Pages

Subscribe:

18 April, 2010

[ hang nadim]Pengendali blog sambut cabaran Azmin............



Pengendali blog sambut cabaran AzminKUALA LUMPUR 18 April - Para pengendali laman blog hari ini menyatakan kesediaan untuk mengemukakan bukti bahawa Datuk Zaid Ibrahim seorang kaki botol tegar.

Menurut mereka, pendedahan sebagai menyahut cabaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam akan dibuat tepat pukul 12 tengah hari esok melalui laman blog masing-masing.

Pengendali laman blog Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru bertajuk Cabaran Azmin, GAP Sambut! Isnin 19 April Jam 12 Tengah Hari menulis, pendedahan itu pasti akan 'meletup'.

"Cabaran ini GAP sambut. Barisan Nasional (BN) duduk diam-diam! Pastikan anda berada di depan laptop dan pc (komputer peribadi) pada hari Isnin 19 April tepat jam 12 tengah hari!" tulis pengendali GAP dalam blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan pada muka depan cabaran Mohamed Azmin yang menyifatkan isu kaki botol itu sengaja ditimbulkan oleh BN bagi tujuan membunuh karakter Zaid yang akan bertanding mewakili parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan kenapa baru sekarang isu itu ditimbulkan sedangkan Zaid telah lama berada dalam UMNO.

Dalam pada itu, pengendali laman blog www.pisau.net dalam entri bertajuk Hulu Selangor: Buktikan Zaid Kaki Botol, Blogger Sahut Cabaran Azmin, menulis, beliau akan turut membuat pendedahan serupa seperti GAP pada waktu sama esok.

Beliau menambah, cabaran itu bukan sahaja akan disambut oleh mereka berdua malah seluruh pengendali laman blog pro-BN.

"Aku dengan GAP sahut cabaran. Seluruh blogger pro-BN akan buktikan esok tepat jam 12 tengah hari. Nantikan pendedahan kami!

"Pisau seronok tengok Azmin kenakan Zaid," tulisnya merujuk kepada hubungan 'suam-suam kuku' antara kedua-dua pemimpin PKR itu.
Minum arak cerita lama - Zaid Ibrahim
HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dakwaan beliau meminum

arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah SWT.

"Apa pun kelemahan saya, apa pun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.

Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya. - BERNAMA

Minum arak cerita lama - Zaid IbrahimHULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah SWT.

"Apa pun kelemahan saya, apa pun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.

Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya. - BERNAMA

Ketua Pemuda PKR keluar parti


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, Nor'isham Manap (kanan) dan bekas timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar (kiri) diiringi Ezam Mohd. Noor (tengah) selepas mengadakan sidang akhbar mengumumkan keputusan mereka untuk keluar dari PKR di Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 18 April - Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.

Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.

Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.

Menurut Nor'isham, pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi yang disertainya bersama rakan-rakan pada tahun 1999.

Katanya, rekod Zaid sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji malah rekod moral beliau amat memalukan setiap orang Melayu dan Islam yang berpegang pada akidah dan akhlak.

''Kami yakin pemilihan Zaid bukan atas dasar kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi untuk menjaga kepentingan Anwar yang memerlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng dan pembelanya di Parlimen.

''Justeru Zaid dipilih oleh Anwar hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sendiri bukan kepentingan rakyat seperti yang diuar-uarkan.

''Tidak masuk akal seorang yang bukan anak tempatan boleh menjadi wakil rakyat yang berkesan di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama bekas Ketua AMK, Ezam Mohd. Noor.

Nor'isham mendakwa, beliau sebenarnya mewakili ramai anak muda dalam AMK yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan dan sikap Anwar.

Namun katanya, masih ramai yang belum berani membuat keputusan untuk keluar parti dan beliau mempunyai bukti.

''Kami menyeru kepada pemimpin dan ahli AMK lain yang majoritinya kecewa dengan pemilihan Zaid untuk menunjukkan keberanian berpegang pada prinsip dan perjuangan sebenar dengan meninggalkan Anwar dan PKR yang telah jauh menyimpang perjuangannya.

''Kami menyeru rakyat khususnya pengundi di Hulu Selangor terutamanya anak-anak muda untuk meninggalkan Anwar yang menyeret rakyat dengan masalah dan cita-cita peribadi beliau dalam setiap tindakan politiknya dan parti PKR," katanya.

Nor'isham dan Muhammad Ali kemudian menunjukkan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang bertulis :

''Salam kawan-kawan. Harap kita SMS DSAI (Anwar) agar kriteria 'track record' kesetiaan kepada parti dan perjuangan dan kriteria seorang 'fighter' menjadi asas pertimbangan utama dalam hal calon Hulu Selangor. Pengalaman lalu wajib jadi tauladan dan panduan.

Bukan hanya soal calon mampu menang tetapi soal kelangsungan perjuangan ini yang lebih penting. Kita ada Shamsul, Syed Shahir dan ramai lagi. Ini nombor DSAI 017-28xxx11".

Dakwa Muhammad Ali pula, dia telah menghantar SMS itu kepada Anwar tetapi tiada balasan diterima.

''Biasalah kita ini orang bawahan. Kalau tiada kepentingan dengan Anwar mana dia nak layan," katanya.

Ditanya apakah hala tuju mereka selepas ini kata Muhammad Ali, beliau dan rakan-rakannya belum memikirkannya lagi.

Bagaimanapun beliau yakin selepas ini pasti lebih ramai anggota AMK di Selangor akan meletak jawatan.

200 ahli keluar PKR

PULAU PINANG 18 April - Akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 200 ahli parti berkenaan bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh ahli PKR cabang Bayan Baru, Sungai Dua dan Permatang Damar Laut di sini dengan diketuai Pengerusi Tetap PKR cabang Bayan Baru, Ismail Mohamad Ali yang telah 11 tahun berada dalam parti itu.

Menurut Ismail, tindakan itu dibuat bersama ahli PKR yang lain kerana muak dengan perangai dan tindakan pemimpin parti berkenaan yang bertindak mendiamkan diri apabila sesuatu isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan negara dipersoalkan 'rakan' mereka.

''Sebagai orang yang telah 11 tahun berada dalam PKR, saya melihat berlaku banyak kepincangan dalam PKR dan pakatan pembangkang ketika ini terutama apabila seorang ahli Parlimen mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

''Begitu juga dengan satu kes mahkamah seorang pemimpin parti yang turut memanggil pihak luar campur tangan. Dia panggil Amerika Syarikat (AS), Australia dan Kanada. Ini amat tidak baik dan merupakan satu bentuk penjajahan baru bagi rakyat Malaysia.

'Namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun pemimpin PKR sama ada negeri atau pusat bersuara mengenai hal ini. Mereka diam membisu. Perkara ini benar-benar menyedihkan saya dan rakan-rakan yang lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut mengikuti jejak langkahnya ialah Ahli Jawatankuasa PKR cabang yang sama, S. Dhinabalan.

Ismail kemudiannya sambil disaksikan Dhinabalan dan ahli parti yang lain bertindak memotong kad keahliannya dalam PKR.

Bekas doktor Anwar Ibrahim keluar PKR sertai UMNO
19/04/2010 12:06pm

KUALA LUMPUR 19 April – Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Dr. Halili adalah pakar bedah saraf dan otak serta merupakan bekas doktor peribadi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Anwar. - Utusan

Ibrahim mahu bongkar rahsia Zaid





BATANG KALI - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) malam tadi muncul di pentas ceramah Barisan Nasional (BN) untuk menyokong calon BN, P. Kamalanathan yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau berkata, adalah satu dosa sekiranya beliau tidak datang ke Hulu Selangor untuk menyokong Kamalanathan demi kepentingan orang Melayu dan negara.

Menurut Ibrahim, beliau mengenali calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sejak tahun 1972 ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM - kini Universiti Teknologi Mara).

Ketika itu, Ibrahim merupakan Presiden Persatuan Pelajar ITM manakala Zaid ialah timbalannya.

"Zaid kemudiannya dipecat kerana kerjanya asyik berjoget-joget," kata Ibrahim ketika berucap pada ceramah di Bandar Utama Batang Kali di sini malam tadi sambil disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Ibrahim memberitahu, beliau akan membuat pendedahan mengenai Zaid pada 21 dan 23 April ini dalam program ceramah pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.