Pages

Subscribe:

09 Julai, 2010

[ hang nadim] 'Selamatkan Melayu di tanah sendiri'.....





PENDUDUK membuat bantahan secara aman terhadap projek perumahan yang bakal dijalankan di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 9 Julai - Hujan lebat tidak menghalang lebih 200 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini berdemonstrasi membantah tindakan pemaju yang mahu mengusir mereka bagi memberi laluan kepada projek perumahan mewah di situ.

Bantahan secara aman yang bermula pada pukul 2.10 petang selepas solat Jumaat berlangsung hampir setengah jam dalam keadaan hujan lebat di hadapan Masjid Jelutong di sini.

Rata-rata mereka yang turut disertai wanita memegang sepanduk antaranya tertera perkataan-perkataan "Siapakah agaknya yang dapat menyelamatkan orang Melayu di tanah sendiri?" dan "Pengusiran orang Melayu oleh Lim Guan Eng dan Jeff Ooi".

Selain itu, 'Selamatkan Lot 21-22 tanah perkuburan Islam dan Perkampungan orang Melayu Penang', 'Selamatkanlah Kampung Melayu, jahanamkan DAP', 'Pemimpin tolong buka mata', 'Di mana pemimpin di masa rakyat memerlukan?' dan 'Melayu belum merdeka'.

Pengerusi Sementara Badan Bertindak Penduduk Jelutong, Omar Abdullah, 58, berkata, mereka sangat kecewa dan menggambarkan layanan yang diterima oleh mereka sebenarnya lebih buruk daripada rakyat Palestin.

''Kami dihalau keluar dengan terancang melalui peruntukan undang-undang. Kami sedih seolah-olah menumpang di tanah sendiri. Di manakah semua pemimpin yang sepatutnya bantu kami?

''Kami bukan tamak atau mahu yang bukan-bukan, kami hanya mahu kekal di kawasan ini kerana sudah menetap di sini sejak sekian lama. Kami bukannya setinggan, jadi janganlah perlakukan kami sebegini.

''Di mana Timbalan Ketua Menteri I (Mansor Othman)? Apa yang mereka lakukan? Takkan nak berdiam diri sahaja, jumpalah kami dan bantu kami cari jalan nak selesai masalah ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Tambahnya, pihak pemaju sepatutnya perlu lebih prihatin dengan nasib penduduk kampung dan berbincang mencari jalan penyelesaian dan bukannya dengan cara mengusir penduduk kampung dalam waktu singkat.

Sehubungan itu, Omar berkata, pihaknya akan menghantar satu memorandum kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat supaya mengeluarkan arahan meminta projek berkenaan diberhentikan buat sementara waktu untuk memberi ruang perbincangan.

Dalam pada itu, seorang Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Jalan Pokok Asam, Mohamad Khir Mohamad Said, 44 berkata, penduduk kampung yang rata-rata orang Melayu tidak boleh dipindahkan ke tempat lain.

"Kita mahu perkampungan Melayu mesti diwujudkan juga di sini. Pemaju ambil rumah kami, jadi mestilah beri kami rumah juga di sini kerana dengan duit pampasan yang diberi kita pun tak mampu nak beli rumah mewah yang mereka nak bangunkan," ujarnya

PERIHATIN RAKAN SEBANGSA

KAMPUNG MELAYU TERGADAI

PENDUDUK Melayu yang tinggal di tanah wakaf di Pulau Pinang jangan berasa selamat. Dalam sekelip mata sahaja, tanah itu boleh bertukar status. Pengusiran Melayu secara sistematik sedang giat dijalankan.

Pemimpin Melayu Pulau Pinang, kenapa tidak berjuang membela nasib penduduk Kampung Asam Jawa seperti pemimpin India berjuang membela penduduk Kampung Buah Pala. Sedarlah kerana kebodohan Melayu sendiri, Melayu akan hilang di Pulau Pinang. Mungkin selepas ini, andai Yang di-Pertua diusir pun, Pas dan PKR akan terus membisu.

MELAYU BENGANG
Seberang Perai

Pulau Pinang perlu atasi isu Kg. Jalan Pokok Asam - Yussof
PULAU PINANG 9 Julai - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) menggesa kerajaan negeri campur tangan dalam kemelut yang dihadapi penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong yang diusir pemaju bagi memberi laluan projek pembangunan di situ.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, tidak dinafikan pemaju mempunyai kuasa ke atas tanah di kampung itu, namun secara moralnya kerajaan negeri sepatutnya memberi perhatian supaya pemaju tidak melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya.

''Pemenang tidak membantah pembangunan tetapi secara moralnya kerajaan negeri perlu beri perhatian kepada masalah begini. Dalam isu sebegini tidak kira apa kaum sekali pun perlu diberikan pembelaan yang adil dan sewajarnya.

''Kita yakin dan percaya mereka sudah mendiami kampung itu sejak empat generasi, sekali gus ia menjadi tempat mereka cari rezeki dan sebagainya. Maka adalah wajar rintihan mereka itu didengar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Yussof berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah yang dihadapi penduduk Kampung Jalan Pokok Asam yang diusir pemaju baru-baru ini dan didakwa ia dibuat tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah oleh pemaju yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Pemenang menyarankan pihak pemaju membina sekurang-kurangnya rumah pangsa di kawasan terbabit bagi menempatkan penduduk asal Kampung Jalan Pokok Asam.

Beliau berkata, pihaknya juga berpendapat, sebarang bentuk pembangunan tidak kira di mana atau melibatkan sesiapa sekali pun seboleh-bolehnya tidak mengorbankan penduduk asal sesebuah tempat kerana mereka tidak wajar dipinggirkan.

Menurutnya, dalam masalah Kampung Jalan Pokok Asam, beliau yakin dan percaya dengan perancangan teliti dan menyeluruh pihak berkuasa tempatan yang memberi kuasa kelulusan memberi kelonggaran sewajarnya.

''Pemaju juga ada tanggungjawab moral, jadi kita berharap apa jua bentuk penempatan dan pembangunan kelak jangan ada kampung Melayu nanti hanya tinggal nama.

''Di samping pemaju yang hendak bangunkan kawasan itu, tunjukkan sedikit sikap timbang rasa. Berilah mereka tinggal di tempat itu juga. Berilah mereka pampasan seadilnya," ujarnya

KESILAPAN BANGSA MELAYU AKAN MENJADI ORANG MENUMPANG DI TANAH AIR SENDIRI
KESILAPAN POLITIK BANGSA MELAYU AKAN MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN SATU BANGSA
TIDAK AKAN DI HORMATTI JIKA SEKIRANYA MASIH BERBALAH DAN MEFITNAH ANTARA
BANGSA SENDIRI......MELAYU BUKAN PENDATAN.....?????

YA ALLAH SELAMATKAN LAH BANGSA MELAYU DAN KUKUHKAN PERPADUAN
BINA NEGARA DENGAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN TEGAK ISLAM DENGAN
JUJUR DAN IKHLAS....AMIN...












Fitnah: Felda saman 3 lagi individu

KUALA TERENGGANU 9 Julai - Felda akan turut menyaman tiga pemimpin parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan oleh lidah rasmi parti itu, Suara keadilan.

Mereka ialah Anggota Majlis Tertingginya, Datuk Zaid Ibrahim; Pengerusi Biro Felda, Suhaimi Said dan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa, Datuk Dr. Tan Kee Keong kerana didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit.

Sebelum ini, Felda menyaman pemilik, penerbit dan pencetak akhbar itu pada 1 Julai lalu berhubung penyiaran artikel yang yang mendakwa Felda telah bankrap.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut susulan selepas Felda menuntut ganti rugi RM200 juta dan permohonan maaf daripada parti itu sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun jumlah saman dan bila ia akan dikemukakan terhadap ketiga-tiga individu terbabit masih dalam penelitian pihaknya.

"Sebelum ini kita telah menyaman pemilik, penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan dan kini kita saman pula individu yang terlibat mengeluarkan fitnah itu kerana semua ini berlaku disebabkan kenyataan mereka," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahaya Khatib Mohamad.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, PKR menyerang Felda kerana organisasi tersebut kubu kuat UMNO yang perlu dipecahkan dengan menyemaikan kebencian kepada parti pemerintah itu.

Katanya, pihak terbabit cuba bertindak memberi gambaran kononnya berlaku penyelewengan pemimpin UMNO dan kenyataan itu dibuat oleh ketiga-tiga individu tersebut.

"Mereka keluarkan kenyataan itu kononnya mendedahkan ada penyelewengan berlaku namun dengan pendedahan yang merupakan fitnah itu akhirnya membunuh mereka apabila kita pula akan mendedahkan bahawa PKR merupakan parti pembohong terbesar di negara ini," jelasnya.

Menurutnya, mereka akan terus menyerang pelbagai institusi yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu dengan cara menghakiskan keyakinan rakyat.



http://mysrimuara.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.