23 Ogos, 2010
[ hang nadim] Pasukan khas siasat isu khutbah....
AYUB menunjukkan gambar khatib yang menyebut nama Guan Eng dalam doa ketika khutbah Jumaat pada sidang akhbar di George Town semalam.
GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu mengenai khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima dua laporan mengenai isu itu dalam tempoh seminggu.
"Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.
Menurut Ayub, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 4 A Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Beberapa personaliti yang terlibat dengan kejadian tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.