Pages

Subscribe:

04 Oktober, 2010

[hang nadim] 47 lagi serah wang judi.......



BUKIT MERTAJAM 3 Okt. - Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut hari ini.

Golongan fakir miskin dan warga emas terlibat memulangkan wang tersebut pada majlis Aidilfitri anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini.

Seramai 27 daripada mereka menyerahkan wang berkenaan pada majlis itu manakala 20 lagi berbuat demikian di pejabat UMNO Bahagian Bukit Mertajam, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, para penerima bantuan terbabit memulangkan wang secara beramai-ramai sebelum menyerahkannya kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir untuk dipulangkan semula kepada kerajaan negeri.

Turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan Timbalan Ketua UMNO bahagian tersebut, Ramlan Ishak.

Seorang warga emas, Elias Siru, 68, berkata, dia tertipu kerana menyangka wang bantuan kerajaan negeri itu diberi atas dasar keikhlasan untuk membantu orang tua sepertinya.

"Tapi kalau mengambil duit judi untuk disedekahkan kepada orang macam kami ini, saya rasa ia sudah keterlaluan.

"Kadang-kadang saya rasa takut jika saya mati sebelum dapat memulangkan wang ini, hari ini saya benar-benar berasa lega," jelasnya.

Che Yom Abdul, 62, pula bertekad memulangkan wang tersebut kerana ragu-ragu ia bersumberkan wang perjudian seperti yang didedahkan baru-baru ini.

"Selepas tahu mengenai perkara ini, saya bertekad untuk pulangkan semula dan ketiga-tiga anak saya juga menasihatkan untuk pulangkan kerana kami sekeluarga tidak perlukan duit yang diragui dari mana ia datang.

"Kerajaan pun sudah beri duit pencen tiap-tiap bulan, itu pun sudah cukup, kami bersyukur. Cuma nak tanya (kerajaan negeri), patutkah beri kami duit ini? Kami mungkin tidak mampu tetapi kami tidak tergamak terima duit haram," katanya.

Sharifah Abdul Rahim, 70, pula memberitahu, dia sekeluarga sangat terkilan selepas mendengar pengakuan kerajaan negeri ada menerima wang dari Kelab Lumba Kuda untuk membantu orang miskin di Pulau Pinang.

"Saya ragu-ragu sama ada wang (RM100) yang terima ini juga datang daripada sumber judi, jadi saya rasa lebih baik pulangkan supaya hati lebih tenang. Insya-Allah, tanpa duit ini saya dan anak-anak masih boleh hidup," tambahnya.

Pada 29 September lalu, 40 penerima bantuan kerajaan negeri terdiri warga emas dan fakir miskin di Kepala Batas memulangkan semula bantuan berkenaan diikuti 70 lagi penerima bantuan sekitar Bayan Baru, dekat sini yang membuat tindakan sama semalam.

Dituduh rasis: Timbalan Pengarah BTN lapor polis
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita propembangkang The Malaysian Insider dan seorang wartawannya, dipercayai berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman dan menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Hamim yang membuat laporan itu di Balai Polis Sentul pada pukul 12.30 tengah hari ini bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan mengenai kandungan laporan polis itu.

Selepas selesai membuat laporan, dia dilihat keluar dari balai dan berhenti seketika sebelum menadah tangannya untuk membaca doa selama beberapa minit.

Dia kemudian menuju ke sebuah kereta Proton Wira dan sebelum menaikinya sempat mengucapkan terima kasih ke arah wartawan sambil melambaikan tangannya.

Hadir menemani Hamim ialah Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah dan beberapa ahlinya.

Arman yang bercakap bagi pihak Hamim memberitahu pemberita, bahawa wartawan The Malaysian Insider terbabit yang membuat laporan itu menyalahtafsirkan kenyataan pegawai kanan BTN itu sehingga mencetuskan ketegangan di antara kaum.

Menurut Arman, Perkasa berdiri teguh di belakang Hamim kerana beranggapan dia tidak bersalah dalam perkara ini, lebih-lebih lagi majlis anjuran Pergerakan Puteri UMNO pada 27 September lalu itu merupakan forum tertutup.

"Wartawan itu yang tidak prihatin dan tidak menghormati majlis tertutup itu telah menyelinap masuk dan membuat laporan yang tidak sepatutnya," jelasnya.
Raja Petra Kamarudin patut pulang

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Okt. - Tindakan Raja Petra Kamarudin melarikan diri ke luar negara dengan melanggar syarat jaminan polis sebelum ini membuktikan pengendali portal berita propembangkang, Malaysia Today itu enggan berhadapan dengan proses keadilan di mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sedangkan Raja Petra sepatutnya pulang jika beliau yakin di pihak benar memandangkan pihak berkuasa sedia memberi jaminan keselamatan kepadanya di bawah Akta Pemberi Maklumat dan Akta Perlindungan Saksi.

Menurutnya, ia bukan sahaja melibatkan kesnya di mahkamah tetapi juga berhubung tuduhannya mengenai penglibatan pihak tertentu dengan rasuah yang mana beliau mendakwa mempunyai bukti.

''Jika benar-benar mempunyai bukti terhadap pihak-pihak yang dikatakan mengamalkan rasuah sepatutnya dia bersedia pulang ke negara ini dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain menghadapi kesnya di mahkamah.

''Betul atau tidak maklumat yang diberikan melalui portal berita beliau, kita minta Raja Petra tampil membantu siasatan SPRM kerana dia tidak perlu takut untuk menghadapi proses perundangan jika berada di pihak yang benar," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian pada sidang akhbar selepas program bual bicara anjuran mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Annexe di sini hari ini.

Pengendali Malaysia Today itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 27 Mei 2009 selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Tindakan itu merupakan waran tangkap kedua dikenakan terhadap Raja Petra selepas beliau gagal menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 23 April tahun yang sama.

Mohamed Nazri menambah, dalam isu rasuah yang dibangkitkan Raja Petra, beliau sepatutnya berani tampil ke depan memberi maklumat lengkap kepada SPRM bagi siasatan lanjut diadakan.

''Pornthip (Pornthip Rojanasunand pakar forensik dari Thailand) misalnya yang awalnya dikatakan takut untuk memberi keterangan dalam kes Teoh Beong Hock akhirnya hadir ke negara ini memberi keterangan," katanya

Penafian Guan Eng isu RM100 jerat diri

2010/10/05
Kerajaan Pulau Pinang sendiri tak amal konsep CAT dalam pentadbiran

SEORANG lelaki berusia 63 tahun dari Kampung Pulau Mertajam, Penaga, kelihatan gelisah ketika menghadiri majlis penyerahan RM100 yang diberikan kerajaan Pulau Pinang selepas timbul syak wasangka terhadap sumbernya yang didakwa daripada sumber judi di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Kepala Batas, baru-baru ini.

Kegelisahan bertambah apabila melihat ramai rakan seusianya memasukkan RM100 ke dalam tabung lutsinar disediakan pihak penganjur sambil menyatakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tiba-tiba dia menyeluk saku dan memeriksa dompetnya beberapa kali, namun hampa, lalu berkata kepada seorang rakannya ketika menuju keluar dari bilik dipenuhi warga tua dan golongan miskin tegar itu. “Macam mana aku hendak kembalikan RM100, duit tak bawa. Aku memang hendak bagi balik pasal ragu-ragu terhadap sumbernya... tak mahu aku buat belanja kerana akan jadi darah daging,” katanya yang terus keluar, mungkin dengan perasaan hampa kerana gagal melakukan apa dihajatinya.

Mengambil mesej daripada cerita lelaki itu, sebaik saja UMNO Pulau Pinang mengambil inisiatif melancarkan program menyerahkan kembali wang diberikan kerajaan negeri kerana sumbernya diragui, timbul cakap-cakap yang menuduh ada warga tua diberikan wang oleh UMNO untuk berbuat demikian demi kepentingan politik.

Malah, ada yang mengatakan kejadian yang jarang dilihat itu (rakyat mengembalikan semula wang sumbangan kerajaan negeri atau mana-mana organisasi) adalah satu sandiwara atau ‘main wayang’ yang cuba ditimbulkan bagi memberikan imej kurang baik kepada kerajaan negeri yang mula memimpin Pulau Pinang sejak Mac 2008.

Jika diambil kira cerita penerima RM100 dari Kampung Pulau Mertajam itu, timbul persoalan sama ada benarkah dakwaan kononnya UMNO memberikan wang kepada warga emas untuk dikembalikan semula kepada kerajaan negeri?
Kalau benarlah ada pihak memberikan wang berkenaan, sudah tentu warga tua tadi dengan senang hati akan memasukkan RM100 ke dalam tabung bersama rakannya dan pulang dengan hati yang tenang.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia gagal mengembalikan RM100 pada waktu itu dan mungkin ketika ini, dia sudah pun dapat melunaskan hasratnya bagi mengembalikan semula wang itu.

Tuduhan tidak berasas itu juga sudah tentu menyebabkan warga tua yang mengembalikan RM100 juga berkecil hati kerana niat dan keikhlasan mereka disalahertikan pihak tertentu yang tidak habis-habis berpolitik, malah dilihat sebagai satu penghinaan kepada golongan berkenaan. Hati siapa tidak terguris apabila niat baik dipertikaikan, malah didakwa berlakon.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, turut melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri yang memanipulasi isu berkenaan dengan mendakwa ada pihak memaksa warga tua memulangkan semula wang terbabit.

“Itu semua (sebak dan menangis) bukan lakonan dan UMNO sendiri tidak pernah paksa mereka untuk pulangkan wang. Kalau tidak mahu pulangkan itu hak mereka.

“Mereka yang pulangkan wang itu juga fikir pasal soal agama serta akidah kerana soal agama bukan boleh buat main-main,” katanya yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Mengimbas kembali ketika Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri akan menjalankan program penghargaan warga tua ketika menyambut ulang tahun pertama pemerintahan kerajaannya di Padang Kota Lama, Georgetown, ramai yang bersorak gembira.

Manakan tidak, ini adalah kali pertama program penghargaan seperti itu dilaksanakan di negeri diberikan jolokan Pulau Mutiara dan ia dijadikan modal utama kerajaan negeri untuk berkempen bagi mengukuhkan kedudukannya.

Selepas beberapa ketika, akhirnya kerajaan negeri memberi RM100 kepada warga tua berusia 60 tahun ke atas dan RM1,000 kepada waris jika mereka meninggal dunia.

Bagaimanapun, pengumuman itu mendapat reaksi negatif segelintir pihak yang menganggap program itu tidak akan membantu negeri ini secara keseluruhannya berikutan jumlahnya amat kecil.

Belum genap setahun program itu dilaksanakan, timbul dakwaan sumber dana kewangan digunakan bagi membiayai program itu adalah daripada wang judi seperti didakwa sebuah blog, Pisau.Net yang kemudian disangkal oleh kerajaan negeri.

Mereka menegaskan wang itu hasil penjimatan kerajaan negeri dan usaha membasmi rasuah. Bagaimanapun, kerajaan negeri terjerat apabila Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendedahkan surat rasmi yang mengesahkan kerajaan negeri menerima sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk membiayai program membasmi kemiskinan.

Guan Eng terjerat dengan penafian pihaknya sebelum ini dan akhirnya mengaku kerajaan negeri menerima sumbangan RM2 juta daripada pengendali pertaruhan perlumbaan kuda. Walaupun beliau menjelaskan duit itu sudah diasingkan, tetapi menimbulkan rasa curiga kerana kerajaan negeri tidak pernah mengumumkannya.

Mungkin mereka beranggapan bahawa program membasmi miskin tegar dan penghargaan warga tua adalah dua perkara berbeza dengan sumbernya juga berlainan, tetapi apa yang berjaya dilakukan adalah pembongkaran pembohongan berterusan.

Sekejap kata tidak langsung guna duit daripada sumber judi untuk melaksanakan programnya, dan kini sebaliknya pula.

Mungkin rakyat boleh menjadi hakim dalam isu ini selepas melihat bagaimana penjelasan dibuat kerajaan negeri yang sering melaung-laungkan kononnya berpegang kepada konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dan mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz.

BTN man lodges police report over article

KUALA LUMPUR: National Civics Bureau (BTN) assistant director Hamim Husin has lodged a police report against an online news portal and a reporter who allegedly wrote an article about topics discussed during a closed-door meeting.

The report was made at the Sentul police station here at 1.20pm, Monday.

On Sept 27, the portal's article alleged that Hamin had made racist remarks during a closed-door event organised by Puteri Umno.

On Sept 29, BNT issued a statement denying that Hamin had made racist remarks at the meeting, according to its initial investigation.

The statement said the Puteri Umno event was a closed-door function and that the reporter from the news portal could have sneaked in without prior permission from the organising secretariat.

"Hamim, an assistant director of the Federal Territory branch of BTN, was a guest speaker at the event where he expressed personal views and did not make any official statement with the intention to insult anyonem," the statement said.

Galas polls: Ku Li to head Barisan’s campaign
By DHARMENDER SINGH


PUTRAJAYA: Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah has agreed to lead the Barisan Nasional's charge in the upcoming Galas by-election, said Barisan Nasional secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan said nine-term MP Tengku Razaleigh, who is currently abroad, had agreed to take up the position as Barisan’s director during the by-election although he was yet to be handed the official letter on his appointment.

“Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has already signed the letter and it is with me right now.

Alwi tells PAS to lay off Razaleigh

KOTA BARU: PAS has been told to lay off Tengku Razaleigh Hamzah, who has lately been a target of the ruling party in Kelantan following his appointment as the Barisan Nasional operations director for the upcoming Galas by-election.

State Opposition leader Datuk Md Alwi Che Ahmad accused PAS of attempting to use “reverse psychology” on the Gua Musang MP, fondly called Ku Li, and making accusations to belittle his role.

“This has to stop as it is meaningless and an attempt to confuse the electorate in Galas.

“It is also an outright attack on Ku Li’s reputation as a veteran leader,” said Alwi, who is Kok Lanas state assemblyman.

The Galas by-election is being held to fill the vacancy caused by the death of representative Che Hashim Sulaima from PAS on Sept 27.

He had defeated the Barisan’s Saufi Deraman by a 646-vote majority to win the seat in the March 2008 general election.

Following an anouncement by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin that Tengku Razaleigh would lead the Barisan charge in the upcoming by-election and speculation that he would contest the state seat, several PAS leaders had claimed it was a ploy to kill the political career of the former finance minister and Semangat 46 president.

Alwi said PAS had conveniently forgotten that it was due to Tengku Razaleigh, when Semangat 46 allied with PAS in the 1990 general election, that they were able to regain Kelantan from the Barisan.

“PAS is indebted to Ku Li. They should not contest (in Galas),” said Alwi.

Regarding talk about the nine-term MP being the Barisan candidate in Galas, he said: “Ku Li should be given the choice and support to decide who he wants to nominate in the by-election.”

“Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin will most likely hand it over to Tengku Razaleigh after he returns on Oct 8,” he told reporters after attending the Putrajaya district police Hari Raya celebration here Monday.

He said Tengku Razaleigh, who is the Gua Musang Umno division chief, was the right person to head the campaign at Galas and win back the seat for Barisan as he knew the constituency better than anyone else.

On chances that Tengku Razaleigh would be picked as the candidate for Galas state seat, Tengku Adnan said: “That is another possibility but we will leave to Tengku Razaleigh to decide as director of operations in Galas.

“We want to listen to who he says will be best (to stand as a candidate in Galas) and we are comfortable with any candidate who can win the seat and serve the rakyat well,” he said.

Tengku Adnan also said he had learnt that the PAS state government in Kelantan had started handing out land titles to the people in Galas while DAP adviser Lim Kit Siang and PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim would start holding ceramah in the area.

He said Umno would monitor the situation there closely although he did not understand the Opposition’s actions, especially in holding the ceramah, as the by-election had not even been officially announced by the Elections Commission.

He said the Galas seat was traditionally a Barisan Nasional seat, having only lost it to Semangat 46 once and then to PAS in 2008 by about 600 votes, and the party would do its best to wrest back the seat.

Turmoil in PKR a blessing for Umno, says Hisham

KUALA TERENGGANU: The internal turmoil plaguing PKR could be a blessing for Umno, party vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said.

Hishammuddin, who is Umno liaison committee chairman, said the situation in PKR would be positive for Terengganu, where Umno could gather support from those who had previously distanced themselves from the party.

He added that people could now gauge for themselves which party could defend them. He also said they should also ask themselves whether they wanted to be with PKR, which was facing a serious internal crisis.

“Umno has the advantage because of our unity. We just have to further consolidate our unity and continue serving the people of all races.

“In return, they will give their support to us,” he said after chairing a closed-door meeting with Kuala Nerus and Marang division leaders here yesterday.

On Terengganu Umno, Hishammuddin said he believed that the ties between the state party leaders had improved.

He added that he had received “positive vibes” during his meeting with all eight party division members in the state during his two-day visit here.

“Things are looking brighter here and unity among these leaders is now stronger. We need to continue to maintain this strength,” Hishammuddin said

Azmin hits out at Dr M for backing Perkasa

Read more: Azmin hits out at Dr M for backing Perkasa http://www.nst.com.my/nst/articles/6AZM/Article/#ixzz11R0gtykC

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat deputy president hopeful Mohamed Azmin Ali yesterday described former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's political career as "down and out".
He had made the statement without making any reference to anyone while opening the Gombak division meeting here yesterday.

However, when met later, he said he was referring to Dr Mahathir, who was currently warded at the Epworth Hospital in Melbourne, Australia for chest infection.

He said his reference to Dr Mahathir was suitable for the leader and that he had made it due to his stubbornness in supporting Malay rights group, Perkasa.

"I hope Dr Mahathir, as a long-serving leader in the country, will assume a bigger responsibility as Malaysia will be more advanced if racial narrow-mindedness is not practised in today's leadership."

Earlier in his speech, Azmin told the 145 delegates present that PKR, as a multiracial party must reject this narrow-mindedness if it wanted to progress,

"I will fight Perkasa till the end. I pledge not only to fight Perkasa, but also any individual who hides behind it."

He also hit out at its leaders who were willing to collaborate with the "Umno media", like Utusan Malaysia, which he described as "toilet paper".

"Are these the kind of leaders we want in the party?"

He said such leaders were willing to let themselves be used by attacking the party's leadership and policies

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.