Pages

Subscribe:

22 Jun, 2010

[hang nadim] Kecoh ......kecoh...Politik....

20/06/2010
Khairy challenges Anwar to show proof of crossovers
BAGAN DATOH, June 19 - UMNO Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar has challenged Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim to reveal by Monday the proof to back his claim that PKR members of parliament have been enticed with RM2 million each to become independents.

He said that if Anwar failed to show proof by then, then it could be assumed that the Permatang Pauh MP had lied in the matter.

"If he has proof, then he must divulge it immediately. He should not poison the people's minds at talks by tarnishing the image of UMNO and the Barisan Nasional (BN) in the matter of crossovers,” he told reporters after opening the Bagan Datoh UMNO Youth delegates meeting here last night.

The Rembau MP said the five PKR MPs who declared themselves as independents had left PKR owing to an internal party crisis and were not enticed to do so by UMNO or the BN.

Khairy Jamaluddin, who is also BN Youth chairman, said BN Youth was streamlining the election machinery to face the next general election. - Bernama

Dewan Rakyat kecoh Wee ungkit ‘fatwa’ Nik Aziz
Laporan Sariha Mohd Ali, Nazura Ngah dan S Anand Kumar

2010/06/22
Ahli Parlimen Bebas persoal PAS bantah lesen pertaruhan sukan

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bebas) menyokong cadangan lesen pertaruhan sukan dengan mengaitkan ‘fatwa’ Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan hasil perniagaan haram dalam hukum Islam seperti arak boleh digunakan untuk pembangunan Kelantan, menimbulkan sedikit kekecohan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen PAS menentang cadangan pemberian lesen pertaruhan oleh Kerajaan Pusat, walhal Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan hasil daripada perniagaan seperti arak boleh digunakan untuk pembangunan di negeri itu.
Tindakan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen dari PAS, termasuk Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) bangun mencelah bagi membantah kenyataan Wee dan meminta penjelasan tetapi tidak diberi laluan.

Anwar hanya hero politik – Shafie Apdal
KUALA LUMPUR 21 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi hero bagi melindungi nasib rakyat sebaliknya beliau hanya layak menjadi hero ‘berpolitik’.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Anwar kini sudah resah dan gelisah dengan kedudukan beliau yang bukan lagi menjadi individu penting di kalangan pihak pembangkang.

Oleh itu, katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut sentiasa sibuk menonjolkan diri dengan membuat kritikan tidak menentu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mencuri tumpuan rakyat.

‘‘Anwar hanya tahu untuk berpolitik dan berceramah, tetapi soal menjaga negara dan menguruskan rakyat memang dia tidak tahu, tidak guna bercakap atau berfikir tentang kritikannya.

‘‘Paling penting ialah, rakyat perlu tahu isu ancaman Jemaah Islamiah (JI) ini adalah serius, kerajaan tidak akan menggadaikan keselamatan rakyat dengan mereka-reka cerita,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa isu JI adalah perkara benar, bukan sengaja ditimbulkan kerajaan untuk mengalihkan isu-isu lain seperti yang didakwa oleh Anwar baru-baru ini.

Mohd. Shafie berkata, kerajaan lebih arif dalam membuat perbandingan antara politik dengan soal keselamatan rakyat.

‘‘Takkan soal keselamatan rakyat pun kita nak berpolitik, kerajaan sentiasa bersifat mengambil berat terutama dalam pentadbiran, keselamatan dan pembangunan rakyat,’’ tegas beliau.

Bagi Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sebenarnya Anwar yang berhasrat untuk mengalih tumpuan rakyat kepadanya ekoran beliau sudah tidak mendapat simpati rakyat.

Menurut Rosnah, ketua pembangkang itu lebih layak digelar ‘juara alih isu’ kerana telah banyak tindakan beliau yang membuktikannya beliau semakin kekeringan idea untuk meraih sokongan rakyat.

‘‘Contohnya kes liwatnya di mahkamah, beliau telah mengemukakan pelbagai tuntutan dan bantahan semata-mata untuk mengalih isu sebenar dalam kes tersebut,’’ katanya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan.

Rosnah yakin Anwar sendiri tahu bahawa kenyataan yang beliau keluarkan terhadap isu ancaman JI itu tidak benar dan ia sekadar modal untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor berkata, rakyat tidak perlu terkejut dan termakan dengan apa sahaja kenyataan Anwar kerana semua kenyataannya itu sememangnya bersifat terdesak.

Ezam yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberitahu, Anwar sanggup melakukan apa sahaja agar rakyat dan negara hilang tumpuan untuk ke arah negara maju.

‘‘Anwar sudah bankrap idea dan politik. Beliau sedang berhadapan banyak masalah peribadi termasuk masalah dengan rakan-rakannya di dalam pembangkang yang kini sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

‘‘Tidak ada apa yang perlu dibimbangi dengan segala tindakan Anwar, saya nasihatkan supaya kita semua tidak lagi perlu layan dia,’’ ujarnya.

Dr Lo'Lo' berkata, Wee cuba mengelirukan Dewan dengan memberi fakta yang salah, manakala Khalid mahu menjelaskan maksud kenyataan Nik Aziz itu selepas Wee mengakui tidak memahaminya, tetapi tidak dibenar berbuat demikian.

Wee ketika meneruskan perbahasan berkata, pelesenan pertaruhan sukan tidak perlu dibantah kerana ia tidak membabitkan umat Islam dan Kerajaan Pusat boleh menggunakan fatwa Nik Aziz itu.

“Kerajaan Kelantan mengeluarkan 40 lesen arak dan menggunakan hasil cukainya untuk pembangunan infrastruktur. Pertaruhan sukan bola sepak sudah wujud sejak dulu dengan jumlah pertaruhan berbilion ringgit. Sindiket haram mengaut keuntungan besar kerana pihak berkuasa gagal menanganinya dan tidak menyedari pertaruhan sukan yang dilesen dan dikawal memberi manfaat kepada rakyat serta negara.

“Sebagai contoh, Singapura berjaya mengutip S$360 juta (RM878 juta) setahun hasil kutipan cukai pertaruhan sukan, manakala Hong Kong memperoleh HK$3.1 bilion (RM1.4 bilion).
“Jumlah dana ini besar dan boleh dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat dan amat wajar pertaruhan sukan di negara ini dilesenkan dan dikawal selia, bukannya menghalalkan judi bola kerana kita negara Islam,” katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Katanya, kutipan cukai itu juga boleh digunakan untuk membangun sukan bola sepak supaya Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selain biasiswa, bantuan sara hidup golongan memerlukan dan kemudahan kesihatan rakyat miskin

Tian Chua kekal Ahli Parlimen Batu: Speaker
Oleh Sariha Mohd Ali, Nazura Ngah dan S Anand Kumar

2010/06/22
Proses pelucutan kedudukan perlu dilakukan melalui undian

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu sehingga satu usul dibentangkan oleh kerajaan bagi menentukan secara undian sama ada beliau kekal sebagai wakil rakyat atau sebaliknya.

Pandikar Amin berkata, usul kerajaan itu hanya boleh dikemukakan di Dewan Rakyat selepas segala peluang perundangan kepada Tian Chua berakhir.

Peluang perundangan yang dimaksudkan ialah Tian Chua kini mempunyai peluang selama 14 hari untuk membuat rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengenai kesnya
Sertai komuniti Berita Harian login|daftar Komuniti ↓ WAKTU SOLAT Kuala Lumpur

2010/06/22
Proses pelucutan kedudukan perlu dilakukan melalui undian

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu sehingga satu usul dibentangkan oleh kerajaan bagi menentukan secara undian sama ada beliau kekal sebagai wakil rakyat atau sebaliknya.

Pandikar Amin berkata, usul kerajaan itu hanya boleh dikemukakan di Dewan Rakyat selepas segala peluang perundangan kepada Tian Chua berakhir. “Peluang perundangan yang dimaksudkan ialah Tian Chua kini mempunyai peluang selama 14 hari untuk membuat rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengenai kesnya. “Selepas itu, jika kes dibawa ke Mahkamah Rayuan, beliau masih mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat rayuan.

“Proses perundangan seterusnya ialah Tian Chua masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakannya kepada Lembaga Pengampunan dan selepas selesai pada peringkat itu, ia akan kembali kepada Parlimen untuk membuat keputusan selepas segala hak perundangan Tian Chua tamat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.

Terdahulu, Pandikar Amin mengadakan pertemuan dengan Tian Chua untuk mendapatkan penjelasan terkini mengenai statusnya.

Beliau menjelaskan keputusan untuk melucutkan jawatan Ahli Parlimen bukan diputuskan Speaker Dewan Rakyat, sebaliknya dilakukan menerusi proses undian.
“Kerajaan akan mengemukakan usul di Dewan Rakyat untuk membuat keputusan sama ada Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen atau tidak. Usul itu kemudian diundi Ahli Parlimen dan bukannya dibahaskan,” katanya.

Sementara itu, Tian Chua berkata, sesiapa yang tidak bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi boleh mencabar keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

“Sebagai contoh, Mahkamah Tinggi tahun lalu mengisytiharkan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi ada orang tidak bersetuju dan mencabar keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

“Akhirnya, Mahkamah Rayuan pula memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.