Pages

Subscribe:

01 Ogos, 2010

[ hang nadim] Klip Keong Racun cetus kegilaan baru



BANDUNG - Selepas gempar dengan klip video seks tiga artis terkenal menerusi Internet sejak bulan lalu, Indonesia kini menjadi tumpuan jutaan peminat laman web sosial YouTube dari seluruh dunia gara-gara kemunculan klip Keong Racun. Klip lagu dangdut lama itu telah dilayari lebih sejuta kali sejak disiarkan pada 18 Jun lalu selepas dinyanyikan semula secara mimik bibir selama 5 minit 14 saat oleh dua penuntut universiti swasta di sini, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah, kedua-duanya berusia 19 tahun. Populariti klip itu turut mendapat liputan pelbagai akhbar di Britain dan laman Twitter apabila ia mengatasi angka capaian klip-klip lain dalam tempoh singkat termasuk filem box office Hollywood, Inception lakonan aktor Leonardo DiCaprio. Malah, fenomena Keong Racun menaikkan semula nama Lissa, penyanyi asal lagu ciptaan komposer Subur Tahroni pada 2008, yang kini mendapat perhatian apabila sebahagian besar stesen radio tempatan kembali memutarkan semula lagu puisi itu. "Keong bererti siput mengisahkan seorang lelaki mata keranjang yang mempermainkan cinta wanita. Saya berhasrat menemui dua pelajar itu kerana melariskan lagu ini sehingga rezeki saya bertambah baik," kata Lissa kepada wartawan. - Agensi LONDON - Seorang pemimpin politik dari parti Konservatif, Boris Johnson menyeru penduduk London berpuasa selama sehari pada bulan Ramadan bagi memahami ajaran Islam dan menghapuskan persepsi negatif mengenai masyarakat Islam. Bekas wartawan The Times dan The Daily Telegraph berasal dari New York, Amerika Syarikat itu berkata demikian ketika melawat Masjid East London selepas dilantik menjadi Datuk Bandar London menggantikan Ken Livingstone kelmarin. "Cuba berpuasa walaupun sehari dan berbuka di masjid, anda pasti lebih memahami ajaran Islam," kata Johnson, 46, dan kemudian turut memuji lebih 600,000 penduduk Islam di London dalam membangunkan ibu negara Britain itu sejak sekian lama. - Agensi bed>


Sinta dan Jojo tolak tawaran sinetron

JAKARTA - Walaupun menjadi popular setelah menggerakkan mulut mengikut nyanyian penyanyi Lisa yang menyanyikan lagu Keong Racun di Youtube, dua pelajar universiti, Sinta dan Jojo menolak tawaran berlakon sinetron oleh sebuah syarikat drama di Indonesia, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

"Kami berdua perlu menamatkan kuliah terlebih dahulu. Sebarang urusan kerja harus mengikuti jadual kuliah.

"Pelajaran masih nombor satu," kata Sinta.

Dua mahasiswi yang berasal dari Cimahi, Bandung itu memberitahu, populariti yang diperoleh dalam masa yang singkat tidak akan mengganggu pengajian mereka.

Sinta dan Jojo masing-masing berumur 19 tahun.

Klip video kedua-dua mahasiswi itu sudah dilihat hampir tiga juta kali sehingga senja semalam di laman YouTube.

Selain membuat gerakan bibir mengikut nyanyian penyanyi Lisa itu, mereka turut membuat banyak gelagat yang dianggap melucukan oleh kebanyakan penduduk Indonesia. - Agensi





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.