Pages

Subscribe:

03 Jun, 2010

[hang nadim] Najib likely to meet 12 Malaysians released by Israel



Updated: Friday June 4, 2010 MYT 10:53:41 AM
AMMAN: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is likely to meet the 12 Malaysian nationals released by Israel after the seizure of a humanitarian aid vessel by Israeli troops off the coast of Gaza Monday.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said here this could take place after the group returned to Malaysia.

Wisma Putra, in a statement Thursday, had said the group was expected to arrive at the KL International Airport around 5.40am on Sunday.

The Malaysians were expected to leave Amman for Istanbul, Turkey, on Friday to collect their belongings.

Anifah and the leader of the group, Noorazman Mohamad Samsuddin, spoke to Najib by telephone Wednesday night during a gathering here to mark the Malaysians' release.

According to the minister, Najib was concerned over their safety and stayed up late to speak to them.

"The telephone conversation took place at 2am in Laos, where Najib was on an official visit," said Anifah, who flew here on Wednesday to help expedite the group's release and return to Malaysia.

The 12, including two Astro Awani television crew members, were on board the Turkish ship Mavi Marmara, which was attacked by Israeli forces in international waters on Monday, with 10 people reported killed. - Bernama

Friday June 4, 2010
Rachel Corrie makes its way to Gaza
From Amman by SHAHANAAZ HABIB

AMMAN: Volunteers on the MV Rachel Corrie are not trained soldiers, and they are fearful of being attacked by the Israeli army – but they are determined to deliver humanitarian aid to Gaza.

“Of course there is worry, but this is an amanah (trust bestowed upon us) to deliver the aid to Gaza,” said Perdana Global Peace Organisation representative Shamsul Akmar in an interview.

He is on board the sole ship making its way to Gaza.

Israel’s attack on the six aid ships in international waters on Monday resulting in nine deaths only made those on Rachel Corrie more determined to carry out their amanah.

Rachel Corrie was supposed to be part of the flotilla but she got left behind due to delays and some “suspicious stringent checks” by port authorities at several places, said Shamsul.

If all goes well, the 1,200 tonne Rachel Corrie, carrying medical aid, construction material, toys, educational and writing material is expected to reach Gaza on Saturday.

There are 19 people on board and they have been travelling for 20 days.

Other than Shamsul, who is the head of the delegation, there are five other Malaysians – Matthias Chang, Parit MP Nizar Zakaria, activist Ahmad Faizal Azumu and TV3 crew members Halim Mohamed and Jufri Junid.

Also on board is a strong Irish delegation with Nobel Peace Laureate Mairead Corrigan Maguire.

There are six crew members, a captain and a chief engineer.

The ship is funded by Tun Dr Mahathir Mohamad’s Perdana Global Peace Orga­nisation.

Shamsul said there are a number of possible scenarios:

> Israel may let Rachel Corrie through

> Israel may become aggressive and board the ship; and

> those on board the ship may be shot by Israeli forces

Shamsul said that if Israel stopped the ship in international waters, but the ship was forced away, “we collectively feel we should stay there for a few days to try and deliver the aid.”

The tiny Gaza strip has been put under a strangling blockade after Hamas took over control of it in 2007, causing hardship to the 1.5 million living in what is called the “world’s biggest prison on earth.”

In December 2008, Israel launched a three week massive military strike on Gaza, killing at least 1,400 people and destroying many homes, buildings, factories and infrastructure.

But because of the siege, Gaza has not been able to bring the materials needed to rebuild including construction material like cement, glass and bricks.


Israel bertegas teruskan sekatan ke atas Palestin
BAITULMAQDIS 3 Jun – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak kritikan antarabangsa terhadap tindakan komando rejim Zionis itu menyerang ‘Flotila Pembebasan’ yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza awal minggu.

Beliau semalam berkata, sekatan terhadap wilayah Palestin itu diperlukan bagi mencegah serangan peluru berpandu ke atas Tel Aviv dan Baitulmaqdis.

Israel menolak dakwaan Gaza yang dikenakan sekatan oleh Israel dan Mesir sejak pergerakan Hamas merampas kuasa pada 2007, sedang mengalami krisis kemanusiaan.

Rejim Yahudi tersebut mendakwa, bekalan makanan, ubat-ubatan dan bekalan lain yang dibenarkan masuk ke wilayah tepi pantai itu melebihi keperluan.

“Israel berdepan dengan serangan hipokrisi antarabangsa,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan dari pejabatnya.

Katanya, flotila itu sebenarnya bertujuan untuk melanggar sekatan, bukan untuk membawa bantuan ke Gaza.

“Jika sekatan dilanggar, flotila itu akan disusuli oleh berpuluh-puluh, malah beratus-ratus bot dan setiap bot boleh membawa berpuluh-puluh peluru berpandu,” ujar Netanyahu.

Beliau membuat kenyataan itu beberapa jam selepas semua baki aktivis pro-Palestin daripada flotila bantuan dibawa ke lapangan terbang Ben-Gurion dekat Tel Aviv untuk dihantar pulang.

Tiga pesawat perubatan menuju ke Turki adalah antara yang mula-mula berlepas, disusuli dengan empat pesawat lain.

Kesemua 527 aktivis yang diusir menaiki penerbangan, manakala tujuh aktivis yang cedera masih berada di hospital Israel, kata jurucakap kementerian dalam negeri, Sabine Haddad. – AP

Gema bebaskan Palestin di London

Oleh AZUAN EFFENDY ZAIRA


Masyarakat pelbagai kaum di London menyatakan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Palestin Freedom Follitia, di Gaza, baru-baru ini. TANGGAL 31 Mei 2010 adalah cuti umum di United Kingdom (UK) bersempena dengan Bank Holiday' yang ditetapkan beberapa hari dalam setahun termasuk Isnin terakhir bulan Mei.

Kebiasaannya, menjadi lumrah masyarakat setempat di UK berehat dan meluangkan masa bersama keluarga setiap kali cuti umum.

Namun, Bank Holiday kali ini agak berbeza bagi sebahagian masyarakat Britain yang prihatin. Kekejaman tentera Israel yang bertindak tanpa berperikemanusiaan terhadap sukarelawan bantuan kemanusiaan Palestin Freedom Follitia, mendorong ribuan masyarakat Britain turun ke jalanan di Kota London bagi membantah tindakan kejam rejim Zionis itu.

Penulis yang mengikuti pengajian peringkat sarjana di Universiti Reading, UK tidak ketinggalan turut serta berhimpun secara aman di kota London.

Segala-galanya bermula apabila ketika awal pagi penulis menerima e-mel seorang aktivis dari Persekutuan Persatuan Pelajar Islam (FOSIS), Amal Saffour yang menuntut di Kings College London.

Sebagai sebuah pertubuhan pelajar Islam induk yang memayungi pertubuhan-pertubuhan Islam di seluruh universiti di UK, FOSIS sering berada di barisan hadapan dalam isu-isu yang melibatkan umat Islam termasuklah perjuangan menentang kezaliman ke atas Palestin.

E-mel yang di terima daripada Amal ringkas, tetapi ia mempunyai misi yang cukup besar dan bermakna.

Ia berbunyi "Kapal yang membawa 10,000 tan barangan misi bantuan ke Gaza dan juga sukarelawan kemanusiaan diserang oleh tentera zalim Israel.

"Kapal ini membawa misi bantuan sejagat kepada penduduk Palestin. Sekurang-kurangnya 16 orang dipercayai terbunuh dalam serangan tersebut. Apakah tindakan anda? Ayuh berhimpun hari ini, 31 Mei 2010 di luar kediaman Perdana Menteri Britain di No. 10 Downing Street pukul 2 petang."

Walaupun mempunyai pilihan untuk berehat di rumah pada hari cuti, namun penulis tanpa berfikir panjang menyahut seruan aktivis FOSIS untuk bersama-sama berhimpun di tempat dan waktu seperti yang dimaklumkan.

Sejak dulu, isu Palestin ini begitu hampir dengan umat Islam di negara kita termasuk oleh penulis sendiri yang pernah terlibat menggerakkan program-program yang sinonim dengan perjuangan rakyat Palestin. Terutama ketika menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan kebangsaan pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM).

Kesempatan menuntut di UK sudah tentu mencetus tekad dan semangat untuk terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Serangan terbaru ke atas misi bantuan itu membuktikan keangkuhan Israel yang langsung tidak mempedulikan tekanan masyarakat antarabangsa.

Berbekalkan tekad dan semangat perpaduan bagi mereka yang menjadi mangsa kekejaman Israel, warga UK yang prihatin berkumpul di hadapan kediaman Perdana Menteri Britain bagi membantah tindakan Israel itu.

Mereka yang berhimpun sebahagiannya mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda sokongan dan simpati kepada rakyat negara itu terutama mereka yang terkepung di Gaza. Begitu juga perentang yang tertera slogan-slogan keras seperti Israel > State terrorist, Free Palestine, End Israeli Occupation, Stop Israeli's War Crimes in Gaza dan bermacam-macam lagi.

Perhimpunan aman itu bermula dengan ucapan bersemangat daripada para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh yang turut sama menganjurkan demonstrasi besar-besaran tersebut.

Antaranya termasuklah Kate Hudson (Pengerusi Campaign for Nuclear Disarmament) , Jeremy Corbyn (Ahli Parlimen parti Buruh untuk kawasan Irlington North), Salma Yaqoob (tokoh wanita Islam yang juga Pengerusi Birmingham Stop the War Coalation), Tariq Ali (aktivis anti peperangan) dan Craig Murray (mantan Duta Britain ke Uzbekistan).

Ucapan-ucapan mereka jelas mendesak supaya Israel menghentikan serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Israel diminta bertanggung jawab ke atas jenayah antarabangsa yang dilakukan.

Israel sepatutnya tidak menyekat pergerakan kapal bantuan itu kerana ia hanya untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk di Gaza

4 Jun 2010
Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2
Rencana Utama Stailo Horizon Akademi Pemotoran Varia Infiniti Pesona GenK Urban Komuniti Kita Ekstra
Jom Singgah Alam Damai Kesihatan Erti Hidup Arkib Berita Iklan Hubungi Kami
DUNIA

Aktivis Gaza sangkal cerita Israel


SEORANG aktivis yang cedera selepas diserang komando Israel di perairan antarabangsa di Gaza duduk di atas kerusi roda semasa menghadiri pengkebumian seorang aktivis lain yang terbunuh di Istanbul semalam.

ISTANBUL - Saksi-saksi di atas sebuah kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang oleh anggota-anggota komando Israel semalam menceritakan bahawa beberapa penumpang ditembak mati dan menafikan bahawa mereka melepaskan tembakan dengan menggunakan pistol-pistol yang dirampas daripada anggota komando itu.

Dalam insiden ganas melibatkan kapal misi bantuan ke Gaza, Mavi Marmara pada Isnin lalu di perairan antarabangsa dekat Gaza itu, seramai sembilan aktivis terbunuh.

Israel mendakwa anggota-anggota komandonya terpaksa mempertahankan diri kerana telah dipukul, ditikam dan ditembak oleh aktivis yang merampas senjata mereka.

Namun, seorang aktivis yang merupakan warga Kanada, Farooq Burney memberitahu, dia melihat seorang lelaki tua mengalami pendarahan akibat ditembak di dada yang kemudian meninggal dunia.

Dia menyatakan bahawa anggota-anggota komando Israel menunggu lebih sejam sebelum merawat aktivis-aktivis yang cedera.

Farooq dan Pengerusi Yayasan Hak Asasi Manusia, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (IHH), Bulent Yildirim menyatakan aktivis-aktivis tidak pernah melepaskan tembakan dengan menggunakan senjata yang dirampas daripada komando yang menaiki kapal berkenaan menerusi helikopter.

"Kami merampas pistol, mengeluarkan peluru dan membuangnya. Tiada siapa pun yang melepaskan tembakan," kata Farooq yang juga Pengarah Inisiatif Pendidikan Qatar.

Bulent turut menafikan dakwaan Israel bahawa aktivis-aktivis menggunakan pistol.

"Ya, kami ada merampas pistol mereka. Jika kami tembak pun, ia adalah sebagai tindakan mempertahankan diri. Tetapi kami buang semua senjata ke laut," kata Bulent.

Menurutnya, kami memberitahu rakan-rakan kami di atas kapal: "Kita akan mati, menjadi syahid tetapi jangan tunjukkan bahawa kita sebagai orang yang menggunakan senjata," katanya.

Kedua-dua mereka menceritakan pengalaman tersebut di sebuah lapangan terbang di Istanbul selepas dibebaskan pihak berkuasa Israel kelmarin.



BEBERAPA aktivis yang dibebaskan Israel menunjukkan isyarat keamanan semasa tiba di sebuah lapangan terbang di Istanbul semalam.

Bulent telah ditahan dan disoal siasat selama tiga hari. "Kami menyerahkan sembilan mayat dan ada senarai lebih panjang mereka yang hilang," katanya.

Menurutnya, seorang doktor warga Indonesia ditembak sebanyak lima kali di perut ketika dia sedang membantu seorang askar Israel yang cedera.

"Ketika pertempuran berlaku di dek, kami cuba menjaga seorang askar Israel di tingkat bawah.

"Semasa kami memberi mereka (beberapa askar Israel) air, kami diberitahu bahawa rakan-rakan mati ditembak," katanya.

Beliau juga menjelaskan bagaimana seorang jurugambar ditembak di dahi dari jarak satu meter manakala seorang aktivis lain ditembak ketika dia sedang menyerah diri.

"Saya menanggalkan baju dan mengibarkannya sebagai bendera putih. Kami ingat bahawa serangan akan berhenti tetapi mereka terus membunuh aktivis. Seorang rakan memberitahu ada melihat dua mayat di dalam bilik air," kata Bulent.

Salah seorang yang terbunuh ialah remaja lelaki berusia 19 tahun, Furkan Dogan yang merupakan warga Turki dan memiliki pasport Amerika Syarikat (AS).

Agensi berita Anatolia melaporkan mangsa ditembak empat kali di kepala dan sekali di bahagian dada.

Atlet taekwondo kebangsaan Turki, Cetin Topcuoglu yang juga menjadi aktivis misi bantuan ke Gaza itu turut mati. - Reuters

APA KATA MEREKA.....BEGINI LAH KATA MEREKA......
Anti Israel : Pemuda BN jangan buat demo Masjid Negara, mari ke kedutaan AS
Herman Samsudeen
Perkasa dan hampir ke semua NGO mengesahkan akan bersama-sama Pemuda PAS-Pakatan berarak dari Masjid Jamek ke Kedutaan US hari ini. Sebagai usaha menunjukan sokongan penuh rakyat Malaysia, saya menyeru pemuda BN untuk turun di Kg. Bharu, bukan di Masjid Negara dan kita sama-sama berarak ke Kedutaan AS.

Isnin baru-baru ini Khairy sudah bersetuju mahu bersama dalam himpunan NGO dan pemuda Pakatan demi menunjukan kesepaduan rakyat Malaysia dalam isu Palestin ini.

Tapi entah kenapa, tetiba Pemuda BN buat di Masjid Negara. Isnin lepas mereka demo kat bangunan PBB. Adakah pemuda BN takut nak demo depan kedutaan Amerika! Hari ini pun mereka tidak mahu pergi ke kedutaan Amerika!

Saya mengajak pemuda BN tunjukkan soladariti mereka dalam isu ini bersama majoriti rakyat. Jangan pencilkan himpunan anda di Masjid Negara sahaja. Mesej kita harus sampai kepada wakil Amerika-Israel di Kedutaan AS.

Adakah tindakan mereka hari ini ada kena mengena dengan dasar Kerajaan yang mengunakan khidmat APCO. Pemuda BN harus serius dan berani tunjukan bantahan.

Ayuh! bersama kami. Ini bukan pentas politik. Ini pentas kemanusian dan Palestin. Kami akan beri ruang kepada semua untuk berucap termasuk Ketua Pemuda BN, Khairy. Beliau tidak perlu malu kerana Pengerusi BN tak nak turun demo hari ini macam Presiden PAS, PKR dan DAP.

Sekali lagi saya ingatkan, Ini bukan pentas Politik. Kita bukan nak tunjuk hebat masing-masing, bukan nak tunjuk siapa ketua paling hebat. Ini hanyalah demontrasi soladariti kemanusiaan untuk Palestin. Hancur Israel!!!

Herman Samsudeen,
Sekretariat Mobilisasi,
Demontrasi Anti Israel 2010.
Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan

NUKILAN HATI HANG NADIM

KALAU AMERIKA DAN ISRAEL TIDAK UJUD DI DUNIA INI
MANUSIA AKAN HIDUP AMAN
DIMANA AMERIKA MASUK
NEGARA AKAN BERPECAH....
CONTOH....
KOREA UTARA DAN SELATAN
CHINA DAN TAIWAN
VIETNAM UTARA DAN SELATAN
IRAQ ,AFGHANISTAN....
DAN LAIN-LAIN NEGARA
MENJADI MANGSA......
ISRAEL PULA LUPA ASAL USUL
TIADA NEGARA.....DIBERI NEGARA
BANGSA MENUMPANG.....APALAH
KEBAIKAN PLASTIN.....DILUPAKAN
KENAPA BANGSA PLASTIN DIBUNUH
LUPAKAH KAMU KEBAIKAN MEREKA
KAMU MEREMPAT DIBERI NEGARA
TAPI KAMU MASIH BIADAP....
WAHAI ISRAEL LAKNATULLLAH
WAHAI MANUSIA SEJAGAT......
MARILAH KITA BERSATU DAN....
SINGKIRKAN ISRAEL DAN RAKAN BIADAPNYA AMERIKA
DARI MUKA BUMI YANG AKAN AMAN JIKA KETIADAAN
AMERIKA...
MAAFKAN KAMI WAHAI RAKYAT ISRAEL DAN AMERIKA
YANG BAIK DAN PERIHATIN TENTANG KEKEJAMAN BANGSA
KAMU SENDIRI.......
PESANAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA
MARI KITA BERSATU BINA NEGARA DENGAN AMAN
DAN MAJU SEPANJANG HAYAT....

PAK OBAMA......JANGAN JADI PENGECUT.....
SENJATA CANGGIH....TAKUT PADA ISRAEL
KENAPA....IRAQ.....TAK SALAH BULI...
AFGHANISTAN......KOREA....TAPI BILA
ISRAEL TIADA SIAPA YANG BERANI TEGUR
BUAT APA SAJA DIA SUKA.....TAK TAKUT
KEPADA SIAPA....TERMASUK AMERIKA.....YANG
CAKAP BESAR DAN KONON BERJUANG UNTUK
DEMOKRASI DAN KEAMANAN DUNIA.
KU INGIN KOTAKAN SERIBU JANJI......
AKULAH PENYAMBUNG WARISAN......
AKU TAHU TIADA SIAPA YANG MENGAMBIL PERHATIAN
NUKILANKU YANG KERDIL INI
TERIAM KASIH........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.