Pages

Subscribe:

05 Julai, 2010

[ hang nadim] Gugurnya air mata Messi....

Spain - Early birds worry Spain



Lionel Messi ditenteramkan oleh Diego Maradona selepas Argentina dibelasah 4-0 oleh Jerman pada suku akhir, kelmarin. - AFP

CAPE TOWN - Lionel Messi menitiskan air mata selepas kehebatannya sebagai pemain terbaik dunia gagal digunakan untuk membantu Argentina menjulang Piala Dunia, malah tersingkir dengan cara menyedihkan - dibelasah 4-0 oleh Jerman pada suku akhir kelmarin.

"Ini adalah kali pertama saya melihat Messi menangis dalam bilik persalinan, melihat kesedihan yang ditanggung, saya berani cakap, siapa saja yang mengatakan Messi tidak bangga menyarung jersi negaranya, orang itu memang bodoh,'' kata jurulatih Argentina, Diego Maradona.

Messi, 23, menolak untuk bercakap dengan pemberita sejurus kekalahan pasukannya kerana terlalu kecewa.

Memang wajar bintang penyerang Barcelona itu berasa amat tertekan, kerana dia bukan sekadar gagal membantu kemaraan Argentina, malah menutup kempen di Afrika Selatan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Ia adalah penamat yang sukar diterima Messi, apatah lagi selepas melakar pelbagai pencapaian hebat bersama kelabnya, Barcelona tetapi gagal melakukan perkara yang sama untuk negaranya.

Malah, dia sebelum ini sering dibandingkan dengan mentornya, Maradona, legenda yang telah menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia pada 1986, selain membawa Argentina melangkah ke final 1990.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew ketika mengulas mengenai kejayaan pasukannya menang besar ke atas Argentina berkata, mereka bermain sebagai sebuah pasukan berbanding lawan.

"Kami sudah menganalisis perlawanan Argentina dengan terperinci sebelum bertemu mereka, kami sudah jangkakan Messi akan diletak di bahagian tengah.

"Kami berjaya "mengeluarkan" dia (Messi) daripada perlawanan ini. Kami membuatkan dia amat tertekan tanpa perlu mengkasarinya,'' kata Loew.

Messi, yang telah menjaringkan 13 gol daripada 49 penampilan bersama Argentina, hanya menyumbat satu gol dalam sembilan perlawanan Piala Dunia yang disertai, termasuk pada 2006.

Perlawanan menentang Jerman adalah yang paling mengecewakan, biarpun dia melakukan beberapa larian bijak bermula dari tengah padang dan memasuki benteng lawan, namun semua sentuhannya gagal menghasilkan gol. - AP

QUOTATIONS
"Schweinsteiger has had an exceptional season - he is the new superstar, the best player at the World Cup right now." - Franz Beckenbauer.


Utusan Online on Facebook

DEMAM BOLA


PENJAGA gol selaku ketua pasukan Naga, Misi Shebli, 58, bersemangat menjaga gawang gol daripada dibolosi dalam pertandingan bola sepak wanita di Kuching, semalam. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

Kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan bukan hanya ‘digilai’ peminat bola di kalangan kaum lelaki sahaja tetapi turut mendapat perhatian golongan wanita.

Buktinya, di Kampung Buntal, Kuching, Sarawak, sekumpulan kaum ibu tidak melepaskan peluang menghangatkan suasana Piala Dunia dengan menyertai pertandingan bola sepak yang diadakan di pesisir pantai kampung terbabit.

Pertandingan yang diadakan bagi peringkat kampung itu amat mencuit hati dengan masing-masing peserta berlagak ala-ala seperti pemain profesional meskipun berkaki ayam

Spanish striker Jesus Navas on Monday warned his compatriots to beware Germany's early birds - noting their semi-final rivals had benefited from quickfire goals in their wins over England and Argentina.

"Germany got early goals (against England and Argentina) and that worked in their favour. They have quick guys in attack and getting ahead early on has helped them to make best use of that, using their speed to break out thereafter on the counterattack," he said.

"They are quick and break on the counter at speed and they are bursting with confidence."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.