Pages

Subscribe:

05 Julai, 2010

[ hang nadim ] Diatas Pengorbanan Mereka Lahirlah Demokrasi....

HARAPAN HANG NADIM......
LIHATLAH PERJUANGAN WIRA-WIRA NEGARA....KENAPA KITA HARUS SENGKITA SESAMA KITA
TIDAK PERNAH BERSYUKUR DENGAN KEAMANAN YANG SEDIA ADA....KENAPA KITA HENDAK JADI WIRA DENGAN MENABUR FITNAH KEPADA PEMIMPIN NEGARA YANG DI PILIH RAKYAT....INSAF
DAN JATIKAN DIRI DAN SETIA KEPADA NEGARA.....SEDAQ...FIKIAQ DAN INSAFF.........
HARGAILAH PENGORBANAN WIRA-WIRA NEGARA......JANGAN UNTUK MENJADI WIRA BUAT FITNAH
TUNJUK PERASAAN JALANAN....KERJA YANG TIDAK BERFAEDAH......CUBA FIKIRKAN APA
YANG KITA PERLU BUAT....UNTUK BINA NEGARA......JIKA ANDA SEORANG SAYANGKAN
NEGARA AKAN TITISKAN AIR MATA JIKA ANDA HAYATI DENGAN PENUH PERASAAN BABAK AKHIR
FILM INI........





Shahrizat hits out at Anwar’s lies

KUALA LUMPUR: PKR supremo Datuk Seri Anwar Ibrahim has made all sorts of slander and allegations against the Government, forgetting that people have minds of their own to judge between right and wrong, said Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hitting out at Anwar over his criticisms on CNN against the administration of Datuk Seri Najib Razak, she said: “It is typical of Anwar. The lies become truth. To me, everybody knows what is right and what is wrong.”

Among others, Anwar had claimed that procurements were issued without tenders being called and that cronies enriched themselves. He also questioned the judicial system, saying it was not transparent.

Shahrizat, who is Women, Family and Community Develop­ment Minister, was speaking to reporters after launching the “Promise Me” campaign by Truly Loving Company Sdn Bhd at a shopping mall here yesterday.

The campaign is an example of the outreach programme between the ministry and the private sector to benefit the needy.

She also commented on a case in Kota Baru, where a family of five were forced to make their home beneath what was previously a chicken shack in Kampung Pauh Dal, Pengkalan Chepa.

Lorry driver Yusuf Wahab, 35, his wife Fatimah Jalin, 36, and children Nur Atikah, six, Mohd Haikal, five, and Mohd Aiman, three, had been living in the metre-high space, for the past three years. Yusuf reportedly earns RM350 a month.

The family used to live in a wooden house belonging to Yusuf’s sister but moved out when she returned to occupy it.

Shahrizat said she was made to understand that this had occurred in the state constituency of Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who is also PAS spiritual adviser.

She called on him to go down to the ground, together with the Welfare Department, to help the rakyat.

PKR taja Raja Petra, Bala?

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my



GAMBAR yang dipetik daripada laman web Malaysia-instinct.com menunjukkan Raja Petra Kamaruddin (berdiri, kiri) bersama-sama peguam Amarjit Singh Sidhu, Zaid Ibrahim (depan, kiri), Balasubramaniam (depan, tengah) dan seorang individu tidak dikenali di London.

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kerajaan diminta mengambil tindakan terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana terbukti parti itu melindungi dan dipercayai menaja Raja Petra Kamaruddin dan P. Balasubramaniam di United Kingdom iaitu dua individu yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa negara ini.

Selain itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari turut menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada PKR turut terlibat menaja sebuah portal propembangkang yang dijadikan medan oleh Raja Petra menyerang kerajaan dari luar negara.

Dalam masa yang sama, Anuar menggesa kerajaan mengekstradisi kedua-dua individu terbabit ke Malaysia untuk didakwa mengikut undang-undang negara.

Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan tersebut kerana gambar yang disiarkan di laman web Malaysia-Instinct.com hari ini jelas memperlihatkan hubungan rapat antara PKR dengan kedua-dua individu terbabit.

''Gambar Datuk Zaid Ibrahim, Raja Petra, Balasubramaniam dan dua individu lain yang disiarkan di laman web Malaysia-Instinct hari ini cukup menggambarkan hubungan antara PKR dan Raja Petra serta Balasubramaniam.

''Apa tujuan Zaid menemui mereka, saya tidak pasti tetapi saya percaya Zaid menjadi utusan kepada Anwar. Gambar ini tidak berbohong dan inilah bukti paling jelas mengenai hubungan antara mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gambar Zaid, Raja Petra, Balasubramaniam dan dua individu lain yang disiarkan di laman web Malaysia-Instinct hari ini.

Dipercayai, gambar itu dirakamkan di United Kingdom kerana kedua-dua individu berkenaan berada di negara tersebut.

Pada 30 Jun lalu, laman web Malaysia Today menyiarkan gambar Raja Petra bersama Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.

Balasubramaniam pula menghilangkan diri ke luar negara selepas memberi dua perakuan sumpah berbeza yang dibuatnya pada tahun lalu berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam pada itu, Anuar percaya kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menjejaki dan membawa mereka pulang ke negara ini dengan segera.

Beliau berkata, ia berdasarkan hubungan baik antara Malaysia dan UK yang terjalin sejak sekian lama.

''Oleh itu, saya amat berharap kerajaan tidak menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini. Begitu juga tindakan terhadap pihak-pihak yang melindungi mereka.

''Jika ditangguhkan, saya kira ia akan memberi impak negatif kepada negara sekali gus boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan dalam menangani kes ini,'' katanya.

Anuar juga tidak menolak kemungkinan segala yang berlaku itu adalah hasil daripada gerakan terancang Penasihat PKR.

''Memanglah Anwar tidak ada dalam gambar tersebut tetapi kita harus ingat Zaid adalah orang kuat PKR. Saya yakin pemergiannya ke UK adalah sebagai utusan Anwar,'' tambahnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa kerajaan menggunakan segala saluran undang-undang bagi menahan Raja Petra dan Balasubramaniam.

Pihak berkuasa juga, katanya, perlu menyiasat para pemimpin PKR yang jelas dilihat mempunyai kaitan dengan kedua-dua individu tersebut.

Menurutnya, ia terbukti menerusi beberapa keping gambar yang menunjukkan kedua-dua individu itu pernah mengadakan pertemuan dengan salah seorang pemimpin tertinggi PKR di UK baru-baru ini.

''Perbuatan mereka menerusi blog dan portal berita serta ucapan di luar negara memang menipu dan merosakkan nama baik Malaysia.

''Jadi kerajaan perlu guna segala saluran undang-undang termasuk menyiasat PKR bagi menahan Raja Petra dan Balasubramaniam," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Interpol tolak notis keluarkan 'amaran merah'

KUALA LUMPUR 5 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah memohon bantuan polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis 'amaran merah' terhadap pengendali laman portal 'Malaysia Today', Raja Petra Kamaruddin namun ditolak, Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan, tindakan ini menyukarkan PDRM untuk memburu dan menahan Raja Petra yang kini dipercayai berada di United Kingdom (UK).

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya pergi ke negara orang untuk buat tangkapan, undang-undang sesuatu negara itu perlu dihormati.

"Justeru, kita meminta bantuan Interpol untuk berbuat demikian dengan mengeluarkan notis 'amaran merah' terhadap Raja Petra namun ia ditolak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musa mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang hari ini secara terbuka mempersoalkan tindakan dan keupayaan risikan pasukan polis dalam usaha memburu Raja Petra.

Dalam pada itu, jelas Musa, adalah tidak benar jika ada pihak yang beranggapan bahawa polis mengambil remeh dalam isu ini.

"Meskipun gagal mendapat bantuan Interpol, PDRM tidak akan lepas tangan sebaliknya akan tetap mencari ikhtiar dan alternatif lain," ujar beliau.

Ditanya mengenai perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, katanya, perkara itu perlu dirujuk kepada pejabat Peguam Negara kerana ia merupakan bidang kuasa pihak berkenaan.

Sementara itu, di lobi Parlimen, Khairy berkata, pihak berkuasa sepatutnya berupaya menjejaki Raja Petra kerana individu itu sering menghadiri program-program di sekitar UK terutama di London dan jadual mengenainya ada disiarkan di Internet.

Khairy mengutarakan perkara itu kerana mendapati Raja Petra telah berucap pada satu majlis dikenali sebagai "Friends of Pakatan Rakyat" di London semalam.

Katanya, jadual mengenai ucapan Raja Petra pada majlis tersebut telah pun diuar-uarkan di laman web Malaysia Today sejak Jumaat lalu.

"Risikan yang saya dapat ini diperolehi di Internet, bukan daripada Scotlandyard atau polis antarabangsa (Interpol) jadi kenapa tiada tindakan?" katanya.

Raja Petra tokok tambah tulisan
Oleh Norfatimah Ahmad, Faiza Zainuddin dan Haspaizi Mohd Zain

2010/07/06
Penulis blog akui rencana hanya 40% fakta

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata hanya separuh daripada kandungan tulisan pengendali portal berita, Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berdasarkan fakta, manakala selebihnya sengaja ditokok tambah.

Beliau berkata, perkara itu diakui sendiri Raja Petra Kamaruddin, yang juga dikenali sebagai RPK, dalam perjumpaan mereka beberapa tahun lalu.

Beberapa tahun lalu, saya bertanya kepadanya mengenai beberapa laporan yang beliau tulis. Saya tanya ‘dari mana anda dapat fakta itu’ dan beliau secara selamba berkata rencananya hanya mengandungi 40 peratus fakta dan selebihnya ditokok tambah," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan Adventure Kayak Race (AKAR) Jerlun di sini, semalam.

Mukhriz berkata, beliau kemudian membuat andaian bahawa rencana lain tulisan Raja Petra juga adalah sama tarafnya.

Mukhriz, yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, beliau percaya RPK dibiayai sebuah dana atau yayasan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hubungan dengannya.

“Sepanjang pengetahuan saya, berdasarkan cara hidup beliau, RPK seorang yang cukup ‘simple’, tapi apabila beliau mampu tinggal di pangsapuri di London selama beberapa bulan, tentu ada sumber yang membiayainya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempersoal kegagalan polis untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Raja Petra yang ketika ini hidup 'bebas' di London.
Beliau berkata, kegagalan polis menimbulkan pelbagai persoalan, sama ada gagal mengesan kedudukan pengendali laman portal itu atau tidak serius mengendali isu berkenaan.

“Saya dapat maklumat mengenai kedudukan dan kehadiran Raja Petra dalam satu majlis yang dianjurkan pembangkang di sana (London)... maklumat ini secara terbuka dan saya dapat dari internet. Persoalannya kenapa tidak ada sebarang tindakan terhadap beliau.

"Bukan itu saja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak terhadap Raja Petra," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa menyiasat secara terperinci mengenai Raja Petra yang melarikan diri ke London kerana dikatakan mendapat pembiayaan daripada pembangkang.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mendakwa kerajaan mempunyai bukti Raja Petra dibiayai PKR.

Khairy berkata, Malaysia ada kerjasama dengan pihak berkuasa negara itu dan hubungan itu boleh digunakan untuk menangkap serta membawa pulang Raja Petra.

Mukhriz berkata, beliau kemudian membuat andaian bahawa rencana lain tulisan Raja Petra juga adalah sama tarafnya.

Mukhriz, yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, beliau percaya RPK dibiayai sebuah dana atau yayasan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hubungan dengannya.

“Sepanjang pengetahuan saya, berdasarkan cara hidup beliau, RPK seorang yang cukup ‘simple’, tapi apabila beliau mampu tinggal di pangsapuri di London selama beberapa bulan, tentu ada sumber yang membiayainya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempersoal kegagalan polis untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Raja Petra yang ketika ini hidup 'bebas' di London.
Beliau berkata, kegagalan polis menimbulkan pelbagai persoalan, sama ada gagal mengesan kedudukan pengendali laman portal itu atau tidak serius mengendali isu berkenaan.

“Saya dapat maklumat mengenai kedudukan dan kehadiran Raja Petra dalam satu majlis yang dianjurkan pembangkang di sana (London)... maklumat ini secara terbuka dan saya dapat dari internet. Persoalannya kenapa tidak ada sebarang tindakan terhadap beliau.

"Bukan itu saja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak terhadap Raja Petra," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa menyiasat secara terperinci mengenai Raja Petra yang melarikan diri ke London kerana dikatakan mendapat pembiayaan daripada pembangkang.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mendakwa kerajaan mempunyai bukti Raja Petra dibiayai PKR.

Khairy berkata, Malaysia ada kerjasama dengan pihak berkuasa negara itu dan hubungan itu boleh digunakan untuk menangkap serta membawa pulang Raja Petra.

PERINGATAN HANG NADIM

KEHILANGAN SESAORANG PEMIMPIN POLITIK LEBIH BAIK JIKA POLITIKNYA MEMECAH BELAHKAN
BANGSANYA.....SATU BANGSA MISTI BERFIKIR...ORANG YANG TIDAK DI TERIMA OLEH SATU
BANGSA MELALUI UNDIAN DEMOKRASI AKAN MENCARI TIPU HELAH FITNAH UNTUK
MEMBURUKAN ORANG LAIN DAN AKAN MENUNJOL DIRI DENGAN WATAK ORANG BAIK...WARAK..ALIM
SEDANGKAN HAKIKAT SEBALIKNYA....JANGAN TAKSUB....JANGAN MELIBATKAN DIRI KEPADA
PERKARA YANG MUNGKAR......ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT......KALAU TAK SUKA
PADA PEMIMPIN TUNGGU PILIHANRAYA...5 TAHUN SEKALI....PILIH YANG ANDA SUKA JANGAN
BUAT FITNAH.......DAN AKUR KEPUTUSAN.......


Tuesday July 6, 2010



PKR nafi taja Raja Petra

SHAH ALAM – UMNO perlu: dedahkan semua perkara yang membuktikan penglibatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin serta penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali mencabar mana-mana pihak dan individu yang membuat dakwaan itu berbuat demikian bagi menyokong kenyataan mereka.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan mendakwa PKR membiayai Raja Petra di United Kingdom manakala Anggota Parlimen Bebas, Datuk Zahrain Mohamed Hashim juga pernah mendesak SPR:M membuat siasatan berhubung individu yang menaja Balasubramaniam yang dipercayainya dibiayai pihak sama.

”Saya nafikan hal ini tetapi kalau mereka kata mereka mempunyai bukti, sila buktikan. Jangan cakap sahaja.

“Saya cabar pihak berkenaan supaya terangkan siapa di dalam PKR yang memberikan wang kepada mereka. Adakah Ketua Umum, Bendahari atau siapa. Sebab saya tahu keadilan tidak punya wang sebanyak itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mengenai dakwaan Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Noor bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu siapa dalang di sebalik kemewahan Raja Petra, beliau enggan mengulas.

Karpal minta Nik Aziz terima hakikat

KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Pas menerima hakikat b:ahawa Malaysia ketika ini adalah negara sekular, bukannya sebuah negara Islam.

:Menurutnya, perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa negara ini adalah sekular dan Pas seharusnya menerima Perlembagaan berkenaan.

:“Pas harus terima apa yang saya nyatakan. Sudah kerap kali dan disokong apa yang saya katakan tadi. Ini bukan isu kompromi, tetapi soalnya sekarang adalah, isu ini perlu diterima,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mencabar beliau supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 adalah salah.

:Karpal bagaimanapun turut memberikan contoh berhubung satu kes pada 1988 bahawa hukuman gantung telah diputuskan lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

:“Jika ia mengguna pakai undang-undang negara sekular, bermakna ia negara sekular, bukan Islam,” katanya.

:Pada masa sama, Karpal mempertahankan hubungan DAP-Pas tetap baik walaupun mempunyai pendirian berbeza sambil memberitahu pendirian itu perlu dihargai, diterima dan dihormati kedua-dua parti.

:“Parti-parti Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pendirian sama dalam isu penting seperti hak kemanusiaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melainkan Pas-DAP negara Islam adalah isu yang perlu diselesaikan,” katanya.

:Beliau menyifatkan isu yang berlaku itu sebagai masalah keluarga dan tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR

Usah terpengaruh cakap Anwar

BATU PAHAT – Rakyat negara ini diminta tidak terpengaruh kepada pihak yang pandai memutar belit fakta demi kepentingan peribadi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak konsisten dan sering berdolak-dalik untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.

Menurutnya, Anwar sering membuat kenyataan yang membangkitkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat yang boleh membawa kepada perpecahan rakyat.

“Masyarakat khususnya orang Melayu perlu sedar apa yang dilakukan Anwar menimbulkan keretakan sesama mereka.

“Sudah banyak bukti yang menunjukkan Anwar suka menimbulkan isu dan kemudian berdolak- dalik. Tujuannya tidak lain untuk untuk meraih undi dan capai cita-citanya menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di Dewan Jubli Intan, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, laporan berita luar negara mendakwa Anwar memohon maaf kepada beberapa pemimpin Yahudi berkenaan protes anti-Zionis bulan lalu jelas menunjukkan Anwar sebagai pengkhianat kepada perjuangan bangsa.

“Dalam negara dia (Anwar) kata lain, luar negara pula lain. Rakyat perlu ambil iktibar dan gambaran ini jelas menunjukkan sikap sebenar Anwar.

“Saya pernah sebutkan terdahulu, dia (Anwar) seorang pengkhianat bangsa. Dia selalu ada muslihat dan mengundang orang luar bagi mencampuri urusan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai gambar pengendali blog, Raja Petra Kamaruddin bersama pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim adalah bukti wujudnya hubungan di antara mereka.

Sehubungan itu, beliau mencabar Zaid untuk tampil membuat penafian bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Raja Petra yang sehingga kini masih melarikan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

“Ia juga jelas menunjukkan wujudnya subhat antara mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menasihatkan semua pihak supaya tidak spekulasi wujud penglibatan pelajar sekolah dalam perjudian bola sepak Piala Dunia.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkenaan perkara itu dan tidak mahu sesiapa membuat tuduhan yang tidak berasas.


SEDAQ.....FIKIAQ....INSAF

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.