Pages

Subscribe:

20 Jun, 2010

[hang nadim] Sejenak Di alam Politik......Fikiaq...Sedaq...Insaf..




MCA: Muhyiddin is not anti-ChinesePORT DICKSON: The MCA has rubbished claims by certain quarters alleging that Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is anti-Chinese.

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said having worked with Muhyiddin in the Johor government since 1986, he knew the former mentri besar all too well.

“I was a state exco member then and Muhyiddin the mentri besar. He was actually the first mentri besar who gave allocations to vernacular schools,” he said yesterday.

Dr Chua was asked to comment on reports in several Chinese newspapers which quoted sources as saying that the deputy premier was anti-Chinese.

The president said Muhyiddin always made it a point to attend MCA divisional meetings and visit the homes of the Chinese during Chinese New Year when he was mentri besar.

“The people making such baseless allegations probably say this because Muhyiddin rarely smiles and has a serious look.

“I have known him for a long time and know for a fact that he is not anti-Chinese,” he said.

Dr Chua’s deputy and Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai concurred, saying that Muhyiddin always sought the views of the Cabinet ministers on all matters.

“He is an open-minded leader and allegations that he is anti-Chinese are politically motivated. He has the interest of all Malay-sians at heart and we in the Cabinet can vouch for this,” said Liow.

On Saturday, Muhyiddin denied insinuations that the Barisan Nasional practised discriminatory policies against Chinese schools.

Muhyiddin said he was targeted in articles in vernacular newspapers, particularly in connection with the issue of Unified Examination Certificates (UEC) of Chinese schools.

He said the Government and the MCA were currently discussing how the UEC syllabus could be amended so that it could be recognised by the ministry.

Controversial ex-mufti among 100 ulama to join Umno?By SIRA HABIBU
sira@thestar.com.my

PETALING JAYA: Speculation is rife that former Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin will be among 100 highly-educated ulama to join Umno soon.

It was reported in the Umno website that the controversial mufti would join the Dataran Merdeka Umno branch on Friday.

Umno sources said the ulama were keen to make their debut in politics, and they were believed to have expressed a preference to join Umno.

The sources denied that Umno was trying to create an ulama faction in the party to compete with PAS’ ulama wing.

“We do not practice such segregation in the party. Anyway, this has nothing to do with PAS. We are not pinching any ulama from PAS,” the sources said.

If the mass entry of ulama takes place, it would boost Umno’s image as a party acceptable to all, including professionals and ulamas, they added.

Former Perlis Mentri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim was quoted in the Umno website as saying that PAS leaders would have sleepless nights if such a large number of ulama joined Umno.

In the report, Shahidan said he had long-time ulama friends, but he had never succeeded in enticing them to join Umno.

Dr Asri, in his blog, said he had not made a decision about joining any political party.

“I hope people will not make assumptions based on statements by individuals on this issue,’’ he wrote in his blog.

Antara Anwar dan Tunku
- ABDUL AZIZ BARI

Isnin lalu muka depan akhbar ini melaungkan kenyataan “Anwar tetap No 1”!. Cerita itu berkisar dari cadangan seorang perwakilan dalam Muktamar Pas ke 56 di Kota Bharu yang mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan ikon Pakatan Rakyat; sesuatu yang lebih kurang sama dengan kedudukan Menteri Besar Kelantan itu dalam struktur organisasi Pas sekarang. Cadangan tersebut tidak diterima atau disokong kedua-dua DAP atau PKR meskipun Datuk Zaid Ibrahim pernah mencadangkan hal sama tahun lalu.

Apa pun kali ini Nik Abdul Aziz dengan tegas menolak cadangan itu dan menyatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang sesuai mengetuai Pakatan. Tahun lalu Nik Abdul Aziz, selepas Zaid membuat cadangan sama, menyatakan ia memerlukan masa. Apa pun reaksi Nik Abdul Aziz itu sekali lagi, jika dilihat daripada respons pembaca sebuah portal berita, menekankan kecekapan dan kelicikan menteri besar yang sudah 20 tahun mengetuai pentadbiran Kelantan.

Respons Nik Abdul Aziz itu mengesahkan kepentingan peranan Anwar dalam proses perubahan politik sekarang. Ini bukan kerana beliau memimpin PKR, sebaliknya kerana Anwar mempunyai personaliti yang istimewa dan watak seperti ini amat penting dalam memacu perubahan. Kepentingan kedudukan dan peranan Anwar amat jelas jika kita lihat masalah dihadapi DAP dan Pas serta kelembapan PKR semasa Anwar berada di dalam penjara sewaktu Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004.

Itu semua berubah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri 1993-1998 bebas dari penjara pada 2004 dan berkempen dalam Pilihan Raya 2008. Meskipun Pakatan masih belum wujud dalam bentuknya yang ada sekarang gabungan longgar ketiga-tiga parti itu berjaya. Sejak itu orang mula melihat betapa gagasan sistem dua parti sesuatu yang realistik di Malaysia.

Saya telah menyebut banyak kali dalam ruangan ini betapa sistem dua parti ini penting dalam mengembalikan sistem pemerintahan negara ke tempatnya yang asal. Ini pilihan terakhir setelah istana dan mahkamah – sebagaimana kelihatan dalam krisis politik di Perak tahun lalu – gagal menjadi pemangkin kepada sistem yang ditunjangi perlembagaan.

Terbaru mahkamah dilaporkan cuba mengelakkan pilihan raya kecil dan menyelamatkan Tian Chua dari dihukum sehingga membatalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen. Ini mengejutkan kerana mahkamah tidak harus mengambil kira soal mengelakkan pilihan raya kecil. Pada saya hakim berkenaan tidak wajar kerana rakyat akan melihat mahkamah menjadi alat kerajaan dan tidak bebas. Tanggapan sedemikian mesti dielakkan.

Faktor Anwar menekankan betapa pentingnya faktor kepemimpinan dan ikon dalam proses perubahan. Meskipun faktor-faktor lain seperti kerangka perlembagaan, perkhidmatan awam juga penting faktor tokoh dan kepemimpinan amat penting untuk menjadi mancis yang akan memulakan api perubahan. Dalam pada itu sudah pastilah bahawa kesempatan dan ketika di mana perubahan itu berlaku juga penting.

Kedudukan dan peranan yang ada pada Anwar sekarang boleh dibandingkan dengan apa yang dilakukan Tunku Abdul Rahman dalam perjuangan kemerdekaan pada 1957. Meskipun Tunku bukan orang yang memulakan proses itu beliau memainkan peranan kritikal dalam memulakan enjin yang kemudian membawa kepada kemerdekaan.

Meskipun ada pihak – termasuk Raja-Raja Melayu – yang skeptikal dengan perjuangan itu Tunku tetap tegas. Ini kerana beliau tahu peluang seperti itu tidak mungkin datang lagi. Seperti yang kita tahu tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua menyediakan senario cukup subur untuk kemerdekaan; bukan sahaja di Malaya tetapi juga di seluruh dunia.

Mengatakan Anwar sama dengan Tunku akan menyebabkan penyokong tegar Barisan Nasional naik angin. Tetapi saya fikir kemampuan Anwar adalah kenyataan dan mengakuinya samalah seperti meramalkan bahawa pasukan-pasukan pilihan tertentu akan jadi juara Piala Dunia kali ini. Mengatakan bahawa Afrika Selatan akan jadi juara Piala Dunia 2010 akan menyebabkan orang ketawa. Kita perlu objektif.

Apa yang Malaysia perlukan sekarang bukan perlembagaan atau sistem baru kerana semuanya sudah baik. Apa yang jadi masalah ialah pemandu tidak cekap. Ini hanya boleh dibetulkan rakyat melalui pilihan raya. Di sinilah pentingnya peranan Anwar untuk membawa kemerdekaan kedua.

Minggu lalu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, SPR cuba melambatkan pendaftaran pengundi baru. Sama ada dakwaan itu betul atau tidak kita kena halusi bukti-bukti yang Ahli Parlimen PJ Utara itu kumpulkan. Tetapi itu bukan perkara baru kerana sewaktu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir begitu gabrah menghadapi Pilihan Raya 1999 selepas Anwar dipecat hampir 700,000 pengundi baru tidak dapat mengundi dan ia membantu pentadbiran Mahathir kekal berkuasa.

Ketika ini kita menyaksikan apa yang dipanggil sebagai politik baru dan Anwar nampak begitu selesa memainkannya. Sebab itu Nik Abdul Aziz mengambil langkah untuk menyokong Anwar walaupun tokoh-tokoh kanan dalam Pas yang lain belum tentu senang hati dengannya.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun.

Parlimen tiada hak ulas kes Tian Chua

2010/06/21
Semua pihak perlu akur keputusan hakim: Nazri

PADANG RENGAS: Parlimen tidak perlu memutuskan sama ada Tian Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau sebaliknya berkata semua pihak perlu berpegang kepada keputusan Hakim Datuk Ghazali Cha bahawa keputusannya mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili Tian Chua.

Dalam soal Tian Chua, yang berhak untuk menginterpretasi undang-undang ialah hakim. Jadi kepada saya tidak perlu Parlimen memutuskan. Hakim memutuskan dia mendenda Tian Chua RM2,000 kerana tidak mahu Tian Chua hilang kelayakan. Kita kena ikut interpretasinya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat UMNO Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu mengulas laporan sebuah akhbar, semalam bahawa Parlimen perlu membuat keputusan berhubung status Tian Chua dan keputusan Parlimen nanti adalah muktamad.

Mengikut Artikel 48 (1)(e) Perlembagaan, seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak mendapat pengampunan.

Sementara itu, Nazri berkata cadangan untuk membina Bangunan Parlimen baru seperti yang dinyatakan beliau sebelum ini masih dalam peringkat pertimbangan dan semua pihak khususnya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh mengemukakan pandangan masing-masing berhubung perkara itu.

“Bagilah pandangan... yang sahihnya sememangnya kita tak akan buat bangunan baru yang makan belanja RM800 juta.
“Itu saya rasa ramai di kalangan ahli jemaah menteri tidak bersetuju, cuma kita bersetuju kalau nak pindah ke PICC (Putrajaya International Convention Centre)... sama ada sementara ataupun terus jadikannya sebagai bangunan Parlimen,” katanya. – BERNAMA

Isu Jemaah Islamiah bukan helah BN
2010/06/21
KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan), membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengatakan isu Jemaah Islamiah (JI) helah Barisan Nasional (BN) dan menyifatkan kenyataan itu tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, kerajaan tidak tergamak mempermainkan sesuatu isu apatah lagi yang berhubung kait dengan keselamatan negara kerana menganggap ia adalah isu sensitif yang perlu diberi perhatian serius dan ditangani dengan berhati-hati.

Katanya, kenyataan Anwar itu tidak bertanggungjawab langsung dan menidakkan kesungguhan pihak berkuasa yang bekerja keras menjaga keselamatan negara apatah lagi kerajaan juga tidak boleh mendedahkan isu keselamatan kepada khalayak ramai secara semberono.

Percayalah... saya sebagai menteri yang bertanggungjawab tahu apa yang terpaksa pihak berkuasa lakukan bagi memastikan rakyat termasuk Anwar, selamat dan dapat tidur nyenyak setiap malam.

"Kalau perkara seperti ini pun kita boleh dituduh sebegitu apatah lagi jika satu hari nanti jika mereka (pembangkang) berdepan masalah nanti... adakah mereka mahu tuduh ia helah kerajaan.

"Masyarakat sendiri akan melihat betapa pembangkang sanggup menyatakan serta membuat apa saja semata-mata menidakkan kejayaan pihak berkuasa termasuk dalam isu JI ini," katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang merasmikan mesyuarat berkenaan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Kelmarin, akhbar melaporkan kenyataan Anwar yang menganggap isu JI helah BN mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul ketika ini.
Sementara itu, Hishamuddin berkata, UMNO selepas ini tidak lagi akan menjawab secara defensif terhadap setiap tohmahan serta isu yang dilemparkan pembangkang kepada parti berkenaan.

"Maklum balas yang kita terima daripada akar umbi ketika mesyuarat UMNO bahagian diadakan adalah mereka mahu UMNO mencabar kembali sebarang isu tidak rasional serta kenyataan berbentuk oportunis yang dibangkitkan kepemimpinan pembangkang.

"Ahli kita menyuarakan Umno kini perlu lebih tegas dengan menjawab serta mencabar semula setiap tohmahan serta sekian banyak kenyataan mereka yang menyerang UMNO.

"Akar umbi kita (ahli UMNO Sembrong) ingin mencabar pembangkang yang menuduh UMNO menyogok wakil rakyat mereka keluar parti dengan RM2 juta supaya membuktikan dakwaan itu seperti dilakukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kelmarin.

"Hari ini, saya ingin menambah cabaran kepada Anwar dengan pertanyaan, adakah bekas Setiausaha Agung PKR, Dr Chandra Muzaffar dan bekas Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat juga keluar dari parti pembangkang kerana dibayar," katanya.

Percayalah... saya sebagai menteri yang bertanggungjawab tahu apa yang terpaksa pihak berkuasa lakukan bagi memastikan rakyat termasuk Anwar, selamat dan dapat tidur nyenyak setiap malam.

"Kalau perkara seperti ini pun kita boleh dituduh sebegitu apatah lagi jika satu hari nanti jika mereka (pembangkang) berdepan masalah nanti... adakah mereka mahu tuduh ia helah kerajaan.

"Masyarakat sendiri akan melihat betapa pembangkang sanggup menyatakan serta membuat apa saja semata-mata menidakkan kejayaan pihak berkuasa termasuk dalam isu JI ini," katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang merasmikan mesyuarat berkenaan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Kelmarin, akhbar melaporkan kenyataan Anwar yang menganggap isu JI helah BN mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul ketika ini.
Sementara itu, Hishamuddin berkata, UMNO selepas ini tidak lagi akan menjawab secara defensif terhadap setiap tohmahan serta isu yang dilemparkan pembangkang kepada parti berkenaan.

"Maklum balas yang kita terima daripada akar umbi ketika mesyuarat UMNO bahagian diadakan adalah mereka mahu UMNO mencabar kembali sebarang isu tidak rasional serta kenyataan berbentuk oportunis yang dibangkitkan kepemimpinan pembangkang.

"Ahli kita menyuarakan Umno kini perlu lebih tegas dengan menjawab serta mencabar semula setiap tohmahan serta sekian banyak kenyataan mereka yang menyerang UMNO.

"Akar umbi kita (ahli UMNO Sembrong) ingin mencabar pembangkang yang menuduh UMNO menyogok wakil rakyat mereka keluar parti dengan RM2 juta supaya membuktikan dakwaan itu seperti dilakukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kelmarin.

"Hari ini, saya ingin menambah cabaran kepada Anwar dengan pertanyaan, adakah bekas Setiausaha Agung PKR, Dr Chandra Muzaffar dan bekas Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat juga keluar dari parti pembangkang kerana dibayar," katanya.

Melayu Ke Mana: Luahan peribadi Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 20 Jun - Tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk Melayu Ke Mana dalam blognya yang dibidas penganalisis politik mengundang polemik baru dan mencetus pelbagai reaksi daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Rata-rata NGO Melayu ketika dihubungi Utusan Malaysia menyifatkan tulisan itu sebagai luahan peribadi beliau sebagai seorang pemimpin berbangsa Melayu dan pendapat itu perlu dihormati.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tidak timbul soal Dr. Mahathir terdesak atau tidak matang dalam berfikir.

"Bagi saya, Dr. Mahathir cuma mengingatkan orang Melayu supaya tidak terus bertelagah. Rasanya tidak salah seorang bekas pemimpin negara melahirkan pendapat berdasarkan pengamatan dan pengalaman beliau sendiri yang sudah 22 tahun meneraju negara.

"Saya setuju dengan beliau kerana saya sendiri berpendapat orang Melayu sekarang tergolong dalam pelbagai puak.

"Ada puak yang mementingkan diri sendiri, ada puak yang intelektual sehingga lupa asal-usul dan ada puak yang kononnya liberal dan berfikiran terbuka," tegas beliau.

Ibrahim juga menjelaskan, sebelum perpecahan menjadi serius, Perkasa akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha menyatupadukan orang Melayu.

"Agenda utama Perkasa ialah berjuang habis-habisan untuk membela dan menyatukan kaum Melayu.

"Justeru, kita merancang membentuk model baru perpaduan yang menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam. Insya-Allah," tambahnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar menyeru orang Melayu agar duduk berbincang dan mengenepikan perbezaan ideologi politik demi kesejahteraan bersama.

"Tulisan Tun saya sifatkan sebagai satu bentuk peringatan supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

"Cuba renungkan, andai kita berpecah belah dan hilang kuasa, kita akan dipijak-pijak bangsa lain," tegas beliau.

Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan, Roslan Dahaman pula membidas pihak yang memperlekehkan tulisan Dr. Mahathir sebagai tidak peka dengan situasi semasa.

APAKATA MEREKA.....
Ilpas: PAS persiap hadapi pilihan raya
Zulkifli Sulong
HULU SELANGOR, 20 Jun: PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan.

"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.

Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.

Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.

Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan.

Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri.

Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu.

Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya.

Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi.

"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.

Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu.

"Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya.

"Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.