Pages

Subscribe:

26 Mei, 2010

[hang nadim] Krisis Persatuan Bekas Polis Malaysia selesai ...




You are here: Home / Wilayah / Krisis Persatuan Bekas Polis Malaysia selesai
Krisis Persatuan Bekas Polis Malaysia selesai
Posted by admin on May 10, 2010 | Leave a Comment

KEPALA BATAS 10 Mei Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) percaya krisis yang pernah berlaku lima tahun lalu dalam badan itu termasuk hilang keyakinan oleh ahli terhadap pemimpin atasan berjaya ditangani.

Presidennya, Shafie Bakri hari ini berkata, bagi memberi keyakinan terhadap ahli-ahli, satu siri penerangan ke setiap negeri sedang berjalan.

Pihak pengurusan sedang menjelajah ke negeri-negeri untuk memberi penerangan kepada ahli dalam menangani masalah rasa tidak puas hati segelintir ahli terhadap persatuan ini, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 100 orang bekas anggota polis peringkat negeri Pulau Pinang di Wisma UMNO Kepala Batas di sini.

Hadir sama Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Ahmad Darus.

Katanya, apa yang mustahak sekarang adalah semua pihak perlu bersatu padu dan bukannya menentang arus.

Tidak ada sebab kita tidak boleh lagi mendisiplinkan diri selepas menamatkan perkhidmatan. Kita tidak boleh mengikut perasaan jika timbul perkara-perkara berbangkit.

Sesungguhnya, PBPM amat serius dalam menyelesaikan setiap masalah dihadapi oleh ahli persatuan di semua negeri, katanya lagi.

Ketika ini, menurut Shafie, jumlah ahli persatuan itu ialah 75,000 orang dan bilangannya dijangka boleh menjangkau 100,000 orang sebelum akhir tahun ini.


Dipetik dari Utusan Malaysia

Tagged with polis, pulau pinang, umno

NUKILAN HANG NADIM......
SEMUA AHLI DI NEGERI PILAU PUNANG KEMBALILAH
KEPANGKUAN PERSATUAN YANG SEBENAR DAN DI IKTIRAF
SEMOGA KITA AKAN BERADA DALAM PERSAHABATAN
YANG KUKUH SEPERTI DAHULU DAN FAHAMILAH
UNDANG-UNDANG /PERLEMBAGAAN PERSATUAN....
KETEPIKAN FIKIRAN YANG SEMPIT...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.