Pages

Subscribe:

26 Mei, 2010

[ hang nadim] Prove Umno meddling..............

Thursday May 27, 2010
Prove Umno meddling, CC member told

PUTRAJAYA: Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein wants MIC central working committee member S. Vell Paari to show proof that Umno is behind the current problems in the party, and apologise if he cannot do so.

Hishammuddin said he was angered by Vell Paari’s remarks and felt it was time to put a stop to attempts to blame Umno whenever something went wrong.

The allegation was irresponsible and an attempt to shift the people’s attention away from the MIC’s internal problems, he said.

“Everybody knows that the person now calling for MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu to step down was publicised as a potential candidate during the Hulu Selangor by-election and everyone also knows the way the MIC has treated this person.

“So what does it have to do with Umno if the person now takes a stand to act in a manner that does not side with or is not positive towards the MIC president?” he asked.

Hishammuddin, who is Home Minister, was commenting on allegations by Vell Paari on Monday that Umno was supporting former MIC deputy chief V. Mugilan in the campaign to remove Samy Vellu.

Thursday May 27, 2010
I will quit when my dad steps down, says Vell Paari
KUALA LUMPUR: S. Vell Paari, the only son of the MIC president, has pledged to quit all his party positions once his father resigns in 2011.

“I am not crazy for positions nor did my father groom me to take over the party,” he said in an telephone interview from Perth.

Datuk Seri S. Samy Vellu announced on May 18 that he would leave the party in September next year before his term expires on May 21, 2012.

However, MIC deputy youth leader V. Mugilan and two central working committee members K.P. Samy and G. Kumar Aamaan demanded that Samy Vellu quit immediately. They were later sacked by the party.

Mugilan has launched a movement called Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) to oust Samy Vellu from his post.

Vell Paari said he was willing to give a written assurance that he would no longer be involved so that the new party president could manage the party effectively.

“I don’t want to be in the party as it will give fodder to the critics to use me as a punching bag. They will say that Samy Vellu is still having firm control of the party through his son,” said Vell Paari.

He said the MIC had made a mistake in November 2007 when the Indian community wanted the party to stand by them “but we chose to stand with the Barisan government in the spirit of comradeship and ended up losing the community’s respect.”

“Instead of appreciating our loyalty, we were lambasted and blamed for the loss of Indian votes by the Barisan,” he added

Tetap enggan mohon maaf
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
dan SANTHY MUTHALU
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Mei – Walaupun disifatkan sebagai biadab namun anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, S. Vell Paari dan Ketua Pemuda parti itu, T. Mohan tetap enggan memohon maaf, sebaliknya terus mempertahankan kenyataan masing-masing.

Dalam kenyataannya hari ini, Vell Paari yang merupakan anak kepada Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau tidak kisah dilabelkan sebagai biadab oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berpendapat kenyataan yang dibuatnya mewakili suara ahli-ahli parti dan orang India.

Vell Paari yang baru sahaja dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC oleh ayahnya turut membuat penegasan hanya akan memohon maaf jika kenyataan itu adalah salah dan dibuat tanpa asas yang munasabah.

Dakwa beliau, perkembangan politik dalam tempoh dua tahun lalu perlu diambil kira kerana banyak pihak dibenar menggunakan nama UMNO dan Perdana Menteri untuk menyerang MIC dan barisan kepimpinannya.

Antara bentuk serangan itu kata beliau, laporan media online yang secara terang-terangan menggunakan nama UMNO untuk menyerang MIC tanpa sebarang penafian daripada parti itu sendiri.

“Apabila wujud laporan sedemikian, UMNO berdiam sehingga menyebabkan masyarakat mempunyai pandangan UMNO berada di belakang mahu menjatuhkan ayah saya daripada MIC.

“Kenapa hanya apabila saya mendakwa UMNO digunakan (kumpulan penentang), mereka marah kepada saya, jadi sekali lagi saya mengatakan jika dakwaan itu tidak betul, saya bersedia membuat permohonan maaf.

“Sekarang Tan Sri Muhyiddin menafikan UMNO terlibat, bagus... tapi apa yang saya mahukan ialah mereka membuat penafian ini sejak dulu lagi bahawa UMNO tidak terlibat seperti dilaporkan oleh media dan pihak tertentu sebelum ini,” katanya yang dihubungi, di sini hari ini.

Vell Paari kini berada di Australia untuk menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah sebuah syarikat.

Sementara itu sewaktu menjawab dakwaan tindakannya menyerang UMNO dibuat atas kapasiti anak Presiden MIC, Vell Paari dengan tegas menyatakan ia bukan perkara luar biasa.

Katanya, sebagai anak hanya beliau yang memahami sumbangan dan halangan yang terpaksa ditanggung oleh ayahnya dalam perjuangan.

Beliau turut mempersoalkan adakah perkara itu menjadi satu kesalahan dengan memberikan contoh bagaimana Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mempertahankan ayahnya apabila diserang.

“Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad diserang, siapa yang mempertahankan beliau, anak beliau (Datuk) Mukhriz, siapa yang keluar parti bersama Dr. Mahathir? Anak dan isteri beliau.

“Jadi, hanya seorang anak yang berada dekat dengan ayahnya faham perjalanan politik mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohan tetap berpendapat MIC perlu mengkaji semula kedudukan di dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam usaha menjatuhkan Samy Vellu.

Menurutnya, setakat ini beliau belum membincangkan mengenai gesaan yang dibuatnya semalam dengan Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.

‘‘Ini adalah pandangan peribadi saya dan yang penting saya telah membincangkan pandangan ini dengan Majlis Pemuda MIC dan ia mendapat sokongan penuh dari kesemua pemimpin Pemuda yang hadir.

‘‘Dalam hal ini saya tidak mengugut MIC akan keluar dari BN, tetapi saya hanya menegaskan bahawa jika UMNO terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu baru kami akan mengkaji kedudukan MIC dalam BN,’’ katanya.

Mohan berkata, pihaknya mendapati ada pemimpin UMNO yang terlibat menempah sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad ini bagi pelancaran GAS.

‘‘Kami juga mendapati PWTC tidak boleh ditempah untuk sejam atau dua jam tetapi untuk kegunaan sepanjang hari sahaja. Adakah ini bermakna UMNO terlibat secara tidak langsung dalam perhimpunan itu?’’ tanya beliau.

Katanya, lagi pun PWTC adalah milik UMNO maka bangunan itu tidak patut digunakan untuk menentang Presiden parti komponen BN yang lain.

‘‘Adakah ahli-ahli UMNO akan menggunakan bangunan itu untuk menganjurkan perhimpunan bagi menentang Presiden mereka?’’ soal beliau.

Mohan bongkak, Vell Paari biadab
KUALA LUMPUR 26 Mei - Kenyataan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan bahawa parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) dianggap sebagai biadab dan bongkak.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Mohan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia mempunyai unsur ancaman serta ugutan.

''Siapa dia (Mohan) hendak tentukan kedudukan MIC dalam BN? Apakah dia hendak berlagak seperti Presiden MIC?

''Perkara ini cukup serius. Ia tidak mencerminkan langsung semangat perpaduan yang telah sekian lama dibentuk oleh BN,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohan yang tidak teragak-agak untuk mengkaji semula kedudukan MIC dalam BN jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan GAS, Ahad ini.

Kata Reezal, Mohan sepatutnya tidak bersikap 'serkap jarang' dan membuat tuduhan melulu jika tiada bukti.

''Hubungan dalam BN termasuk UMNO dan MIC telah terjalin sejak lebih 50 tahun lalu. Justeru, dia sepatutnya tidak melatah terlalu awal. Walhal, kita bertanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan parti,'' tegasnya.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan S. Vell Paari tidak bersikap celupar dan biadab semata-mata hendak mempertahankan legasi bapanya, Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai Presiden MIC.

Katanya, keceluparan anak Samy Vellu itu adalah satu provokasi untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu dalaman MIC yang berpunca daripada kegagalan Samy Vellu memimpin.

''Vell Paari juga sengaja bertindak demikian bagi menutupi kesilapan bapanya, melantik beliau sebagai salah seorang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang turut mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin dan ahli MIC.

''Samy Vellu harus mendidik anaknya supaya lebih tahu berbudi bahasa, memahami budaya politik dan menghormati semangat di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN),'' katanya.

Sohaimi berkata, krisis dalam MIC seharusnya diselesaikan secara berhemah dan bukan dengan menuding jari menyalahkan orang lain.

''Rakyat sudah jelas dan jemu dengan sandiwara politik MIC sehingga membabitkan komponen BN yang lain,'' katanya.

Sohaimi secara terbuka mencabar kepimpinan MIC mengendalikan keceluparan Vell Paari dan menutup mulut anak Samy Vellu itu daripada membuat tuduhan bukan-bukan.

Mugilan cabar Samy Vellu
KUALA LUMPUR 26 Mei - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dicabar supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda, T . Mohan yang meminta Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC menilai semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN).

Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan (gambar) berkata, dalam kes ini, Mohan mesti dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti kerana mengeluarkan kenyataan yang melanggar prosedur parti.

''Saya terkejut apabila mendengar cadangan itu kerana ia tidak berdasarkan pemikiran rasional dan logik serta menimbulkan persoalan kematangan politik Ketua Pemuda MIC itu. Oleh itu, Presiden parti tanpa berat sebelah harus mengambil tindakan terhadap Mohan.

''Ia juga menunjukkan sikap oportunis. Apabila mendapat tahu beliau tidak akan dilantik sebagai Senator, Mohan cuba menggunakan kaedah ugutan kepada BN. Beliau harus sedar bahawa MIC tidak boleh hidup tanpa BN,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Mohan berkata, parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam BN jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) pada Ahad ini.

Palanivel pengganti saya - Samy Vellu
KUALA LUMPUR 26 Mei - Datuk Seri S. Samy Vellu menegaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel akan menjadi penggantinya dan menolak andaian beliau mempunyai perancangan untuk 'mewariskan' jawatan itu kepada anaknya, S. Vell Paari.

Presiden MIC itu berkata, untuk tujuan itu beliau akan berundur sebelum September tahun depan bagi membolehkan Palanivel memangku jawatan itu dan melakukan persiapan untuk menghadapi kemungkinan ditentang dalam pemilihan parti pada 2012.

Beliau turut memberi jaminan pemilihan berkenaan tidak akan ditangguhkan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Sewaktu menjadi pemangku nanti, beliau mempunyai banyak masa dan peluang untuk melawat negeri dan bertemu pemimpin MIC, beliau boleh jadi popular.

"Saya yakin dia boleh memikul tanggungjawab ini kerana sudah mendapat gambaran mengenai bidang tugas Presiden sejak berkhidmat sebagai setiausaha akhbar saya satu ketika dahulu," katanya dalam program Soal Jawab yang dikendalikan oleh Datuk Ahmad A. Talib dan disiarkan TV3, malam ini.

Sementara itu, Samy Vellu berkata jika benar beliau mahu memberi laluan mudah kepada anaknya menjadi Presiden MIC, Vell Paari sepatutnya dibawa masuk dalam MIC sejak 20 tahun lalu.

Sebaliknya kata Samy Vellu, beliau telah menegah anaknya menyertai politik dan hanya memberi kebenaran kepada Vell Paari bergiat aktif baru-baru ini sahaja.

"Kalau Presiden parti lain ada anak dalam parti, kenapa saya sahaja yang tidak boleh," katanya.

Mengenai gerakan menentangnya oleh pihak tertentu, Samy berkata, pihak terbabit cuba bermain api namun yakin ia tidak akan menjejaskan MIC.

Secara sinis beliau berkata, pihak berkenaan mungkin cuba 'mengusiknya' kerana beranggapan beliau sudah lemah kerana tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.