Pages

Subscribe:

27 Mei, 2010

[hang nadim] Tuanku Mizan terima kunjungan presiden palestin



Tuanku Mizan Zainal Abidin bergambar bersama Mahmoud Abbas (empat, kanan) ketika baginda berkenan menerima kunjungan hormat Presiden Palestin itu di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 27 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menerima kunjungan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Istana Negara di sini.

Dalam kunjungan yang berlangsung selama 30 minit itu, Mahmoud turut disertai beberapa menterinya termasuk Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Mahmoud S.A. Alhabash dan pegawai kanan kerajaan.

Turut hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh.

Pagi tadi, Presiden Palestin itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi berbincang perkembangan terbaru mengenai negaranya.

Mahmoud tiba di sini semalam untuk lawatan kerja tiga hari bagi meningkatkan keakraban hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin.

Ini merupakan lawatannya yang kedua ke Malaysia selepas lawatan pertama pada 2007. - Bernama

Palestine hopes to resume direct peace talks with Israel, says Abbas
2010/05/27

Share | PUTRAJAYA: Palestine President Mahmoud Abbas said he hoped direct peace talks can be resumed with Israel if both sides manage to finalise two issues -- borders and security arrangements, in their ongoing proximity peace talks.
Answering a question on the progress made so far in the proximity peace talks (indirect peace talks), the Palestinian leader said that since talks began early this month, both sides had completed two rounds of discussions with the focus being on border and security issues.

"I hope within four months...more or less we can finalise this two...if we do of course we can go to direct talks (with Israel)," he said at a joint press conference after talks with Malaysia's Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the latter's office here today, where among others Abbas briefed Najib on the latest progress concerning the proximity peace talks.

Abbas arrived here yesterday for a three-day working visit to further enhance the existing excellent relations between Malaysia and Palestine. This is his second visit, the first was in 2007.

The indirect Israel-Palestine peace talks which the United States is mediating started on May 9 and has a four-month deadline.

The indirect peace talks, approved by the Arab League, also cleared the way for the first negotiations in 18 months between Israel and Palestine and gave a boost to Washington's peace diplomacy in the region.

Abbas said he would also discuss the border and security issue, when he visits the United States to meet US President Barack Obama, expected to be sometime next month.

"We will (also) talk about all other issues, which we call core issues like... Jerusalem and so on and we will see what will happen... anyhow we are making progress," he said.

The Palestinian leader stressed that Palestine was commited to peace and the two-state solution through negotiations where both Israel and a sovereign Palestine state lived side by side peacefully.

About his discussions with Najib, Abbas said he had a very successful talk where he also reiterated Palestine and its people's appreciation to the people and the Malaysian government for their continous support towards their just cause.

Abbas said the Palestinian people hoped that these talks would lead to the establishment of an independent Palestine state with East Jerusalem as its capital.

Abbas also urged his rival faction Hamas, which controls Gaza, to sign an Egyptian-brokered document aimed at paving the way for legislative and presidential elections, which Fatah had already signed, for the sake of the Palestinian people.

He said that he had also told the Prime Minister about the suffering of Palestinians in Gaza due to Israel's blockade and the neccessity for the immediate ending of the siege.

Describing the bilateral relations as always having been brotherly and excellent, Abbas said he saw his meeting with Najib as an opportunity to express his deep gratitude and thanks to the people of Malaysia and its leadership for their support to the Palestinian struggle.

"We are confident that Malaysia will continue to support the Palestinian struggle for ending the occupation of our land, especially in Jerusalem ... and hoping that all of us will be able to pray in Al-Aqsa Mosque (Islam's third holiest shrine after Mecca and Medina)... in the near future," he said. -- BERNAMA

Read more: Palestine hopes to resume direct peace talks with Israel, says Abbas http://www.nst.com.my/nst/articles/PalestinehopestoresumedirectpeacetalkswithIsrael_saysAbbas/Article/#ixzz0pAsaS1Ai

Palestin hargai peranan kerajaan, rakyat Malaysia
PUTRAJAYA 27 Mei - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam waktu terdekat ini akan membincangkan perkara-perkara penting berkisar isu sempadan dan keselamatan.

Menurutnya, perbincangan yang akan cuba meleraikan kebuntuan konflik Palestin-Israel itu juga bakal memasukkan soal kedudukan Baitulmaqdis Timur dan sumber air.

Beliau yang memulakan lawatan kerja selama tiga hari ke negara ini merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang selama ini memberi sokongan kepada pembentukan sebuah negara Palestin berdaulat.

''Hubungan dua hala Malaysia-Palestin adalah hubungan persaudaraan dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan penghargaan sedalam-dalamnya kepada pemimpin dan rakyat Malaysia.

''Kita yakin Malaysia akan terus memberi sokongan kepada perjuangan Palestin untuk menamatkan penaklukan di sana terutamanya di Baitulmaqdis Timur dan tapak sucinya.

''Menjadi harapan kita semua dapat bersembahyang di Masjid Al-Aqsa dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Jurucakap White House, Tommy Vietor semalam mengesahkan Presiden Palestin itu akan bertemu Obama dalam waktu terdekat tetapi tidak mengulas tarikh pertemuan.

Sebelum ini, pentadbiran Obama menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengunjunginya di Washington.

Mahmoud berkata, beliau telah memberi taklimat kepada Najib berhubung proses damai di negaranya terutama melalui rundingan damai tidak rasmi yang disokong oleh negara-negara Arab dan masyarakat antarabangsa.

''Saya dan Perdana Menteri mengadakan perbincangan yang amat berjaya dan saya telah mengulangi penghargaan rakyat Palestin kepada Malaysia," katanya.

Israel didesak beri layanan positif
Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Mei - Ketika Genting Gaza saat ini menghadapi sekatan bantuan kemanusiaan, Malaysia hari ini mendesak Israel supaya memberi layanan positif sebaik mungkin atas 'pendirian munasabah' yang diambil kepimpinan Presiden Mahmoud Abbas dalam usaha menyelesaikan konflik berterusan Palestin.

Membangkitkan perkara itu dalam perbincangan dua hala dengan Mahmoud di Bangunan Perdana Putra di sini, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menggesa Mahmoud meneruskan rundingan damai dengan negara Yahudi itu.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, Kuala Lumpur mahu Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hamas dan Fatah mencari titik persefahaman bagi mewujudkan perwakilan yang kukuh untuk rakyat Palestin bergantung harap.

Rakyat Palestin yang berpecah-belah akan menjadi masalah untuk mendapatkan penyelesaian akhir melalui rundingan damai.

"Malaysia menegaskan sekali lagi pendirian bahawa kita sentiasa (berdiri teguh) di belakang orang Palestin dan perjuangan mereka.

"Kita akan terus lakukan dan ambil segala peluang yang ada di sini dan di forum antarabangsa untuk bersuara bagi pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

"Pada masa sama, kita akan terus membekalkan bantuan yang boleh terutama dalam bidang pembinaan, latihan kepada manusia dan atas asas sokongan politik yang kuat kepada rakyat Palestin dan kepentingan mereka," kata beliau.

Mahmoud dan anggota delegasinya seramai tujuh orang tiba di sini semalam untuk memulakan lawatan kerja selama tiga hari.

Najib berkata, beliau dan Mahmoud mencapai perbincangan yang produktif dan berguna.

"Saya diberi taklimat tentang situasi semasa mengenai rundingan (Palestin-Israel) yang sedang dijalankan dan posisi yang diambil oleh Mahmoud.

"Pada pandangan kita ia adalah suatu posisi yang munasabah dan kita percaya posisi munasabah yang diambil oleh Presiden Mahmoud sepatutnya menjadi asas yang baik untuk kemajuan yang lebih banyak, yang akhirnya akan membawa kepada kewujudan negara Palestin," katanya.

Kelmarin, Liga Arab menggesa masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia agar meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya negara Yahudi itu membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza dan menarik balik sekatan di wilayah itu.

Kumpulan persendirian Arab dan Barat dari 60 negara telah melancarkan kempen besar-besaran untuk penduduk Palestin di Gaza dengan menghantar sembilan kapal yang digelar 'Liberty Fleet.'

Penghantaran yang dijangka tiba esok di Genting Gaza itu adalah sebagai usaha menghentikan sekatan di wilayah itu dan bagi membolehkan penghantaran bantuan makanan.

Kumpulan itu membawa 700 orang termasuk Ahli Parlimen, ahli politik dan beberapa pegawai serta 10,000 tan ubat-ubatan, bahan-bahan binaan, kerusi roda elektrik, kayu dan beratus rumah pasang siap untuk beribu penduduk Palestin yang kehilangan rumah akibat serangan Israel pada 2009.

Israel mengancam untuk menghalang penghantaran yang mendapat liputan meluas media itu dari berlabuh di Gaza, di mana 1.7 juta rakyat Palestin dikepung selama tiga tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.