Pages

Subscribe:

14 Julai, 2010

[hang nadim] Selangor....oh .....Selangor....pasir????


Taktik licik kerajaan Selangor

KERJA-KERJA mengorek pasir secara tidak terkawal berhampiran Taman Wetlands dekat Putrajaya semalam.

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) mendakwa kerajaan negeri Selangor berniat mengelak menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) ketika memohon kelulusan untuk mengorek pasir di kawasan berhampiran taman rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkil, Sepang.

Beliau berkata, mengikut peruntukan undang-undang, mana-mana kawasan yang keluasannya melebihi 50 hektar wajib menyediakan laporan EIA sebelum Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan.

"Bagaimanapun, permohonan oleh kerajaan negeri ialah kira-kira 48 hektar tetapi kalau kita lihat kawasan yang diteroka lebih daripada 50 hektar. Ia adalah untuk mengelak mereka daripada kena sediakan laporan EIA," katanya pada sidang akhbar di Subang semalam.

Anwar: Harakah, Rocket, Suara Keadilan suspended
By ZULKIFLI RAHMAN


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat will suspend the publication of its official newsetters - Harakah, Suara Keadilan and Rocket - until the opposition leaders meet the Home Minister on the issue of show-cause letters sent to the publications.

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said the leaders had written to Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seeking a meeting to find out the reasons for the issuance of the show-cause letters.

"We want to meet him as soon as possible, and he should provide us with his reasons and give us the appropriate consideration for us to continue to publish the newsletters.

"Give an avenue to these publications so that Malaysia will not be seen as an autocratic country.

"Our parties have agreed to the suspension until we meet again next week to allow us to see Datuk Hishammuddin as soon as possible," he told reporters after chairing a Pakatan Rakyat meeting at the Parliament House on Wednesday.

To a question, Anwar said he was unsure if the action on the opposition publications was an indication of an impending general election.

"But, the truth is the opposition publications had successfully managed to convey the truth to the people.

"Umno is feeling pressured by this and it has taken an autocratic action (by issuing the show-cause letters).

"I wonder if (consultancy firm) Apco Worldwide had given the advice to the Government.

"The firm seems to give an impression that Umno is liberal, democratic and tolerant overseas, while it takes harsh measures within the country," Anwar said.

DAP adviser Lim Kit Siang, who also attended the meeting, said that Hishammuddin should give top priority to the promotion of human rights in Malaysia.

"This issue should not lead to any clampdown, which is not good for the country," he added.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said the party was willing to meet Hishammuddin to resolve the matter.

The Home Ministry lodged a police report against Suara Keadilan over its continued publication after its permit expired on June 30.

According to PKR vice-president R. Sivarasa, PKR had applied to renew Suara Keadilan’s permit in March

The PKR newsletter is still being distributed, under the new name of Keadilan.

“Let the court decide on Felda’s defamation suit against Suara Keadilan over the article (that Felda was bankrupt). Why are they (the ministry) threatening us?” Sivarasa had said.

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali, who met the ministry’s secretary-general Datuk Mahmood Adam on Monday over the showcause letter issued to Harakah, said the party was ready for any possibility.

Mustafa, who is the Harakah management committee chairman, said Harakah would submit a written explanation to the showcause letter on the publication and distribution of its July 12-15 issue, which was after its permit expired on July 7.

Mahmood had said that the ministry found Mustafa’s and Harakah managing director Datuk Kamarudin Jaafar’s explanation that they assumed the party was allowed to print the newsletter while awaiting the renewal of the permit as unacceptable.

On July 8, Harakah was given a show-cause letter for the delay in submitting eight copies of each issue to the ministry, and for selling the newspaper to non-PAS members and outside the permitted areas


Amaran krisis air bukan lindung kroni
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/07/14
Kenyataan untuk kepentingan rakyat, negara: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amaran beliau Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin menghadapi krisis air terburuk tiada kaitan dengan soal melindungi kepentingan kroni Barisan Nasional (BN) atau Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail.

“Ia juga bukan soal politik, sebaliknya membabitkan kepentingan rakyat dan negara. Kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mesti bertindak secara amanah dan bijaksana menguruskan isu perbekalan air yang terletak dalam bidang kuasa mereka.

Kerajaan Pusat mengambil berat dan bimbang masalah kerana bekalan air yang agak kontang akan membawa kesan kepada negara, terutama Selangor dan Wilayah Persekutuan. Dia (kerajaan negeri Selangor) ada tanggungjawab, perjanjian, ikatan dan persetujuan.

“Saya sebutkan itu bukan soal kepentingan kroni atau untung. Takkan soal kroni (jika) beberapa juta rakyat di Wilayah Persekutuan dan Selangor terpaksa menanggung beban kerana tidak ada air.

“Kerajaan Pusat sudah bincang selalu supaya kerajaan negeri lebih bertimbang rasa. Jangan melihat itu hanya soal negeri... ini soal kepentingan negara dan rakyat, itu patut diutamakan,” katanya, semalam.

Muhyiddin pada Ahad lalu memberi amaran Lembah Klang akan menghadapi krisis air yang terburuk jika Menteri Besar Selangor gagal mengurus serta menyelesaikan masalah perbekalan air dengan berkesan dan segera. Bagaimanapun, Abdul Khalid mendakwa gesaan Muhyiddin itu bertujuan melindungi kepentingan Rozali yang juga Bendahari UMNO Selangor dan Hulu Selangor.
Muhyiddin berkata, Abdul Khalid kini terikat dengan dua keadaan, iaitu janji ketika kempen pilihan raya untuk membekalkan air percuma kepada rakyat yang mengakibatkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kos yang dikatakan mencecah RM13 juta setiap bulan.

“(Sebab itu) dia tidak sanggup menaikkan sikit harga air untuk menampung kos sehingga syarikat yang memproses air menanggung kerugian. Jadi bila rugi, esok, dia (syarikat) tidak keluarkan air. Semua orang tak minum kerana tidak ada air. Semua kena beristinjak dan bertayamum. Banyak industri akan terjejas dan ramai akan menganggur kerana air tidak mencukupi. Ini perkara serius.

“Bukan saya suka ia (harga air) naik tetapi untuk lebih adil kepada syarikat memproses air, harga mesti ditentukan pada kadar yang berpatutan. Saya tidak fikir orang Selangor atau Wilayah Persekutuan akan marah harga naik sedikit jika air ada, tetapi mereka akan marah dan murka jika air tidak ada walau apa harga sekali pun,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.