Pages

Subscribe:

05 Julai, 2010

[hang nadim] JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM “ GAZA : KISAH BENAR





Salam.
Kepada :

Yang Dipertua/Pengerusi/Presiden
MPEMPP / NGO-NGO Melayu Islam
YBhg. Dato’/Tuan/Puan

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM “ GAZA : KISAH BENAR

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Program “ Gaza : Kisah Benar” akan diadakan pada :

Tarikh : 9 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Seminar 1 & 2 Kompleks Masyarakat Penyayang
Jalan Utama, Pulau Pinang
Penyertaan : PERCUMA

Program ini adalah anjuran bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang, PReCISE, Free Gaza Movement, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Citizen International , Teras Pengupayaan Melayu, Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Liga Muslim. Antara penceramah jemputan untuk Program ini adalah sukarelawan Malaysia yang terlibat di dalam serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza iaitu ’Mavi Marmara” pada 31 Mei 2010 yang lalu.

Program ini diadakan bertujuan memupuk kesedaran terhadap kekejaman Israel dan kesedaran terhadap perjuangan Palestin. Sukarelawan Malaysia yang menyertai misi ’Flotila Kebebasan’ ini, akan berkongsi pengalaman dan mendedahkan tentang kezaliman dan sifat tanpa belas kasihan rejim Zionis sepanjang mereka ditahan oleh tentera tersebut.

Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Tuan/Puan dan ahli-ahli Persatuan dijemput menghadiri Program ini agar kita dapat bersama-sama memberi sokongan dan menunjukkan rasa prihatin serta mengambil iktibar terhadap nasib yang dialami oleh rakyat Palestin.

Sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran, sila hubungi Cik Nurrul Huda, Koordinator Sekretariat Jaringan NGO Sosio-Ekonomi Pulau Pinang

di talian 04-2633662/017-4658788.

Sekian. Terima Kasih.

Yang benar

Sharifah Sueinan bt Syed Akir
Bhgn. Pembangunan Sosio Ekonomi
DPMM Pulau Pinang

Tel : 04-2503015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.