Pages

Subscribe:

28 Jun, 2010

[ hang nadim ] 'Saman Suara Keadilan satu tindakan tepat'



SHAH ALAM 27 Jun - Tindakan undang-undang yang bakal diambil Felda terhadap akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah dengan mengatakan organisasi itu telah bankrap adalah satu keputusan yang tepat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia merupakan salah satu cara untuk menangani taktik parti pembangkang yang begitu agresif memfitnah kerajaan.

"Saya sokong tindakan Felda untuk saman Suara Keadilan dan PKR. Mudah-mudahan apa yang benar akan dibuktikan dan rakyat dapat tahu dengan jelas siapa yang benar.

"Harta Felda banyak dan sudah tentu dia akan keluarkan wang untuk membeli ladang baru sebagai pelaburan dan dalam proses itu sudah tentu Felda akan gunakan wang tunai.

"Bukan mereka tak tahu semua ini, tetapi sengaja nak manipulasi," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja 2010 di Bukit Kemuning di sini petang ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil; Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari dan Ketua Penerangannya, Datuk Abdul Razak Dawood.

Terdahulu Mohd. Ali bersama kira-kira 100 ahli UMNO membakar akhbar Suara Keadilan sebagai tanda protes terhadap akhbar itu yang menyiarkan berita fitnah bertajuk 'Felda Bangkrap' dalam keluaran Bilangan 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010.

Mereka turut melaungkan 'hancur PKR' dan 'tangkap Anwar' (Datuk Seri Anwar Ibrahim) beberapa kali.

Jumaat lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan kerana mengeluarkan artikel yang mendakwa organisasi itu bankrap.

Tindakan sama juga akan diambil terhadap Anwar dan beberapa pemimpin tertinggi PKR, Pas, Ketua Pengarang Suara Keadilan serta wartawannya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam akhbar itu.

Ditanya mengenai tindakan membakar akhbar Suara Keadilan, Mohd. Ali memberitahu, ia kemuncak kemarahan ahli UMNO terhadap pembangkang yang dianggap melampau kerana sering menghasut rakyat mempercayai sesuatu yang tidak benar.

"Jangan ingat UMNO hanya berdiam diri saja. Sebelum ini pun kita pernah bakar akhbar rasmi DAP iaitu Roket dan Harakah (akhbar rasmi Pas).

"Pembangkang pun banyak kali pernah bakar akhbar Utusan Malaysia.

"Jadi tiada sebab untuk UMNO tidak boleh bakar akhbar rasmi PKR itu," katanya.

Mohd. Ali menasihatkan ahli UMNO agar tidak berhenti menangani setiap fitnah yang dihamburkan pembangkang dengan memberikan penjelasan yang sebenar kepada rakyat


Penjelasan Suara Keadilan hari ini

2010/06/28
KUALA LUMPUR: Penjelasan pengarang Suara Keadilan dalam pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini akan menentukan bentuk tindakan lanjut terhadap akhbar berkenaan, termasuk sama ada membenarkan permit penerbitan akhbar berkenaan diperbaharui atau tidak.


APA KATA MEREKA

Rizab Felda: Anak cabar Ahmad debat terbuka
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.

"Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.

"Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya.

Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat.

Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM.

"Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat.

Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.

"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.

Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.

"Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

"Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi.

Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda.

Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008.

Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun.

UNTUK ANAK WARISAN FELDA

Kerajaan Membela nasib rakyat yang miskin di ambil dari seluruh Negara
di bawa Ke Felda......kemudian ada harta....meninggal harta.....diwaris
Ank-anak.....Kemudian hang nadim harap anak Felda patut bersyukur dan terima kasih
kepada Kerajaan jangan kacang lupakan kulit......
hang nadim ada menghantar 3 bapa saudara ke Felda..... Nadim lihat
semasa pergi dua keluarga naik lori kecil dengan barangan ala kadar...
dan adik pupu saya masih kecil duduk dalam Lori Ke Lurah Bilud Al Hamdulillh
mereka telah menikmati kesenangan dan mereka bersyukur.....dan masih ingat jasa
pemimpin negara......yang mengilhamkan Felda......tanpa menentang kerajaan hingga kini marilah kita bersama membaca fatihah Untuk mereka pemimpin negara dan peneroka yang telah kembali Kerahmatullah......Al Fatihah....

Hang Nadim pernah berada di Felada..Kemendore Jasin....Hutan Perca....Nyalas....Lurah Bilud....Jengka...Lepar.....Teloi....Sendayan NS...Suharto....dll....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.