Pages

Subscribe:

21 September, 2010

[hang nadim] Apa Dah Jadi......fikir....Sedar... Jauhkan Kemungkaran

FIKIR....KALAU TAK BUAT KENAPA SEBUK CARI HELAH......HADAPI PERTUDUHAN.....BAWA BUKTI DAN SAKSI.....MAHKAMAH MALAYSIA TIDAK PERNAH ZALIM......ORANG YANG SALAH SAJA YANG MENGATAKAN MAKAMAH TAK ADIL....KERANA DIA DI HUKUM...



Anwar trial resumes on Oct 14

KUALA LUMPUR: The hearing of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s second sodomy trial will resume for two days from Oct 14 with the defence team cross-examining a Kuala Lumpur Hospital (HKL) doctor.

High Court judge Justice Mohd Zabidin Mohd Diah also fixed Oct 25 to 29, Nov 22 to 26, and Dec 6 to 10 to continue the hearing to accommodate the next Parliament session, which will start from Oct 11.

Speaking to reporters later, Anwar’s counsel S.N. Nair said the hearing on those dates would be from 8.30am to 2pm.

“This is to allow Datuk Seri Anwar and (his lead counsel) Mr Karpal (Singh) to attend parliament sittings in the afternoon,” he said.

He also said Anwar had filed his notice of appeal on Monday against the Court of Appeal’s decision that it did not have the jurisdiction to hear Anwar’s appeal to have his sodomy charge struck out.

In dismissing the appeal on Monday, a three-man Bench of the appellate court granted the prosecution’s preliminary objection that Anwar’s application was made in the course of the trial, and was therefore not appealable.

Anwar, 63, is charged with sodomising Mohd Saiful Bukhari Azlan, his former personal aide, at unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, between 3.01pm and 4.30pm, on June 26, 2008.

Perbicaraan kes liwat Anwar ditangguh

2010/09/22
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditangguhkan bagi membolehkan beliau merayu keputusan mahkamah yang menolak rayuannya membatalkan tuduhan itu, akan disambung semula selama dua hari bermula pada 14 dan 15 Oktober depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu di sini, semalam ketika kes berkenaan disebut di depan beliau, selepas ia dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Hadir mewakili pihak pendakwaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden manakala pihak pembelaan Anwar diwakili peguam Karpal Singh. Selain tarikh berkenaan, Mohamad Zabidin turut menetapkan 25 hingga 29 Oktober, 22 hingga 26 November dan 6 hingga 10 Disember bagi menyambung perbicaraan yang masih pada peringkat pemeriksaan balas saksi kedua pendakwaan, Dr Mohd Razali Ibrahim.

Nurul Izzah nafi sokong Zaid jadi timbalan presiden
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/09/22
Ambil sikap berkecuali dalam pemilihan parti November depan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak menafikan beliau menyanjungi Datuk Zaid Ibrahim, termasuk kepemimpinan dan ideanya dalam menerajui Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan beliau menyebelahi Zaid bagi merebut jawatan timbalan presiden parti kerana beliau lebih senang berpendirian berkecuali dalam perkara itu. Datuk Zaid adalah ketua saya di Wilayah Persekutuan, malah saya amat menyanjunginya, namun untuk mengatakan saya menyebelahi mana-mana pihak (dalam pemilihan timbalan presiden) adalah tidak tepat. Sebenarnya yang penting, kita mesti mendengar idea dan visi setiap calon bertanding dan bukan hanya melihat calon itu dari personaliti luarannya saja, katanya kepada Berita Harian, semalam

Nurul Izzah sebelum ini dikatakan menyokong Zaid bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan November depan, berbeza daripada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong orang kanannya yang juga Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Malah ketika 20 Ahli Parlimen PKR menyatakan sokongan terbuka kepada Mohamed Azmin baru-baru ini, Nurul Izzah tidak turut serta.

Beliau berkata, spekulasi itu timbul akibat salah faham dan tafsiran berhubung kenyataannya minggu lalu yang meminta ahli menilai idea dibentangkan calon dan bukan setakat memfokuskan kepada personaliti calon semata-mata.
Bagaimanapun, Nurul Izzah tidak menafikan wujud pertentangan pendapat antara beliau dan bapanya dalam politik, namun ia dianggap sebagai perkara biasa dalam demokrasi.

Berhubung pencalonan dari cabang PKR yang sudah melayakkan beliau bertanding jawatan naib presiden, Nurul Izzah berkata, beliau sedang mempertimbangkan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya.

Jenapala nafi kena pecat

2010/09/22
KUALA LUMPUR: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila bekas timbalan setiausaha agung parti, P Jenapala semalam mendakwa pemecatan beliau daripada PKR pada Februari tahun lalu adalah satu kenyataan mengelirukan.

Sehubungan itu, Jenapala berkata, kini beliau bercadang untuk memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan parti. Jika benar saya dipecat daripada PKR... mengapa sehingga kini saya tidak menerima sebarang surat pemecatan ataupun surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin parti.
Jumaat lalu, saya turut ke ibu pejabat parti untuk menyemak status keahlian dan mendapati saya adalah ahli PKR yang sah, selepas itu baru saya mengumumkan hasrat untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti.

Melihat kepada semua perkara itu..., bagaimana Saifuddin Nasution boleh mengeluarkan kenyataan bahawa saya sudah dipecat daripada PKR..., saya melihat ini sebagai satu kenyataan palsu, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, dalam pada sidang media Jenapala mendakwa, wujud pelbagai taktik kotor termasuk penularan politik wang menjelang pemilihan PKR, November depan.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, Jenapala dipecat daripada PKR pada Februari tahun lalu kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

Oleh demikian beliau tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam pemilihan PKR kali ini.

Tindakannya mempertikai dan mengkritik kewibawaan pemilihan parti dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara luar biasa memandangkan beliau terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan, katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasmi PKR, kelmarin.

MANA YANG BETUL........RM 4 JUTA.... TERIMA ATAU TIDAK....

Nik Aziz tidak tahu, Nik Din sah naik pentas terima replika cek

KOTA BHARU 21 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai sumbangan sebanyak RM4 bilion yang diberikan oleh sebuah syarikat, I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) kepada Pas Kelantan.

Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab.

"Sebagai ketua parti, saya tidak tahu pasal duit RM4 bilion, baru pagi ini saya tahu. Dia (Abdul Rahim) baru jumpa saya dua hari lepas dan dua bulan lepas juga dia (ada) datang juga.

"Mengenai projek di Pantai Sri Tujoh, nak lulus (sesuatu projek) kena buat surat, (hantar permohonan) ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan kemudian ke Exco. Dia kata nak buat projek, saya kata marilah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Model Baru Ekonomi (MBE) di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari I'DA World atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.

Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai I'DA World yang menimbulkan misteri dan kejutan apabila bermurah hati untuk menderma kepada Pas Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ia sebagai sumbangan untuk kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.

Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara.



Pas perlu jelaskan kepada rakyat

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Pihak berkuasa digesa menyiasat dengan segera 'sumbangan' RM4 bilion oleh syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) kepada Pas Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, adalah sesuatu yang mengejut dan meragukan apabila sebuah syarikat sanggup 'mendermakan' sebegitu besar wang tunai.

Sambil menyifatkan 'kemurahan hati' syarikat tersebut sebagai pertama kali dalam sejarah Malaysia, beliau turut mempersoalkan adakah sumbangan berkenaan sebagai satu rasuah yang diamalkan oleh Pas.

"Pihak berkuasa seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat syarikat ini dan kerajaan Pas Kelantan kerana jumlah sumbangan itu menimbulkan pelbagai persoalan.

"Pas Kelantan perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa sebuah syarikat begitu bermurah hati mahu mendermakan RM4 bilion kepada mereka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang memetik I'da World sebagai berkata, sumbangan RM4 bilion itu bertujuan membangun dan menambah baik infrastruktur di sempadan Rantau Panjang, Kelantan.

Bagaimanapun, Pengerusi Eksekutif I'DA World, Abdul Rahim Abdul Wahab menafikan sumbangan itu mempunyai kaitan dengan projek mega Seri Tujuh di Tumpat, Kelantan yang bernilai RM313.71 bilion yang dimenangi oleh syarikat tersebut.

Menurut Mohd. Zahid, SPRM perlu menyiasat sama ada wujud unsur rasuah atau tidak dalam pemberian 'sumbangan' berkenaan kerana sumbangan dibuat atas nama Pas Kelantan dan bukannya kerajaan negeri.

Tambahnya, jika benar 'sumbangan' itu bertujuan membangunkan kawasan persempadanan Rantau Panjang dan tiada kaitan dengan penganugerahan projek Seri Tujuh, derma itu sepatutnya dibuat atas nama kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, beliau mahu LHDN menyiasat sama ada syarikat terbabit menjelaskan cukai pendapatan seperti sepatutnya memandangkan, I'DA World berkemampuan untuk menderma sebanyak RM4 bilion.

"Jika I'DA World mampu menderma sehingga RM4 bilion, sudah pasti cukai pendapatan yang sepatutnya dijelaskan juga tinggi, tetapi persoalannya adakah syarikat ini melaksanakan tanggungjawab berkenaan," soalnya.

Mengenai penafian Exco kerajaan negeri, Datuk Nik Amar Abdullah yang mendakwa kononnya projek Seri Tujuh tidak pernah dibincangkan secara rasmi oleh kerajaan Pas Kelantan, Mohd. Zahid berkata, Exco tersebut cuba memperbodohkan rakyat Kelantan.

Jelasnya, adalah mustahil Nik Amar selaku Exco kerajaan negeri tidak mengetahui tentang penganugerahan projek berkenaan kerana ia membabitkan kos RM313.71 bilion.

UNTUK RAKYAT SATU MALAYSIA
2010/09/22

Keterbukaan minda mampu jaya agenda negara: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, penjawat awam perlu mengamalkan keterbukaan minda dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan keadaan semasa untuk memastikan matlamat dan agenda kerajaan tercapai.

Perdana Menteri berkata, nilai itu perlu ketika kerajaan menghadapi cabaran yang besar untuk mencapai matlamat dan agenda menerusi empat tonggak utama iaitu konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). "Ini (keterbukaan) ada kaitan dengan konsep rumah terbuka (Aidilfitri), iaitu keterbukaan dari segi pemikiran dan kaedah yang kita guna sesuai dengan keadaan semasa. "Kita tidak bergantung kepada tambahan peruntukan semata-mata, tetapi mengamalkan konsep pengurusan nilai (value management) dalam kerajaan," katanya berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata, penjawat awam perlu berupaya memastikan matlamat sesuatu projek pembangunan dapat dicapai dalam keadaan peruntukan yang kecil.

Beliau berkata, produktiviti juga boleh ditingkatkan tanpa perlu melihat kepada pertambahan jumlah kakitangan sebaliknya bergantung kepada kakitangan dan pegawai sedia ada.
"Kita tidak perlu melihat jumlah aktiviti (yang dilaksanakan) tetapi (mengutamakan) keberhasilannya. (Malah) kita tidak wajar melihat kepentingan jabatan kita saja sebaliknya keperluan kerajaan secara keseluruhan," katanya.

Mengenai tradisi rumah terbuka Aidilfitri, Perdana Menteri berkata, ia adalah sesuatu yang unik dan wajar diteruskan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.