Pages

Subscribe:

24 Mei, 2010

[hang nadim] Henti salahkan orang lain - Soo Nee



ALOR SETAR 23 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee meminta pemimpin pakatan pembangkang berhenti menuding jari menyalahkan pihak lain dalam isu lompat parti yang berlaku dalam parti pembangkang.

Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tentu ada alasan munasabah yang menjadi punca perbuatan tersebut berlaku tetapi ia tidak pernah diakui oleh pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.

Malah katanya, dalam isu terbaru berhubung spekulasi beberapa ADUN pakatan pembangkang akan meninggalkan parti bagi menjatuhkan kerajaan negeri juga sebenarnya dilakukan 'orang dalam' pakatan pembangkang sendiri.

"Tidak mengapa jika hanya seorang yang keluar tetapi kita bercakap mengenai ramai yang keluar parti selepas pilihan raya 2008. Tentu ada alasan yang munasabah.

"Sehingga hari ini, tidak ada bedah siasat dilakukan sama ada dari parti atau kerajaan negeri mengenai punca masalah ini berlaku.

"Mengapa tidak duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah. Jangan hanya duduk saja dan menyalahkan sana sini. Kalau masalah ini berlaku kerana kesalahan sendiri, kita mesti lakukan perubahan," katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan 20 ADUN pakatan pembangkang.

Majlis itu sememangnya ditunggu-tunggu berikutan desas-desus yang bertiup kencang mengenai empat ADUN pakatan pembangkang negeri ini yang dikatakan akan keluar parti sekali gus menumbangkan kerajaan negeri.

Selain Soo Nee, tiga lagi ADUN yang dikaitkan dengan isu itu ialah Tan Show Kang (PKR-Sidam), S. Manikumar (PKR- Bukit Selambau) dan Lee Guan Aik (DAP- Kota Darul Aman).

Keempat-empat mereka hadir pada majlis tersebut dan menafikan dakwaan itu.

Soo Nee mengakui ada perkara yang beliau tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri dan memilih untuk bercakap mengenainya secara terbuka daripada menyimpannya di dalam hati.

"Mungkin ADUN lain tidak berani bercakap mengenai ini tetapi kadangkala kita rasa macam tidak dihargai," katanya.

Pada masa itu, kira-kira 2,000 orang yang hadir seakan terdiam mendengar ucapan ADUN Kulim itu.

Soo Nee turut menceritakan bagaimana dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh seorang yang mendakwa wartawan pada jam 1 pagi hanya untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

"Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan itu terus bertanya," katanya.

Berikutan itu, keempat-empat ADUN itu meminta media agar bukan saja tidak lagi menanyakan perkara itu kepada mereka malah dia menegaskan tidak akan menjawab sebarang panggilan mengenainya.

"Jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon," kata Show Kang yang menjadi orang pertama berucap pada majlis tersebut.

Pendapat Soo Nee turut disokong oleh Manikumar yang mengakui kadangkala terdapat perselisihan pendapat antara beliau dan kerajaan negeri.

"Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu Guan Aik membidas media yang disifatkan sengaja mengembar-gemburkan isu lompat parti untuk dijadikan bahan berita

Saya tidak akan bubar DUN - Azizan

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 23 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan tetap mempertahankan kerajaan negeri yang diketuainya meskipun dengan kelebihan majoriti satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, sehingga kini, kerajaan negeri yang dipimpinnya adalah kuat serta masih memiliki majoriti yang cukup dan tidak ada sebab untuknya bertindak membubarkan DUN.

"Saya tidak akan bubarkan DUN hingga ke peringkat tidak mampu lagi bertahan. Hanya orang gila saja yang hendak bubar. Saya belum gila lagi," katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang termasuk empat ADUN yang disebut-sebut sebelum ini akan keluar parti sekali gus menumbangkan kerajaan negeri.

Empat ADUN tersebut ialah Lim Soo Nee (PKR-Kulim), Tan Show Kang (PKR-Sidam), S. Manikumar (PKR-Bukit Selambau) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darul Aman).

Bagi menggambarkan keyakinannya bahawa kerajaan negeri tidak akan tumbang, Azizan berkata, beliau bersama beberapa Exco kerajaan negeri akan melakukan lawatan ke luar negara pada penghujung tahun ini dan tidak bimbang ia akan dijadikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) merampas kerajaan negeri.

Beliau juga memberi amaran kepada para pemimpin BN agar tidak bertindak keterlaluan dalam soal keluar parti atau berdepan dengan pendedahan mengenai kepincangan yang didakwa dilakukan semasa kerajaan BN dahulu.

"Jangan bagi Ustaz Azizan kembali ke perangai lama (dengan membuat pendedahan tindak tanduk pemimpin BN)," katanya.

Mengenai gesaan Soo Nee agar punca ADUN melompat disiasat, Azizan berkata, sehingga kini belum ada bedah siasat dilakukan tetapi kerajaan negeri akan meneliti cadangan itu.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kassim yang turut berucap pada majlis itu memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan mengenai ADUN parti itu bertindak keluar parti.

"Jika mereka buat dakwaan, nyatakan nama ADUN yang akan keluar parti supaya kita boleh saman mereka RM10 juta kerana membuat fitnah," katanya.

Menurutnya, sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil memandangkan isu itu semakin menjadi-jadi sehingga beliau bersama para pemimpin lain dihubungi tidak henti-henti sejak ia mula timbul.

MB Selangor dinasihat bercuti
SHAH ALAM 23 Mei - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta bercuti bagi menjamin siasatan kes penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang melibatkan adiknya, Hajiman Ibrahim dapat dijalankan dengan lebih telus.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, ia juga dapat mengelakkan sebarang kecurigaan yang Abdul Khalid akan mempengaruhi siasatan.

''GPMS Selangor gembira dengan sikap berani Abdul Khalid yang menggalakkan sesiapa sahaja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa termasuk membuat siasatan terhadap adiknya, Hajiman.

''Tapi kita tidak mahu siasatan ini terganggu. Semua pihak termasuk Abdul Khalid diminta memberi ruang kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan kegiatan rasuah dan penyelewengan dalam KSSB.

''Ruang yang sama juga perlu diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat)," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, kata Mohd. Faizal, GPMS Selangor juga mengharapkan tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kes tersebut dan semua pihak diminta menunggu hasil siasatan polis, SPRM dan Selcat.

Katanya, ini kerana GPMS Selangor yakin dengan kematangan dan kemampuan pihak polis, SPRM dan Selcat dalam melakukan siasatan.

''Mereka tidak memerlukan tekanan mana-mana pihak agar siasatan dijalankan dengan adil dan profesional kerana sebagai agensi penguat kuasa undang-undang, polis dan SPRM akan memastikan kedua-dua pihak iaitu pengadu selaku mangsa dan juga suspek mendapat keadilan," tegasnya.

Pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam KSSB.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 9 pagi.

Pada hari yang sama, Abdul Khalid turut mengumumkan akan merujuk kepada Selcat berhubung dakwaan penyelewengan itu agar satu pendengaran awam dapat dilakukan
SPRM Putrajaya ke pejabat Perhutanan Kelantan

KOTA BHARU 23 Mei - Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan masa lebih empat jam di Pejabat Perhutanan Kelantan di sini hari ini bagi meneliti beberapa dokumen berkaitan pemberian lesen balak di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Datuk Abdullah Sani Shafie berkata, pegawai berkenaan yang datang secara mengejut itu turut mengambil dua fail yang mempunyai maklumat berkenaan kelulusan pembalakan tersebut.

Jelasnya, selain itu, beberapa dokumen berkaitan prosedur pemberian lesen pembalakan di negeri ini turut diteliti.

"Mereka yang datang dari Putrajaya masuk pada pukul 10.30 pagi tadi dan selesai meneliti fail-fail berkenaan pada kira-kira pukul 3.04 petang.

"Banyak dokumen membabitkan pemberian lesen pembalakan dan prosedurnya bermula tahun 1999 yang diteliti oleh pegawai-pegawai berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu mengenai banyak kelulusan kawasan balak kepada beberapa syarikat yang dikaitkan dengan individu tertentu kini menjadi perbualan umum di negeri ini.

Di samping itu, ia dihangatkan dengan pendedahan melalui blog mengenai janji penyaluran dana kepada institusi yang berkait rapat dengan parti politik sebagai timbal balas bagi memudahkan kelulusan dibuat.

Beberapa pihak termasuk Pergerakan Pemuda UMNO negeri mendesak pimpinan Pas Kelantan supaya bersikap telus dengan memberi penjelasan kepada umum tentang isu berkait dengan khazanah negeri itu.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan penafian Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai pendekatan timbal balas itu.

Abdullah berkata, beliau sendiri tidak mengetahui tujuan sebenar kehadiran pegawai SPRM itu dan hanya diberitahu mengenai kedatangan mereka pagi ini.

"Mereka cuma kata mahu meneliti beberapa dokumen pembalakan dan kita memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Pasal apa mahu siasat, itu saya memang tidak tahu dan biarlah mereka selesaikan kerja mereka," jelasnya.

Tambahnya, SPRM mungkin akan membuat susulan lagi selepas ini kerana banyak lagi dokumen yang diminta oleh pegawai-pegawai berkenaan tidak ditemui

Ambil tindakan tegas terhadap Raja Petra
KUALA LUMPUR 23 Mei - Kerajaan didesak supaya mengambil tindakan tegas dengan segera ke atas pengendali portal berita antikerajaan Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mencabar kerajaan supaya mendakwanya di mahkamah United Kingdom (UK) dalam satu ceramah di negara itu semalam.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, dengan kemunculan semula Raja Petra dan cabaran terbuka yang dilemparkannya, kerajaan tidak boleh lagi berlengah dan memberi pelbagai alasan untuk mengambil tindakan terhadapnya.

"Kalau sebelum ini alasan diberi ialah tidak tahu di mana tempat persembunyian Raja Petra, kini pengendali portal itu telah membuat kemunculan semula dan mendedahkan lokasinya.

"Bahkan secara terbuka dia bukan sahaja mencabar kerajaan tetapi menempelak sistem kehakiman kita. Bila lagi tindakan hendak diambil,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemunculan semula Raja Petra semalam dan cabaran yang dilemparkan kepada pihak berkuasa agar membawa segala pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah UK.

Raja Petra seperti yang dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysia Today serta Malaysian Insider dan Malaysiakini mendakwa dia sedia berhadapan dengan semua pertuduhan itu kerana menganggap UK sebagai 'wilayahnya'.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Raja Petra itu, Mohd. Hilmi menyifatkan pengendali portal itu sebagai penakut dan cabaran tersebut tidak perlu dilayan.

"Jika benar tidak bersalah, baliklah berdepan dengan sistem perundangan negara. Pertuduhan yang dibuat itu dilakukan di negara ini, jadi kenapa perlu dibicarakan di UK.

"Contohnya, kalau sayalah yang menjadi mangsa dalam apa jua kes, takkan saya hendak buat laporan polis di Indonesia dan minta dibicarakan di Singapura, sedangkan kes itu berlaku di Malaysia.

"Tuduhan kononnya sistem perundangan dan kehakiman kita tidak adil hanyalah alasan politik. Jika tidak telus, masakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh semua layanan terbaik dalam kes liwatnya,'' jelasnya.

Sehubungan itu tegas beliau, sudah sampai masanya pengendali portal itu diekstradisi ke negara ini bagi membolehkan perbicaraan segera dilaksanakan.

Mengenai tindakan Raja Petra mempersoalkan hak perundangan yang sama rata Mohd. Hilmi berkata, jika tidak yakin dengan sistem kehakiman dan perundangan Malaysia, pengendali portal itu tidak layak lagi menjadi warganegara Malaysia.

Menurutnya, Raja Petra boleh melucutkan kerakyatannya dan memohon kerakyatan Britain kerana dia lebih yakin dengan sistem perundangan dan kehakiman negara tersebut.

Dalam pada itu Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (Pakku), Tan Sri Adam Kadir memberitahu, tindakan Raja Petra itu bertujuan memastikan dia memiliki masa serta ruang perundangan yang secukupnya untuk berhadapan dengan semua pertuduhan yang dihadapinya.

"Kita harus sedar cabaran itu dibuat berdasarkan amalan yang sama sebelum ini tetapi dalam kes yang berlainan. Namun, perjalanan untuk membuktikan keadilan itu cukup panjang dan sudah pasti Raja Petra mahu menggunakan sepenuhnya peluang itu,'' katanya.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamaruddin Kachar pula membidas pengendali portal tersebut yang hanya berani bertempik di negara orang.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan sumber kewangan yang diperolehi oleh Raja Petra bagi membiayai kos empat pengawal keselamatan yang menjaganya sepanjang ceramah tersebut.

"Saya tidak pasti apa pekerjaan yang dilakukannya di sana (UK) tetapi berdasarkan dakwaan, dalam keadaan Raja Petra sekarang, adalah mustahil untuknya menetap di kawasan elit di UK.

"Apatah lagi bagi membiayai upah pengawal peribadi profesional yang saya fikir kosnya bukan murah dan kenapa memerlukan pengawal peribadi?'' soalnya.

Published: Monday May 24, 2010 MYT 3:58:00 PM
Updated: Monday May 24, 2010 MYT 4:06:24 PM
Zaid Ibrahim petitions for Hulu Selangor poll to be declared null and void
By SIRA HABIBU


KUALA LUMPUR: Defeated PKR candidate Datuk Zaid Ibrahim filed an election petition with the Shah Alam High Court on Monday to have the recent Hulu Selangor by-election declared null and void.

On April 28, he had said that he had the necessary evidence to prove that Barisan Nasional was involved in "blatant" bribery.

"Every citizen has a fundamental right to vote. But this right is meaningless if he is not able to exercise it because his name is removed from the electoral roll without his knowledge, or if he is intimidated, or bribed or given all kinds of inducements to influence his choice.

"In the recent Hulu Selangor by-election, we witnessed all of the above. We have witnesses who will come forward with the necessary evidence of blatant bribery," he had said.

Zaid had said then that his legal team would file the petition in two weeks but filed it only on Monday.

"My lawyers will look at the evidence and furnish all that is necessary," he had said.

The PKR central leadership council member had also said he would also sue the Election Commission (EC) for breaching its constitutional duty, and Utusan Malaysia for defamation.

Zaid had said EC had violated its constitutional duty by allowing intimidation, false information, and unfair and illegal electoral practices by the Barisan machinery without trying to stop them.

On the defamation suit against Utusan, Zaid had said, "I just want a dollar", as he wanted to clear his name over a article the daily had published, labelling him "an alcoholic."

Zaid lost the April 25 parliamentary by-election to Barisan's P. Kamalanathan by more than 1,700 votes.

Saturday May 22, 2010
Anwar fails in bid to stay sodomy trial
By NURBAITI HAMDAN
nurbaiti@thestar.com.my

PUTRAJAYA: The Court of Appeal has refused the application from Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to stay his sodomy trial over the rejection of his request for written statements from accuser Mohd Saiful Bukhari Azlan.

A three-man panel chaired by Datuk Sulong Matjeraie ruled unanimously that an earlier ruling by High Court judge Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah was made in the course of trial and it did not finally dispose of the right of parties.

“Therefore, it is not appropriate to grant a stay of proceeding pending disposal of appeal before the Court of Appeal,” said Sulong who delivered the ruling here yesterday.

The other two judges on the panel were Datuk Ramly Ali and Datuk Zaharah Ibrahim.

Anwar had attempted to halt his sodomy trial pending a decision from the Court of Appeal for a request by the defence to obtain Mohd Sai-ful's written statements to the police.

On May 13, Justice Mohamad Zabidin dismissed an application by the defence for a stay of proceedings after the court dismissed its request to get Mohd Saiful's written statements, ruling that there were no special circumstances to warrant a stay.

Sulong pointed out that if the applicant succeeded in the appeal to obtain the statements, the witness could still be recalled at any stage of proceedings before the judgment, be further examined and impeachment proceedings could take place.

Anwar's counsel Karpal Singh had earlier argued that the defence had the right to have the statements to study the possibility of impeaching Mohd Saiful.

Karpal said the charge under Section 377B of the Penal Code was for committing the sexual act with consent, while Mohd Saiful's evidence in court and his witness statements implied an alleged offence under Section 377C for a sexual act without consent.

Lead prosecutor Solicitor-General II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden appeared for the Attorney-General's Chambers.

Earlier, Zaharah had taken over Datuk Mohd Apandi Ali's place in the panel after he voluntarily recused himself.

Karpal had objected to Mohd Apandi sitting on the panel because of his past affiliation with Umno, which might cause the perception of bias to arise. Mohd Apandi was former Kedah Umno treasurer.

The sodomy trial continues on May 31.

Published: Monday May 24, 2010 MYT 2:48:00 PM
Federal Court dismisses ex-Perak Speaker's application
PUTRAJAYA: The Federal Court on Monday today dismissed ousted Perak Speaker V.Sivakumar's application to set aside a decision by another Federal Court penal, which allowed the three Perak assemblyman who left Pakatan Rakyat to retain their seats.

APA KATA MEREKA
Judi Bola: Pemuda PAS Perak, sokong pemuda Umno Parit
Harakahdaily
IPOH, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh pendirian Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit yang membantah kelulusan Kerajaan Pusat membenarkan perjudian pertandingan bolasepak Piala Dunia tahun ini.

Namun Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, DPPN Pk sedih dengan sikap dan pendirian Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang tidak membuat pendirian yang sama di dalam isu ini.

DPPN Pk melihat seolah-olah Pemuda Umno Perak menyokong judi bolasepak tersebut kerana hanya Pemuda Umno Parit sahaja yang tampil menyatakan bantahan mereka.

DPPN Pk katanya bersedia untuk berkongsi pentas dengan Pemuda Umno Perak membuat sidang media bersama bagi mengzahirkan bantahan terhadap judi bolasepak tersebut.

"DPPN Pk berharap Pemuda Umno Perak jangan memalukan masyarakat kaum Melayu / Islam di dalam perkara ini. Kita sepatutnya menyokong bersama pendirian Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak di dalam perkara ini dengan kenyataan yang jelas dan berani," tegasnya lagi.

Menurutnya, sangat malang bagi masyarakat kaum Melayu Islam bahawa sebuah parti Melayu yang mendakwa menjaga kepentingan umat Islam tidak langsung berani membantah akan perkara tersebut.

"Jika DAP pun sanggup menghantar memorandum bantahan, amat malang bagi Pemuda Umno Negeri Perak yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama gagal membuat demikian.

Anwar: sebahagian daripada pemimpin Melayu rasuah, kemiskinan dan bukan-berkaitan ‧ Melayu-China

國內 Domestik 2010-05-23 19:05 2010/05/23 19:05

民聯領袖高舉雙手,齊向執政馬六甲目標邁進! pemimpin NLD dan angkat tangan anda, bergabung dengan tangan untuk menetapkan tujuan Melaka! 右6:行動黨國會議員沈同欽、公青團團長三蘇伊斯干達、全國顧問安華及甲回教黨州委阿都甘尼等。 Tepat 6: Parti Tindakan, dengan anggota Kongres Shen Chin, Ketua Umum Kumpulan Pemuda tiga Souez kering, dan perunding kebangsaan Anwar Islam Negara Pihak Jawatankuasa Abdul Ghani, dll. (圖:星洲日報) (Gambar: Sin Chew Daily)
(馬六甲)公正黨顧問拿督斯里安華說,馬來人貧窮或不聰明,抑或無法舒適過生活,乃因為部份馬來領袖的腐敗造成,並非華裔的問題。 (Melaka) Parti Keadilan penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemiskinan Melayu atau tidak pintar, atau tidak boleh menjalani hidup yang selesa, sebagai sebahagian daripada para pemimpin Malaysia disebabkan oleh rasuah, masalahnya bukan etnik China.

指未照顧全民福利 Itu tidak peduli bagi kesejahteraan umum

【世華‧中港台澳】漂亮宿舍,冷漠殺人!代工工廠員工4個月“十連跳”!

“不只是華人對國內僅有幾名馬來領袖獲益的現象感到不滿,馬來人也非常不認同,因為國家領袖並沒有照顧所有人民,只是偏袒某些人。” "Bukan hanya China domestik sahaja manfaat beberapa pemimpin Malaysia tidak puas hati dengan fenomena tersebut, orang Melayu juga tidak bersetuju, kerana para pemimpin nasional tidak mengurus semua orang, adalah separa untuk beberapa orang."

他認為必須改變馬來人的思維,即不該再將本身的問題歸咎在華人身上。 Ia percaya bahawa orang Melayu harus mengubah pemikiran, hal itu sendiri tidak kemudian menyalahkan orang-orang Cina masalah.

安華週六(5月22日)晚上在馬六甲公正黨舉辦的“同心協力,邁向新政”政治宴會上致詞時,這麼表示。 Anwar Sabtu (22 Mei) malam di Melaka Parti Keadilan "bekerja bersama-sama menuju New Deal" pidato politik di pesta, sehingga.

詩巫人喚醒維護尊嚴 Wake menjaga martabat manusia Sibu

安華表示,雖然砂拉越是國內最富有的州屬,但是真正富有的只有幾名領袖,其他種族卻很貧窮。 Anwar berkata meskipun Sarawak merupakan negara terkaya Namun, hanya beberapa pemimpin yang benar-benar kaya, bangsa lain sangat miskin.

他指出,詩巫補選開拓了當地人民的眼界,補選的成績不關乎華人懂不懂得感恩或者失去馬來主權,而是表達維護本身尊嚴的一個形式。 Dia menunjukkan bahawa orang-orang tempatan untuk mengembangkan pandangan Sibu-pemilihan dan keputusan pemilihan oleh-tidak memahami China tidak tahu tentang Thanksgiving, atau kehilangan kedaulatan Malaysia, tetapi untuk menyatakan bentuk menjaga martabat sendiri.

安華表示,人民的思想已變得成熟,所謂“不支持國陣,513事件將重演”的言論,只是小人之說,因為現在社會已經開放,各族可以出席彼此的活動,巫統只是害怕各民族團結於民聯。 Anwar mengatakan bahawa fikiran manusia telah menjadi dewasa, apa yang disebut "tidak menyokong Barisan Nasional, 513 kejadian akan terulang" komentarnya, tapi curiga, kerana sudah menjadi masyarakat terbuka, semua kumpulan etnik boleh menghadiri kegiatan masing-masing, UMNO hanya takut orang-orang dari semua bangsa bersama-sama.

他說,“一個大馬”從國家獨立開始就已存在,但現在人民要的是一個更好的馬來西亞,而不是“一個大馬”。 Dia berkata, "seorang Malaysia" dari kemerdekaan kebangsaan telah ada, tetapi sekarang orang inginkan adalah Malaysia lebih baik, daripada "seorang Malaysia."

“大馬需要新的政策,人們要活得有尊嚴及被尊重,這樣的要求在獨立逾50年後逐漸變得強烈。” "Malaysia memerlukan dasar baru, orang harus hidup dengan martabat dan harus dihormati, permintaan seperti itu lebih dari 50 tahun merdeka secara berperingkat menjadi kuat."

安華:保證民聯領袖廉潔 Anwar: pemimpin NLD untuk memastikan bersih

安華保證,由民聯執政的4個州屬領袖都有一個共同點,就是執政近2年半來從不拿州內土地、工程、樹桐及其他利益,反而還幫助人民過更好的生活,並廉潔地執行任務。 Anwar meyakinkan keputusan itu oleh para pemimpin NLD daripada empat negara bahagian mempunyai satu hal yang umum adalah bahawa keputusan itu hampir dua setengah tahun tidak pernah mengambil tanah negara, kejuruteraan, pohon paulownia dan keuntungan lain, tetapi juga untuk membantu orang lebih baik memimpin kehidupan, prestasi dan jujur tugas.

他說,民聯政府每擬定一項政策時,都將以各族利益為考量重心,而領袖的素質也是必須關注的一點,拒絕奉迎及一味附和的領袖。 Dia mengatakan kerajaan NLD konsep dasar, fokus semua akan menjadi pertimbangan atas semua kepentingan, sementara para pemimpin juga harus fokus pada high dari titik tersebut, menolak untuk memenuhi hawa nafsu dan membabi buta bersama-sama dengan para pemimpin.

他認為,管理國家經濟需要委任有才幹的領袖,不分種族,而非讓一些取地、拿傭金、騙或偷的人去擔任。 Dalam pandangannya, pengurusan ekonomi nasional harus menunjuk pemimpin yang kompeten, terlepas dari bangsa, bukan untuk beberapa untuk dibawa ke, mengambil yuran, menipu atau mencuri seseorang yang.

安華大拋華語(引號內為華語) Anwar besar cast Cina (bahasa Cina dalam tanda kutip)

◆不管“馬來人、華人、印度人、依班人、卡達山人……我們都是一家人!” ◆ terlepas daripada "Melayu, China, India, orang-orang mengikut kelas, Qatar Hermit ... ... kita semua adalah keluarga pertama!"

◆不支持國陣,513將重演,這是“小人”! ◆ tidak menyokong Barisan Nasional, 513 akan mengulangi, ini adalah "Villains!"

◆補選期間,納吉在東馬說“馬來西亞人、馬來西亞人”,回到西馬對著馬來人就說“馬來人、馬來人”,何來一個大馬的精神? ◆ Selama pemilihan-oleh, Najib berkata di Malaysia Timur, "Malaysia, Malaysia," kembali ke Malaysia Barat menghadapi Melayu mengatakan "Melayu, orang Melayu," di mana adalah roh dari Malaysia?

◆我們要“尊嚴”,要被尊重! ◆ Kita harus "martabat", untuk dihormati!

星洲日報‧2010.05.23 Dosa mengunyah ‧ JIT Poh 2010/05/23

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.