Pages

Subscribe:

23 Jun, 2010

[ hang nadim] Etnik Cam ........Indochina








From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
This article does not cite any references or sources.
Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed. (February 2010)

Indochina 1886

Dark green: always included, Light green: usually included, Red: sometimes includedIndochina, or the Indochinese peninsula, is a region in Southeast Asia. It lies roughly east of India, south of China. The name has its origins in the French, Indochine, and was adopted when French colonizers in Vietnam began expanding their territory to bordering countries.[citation needed]

Historically, the countries of Mainland Southeast Asia received cultural influence from China and India, but to varying degrees. Some Southeast Asian cultures, such as that of Cambodia, Laos, Burma and Thailand are influenced mainly by the culture of India with a smaller influence from the culture of China. Others, such as Vietnam, are more heavily influenced by Chinese culture, with only minor cultural influences from India, largely via the Champa civilization that Vietnam conquered during its southward expansion.

Malaysia and Singapore were at first strongly influenced by Indian culture followed by Islamic influences. Later, Chinese culture becomes a major influence following large numbers of Chinese immigration and settlement.

Today, most of these countries also show pronounced Western cultural influences which began during colonialism of western countries in Southeast Asia.

In a strict sense, Indochina comprises the territory of the former French Indochina:

Cambodia
Laos
Vietnam
However, in a wider sense, the cultural region is better described as Mainland Southeast Asia in which sense it also includes:

Peninsular Malaysia (the southern end of the Malay peninsula excluding the Malay islands)
Myanmar (formerly Burma--part of British India until 1937)
Singapore (also considered part of Maritime Southeast Asia if the Johor-Singapore Causeway is not taken into account)
Thailand (formerly Siam)
Note that the term Sino-Indian is used to describe things relating to India and China. (e.g. Sino-Indian relations).

Etnik Cam berkaki ayam, makan bubur
Oleh Kamal Ahmad

2010/06/24
MAKAN bubur nasi, berkaki ayam dan tidak pernah menonton televisyen adalah antara hakikat dalam kehidupan hampir majoriti etnik Melayu Cam di Indochina.

Kemudahan asas seperti bekalan air paip dan elektrik juga tidak pernah mereka nikmati. Yang ada cuma air perigi dan malam di rumah yang rata-rata daun palma itu hanya diterangi pelita minyak tanah.

Keadaan kehidupan mereka semakin sukar apabila tanaman kontan dan padi kerap musnah kerana cuaca panas ekstrem yang mencecah 40 darjah Celsius sehingga lima bulan atau dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh

Kemudahan asas seperti bekalan air paip dan elektrik juga tidak pernah mereka nikmati. Yang ada cuma air perigi dan malam di rumah yang rata-rata daun palma itu hanya diterangi pelita minyak tanah. Keadaan kehidupan mereka semakin sukar apabila tanaman kontan dan padi kerap musnah kerana cuaca panas ekstrem yang mencecah 40 darjah Celsius sehingga lima bulan atau dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh. Tinjauan Berita Harian di Kompong Chhnang kira-kira 60 kilometer dari Kemboja semalam mendapati kebanyakan kanak-kanak hanya mempunyai sepasang pakaian seragam sekolah, berkaki ayam dan kurang zat makanan, manakala yang bernasib baik hanya dibekalkan duit saku sebanyak RM0.03 sehari.

Majoriti warga dewasa etnik Cam tidak didedahkan dengan ajaran Islam, manakala murid di sekolah kebangsaan tidak diajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Jemaah solat lima waktu di masjid pula hanya beberapa orang.

Bekalan makanan yang disahkan halal juga hampir tidak wujud sama sekali.

Justeru, Persidangan Antarabangsa Warisan Melayu Kemboja, Laos dan Vietnam di sini, mulai hari ini dijangka menyusun pelan tindakan lebih agresif untuk membantu komuniti etnik Melayu Cam di Indochina, khususnya di Kemboja memperbaiki kehidupan melalui bidang tertentu.
Resolusi itu dijangka diumumkan pada sesi akhir persidangan, esok.

Setiausaha persidangan, Prof Madya Dr Mohamad Zain Musa, membayangkan resolusi itu antara lain mengenai jalinan hubungan antara orang Melayu di Malaysia dengan etnik Melayu Cam serta kerjasama membabitkan institusi pengajian tinggi negara, khususnya dalam pendidikan.

“Sudah pastinya ada resolusi yang akan dihasilkan daripada persidangan ini yang menjurus kepada usaha memperkasakan komuniti etnik Cam,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta persidangan, Prof Madya Dr Pisol Maidin, berkata sewajarnya Malaysia membantu pihak berkuasa agama Islam di Kemboja untuk menggerakkan sistem dan perundangan berkaitan zakat, wakaf, sedekah serta korban bagi memantapkan sebahagian lagi kerangka komuniti etnik Cam di sini.
“Sistem berkaitan boleh dimobilisasikan ke Kemboja dengan sedikit pemantauan dan sokongan kita,” katanya.

Hari ini, sekurang-kurangnya 18 kertas kerja akan dibentangkan.

Orang Cam warisan Kerajaan Melayu tertua di Kemboja
Jumaat, 04 Jun 2010 17:51 By Muhammad Adnan Pitchan




Bangi, 4 Jun 2010.--SIAPA tidak kenal orang Cam atau masyarakat Islam Kemboja? Mereka sudah berada di tengah-tengah kehidupan kita di Malaysia sejak hampir 40 tahun lalu lagi.

Kehadiran mereka di sini tidak syak lagi adalah akibat daripada kekejaman dan pengusiran dilakukan oleh kumpulan pengganas Khmer Rouge di Kemboja waktu itu. Beratus ribu kaum Cam beragama Islam mencari perlindungan dan akhirnya menetap negara ini.

Mereka ini dapat dilihat di beberapa kampung memiliki rumah besar dan ada yang menjadi peniaga malah ada diantara mereka terkenal sebagai tauke emas.

Tetapi bagaimana pula kehidupan kaum Cam yang kekal di Kemboja terutama di sekitar Tasik Tonle Sap dan di Kompong Thom?

Keadaan hidup mereka yang misikin dan melarat dari kacamata kita ini dapat dilihat dalam Pameran Wajah Campa: Saudara Serumpun dirasmikan pada 4 Jun 2010, di Bangunan Canselori, UKM.

Naib Canselor UKM Profesor Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudindalam ucapannya merasmikan pameran itu berkata monumen-monumen peninggalan Kerajaan Campa masih tegak berdiri di seluruh bahagian tengah Vietnam. Ucapan Prof Dr. Sharifah disampaikan oleh Pengarah ATMA, Prof Dr Abdul Latif Haji Samian.

Prof Tan Sri Dr Sharifah berkata dinding-dinding monumen yang berukiran cantik menggambarkan pelbagai kisah menarik termasuk persekitaran fizikal dan sosio-budaya kerajaan silam Champa. Ada di antara monumen-monumen tersebut masih berdiri di dataran, di atas bukit dan di keliling sawah serta sungai-sungai yang indah.

Beliau menarik perhatian terhadap peninggalan yang ditemui pasukan penyelidik UKM yang mencerminkan kekayaan kerohanian dan kebendaan sebuah kerajaan Melayu. “Semua ini memperlihatkan dengan jelas bukti satu ketinggian tamadun sebuah kerajaan yang telah menjadi sebahagian sejarah dan menjadi ciri penting dalam budaya Vietnam hari ini.

“Setelah Vijaya, ibu negara Campa diruntuhkan pada tahun 1471, Islam telah memainkan peranan penting, membuka jalan kepada hubungan yang lebih luas di antara Campa dengan saudara Melayunya dari Nusantara. Hubungan menjadi lebih erat di abad-abad berikutnya,” katanya.

Orang Cam yang telah menetap di Malaysia sejak 1975 telah membentuk rupa budaya sendiri dan mengatur kehidupan sebagaimana yang biasa diamalkan di negara asal mereka di samping terlibat dalam kancah pembangunan di Malaysia.

Ada di antara mereka itu yang mempunyai saudara mara di Malaysia, justeru jalinan hubungan masyarakat Cam tempatan menjadi lebih mudah.

Prof Dr Sharifah menjelaskan setelah hampir 40 tahun tinggal di Malaysia, hubungan antara etnik Cam beragama Islam telah berintegrasi sepenuhnya, malah berasimilasi dengan masyarakat tempatan menyebabkan anak cucu mereka yang dibesarkan di Malaysia tidak lagi mengenali adat resam mereka.

Pameran ini memperlihatkan budaya Cam dan bagaimana mereka mengekalkan identiti dalam konteks masyarakat yang sedang berubah. Gambar-gambar dalam pameran ini memaparkan “wajah” sebenar orang Cam dalam kehidupan seharian yang mencakupi hal-hal agama, pendidikan, ekonomi dan kekeluargaan. Rakaman kehidupan mereka diambil semasa para pengkaji melakukan kajian lapangan di penempatan orang Cam termasuk di Kemboja.

Profesor Madya Dr Mohamad Zain Musa, Felo Penyelidik Kanan di ATMA, bersama dengan rakan-rakan penyelidiknya telah memberikan sumbangan penting kepada perkembangan penyelidikan mengenai Campa dan masyarakat Islam di Indochina.

Melalui program Kajian Campa, beberapa siri seminar telah diadakan, yang pertama pada 16 Jun 2004 diikuti dengan seminar kedua pada November 2005. Kedua-duanya berjaya menemukan sarjana dari Perancis, Kemboja, Vietnam dan Amerika Syarikat yang mengkaji tentang Campa.

Dr Mohamad Zain menjelaskan satu ciri penting adalah kerajaan Campa yang merupakan Kerajaan Melayu tertua dalam sejarah, kini sudah lenyap.

Pameran di UKM memperlihatkan beberapa sudut sejarah Cam yang berusia 2,000 tahun itu. Kini juga terdadpat kira-kira 10,000 orang Cam yang tinggal di Pulau Hainan, China sejak abad ke-15.

Perpindahan dan Hubungan Semasa Orang Cam
MOHAMAD ZAIN BIN MUSA

ABSTRAK
Masyarakat Cam adalah komponen dalam kependudukan kerajaan Campa yang
disahkan telah wujud sejak tahun 192 hingga 1835. Sepanjang sejarahnya,
mereka mencari perlindungan di negara jiran seperti Kemboja. Rencana ini
membincangkan faktor penghijrahan mereka sejak abad ke 10 Masihi sehingga
hari ini dan juga menghuraikan bagaimana mereka menempatkan diri di
Kemboja, Vietnam, Laos, Malaysia, Australia, Perancis, Amerika Syarikat dan
sebagainya, dan bagaimana mereka menjalin hubungan sesama mereka di
peringkat antarabangsa.
Kata kunci: Campa, Melayu-Cam

ABSTRACT
The Cham community is a component of the population of the kingdom of
Champa proven to have existed from the year 192 to 1835. Throughout its
history, some of the Cham people left their homeland in search of safety in
neighboring countries, including Cambodia. This article attempts to discuss
not only the various factors causing their emigrations, started in the tenth
century, but also ways they settled in Cambodia, Vietnam, Laos, Malaysia,
Autralia, France, the United States and some other countries, and lastly
highlights the means they organize themselves internationally.
Key words: Campa, Melayu-Cam
KERAJAAN CAMPA

Pada peringkat awalnya, kerajaan Campa terletak bersempadankan China
di utara. Orang Viet yang mendiami kawasan di selatan China dan ingin
membebaskan diri daripada pendudukan China sejak tahun 111 sebelum Masehi
itu akhirnya berjaya mendirikan kerajaan sendiri pada tahun 939 Masihi.
Kelahiran identiti Vietnam pada abad ke 10 itu adalah antara perubahan penting
dalam sejarah Indochina secara umum dan sejarah Campa secara khususnya.
Serangan pertama negara Viet ke atas Campa berlaku pada tahun 982. Dalam
serangan itu, Indrapura, ibu kota pertama Campa telah musnah. Tarikh ini juga
menandakan permulaan nam-tien, iaitu pergerakan atau kemaraan orang Viet
ke selatan dan mengancam keselamatan pusat pentadbiran Campa (Le Thanh
Khoi 1955).

Akibat serangan demi serangan daripada pihak Viet, sempadan utara
Campa terpaksa berpindah ke selatan dengan ibu kotanya dipindahkan jauh ke
selatan pada tahun 1000. Selepas itu, Campa terus ditekan oleh kemaraan
Vietnam dan bergerak ke selatan. Pada tahun 1471, ibu kotanya, Vijaya, diserang
dan dimusnahkan secara sistematik dalam erti kata apa sahaja yang bersifat
Campa dan budayanya telah dimusnahkan. Orang Viet juga telah membunuh
dan mengusir orang Campa ke kawasan lain di selatan. Pada tahun 1653,
Vietnam menakluki Kauthara dan pada tahun 1692, bahagian lain di selatan,
iaitu Panduranga juga diduduki orang Viet. Akhirnya pada tahun 1835
(Po Darma 1987), wilayah Campa telah dirampas kerajaan Vietnam buat selamalamanya.
Kemaraan orang Viet ke selatan itu adalah faktor utama yang menyebabkan
orang Cam berpindah dari tanah air untuk mencari perlindungan di wilayah
lain di Asia Tenggara, khususnya Kemboja. Selepas negeri-negeri di Indochina
dikuasai komunis pada tahun 1975, sebahagian lagi orang Melayu-Cam telah
melarikan diri ke Malaysia, Eropah, Amerika Utara, Autralia dan lain-lain.

MASYARAKAT CAM DI KEMBOJA

Orang Cam telah menghuni negara Khmer sejak kurun ke-7 lagi. Hubungan
antara orang Campa dengan orang Khmer boleh dibayangkan daripada catatan
di inskripsi yang menyatakan seorang putera raja Campa telah mengahwini
seorang puteri Khmer (Mohamad Zain bin Musa 1991). Kehadiran orang Cam
di Kemboja juga direkodkan di bas-reliefs Banteay Chmar pada kurun ke-13
apabila tentera Cam berjuang bersama tentera Khmer (Jacq-Herlgoualc’h 1991).
Terdapat pemuzik, askar upahan serta guru ballista di kalangan mereka (Jacq-
Herlgoualc’h 1979). Namun, sebahagian besar orang Cam tiba di Kemboja
selepas kejatuhan Vijaya, ibu negara Campa pada tahun 1471. Pergerakan
Vietnam ke selatan yang mula sejak terbentuknya kerajaan Viet secara rasmi
pada abad ke 10 M itu telah memaksa orang Campa melarikan diri dari tanah
air sehingga kerajaan Campa terhapus pada tahun 1835 (Po Dharma 1987).
sari26-2007

Indochina Union
From WikiStates
The Indochina Union, officially the Democratic Peoples Indochina Union, is a country formed on 8 October 2002 when Vietnam annexed the neighboring countries of Cambodia, Laos and Northern Thailand and announced a Federal socialist state union on 11 October under the name of the Democratic Peoples Indochina Union. Ngo Minh Triet assumed the Presidency of Vietnam in 2001. Upon creating the Indochina Union, he created the position of Supreme President of the Indochina Union, a position he has declared he will remain in for life. The Constitution of the Indochina Union was created the same year, which created the Peoples National Assembly as a legislature function of the government and the Chief Supreme Minister of the Indochina Union to serve as a head of government, who is appointed by the Supreme President every 4 years.

The Indochina Union has been at war with ORNA forces since July 21st, 2005 in the Indochina War which began in response to the deaths of innocent civilians, ambassadors and numerous other diplomatic and humanitarian incidents. The Indochina Union has no effective government to most of the south, which is governed by the Garmidia-led ORNA forces.

Retrieved from "http://wikistates.outwardhosting.com/wiki/Indochina_Union"

NUKILAN HANG NADIM
Wahai Bangsaku Ingatlah Perpecahan akan membawa kemusnahan
Peggangan Agama adalah pengukuh.....Persaudaraan
Kehancuran Negara.....
Kemusnahan Bangsa....
Adalah Ditangan Bangsa itu....Sendiri
Pengkhianatan.....permusuhan
Kebodohan manusia
punca bangsa akan terpinggir
Bebaskan sengkita diantara kita
Hapuskan petualang dan pengkhianat negara
Musuh Negara dicipta Bangsa Sendiri
Awas.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.