.
“Sebelum lari dari rumah kami di Kampung Setia di Kuang, dia sering mengeluh tidak cukup wang dan mahu melakukan kerja lain seperti pembantu rumah.
“Petang hari kejadian, saya mendapati dia tidak muncul apabila dijemput pulang daripada kerja tukang cuci di pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sungai Dua, Rawang walaupun saya menunggu lebih tiga jam.
“Saya kemudian mendapat kiriman SMS daripada Elly menyatakan tidak perlu mencarinya lagi dan dia bekerja dengan orang tempatan di negara ini. Namun lokasi dan apa pekerjaan dilakukan tidak dinyatakan,” katanya.
Hilang isteri, mertua akibat H1N1
Oleh Norizan Abdul Muhid
pengarang@utusan.com.my
Sumarni Mat Nor bersama ibunya, Maimunah Dimah pada Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu.
JASIN 3 April - Murtaza Samat, 29, terpaksa menerima hakikat kehilangan isteri dan ibu mertuanya dalam tempoh selang beberapa hari sahaja akibat serangan selesema babi atau virus influenza A (H1N1).
Rabu lalu, kakitangan swasta itu kehilangan ibu mertuanya, Maimunah Dimah, 54, disusuli isterinya, Sumarni Mat Nor, 30, semalam.
Murtaza berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak pada 14 April ini namun selepas mengadu sakit badan, demam dan batuk yang agak teruk, dia membawanya ke Hospital Melaka (HM) pada Rabu lalu.
Ekoran itu, katanya, isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak pada hari berkenaan.
''Selepas itu, dia terus tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia semalam.
''Sumarni sempat berpesan supaya menjaga ibunya tanpa mengetahui ibunya sudah meninggal dunia pada hari dia melahirkan anaknya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 14 1/2, Jalan Jasin-Merlimau di sini hari ini.
Murtaza berkata, dia terkilan kerana isteri dan ibu mertuanya tidak sempat melihat anak keduanya.
Menurutnya, ibu mertuanya yang tinggal bersamanya menghidap penyakit kencing manis dimasukkan ke HM selepas mengalami batuk dan sukar bernafas pada Isnin lalu.
''Bagaimanapun, keadaannya agak stabil dan dikuarantin di wad khas HM malah dia kelihatan sihat.
''Namun Rabu lalu, dia disahkan meninggal dunia sebelum sempat melihat cucu yang lahir pada hari yang sama dia pergi meninggalkan kami,'' ujarnya.
Murtaza berkata, dia tidak menyangka kehilangan dua insan tersayang dalam hidupnya itu berpunca daripada penyakit tersebut.
Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana anak kedua yang belum diberikan nama itu disahkan sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan.
''Kini, apa yang merunsingkan saya ialah anak sulung saya, Noraina Batrisyah yang baru berusia dua tahun.
''Sehingga kini, dia masih tidak mengetahui kematian ibunya dan beranggapan isteri saya itu sedang tidur," katanya.
Jenazah Sumarni selamat dikebumikan di Muar, Johor semalam manakala ibu mertuanya di Sepang, Selangor.
Pertemuan berakhir tragedi
Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 3 April - Kesanggupan seorang gadis meredah beratus-ratus kilometer ke ibu negara untuk menemui teman lelakinya yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) demi cinta berakhir dengan tragis apabila dia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di sini petang ini.
Teman lelakinya, Faizul Majid, 25, pula hanya patah sebelah kaki dan kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang, di Kilometer 17.4 Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) menghala ibu kota ketika mangsa Norlaili Jamaludin, 25, dan teman lelakinya dalam perjalanan ke Taman Medan di sini untuk menghantar mangsa pulang ke rumah ibu saudaranya selepas keluar bersantai.
Tetapi apabila tiba di satu selekoh perhentian bas, motosikal yang ditunggangi teman lelaki dikatakan gagal dikawal menyebabkan ia terlanggar bucu kanan sebuah bas yang berhenti di laluan yang sama untuk mengambil penumpang.
Akibat rempuhan itu, Faizul dikatakan terjatuh di laluan yang sama sementara mangsa terpelanting dan tercampak di laluan kanan sebelum digilis sebuah kereta Proton Iswara yang sedang dipandu laju.
Ketua Bahagian Keselamatan Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di dada mati di tempat kejadian.
Beliau berkata, teman lelaki mangsa pula yang patah kaki dihantar ke PPUM menaiki kereta peronda polis untuk menerima rawatan.
Mayat mangsa pula, katanya, dihantar ke pusat perubatan yang sama untuk bedah siasat.
"Kita juga telah memaklumkan keluarga mangsa di Kluang, Johor berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Che Hussin berkata, polis telah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk pemandu kereta Proton Iswara bagi membantu siasatan.
Beliau bagaimanapun mengesahkan pihaknya belum menahan sesiapa berhubung kejadian.
Sementara itu suasana pilu menyelubungi tempat kejadian, apabila teman lelaki mangsa yang masih dalam keadaan sedar dilihat bertanya-tanya kepada orang awam yang sedang menyaksikan kejadian itu mengenai keadaan kekasihnya tanpa menyedari mangsa telah meninggal dunia.
Orang ramai yang tidak sampai hati untuk memaklumkan berita buruk itu hanya bertindak mendiamkan diri.
Tanpa berselindung, Saiful turut mengakui Elly pernah ‘buat hal’ apabila melarikan diri pada awal tahun lalu dan pulang semula pada September.
Bagaimanapun, kerana perasaan sayang menebal, Saiful masih setia menerimanya.
“Saya faham perasaannya yang sering bertindak sendiri tanpa mengambil kira status seorang isteri dan ibu kepada anaknya. Walaupun saya memberinya RM200 sebulan, dia tetap mahu mencari kerja sampingan bagi menyara keluarga di Indonesia.
“Bagaikan tidak memahami tanggungjawab sebagai isteri, dia keras kepala suka melakukan kerja dengan keluar rumah bersendirian. Saya bimbang dia terperangkap dan menjadi hamba kepada majikan.
“Dia juga sering berbohong dengan memburukkan saya yang didakwa gagal memberi kebahagiaan kepadanya yang memilih penduduk tempatan ini (Saiful) sebagai pasangan hidup,” katanya yang mendakwa Elly menjalin hubungan dengan seorang pekerja Indonesia apabila kerap menyebut nama lelaki itu serta menyimpan gambarnya dalam beg duit.
Elly juga didakwa memberi alasan berhutang RM2,000 dengan majikan tempat kerja asal ketika bekerja sebagai pembantu rumah dan dengan kakak angkatnya, seorang warga Indonesia, di Ipoh, Perak.
Atas faktor itu juga, kata Saiful, Elly mengambil tindakan keluar dari rumah untuk membayar hutang itu.
“Saya yakin dia tidak akan bertahan lama di sesuatu tempat kerja berdasarkan pengalaman lalu. Apapun yang berlaku, saya tidak akan berpisah dengannya. Kasih sayang saya tidak berbelah bahagi hanya kepadanya seorang,” katanya.
Hasil perkahwinannya dengan amah manja itu, mereka dikurniakan seorang anak, Nor Shafiqah, 6, yang kini turut berkongsi penderitaan apabila sering merengek menyebut nama ibunya setiap hari.
“Saya masih sayangkan dia. Pulanglah ke rumah segera.... kasihanlah anak yang masih kecil ini. Saya sanggup korbankan cinta isteri pertama melalui fasakh di mahkamah syariah demi menumpahkan cinta suci terhadapnya.
“Justeru, saya merayu kepada majikannya supaya memberi maklumat tempat dia berada. Saya sanggup tebus dia dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan, asalkan mereka memulangkan isteri kesayangan,” katanya.
Saiful juga tidak menolak kemungkinan Elly menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Suami rayu cari isteri yang hilang
2010/04/04 KUALA LUMPUR: Seorang suami merayu bantuan orang ramai untuk mengesan isterinya yang hilang selepas keluar rumah sejak seminggu lalu.
Junny Murad Nordin, 40, berkata isterinya, Rashidah Ahmad, 36, yang mempunyai rekod sakit jiwa, keluar dari rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, sejak 29 Mac lalu dan gagal dikesan sehingga kini.
“Pada hari itu saya memarahinya kerana kerap balik lewat ke rumah, menyebabkan dia merajuk dan keluar sehelai sepinggang.
“Bimbang keadaan isteri, saya membuat laporan polis di Balai Polis Pantai dan polis berjaya mengesannya berjalan kaki di Petaling Jaya sebelum menghantarnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mac lalu,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, semalam.
Bagaimanapun, Junny berkata, ketika dia datang untuk menjemput, Rashidah sudah keluar dari PPUM dan terus hilang.
“Saya dan anak risaukan dia kerana dia hanya keluar sehelai sepinggan tanpa wang serta mudah percaya orang lain. Kami sekeluarga tidak boleh tidur kerana terlalu risau, tambahan pula Rashidah tidak pernah berenggang dengan kami sebelum ini,” katanya.
Namun dia tetap pasrah kepada takdir Allah dan sedia menerima Ely semula seikhlas hati.
Dia juga membuat laporan polis di Balai Polis Rawang pada 30 Mac lalu selepas isterinya gagal pulang ke rumah lebih sebulan lalu.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Elly boleh menghubungi Saiful di talian 019-2053407
HANG NADIM....
WAHAI ISTERI FIKIRKAN LAH MEMBINA SEBUAH KEBAHAGIAAN HIDUP DAN KERUKUNAN RUMAH TANGGA AKAN MEMAKAN MASA BERTAHUN-TAHUN TETAPI MERUNTUHKAN ISTANA KEBAHAGIAN HANYA DALAM MASA BEBERAPA SAAT SAHAJA.....WASPADALAH...SABAQ....FIKIAQ....SEDAQ...SIAPA TAK SAYANG ISTERI TETAPI ADAKALANYA TERCABAR APABILA ADA ORANG KETIGA....AWAS.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.