Pages

Subscribe:

30 Oktober, 2010

[ hang nadim] 1Malaysia Deepavali carnival to add to the joy



















A rose among flowers: V. Kamani, 20, from Cheras, picking up flowers while shopping for Deepavali at Jalan Masjid India in Kuala Lumpur. With the celebrations just days away, business is picking up in the many ‘little Indias’ around the country. On Sunday, the 1Malaysia Deepavali Carnival will be held in Klang with the Prime Minister and his wife in attendance. – AZMAN GHANI / The Star

Sunday October 31, 2010
KUALA LUMPUR: The air of festivity at Jalan Tengku Kelana in Klang will be heightened with the 1Malaysia Deepavali carnival from 2.30pm to 10pm.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor are expected to attend the carnival at 8pm.

Organising chairman Datuk K.K. Eswaran said the Prime Minister and his wife would have a walkabout in Jalan Tengku Kelana before joining the public for a cultural performance and dinner.

Eswaran said the event would be a historic occasion as this was the first time a Prime Minister was visiting Tengku Kelana to join in the celebrations in conjunction with Deepavali.

He said that about 80,000 people are expected to attend the seven-hour carnival organised by the Malaysian Association Indian Chamber of Commerce and In­­dustry (MAICCI) in collaboration with the Malaysian Indian Textiles and General Stores Association.

Eswaran said the carnival would foster goodwill and a spirit of brotherhood among Malaysians.

Najib, he said, would also hand over donations to underprivileged children and old folks homes during his visit there.

Cinta orang Norway pada Malaysia

PENERIMA Anugerah Merdeka 2010 bagi kategori Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia, Tan Sri Just Faaland, 88, merasakan dirinya amat dekat dengan Malaysia.

Menurut anaknya, Jon Faaland, 61, bapanya dilihat sempat membaca buku Rancangan Malaysia Ke-10 sehari sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk menerima anugerah itu minggu lalu.

"Selepas 40 tahun beliau berkecimpung secara profesional dalam bidang ekonomi serta perkembangan di Malaysia, kami sekeluarga kadang-kala terfikir adakah beliau masih lagi seorang berketurunan Norway ataupun orang Malaysia.

"Keserasian beliau dengan Malaysia dapat dilihat apabila beliau amat selalu berinteraksi dengan ahli-ahli ekonomi dari negara anda.

"Selain itu, Tan Sri juga sering menghubungi rakan-rakannya di Malaysia dari semasa ke semasa hanya untuk bertanya khabar," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Kuala Lumpur Rabu lalu.

Selepas selesai majlis penyampaian anugerah itu di Bangunan Berkembar Petronas, Kuala Lumpur malam Selasa lalu, Faaland dilihat sungguh berselera menikmati sate bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta kenamaan lain.

Faaland yang ditemuramah pemberita keesokannya apabila ditanya berkata:

"Sate memang merupakan makanan Malaysia yang menjadi kegemaran saya. Saya 'jatuh cinta dengan sate' sejak mengenalinya di Kuala Lumpur lebih kurang 40 tahun lalu. Malam tadi, Perdana Menteri anda banyak mencuba makanan lain yang dihidangkan pada majlis itu tetapi jika anda perhatikan pinggan saya selepas majlis, ia hanya dipenuhi lidi serta lebihan kuah kacang."

Just Faaland yang dilahirkan di Tromso, Norway pada 1922 pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kumpulan Penasihat Universiti Harvard di Malaysia pada 1968 sehingga 1970.

Pada masa itulah beliau menganalisis keadaan ekonomi Malaysia serta struktur susunan masyarakat yang dilihat tidak memberi kelebihan atau keadilan kepada kaum majoriti negara ini.

Beliau merupakan salah seorang penggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) bersama sekumpulan tokoh tempatan selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

Sebelum itu, beliau pernah bertugas sebagai salah seorang ahli Kumpulan Penasihat Universiti Harvard di Pakistan pada 1957 hingga 1959. Berbekalkan ilmu ekonomi yang dikumpulnya sewaktu menuntut di beberapa universiti terkemuka Eropah dan Amerika, beliau pernah dipertanggungjawabkan membantu perkembangan ekonomi sejumlah besar negara dunia ketiga melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta agensinya.

Ibu tunggal sibuk bersiap sambut Pesta Cahaya

KOTA BHARU 4 Nov. - Walaupun hidup dalam kesukaran akibat ditinggalkan suami, A. Indra Elise (gambar), 37, tetap membuat persiapan bagi meraikan Deepavali esok.

Menurut ibu tunggal itu, miskin atau kaya bukan penyebab untuk membiarkan perayaan 'kemenangan atas kejahatan' itu berlalu begitu sahaja.

''Dalam apa jua keadaan, Deepavali mesti disambut biarpun dalam suasana amat sederhana,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kubor Kuda di sini hari ini.

Ketika ditemui, Indra Elise bersama anak-anaknya sibuk menyediakan juadah wajib maruku yang akan dihidangkan di pagi Pesta Cahaya itu.

Tidak ketinggalan, mereka juga menyiapkan perhiasan 'kolam' daripada hampas kelapa berbentuk kuntuman bunga bagi mengindahkan lagi ruang hadapan rumah sewa mereka.

Wanita beranak lima yang ditinggalkan suami sejak tiga tahun lalu itu berkata, biarpun tidak dapat menyediakan baju baru untuk anak-anaknya kali ini, dia tetap ceria kerana kesemua anaknya kecuali seorang yang tinggal dengan kakaknya di Selangor ada bersama untuk menyambut Deepavali.

Indra Elise yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai berhenti kerja pada awal tahun ini kerana penyakit lelah.

Dia yang fasih berbahasa Melayu terpaksa berjimat cermat menampung kehidupan dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hasil komisen menghantar kain kepada penjual di Pasar Wakaf Che Yeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.