Pages

Subscribe:

25 September, 2010

[ hang nadim] Dana dari kelab lumba kuda......Mengata Dulang Paku Serpih......





REEZAL Merican Naina Merican (tengah) menunjukkan salinan surat yang membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang mendapatkan dana daripada sumber judi untuk program membiayai miskin tegar pada sidang akhbar di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 24 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

‘‘Kalau sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka, saya cabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat ini.

‘‘Kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Reezal Merican baru-baru ini mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Guan Eng bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa wang kerajaan negeri yang dinikmati adalah hasil penjimatan melalui prinsip ketelusan yang diamalkan pentadbirannya selama ini.

Reezal Merican bagaimanapun berkata, isi kandungan surat tersebut jelas bertentangan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri berhubung isu itu.

‘‘Kita tidak pernah membuat tuduhan melulu tetapi kita meminta penjelasan kerana kita percaya ia turut melibatkan dana untuk orang Islam. Malah, surat itu menyebut sumbangan (RM500,000) merupakan ‘baki’ dana yang disalurkan, bermakna kelab berkenaan sudah menyalurkan sejumlah dana lain sebelum ini.

‘‘Justeru, sekali lagi kita tuntut penjelasan. Anda (media) perlu bertanya kepada beliau (Guan Eng) sendiri atau tanya kepada kelab (lumba kuda) berkenaan. Kita harap ia akan memberi perspektif baru kepada rakyat yang inginkan kebenaran,” jelasnya.

Menjawab persoalan mengenai pendedahan blog pisau.net yang sebenarnya berkisar soal pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas, Reezal Merican berkata, ia tidak menjadi satu isu kerana program membasmi miskin tegar juga melibatkan masyarakat Islam.

‘‘Saya timbulkan perkara ini kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam mengenai sumber pemberian wang oleh kerajaan negeri. Kalau untuk miskin tegar sekalipun, bukankah ada orang Islam di negeri ini yang mengalami miskin tegar dan perlu dibantu?

‘‘Bagi orang Islam, kalau ia (sumbangan) daripada sumber tidak halal, mereka lebih rela susah daripada menerima sumbangan daripada perjudian kerana ia adalah haram. Lumba kuda ini bukankah satu bentuk perjudian?,” tegasnya

Melayu perlu insaf

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Melayu akan hilang kuasa jika pembangkang memerintah sebagai satu peringatan sangat tajam dan tepat pada masanya.

Justeru, tegas beliau, jika orang Melayu masih enggan menginsafinya maka tidak hairanlah pada pengakhirannya mereka akan terima padah apabila tidak lagi mempunyai kuasa.

"Ketika itu orang Melayu jangan salahkan orang lain jika kuasa pemerintahan telah dipegang oleh bukan bangsa sendiri.

"Walaupun pada dasarnya sesebuah negara itu akan diperintah oleh parti politik berdasarkan majoriti penduduk tetapi itu semua bukan mustahil untuk tidak lagi dinikmati oleh orang Melayu," katanya ketika ditemui di Angkasapuri di sini, hari ini.

Rais diminta mengulas ingatan Dr. Mahathir terhadap orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mpemerintahan negara.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee meminta semua pihak terutama pemimpin UMNO supaya berlapang dada dan jangan sesekali menganggap ingatan Dr. Mahathir itu sebagai satu lagi tindakan campur tangannya terhadap kerajaan.

Sebaliknya, menurut beliau, ia merupakan realiti yang harus dipandang serius oleh semua pemimpin Melayu.

Katanya, negarawan itu bukannya bercakap kosong tetapi berasaskan kepada persekitaran politik semasa terutama selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu yang jelas menunjukkan tahap sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin terhakis.

"Realitinya hari ini orang Melayu mula mempersoalkan sejauh mana komitmen pemimpin Melayu terutama UMNO dalam menangani permasalahan rakyat," katanya.

Tuduhan Dinasti, Kroni Kepada Umno Balik Kepada PKR Sendiri

SEMPORNA: Tuduhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama ini yang mendakwa Umno mengamalkan dinasti dan kroni dalam kepimpinannya kini terpercik ke muka sendiri, kata naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Mereka boleh kata Umno ini dinastilah, ada kumpulan-kumpulanlah tetapi mereka lagi teruk daripada apa yang mereka katakan terhadap kita," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan anak perempuan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai untuk bertanding jawatan naib presiden parti itu pada pemilihan akan datang.

Malah Shafie berkata beliau tidak menolak kemungkinan berlaku politik wang dalam proses pemilihan berkenaan.

Selama ini PKR juga menuduh Umno sebagai ada kroni namun perkembangan terkini dalam parti berkenaan menunjukkan amalan kroni dalam parti itu lebih ketara.

Mengenai usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) atas alasan ramai bekas pemimpin parti berkenaan dipinggirkan Umno, Shafie berkata mereka perlu ingat bahawa sebab kemasukan Umno ke Sabah ialah untuk menyatukan kaum Bumiputera di negeri itu.

Katanya selepas kemasukan Umno, anggota parti Usno, parti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) kini bersatu dalam Umno dan sekiranya Usno dihidupkan kemungkinan besar Bumiputera akan berpecah semula.

"Saya yakin rakyat Malaysia di Sabah ini sudah matang. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersatu memajukan negeri ini dan menyatukan rakyat kita," katanya.

Menurut Shafie, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mendengar rungutan golongan berkenaan dan bertindak secara serius mengatasinya supaya mereka tidak membawa diri lebih jauh daripada Umno.

"Kemungkinan ada perkara-perkara yang perlu kita dengar (daripada golongan ini) dan perlu diatasi. Bukan setakat mendengar tetapi kita perlu mengatasi masalah yang mereka utarakan," katanya. - BERNAMA

Konspirasi Anak-Beranak Dalam PKR?
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pengumuman Nurul Izzah Anwar untuk turut bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) November ini seolah-oleh mengesahkan wujudnya konspirasi 'politik anak-beranak' dalam parti itu.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, beliau menjangkakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran jawatan kepada anak sulungnya itu bagi memastikan perancangan untuk memenangkan calon tertentu jadi kenyataan.

"Tindakan Nurul Izzah sangat meragukan, dulu kata tak mahu bertanding, tapi sekarang sedia bertanding... dulu kata sokong Zaid (Ibrahim), tapi sekarang ambil sikap berkecuali pula.

"Jadi ia menggambarkan bahawa Anwar mungkin telah membuat tawaran jawatan penting dalam parti sekiranya anaknya itu menyokong Azmin (Ali) bagi jawatan Timbalan Presiden," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau mengulas pendirian terbaru Nurul Izzah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR setelah menerima lapan pencalonan setakat ini.

Malah pada masa yang sama Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengumumkan pendirian untuk tidak menyokong mana-mana calon yang bertanding pada pemilihan parti itu nanti.

Sebelum ini Nurul Izzah dilaporkan mengakui wujud perbezaan pendapat dalam keluarganya terutama berhubung perebutan jawatan Timbalan Presiden yang ditandingi dua calon popular iaitu Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Zaid Ibrahim.

Mengulas lanjut Saidatul Badru bagaimanapun berkata, Nurul Izzah berhak untuk bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti itu namun tetap meragui keupayaan dan kredibilinya dalam berpolitik.

"Memang itu hak setiap ahli, tapi dia itu siapa? Baru setahun jagung dalam politik... belum cukup pengalaman. Lainlah kalau nak bertanding jawatan Ketua AMK (Angkatan Muda Keadilan).

"Ini tidak, terus nak lompat ke jawatan yang lebih tinggi... lainlah kalau dia ada 'pakatan' dengan bapanya untuk diberikan jawatan itu," katanya.

Selain itu beliau berkata keadaan ini menggambarkan Anwar selaku penasihat menjadikan PKR sebagai parti milik keluarga apabila membuat perancangan meletakkan isteri dan anak memegang jawatan tertinggi dalam parti.

"Dia buat parti ini milik peribadi, semuanya dia yang aturkan, maka jadilah parti ini parti anak-beranak," katanya.

Dalam pada itu, Saidatul Badru turut menasihatkan agar ahli dan penyokong PKR menilai situasi berkenaan dengan sewajarnya agar tidak tidak terus ditipu untuk kepentingan individu tertentu.

"Saya harap penyokong PKR sedar, buka mata...jangan biarkan diri terus ditipu dengan permainan politik Anwar demi kepentingan peribadinya semata-mata," katanya.

Kerajaan PAS Kelantan tidak ambil tindakan perundangan
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
2010/09/25
Nik Aziz harap kontroversi isu sumbangan RM4b dihenti

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembangunan, I'da World Group Sdn Bhd (I'DA World) yang sebelum ini mencetuskan kontroversi akan menyumbang RM4 bilion kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata biarlah kontroversi yang ditimbulkan syarikat itu terhenti setakat ini. “Tak ada lagi (hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang)... setakat itu dulu,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di sini, semalam.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap I'DA World kerana menjejaskan imej beliau dan kerajaan PAS Kelantan.

Ahad lalu, I'DA World mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana di beberapa jajahannya.

Susulan kontroversi itu, Kerajaan PAS Kelantan kemudian mengambil tindakan menyenaraihitamkan syarikat pembangunan itu daripada menjalankan sebarang aktiviti membabitkan negeri ini.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN), Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata, setakat ini UPEN dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masih belum menerima permohonan rasmi daripada I'DA World mengenai sebarang rancangan membabitkan syarikat berkenaan.

"UPEN dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan masih belum menerima permohonan secara rasmi daripada I'da World Group Sdn Bhd mengikut Senarai Semak Kertas Cadangan Projek Pelaburan (Swasta) Negeri Kelantan yang boleh dicapai menerusi laman web http://upen@kelantan.gov.my," katanya dalam kenyataan, di sini.



SEBAB LARANGAN ARAK DAN JUDI

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lbh besar dari manfaatnya.” . Baru-baru ini lokalisasi perjudian di kepulauan seribu ramai dibicarakan di berbagai media massa. Lokalisasi itu diijinkan oleh pemerintah setempat dgn dalih sebagai sumber pemasukan bagi pemerintah daerah. Sungguh ironi sekali dalam keadaan bangsa yg mayoritas penduduknya beragama Islam dan pemimpinnya mayoritas beragama muslim perjudian dihalalkan demi utk pemasukan daerahnya. Judi dalam kehidupan masyarakat Indonesia sudah mendarah daging. Hampir di semua daerah bahkan di lingkungan sebuah desa kecil pun perjudian sudah marak walaupun mungkin bentuk dan tata cara pelaksanaannya berbeda-beda. Bahkan anak-anak kecil pun sudah terbiasa dgn perjudian. Oleh krn itu jika pemerintah melokalisasi perjudian hal itu adl sebuah tindakan yg salah. Tindakan itu belum tentu menjamin perjudian terselubung akan habis. Yang menjadi masalah bukan lokalisasi atau tidak; yg menjadi masalah adl jiwa dan mental dari masyarakat itu sendiri yg mesti dibersihkan dari mental yg gemar berjudi. Ada ataupun tidak ada lokalisasi dan pengesahan dari pemerintah perjudian akan tetap ada. Allah SWT telah memperingatkan dgn tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91 yg artinya “Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adl kotor berasal dari perbuatan setan; oleh krn itu jauhilah supaya kamu beruntung. Sesungguhnya setan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan salat; oleh krn itu apakah kamu mau berhenti?” Nabi saw bersabda yg artinya “Barangsiapa berkata kepada rekannya mari bermain judi maka hendaklah ia bersedekah.”. Banyak bentuk-bentuk perjudian yg dikemas dgn cara dan model bermacam-macam sehingga memberi kesan bahwa hal itu bukan perjudian. Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam tetapi ia juga mengharamkan tiap permainan yg dicampuri perjudian yaitu permainan yg tidak luput dari untung-rugi yg dialami oleh si pemain. Di balik pelarangan judi di dalam Islam ini terkandung suatu hikmah dan tujuan yg tinggi sekali

Hendaknya seorang muslim mengikuti sunatullah dalam bekerja mencari uang dan mencarinya dgn dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dari pintu-pintunya dan tunggulah hasil dari sebab-sebabnya.
Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yg dilindungi. Oleh krn itu tidak boleh diambil begitu saja kecuali dgn cara tukar-menukar seperti yg telah disyariatkan atau dgn jalan hibah dan sedekah.
Perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri kendati dari mulut dan lahirnya mereka telah saling merelakannya. Bagi pihak yg kalah dalam judi diamnya itu tidak sekadar diam tetapi membawa perasaan dongkol di dalam hatinya.
Kerugian itu mendorong pihak yg kalah utk mengulangi perbuatan judi lagi. Dan bagi yg menang pun krn sudah merasa menang ia merasa penasaran dan ketagihan utk memenangkan lagi padahal belum tentu menang lagi boleh jadi sebaliknya kalah. Dan seterusnya sehingga membuat lingkaran setan tak henti-hentinya melakukan maksiat.
Selamanya permainan judi sibuk dgn permainannya sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan kewajiban akan diri kewajiban akan keluarga dan kewajiban-kewajiban lainnya. Renungkanlah firman Allah SWT yg artinya “Barangsiapa yg menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dgn sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yg tidak memperoleh apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah segala yg mereka usahakan di dunia serta sia-sialah segala yg telah mereka kerjakan.” . Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

TOLONG SAMA-SAMA FIKIAQ....HARAM ATAU HALAL....

Pendedahan Pergerakan Pemuda UMNO semalam amat penting dan melebihi daripada apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS yang bersubahat dan memejamkan mata serta memekakkan telinga mengenai perkara ini.

Mana Pemuda PAS Pulau Pinang yang begitu ‘angkuh’ mempertahankan Guan Eng selama ini? Takut bersuara? Tetapi bukankah ini sesuatu yang menjijikan bagi umat Islam? Bolehkan orang Islam menerima bantuan daripada dana hasil judi?

Mana Mujahid Yusof Rawa? Mana itu Ahli Parlimen Parit Buntar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, AJK PAS Pusat, AJK Pemuda PAS Pusat sertaYang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang?

Bolehkah anda buat tidak tahu dan berdiam diri dalam isu ini hanya kerana PAS adalah sekutu pakatan pembangkang?

PAS kajilah perkara ini. Pemuda UMNO bukan main politik apabila semalam mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

‘‘Kalau sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka, saya cabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat ini.

‘‘Kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Kepala Batas semalam.

KAWAN KITA.....APAKATA AMBIL 4 JUTA TU BAWA SEMUA ORANG KUAT KELANTAN GI MAKKAH
SEMBAHYANG HAJAT......JANGAN MALU AMBIKLAH....



NUKILAN HANG NADIM SATU PERINGATAN UNTUK BANGSA KU.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.