Pages

Subscribe:

18 April, 2010

[hang naddim] Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah









Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

Sultan Johor ketuai penerima darjah

IPOH 18 April - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengetuai senarai 919 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.

Baginda menerima Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).

Manakala Raja Kechil Tengah Perak yang juga cucu Sultan Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah dianugerahkan Darjah Yang Teramat Mulia Darjah Kerabat Azlan II (DKA II).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Mulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim menerima kurniaan Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) iaitu membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah SPMP, Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Datuk Mohd. Amin Shukeri Ali Akbar dan seorang ahli perniagaan serta dermawan dari Jepun, Muneyoshi Ueda.

Tiga orang tersenarai menerima kurniaan Darjah Datuk Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Mereka terdiri daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Panglima Medan Tentera Darat, Datuk Wira Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi; Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Bagi kurniaan Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk, tujuh orang tersenarai iaitu Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba; dua Exco Kerajaan Negeri Perak, Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Puteh Rukiah Abd. Majid.

Tiga lagi penerima anugerah tersebut ialah Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah; Duta Malaysia ke Bosnia dan Herzegovina, Zulkifli Adnan dan Pengerusi Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak.

Asisten Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Pertama Mohamad Roslan Mohamad Ramli; Panglima Angkatan Kapal Selam Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Mohamad Rosland Omar dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner II, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim pula menerima kurniaan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Dalam pada itu, Sultan Azlan turut berkenan untuk menganugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 48 individu.

Antaranya ialah Orang Besar Jajahan Manjung, Toh Muda Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Amar Bangsa Diraja Ab. Wahab Azizul Hasan; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Che Zolkples Embong; Presiden Mercy Malaysia, Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus; Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong; Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak, Mohd. Zahir Md. Nagor; Pengarah Perhutanan Perak, Nik Mohammad Shah Nik Mustafa dan Pengarah Eksekutif CIMB Bank, Sulaiman Mohd. Tahir.

Turut menerima, Bendahari Kehormat Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Abdul Wahab Jaafar Sidek; Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said; Pengurus Besar Kanan Bahagian Perundangan dan Korporat Petroliam Nasional Berhad, Mohammed Azhar Osman Khairuddin; Pengarah Longman Asia, Neil Joseph Ryan dan Ketua Pengarah UEM Land Holdings Berhad, Wan Abdullah Wan Ibrahim.

Turut tersenarai, Pengarah Eksekutif Dwitasik Sdn. Bhd, Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Wan Mohd. Yaacob Wan Salaidin; Editor Pengurusan Kumpulan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Zainul Arifin Mohammed Isa; Pegawai Daerah Perak Tengah, Hasim Hasan; Pengerusi GPB Corporation Sdn. Bhd, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Basaruddin Sadali dan Presiden Lumut International Yacth Club, Loi Kong Yaw.

Dua bekas atlet kebangsaan, A. Asir Victor dan M. Karathu; Dr. Patrick Tan Seow Koon daripada Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM); Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Samsiah Abu Bakar; Prof. Dr. Mohammad Raduan Mohd. Ariff daripada Universiti Malaya; Prof. Dr. Burhanuddin Yeop Majlis daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Pengarah Kanan Cawangan Pengurus Projek Kompleks Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Ir. Salehuddin Mohd. Isa turut menerima anugerah tersebut.

Penerima lain ialah Ahmad Faizal Abdul Rahman, Chan Voon Kow, David Tan Sek Yin, Fumio Ogura, Ismail Hasbolah, Kamal Ariffin Zaharin, Koh King Ong, Mohamed Razali Mohd. Halib @ Khalid, Mohammad Tayyab Ikram, Muhtar Sabino, Nik Mohd. Kamil Nik Daud, Richard Edwin Wroth Small, Dr. Sharifuddin Abdul Wahab, Vincent J. Corkery, Abd, Manaf Hashim, Ahmad Zamri Shamsuddin, Dr. Ong Keh Ong, Goh Kok Fong, D. M. Bhopalan @ Poobalan, Ahmad Farouk Faizi Abd. Karim dan Lau Bak Choon.

Sempena sambutan hari keputeraan kali ini, Sultan Perak turut menganugerahkan 13 Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM); 62 Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP); 27 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 219 Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 12 Tauliah Jaksa Pendamai (JP), 254 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 251 Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan tujuh Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

MENJUNJUNG KASIH TUANKU





Hang Nadim dan Isteri Bersama Datuk Ramli Noraini
Dan Isteri.....Di Istana Negara 1990

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.