Pages

Subscribe:

28 Mei, 2010

[hang nadim] takziah buat keluarga Alahyarham Cikgu Azam Azuddin





Hari paling sedih 2 Mei 2010 Innalillahwainnailaihorojiun ... takziah buat keluarga Alahyarham Cikgu Azam Azuddin(15 Julai 1970 - 1 Mei 2010)... saya kehilangan seorang sahabat, rakan seperjuangan, jiran yang baik, rakan seperguruan, rakan blogger secara tiba-tiba ... m...arilah kita sama-sama berdoa semoga beliau dlimpahi rahmat dan ditempatkan bersama orang soleh dan beriman. Sepanjang bersama beliau, Cikgu Azam (Guru SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong, Kuala Kangsar) merupakan seorang yang pemurah dan sedia membantu ketika kita dalam kesusahan. Beliau juga pakar dalam bidang matematik tambahan dan banyak sumbangan beliau dalam bidang tersebut untuk daerah, negeri dan negara. Kepada keluarga allahyarham tabahkanlah hati menghadapi ujian Allah kerana "Allah x membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al Baqarah, 286) Kepada pengunjung fb ini dan blog http://azamanakfelda.blogspot.com/ dapatlah kiranya menghadiahkan pahala bacaan fatihah kepada beliau .... Alfatihah ...

NUKILAN HATI HANG NADIM

Suatu Al Fatihah dapat Ku lafazkan..
kesedihan kehilangan mu
belum pernah ku temui
tapi hatiku terpaut rasa
Pertemuan di maya mengerat Silaturahim
Betapa pilu tiada kata dapat kunggap
Bicara hati bertanya...
Tuhan lebih sayang kepada mu
Insan semuanya menanti giliranya
Usah Ditanya.....
Kita akan bersama di Mahsyar....
Semoga rohmu dirahmati Allah
jasa mu tetap dikenang....
Sepanjang masa.......
AL FATIHAH...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.