Pages

Subscribe:

10 Julai, 2010

[hang nadim] Palestin....Oh......Palestin





Negara lain diminta tentang kekejaman Zionis
KUALA LUMPUR 10 Julai - Persidangan Memecahkan Sekatan: Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara anjuran Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) yang akan berlangsung esok diharap dapat meraih sokongan negara-negara lain bagi menentang kekejaman rejim Zionis ke atas Palestin.

Jurucakap PGPO, Shamsul Akmar berkata, selain Malaysia dan Turki, sokongan padu negara lain perlu bagi mendesak rejim Israel itu menghentikan sekatan dan memutuskan hubungan Gaza dengan dunia luar.

Selain itu, kata beliau, persidangan bertujuan menyangkal propaganda Israel terhadap kejadian sebenar yang berlaku ke atas Mavi Marmara dan memupuk kesedaran mengenai sekatan tiga tahun terhadap Gaza itu juga akan menggariskan beberapa langkah bagi membantu rakyat Palestin yang kini menderita.

"Ini termasuk merumuskan langkah-langkah yang boleh diambil secara kolektif untuk menentang kekejaman sekatan Israel terhadap Gaza serta membuat satu ketetapan terbaik untuk menangani masalah Palestin secara keseluruhan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Persidangan sehari itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PGPO akan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu dan ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Shamsul Akmar, persidangan itu meliputi tiga sesi termasuk perbincangan mengenai penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan kisah tragedi kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang diserang dan ditawan oleh Israel pada 31 Mei dan 5 Jun lepas ketika mengikuti misi flotila kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Bagi sesi pertama, katanya, beberapa sukarelawan termasuk aktivis antarabangsa kapal Rachel Corrie, Jenny Graham akan menceritakan pengalaman semasa berada di atas kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie termasuk serangan kejam tentera Israel yang mengorbankan sembilan nyawa warga Turki serta mencederakan berpuluh yang lain.

Sementara sesi kedua pula adalah perkongsian pengalaman sebuah kehidupan di Gaza yang penuh penderitaan dan kemiskinan akibat sekatan Israel.

Ia akan disampaikan oleh rakyatnya, pegawai hubungan antarabangsa, Ir. Mohammed D. Radwan yang bekerja di Parlimen Gaza serta pengalaman aktivis tentang mengapa mereka mahu terus mengunjungi wilayah itu oleh ketua sukarelawan kapal Rachel Corrie, Derek Graham.

Pada sesi ketiga iaitu sesi perbincangan bersama panel bagi tajuk Langkah Seterusnya, Dr. Mahathir akan bertindak sebagai moderator dan akan disertai beberapa panel termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengetuai usaha mengutip dana untuk Palestin; Duta Turki ke Malaysia, Serap Attay; Timbalan Duta Iran ke Malaysia, Dr. M. S. Dolatabadi dan Ketua Wakil Liga Arab di New Delhi, India, Dr Ahmad Salem Saleh Alwahishi.

Dijangkakan seramai 1,500 peserta yang terdiri daripada para aktivis, ahli politik, pelajar universiti dan duta-duta besar akan menghadiri persidangan itu yang turut dibuka kepada orang ramai.

Sunday July 11, 2010
Gaza aid ship sails from Greece, may head to Egypt
LAVRIO, Greece (Reuters) - A ship carrying aid for Palestinians blockaded in Gaza by Israel left Greece on Saturday, just over a month after 9 activists died in an Israeli raid on an aid flotilla on a similar mission.

It was unclear if the Moldovan-flagged boat, with twelve crew and up to ten activists on board, would try to reach Gaza in defiance of the Israeli blockade or would go to the Egyptian port of El Arish.

A spokesman at the Greek Foreign Ministry said the ship would head for El Arish.

An official from ACA Shipping, which owns the ship, told Reuters ahead of the ship's departure: "The ship will leave in a few minutes for Gaza. If they don't let us reach there (Gaza) we will head to El Arish harbour in Egypt."

A charity chaired by the Libyan Leader's son Saif al-Islam Gaddafi is organising the trip and said the Amalthea, re-named Hope for the trip, carried some 2,000 tons of food and medicine and complied with international rules. The trip was expected to take between 70 and 80 hours.

Nine pro-Palestinian activists died in May when Israeli marines stormed a Turkish aid ship leading a Gaza-bound convoy, prompting an international outcry and a condemnation from the United Nations Security Council.

Israel said its commandoes were attacked with knives and sticks when they boarded the ship and acted in self-defence.

Israel said on Saturday it contacted Greek, Egyptian and Moldovan authorities to make sure the ship chartered by the Gaddafi International Charity and Development Foundation would not attempt to reach Gaza.

Its ambassador to the United Nations sent letters to U.N. Secretary-General Ban Ki-moon and the president of the U.N. General Assembly, Ali Treki of Libya.

"In spite of the stated intention of this mission, we are deeply concerned that the true nature of its actions remains dubious," Gabriela Shalev wrote. "This mission is completely unwarranted," she wrote, urging the international community to ensure that the ship "does not sail".

The organisers said the Moldova-flagged ship contained only food and medicine and complied with international rules. Supporters of the charity making the trips were mostly Libyans, they said, with also one Nigerian and a Moroccan. The crew include Cubans, Haitians, Syrians and Indians.

Israel says its blockade of Gaza is necessary to stop arms and materials it fears could be used for military purposes from reaching Gaza's Hamas Islamist rulers.

The United Nations says the blockade has led to a humanitarian crisis for the territory's 1.5 million people, of whom about 1 million depend to some extent on regular supplies of U.N. and other foreign aid brought in overland after Israeli inspection.

Following the international outrage caused by its raid on the aid flotilla, Israel has announced steps to ease the blockade of the enclave and set up an inquiry into the incident.

(Reporting by Reuters TV in Lavrio and Lefteris Papadimas in Athens; additional reporting by Dan Williams in Jerusalem, Patrick Worsnip in New York; writing by Ingrid Melander, editing by Matthew Jones)

Copyright © 2010 Reuters

Shamsul Akmar berkata, orang ramai yang ingin turut serta pada persidangan tersebut dinasihatkan supaya mendaftar seawal 8 pagi kerana tempat duduk adalah terhad


YA ALLAH SELAMATKAN LAH PALESTIN DAN JADIKANLAH NEGARA PALESTIN AMAN
MAKMOR DAN BAHAGIA.....AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.