Pages

Subscribe:

15 September, 2010

[ hang nadim] Darul Al Quraan........













Di manakah terletaknya Darul Quran JAKIM?

Darul Quran terletak di Daerah Hulu Selangor, 64 km dari Kuala Lumpur menghala ke utara. Secara tepatnya Darul Quran terletak di Jalan Hamzah, Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan

Bilakah pengambilan pelajar untuk program Diploma dan Program Persijilan?

Pengambilan pelajar bagi Program Diploma kebiasaannya dibuat pada Mei manakala pelajar Program Prsijilan akan dibuat pada bulan Disember setiap tahun

Apakah syarat-syarat untuk memasuki Program Diploma dan Persijilan Darul Quran?

Syarat-syarat untuk memasuki Program Diploma dan Persijilan yang ditawarkan di Darul Quran adalah seperti berikut :
1.Warganegara Malaysia yang belum berkahwin lulus serta ; 2. Berumur kurang 21 tahun dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian pada mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab komunikasi
c) Pendidikan Quran Sunnah/Pendidikan Syariah
Islamiah/ Pendidikan Islam Dan :
d) Lulus bahasa Inggeris

ApakahprogramyangditawarkandiDarulQuran?

Darul Quran menawarkan 3 program Diploma dan 3 program Persijilan. Iaitu:
a) DiplomaTahfizAl-QuranWalQiraat
b) DiplomaTahfizAl-QuranWalDakwah
c) DiplomaTahfizAl-QuranWalSyariah
d) SijilTahfizAl-QurandengankerjasamaUIAM
e) SijilTinggiTaranumAl-Quran(STTQ)
f) SijilTahfizAl-Quran(6Juzu’)untukOrangKurang
UpayaMasalahPenglihatan(OKUMP)

Berapa lama tempoh pengajian bagi setiap program yang ditawarkan di Darul Quran?

Bagi program Diploma, tempoh pengajian adalah 3 tahun (6 semester) manakala bagi program Persijilan tahfiz dengan kerjasama dengan UIAM adalah 1 tahun 6 bulan (3 Semester). Bagi program Sijil Tinggi taranum (STTQ) pula adalah 2 bulan dan Sijil Tahfiz untuk Orang Kurang Upaya masalah Penglihatan (OKUMP) adalah 6 bulan.

Adakah Diploma Darul Quran ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia?

Ya, Diploma Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan Gred S27 dengan permulaan gaji P1T5.

Bagaimanakah dengan kadar yuran yang dikenakan di Darul Quran?

Yuran pengajian hanya dikenakan ketika sesi pendaftaran sahaja. Manakala bagi semester yang berikutnya yuran tidak dikenakan.

Adakah Darul Quran menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajarnya?
Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar yang memerlukan.

Adakah terdapat Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mengiktiraf Darul Quran?

Terdapat beberapa Institusi didalam dan luar negara yang mengiktiraf Darul Quran antaranya :
Universiti dalam negeri
- Universiti Malaya. (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia. (UKM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (UIAM)
- Universiti Sains Islam Malaysia. (USIM)
- Universiti Putra Malaysia. (UPM)
- Universiti Darul Iman Malaysia. (UDM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris. (UPSI)
- Universiti Utara Malaysia. (UUM)
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. (KUIS)
- Kolej Universiti Insaniah Kedah. (INSANIAH)

Universiti luar negara
- Ma’ahad Qiraat Al-Azhar, Mesir.
- Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim,
Indonesia.

Bagaimanakah cara untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah di Mesir setelah tamat belajar di Darul Quran?

Pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Mesir boleh menghubungi pihak SMUTEM Darul Quran yang menguruskan penempatan pelajar-pelajar ke Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.