Pages

Subscribe:

30 September, 2010

[ hang nadim] Elak subahat buat keji – Nooh Gadot


Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 30 Sept. – Tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan dan wang ihsan RM100 kerajaan negeri Pulau Pinang memulangkan semula wang itu adalah untuk menjauhi mereka masuk ke neraka jahanam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Mohd. Nooh Gadot (gambar) berkata, tindakan tersebut dibuat kerana ragu-ragu sumbernya daripada hasil perjudian.

Katanya, ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada bersubahat atau terlibat dengan perbuatan kotor dan keji yang disukai syaitan.

Menurut beliau, ini dapat dibuktikan menerusi surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala serta mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah perbuatan kotor, keji dan jijik serta perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Sehubungan itu, Nooh berkata, bagi umat Islam berhubung makan dan minum amat penting kerana ia ada hubung kait dengan dosa dan pahala.

“Makanan yang datangnya daripada sumber yang haram termasuk judi memberi kesan secara menyeluruh bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi yang lebih penting keturunannya.

“Antara kesannya adalah ia akan membawa penyakit, lembap dan lemah dalam pelajaran serta rosak moral dan keruntuhan akhlak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Mufti Johor mengulas tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 bertindak memulangkan semula wang itu kepada kerajaan Pulau Pinang, kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Selain itu, kata Mohd. Nooh, ia juga boleh menyebabkan hilang pedoman dan arah hidup serta terarah melakukan maksiat, dosa, melakukan perkara mungkar, keji dan penyelewengan.

Tambah beliau, orang yang memakan benda haram menyebabkan mereka juga suka mengunjungi majlis-majlis yang tidak berfaedah dan gemar berkawan dan bersahabat dengan orang yang fasik.

“Doa orang sebegini juga, permohonan, hajat, permintaan dan ibadahnya tidak diterima Allah SWT dan yang lebih dahsyat ia akan melahirkan zuriat dan keturunan bermasalah.

“Orang sebegini juga benci perkara-perkara kebaikan dan maaruf seperti ke masjid, surau dan majlis-majlis ilmu dan matinya kelak dalam keadaan su’ulkhatimah (mati dalam keadaan buruk),” katanya.

Mesej jelas supaya tidak pandang remeh hukum Islam

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan di Pulau Pinang memulangkan semula wang RM100 semalam merupakan mesej jelas kepada semua pihak supaya tidak memandang remeh hukum dan kesucian Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, malah wang tersebut yang diragui datangnya daripada sumber perjudian adalah menghina golongan miskin, khususnya kepada orang Islam.

“Saya kesal pihak yang dulunya lantang membantah lesen judi bola sepak kini sanggup menggunakan sumber judi untuk membantu orang miskin.

“Justeru, saya rasa walaupun jumlahnya hanya RM100 setiap seorang, mesej yang ingin disampaikan amat jelas iaitu orang miskin tidak wajar diperlakukan dengan sedemikian rupa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Semarak Syawal bersama asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.

Pada majlis itu Jamil Khir menyerahkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM1.94 juta kepada tiga kategori asnaf iaitu golongan fakir, miskin dan mualaf.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohd. dan Pengurus Baitulmal, Dr. Muhammad Yamin Ismail.

Jumaat lalu Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan kerajaan negeri menerima sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada mulanya menafikan dakwaan itu akhirnya mengaku pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Bagaimanapun, Guan Eng menjelaskan, wang ihsan serta sumbangan kepada umat Islam di negeri itu telah diasingkan, bukannya diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

Bekas pemimpin PKR dedah pengakuan Reformis

NG LUM YONG Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Bekas seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan mengenai pengakuan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar yang telah diberi tugas oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ng Lum Yong yang merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa, pengakuan tersebut terdapat di dalam rakaman perbualan telefon antara Ramlan dengan seorang yang sehingga kini masih belum dikenali.

Beliau mendakwa, rakaman perbualan telefon itu diterimanya dalam bentuk cakera padat di rumahnya 10 hari yang lalu.

''Sejak itu saya mendengar rakaman perbualan ini boleh dikatakan pada setiap hari. Saya mahu mengenal pasti identiti mereka dan akhirnya saya dapat mengecam salah seorang mereka ini ialah Ramlan Abu Bakar, ketua gerakan reformis.

''Saya tidak kata dakwaan mereka ini benar tetapi saya percaya rakaman audio ini telah tersebar ke seluruh negara. Selain disebarkan dalam bentuk cakera padat orang ramai dapat mengaksesnya melalui blog suaraampangpoint.blogspot,'' dakwanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Wartawan yang hadir pada sidang akhbar tersebut turut diberi peluang mendengar perbualan antara Ramlan dan seorang individu yang memakan masa selama 10 minit.

Antara kandungan perbualan itu ialah mengenai habuan yang dijanjikan dalam bentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) kepada penggerak reformis bagi menjayakan demonstrasi bogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada tahun 2009.

Demonstrasi itu sebagai bantahan terhadap kerajaan negeri yang menaikkan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan tetapi ia akhirnya dibatalkan

Ekoran daripada rakaman perbualan telefon tersebut Lum Yong menggesa pucuk pimpinan parti segera menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara tersebut.

''Tan Sri Khalid dan Azmin merupakan dua sahabat saya dan saya fikir nama mereka perlu dibersihkan sekiranya dakwaan yang dibuat melalui perbualan itu tidak benar,'' katanya.

Beliau berkata, di peringkat ini pucuk pimpinan tidak boleh membiarkan rakaman itu tersebar luas kerana kemungkinan rakyat akan menerima bulat-bulat setiap kandungan perbualan berkenaan.

''Pucuk pimpinan khususnya Presiden, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu mengambil tindakan menubuhkan jawatankuasa berkenaan supaya setiap dakwaan yang dibuat boleh ditentukan sama ada benar atau tidak melalui satu siasatan terperinci," katanya.

''Seperti mana kes peguam Datuk V.K. Lingam, pengedaran cakera padat ini boleh dijadikan asas penubuhan jawatankuasa siasatan,'' katanya.

Beliau berkata, setiap pihak yang dipanggil untuk memberi keterangan dikehendaki memberikan kerjasama sewajarnya termasuk Menteri Besar Selangor dan Azmin.

Menjawab satu soalan beliau menegaskan pendedahan yang dibuatnya ini dilakukan secara sukarela dan bukannya diupah atau dibayar oleh pihak tertentu.

''Saya merupakan salah seorang pengasas parti ini dan apa yang saya lakukan ini adalah semata-mata tanda sayang saya terhadap parti. Saya tidak mahu parti rosak disebabkan perkara-perkara seperti ini.

''Saya lakukan secara sukarela dan bukannya saya menerima bayaran tertentu. Saya mahu tegaskan di sini saya tidak dibayar. Saya adakan sidang akhbar ini semata-mata mahu selamatkan PKR,'' katanya lagi.

Dalam pada itu ketika ditanya sekiranya PKR tidak melayan permintaannya itu Lum Yong berkata, ia merupakan sesuatu yang amat mengecewakan.

''PKR juga tidak sepatutnya menjadi parti keluarga sebaliknya ia harus menjadi parti untuk rakyat. Amalan seperti ini langsung tidak sihat dan ia perlu dihentikan segera,'' katanya lagi.

Rancang jatuhkan MB Selangor

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar mendakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menawarkan habuan kepada Reformis untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Ramlan, antara tindakan Reformis yang ada kaitan dengan agenda tersebut ialah demonstrasi bogel di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 2009 serta aduan rasuah melibatkan Abdul Khalid kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, semua tindakan itu bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid sekali gus memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

"Memang tidak dinafikan agenda perjuangan Reformis berasaskan rakyat, tetapi Azmin seorang yang amat bijak dalam konteks memanipulasi keadaan. Beliau gunakan kesempatan itu untuk mencalar imej Menteri Besar.

"Sebagai ahli politik, Azmin merupakan seorang yang bercita-cita besar dan antara matlamatnya adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Saya dan rakan-rakan dalam Reformis menjadi alat untuk mencapai matlamat itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan bekas seorang pemimpin kanan PKR hari ini berhubung tugas yang diberikan oleh Naib Presiden PKR itu untuk menjatuhkan Abdul Khalid.

Ng Lum Yong yang merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR berkata, pengakuan tersebut terdapat dalam rakaman perbualan telefon antara Ramlan dengan seorang yang sehingga kini masih belum dikenali.

Menurut Lum Yong, melalui perbualan telefon tersebut kumpulan Reformis yang diketuai Ramlan telah ditawarkan habuan berbentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) daripada Azmin.

Sebelum ini, iaitu pada Februari tahun lalu, Ramlan pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak rela dipergunakan buat kali kedua oleh pemimpin PKR itu untuk mencapai agenda politik peribadi kerana mereka tidak pernah menghargai peranan yang dimainkan Reformis selama ini.

Ramlan berkata, atas nama prinsip perjuangan beliau tidak mahu menerima habuan yang ditawarkan oleh Azmin.

"Saya lebih rela hidup miskin daripada kaya hasil makan habuan orang politik seperti Azmin. Saya tidak mahu hidup senang atas penderitaan orang lain," katanya.

Ramlan sedar Azmin akan menafikan kenyataannya bahawa Reformis menjadi alat untuk menjatuhkan Abdul Khalid.

"Saya tidak hairan Azmin akan menafikan kenyataan saya ini, tetapi beliau harus ingat saya ada bukti dan paling penting Allah mengetahui setiap yang berlaku. Mereka boleh tipu 27 juta rakyat Malaysia tetapi mereka lupa Allah tahu segala-galanya," katanya.

"Saya juga berani berhadapan dengan Azmin sekiranya itu yang beliau mahukan. Saya sedikitpun tidak berasa gentar. Dengan polis pun saya boleh hadapi setiap kali berdemonstrasi, inikan pula Azmin. Insya-Allah saya tidak akan gentar," katanya.

Beliau turut mendedahkan mengenai Azmin yang merupakan individu paling banyak mengetahui rahsia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Azmin sebenarnya bukan anak emas tetapi Anwar yang sangat takut kepadanya kerana Azmin banyak mengetahui rahsia Anwar. Bagi menutup mulut Azmin, Anwar ikut sahaja apa yang Azmin mahukan," katanya.

Friday October 1, 2010

Sabah PKR No 2 claims meeting ‘not right’
KOTA KINABALU: A senior PKR official in Sabah is crying foul over a divisional meeting here on Sept 18 that he claims was filled with irregularities.

State PKR deputy chief Datuk John Ghani, thus, wants the Beaufort division meeting to be annulled.

He was defeated for the post of division chief by lesser known Ramli Ukin, a younger brother of state Housing and Local Government Minister Datuk Lajim Ukin.

John claimed the meeting was held without a permanent or deputy permanent chairman being appointed.

“This obviously contradicts the party constitution,” he said.

He also questioned why the votes tallied for the division chief’s post was 652 while the votes for the deputy’s post totalled 513 and the ballots for the vice-chief post were 519.

“Why is there such a wide difference in the total votes cast? It indicates something is not right,” said John, adding that he had raised the alleged discrepancies with a senior PKR headquarters official who had observed the meeting and the polls.

John said his objections were ignored, prompting him to write a complaint to PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim on Sept 20.

Friday October 1, 2010
Samy to quit next year
By A. LETCHUMANAN
letchu@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: In a surprise move, Datuk Seri S. Samy Vellu has announced that he is stepping down as MIC president and will hand over the reins to his deputy Datuk G. Palanivel in January next year.

This, he said, was to enable the new leadership to strengthen and continue leading the party in the next general election.

“I am officially announcing my decision to step down and pass the leadership to my deputy next year,” he told reporters after chairing the party’s central working committee meeting here yesterday.

“I don’t want to wait till the end of my term on March 8, 2012. This will be a renewal for the (new) leadership to chart its own plans and work for the betterment of the Indian community,” he said after making the announcement to stunned CWC members.

The veteran politician took over as acting president following the death of then president Tan Sri V. Manickavasagam in 1979 and was elected as president in 1981.

He has been MIC chief for 11 consecutive terms.

Samy Vellu said the party constitution would be adhered to in enabling the deputy to take on the acting president’s post when he vacated the presidency.

“There will not be any presidential election. We only need an election if I were to step down one or two months before the end of my term as president,” he said.

On his plans after stepping down, Samy Vellu said he would not get involved or interfere in party affairs but would remain in the country.

“I will concentrate on forging a better relationship between Malaysia and India in terms of infrastructure projects,” he said, adding that he had brought North-South Highway Project (Plus) to India.

“I’m prepared to help Malaysian companies to get projects in India,” he said.

Samy Vellu said the Pravasi Bharatiya Divas held in India set for January next year would be the last important function for him.

Asked about claims that he had quit due to “pressure” from certain quarters, Samy Vellu said: “Only mad people will make such claims.”

“I have already informed our Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) of my intention even before the Hulu Selangor parliamentary by-election,” he added.

Samy Vellu had promised in March 2008 that it would be his last general election. He lost his Sungai Siput parliamentary seat.

A year later, Samy Vellu contested and won again MIC presidential election for the 11th time, vowing that the term, which would end on March 2012, would be his last.

In May, Samy Vellu said he would quit eight to nine months before the expiry of his term, naming Palanivel as his successor, and dropping hints of an early exit if given other responsibilities.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.