Pages

Subscribe:

07 Oktober, 2010

[ hang nadim] Anwar paksa tandatangan.............?



AZIAN AZIZ dan
ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
















MUHAMAD Rahimi Osman yang mendakwa dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 hadir untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Selangor, semalam.

KLANG 6 Okt. – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 bagi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Dakwaan dibuat oleh Muhamad Rahimi Osman, 26, dalam satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dengan ditemani seorang peguam.

Beliau yang memakai baju lengan panjang putih, bertali leher merah dan berseluar panjang hitam tiba di situ dengan menaiki sebuah kereta Proton Pesona berwarna kelabu kira-kira pukul 2.35 petang.

Turut berada di dalam kereta itu ialah tiga lagi lelaki selain peguam Muhamad Rahimi.

Difahamkan, laporan polis itu berkaitan dengan dakwaan Muhamad Rahimi bahawa beliau dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah pertama yang membabitkan tuduhan liwat antara Anwar dan pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah hotel di Shah Alam.

Satu lagi surat akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangan ialah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Old Town, Petaling Jaya.

Salah satu surat tersebut dipaksa ditandatangani dengan disaksikan peguam, Latheefa Koya.

Dalam laporannya, beliau turut meminta perlindungan daripada pihak polis kerana bimbang selepas pendedahan itu dibuat, dirinya dan keluarga akan terdedah kepada bahaya.

Selepas membuat laporan kira-kira sejam, Muhamad Rahimi dilihat keluar dari IPD Klang kira-kira pukul 3.45 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, kes itu akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di mana kejadian itu dilaporkan berlaku.

Dalam pada itu, tinjauan di rumah Muhamad Rahimi di sebuah kawasan di Shah Alam malam ini mendapati, beliau berada di rumah bersama beberapa ahli keluarga dan rakannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menemui pemberita bagi mengulas lanjut mengenai sidang akhbar yang menimbulkan kekecohan petang ini.

Salah seorang rakannya memberitahu, Muhamad Rahimi akan tampil membuat kenyataan kepada media dalam tempoh terdekat atas nasihat peguamnya, S. Ravichandaran.

Ketika ditanya mengapa sidang akhbar dan laporan polis itu diadakan di Klang, rakannya itu memaklumkan, itu bagi memudahkan peguam Muhamad Rahimi yang berpejabat di daerah itu.

PKR to demand apology, retraction of statement from Rahimi
KUALA LUMPUR: PKR will send Rahimi Osman a letter of demand for an apology and retraction of statement and expect a reply within a few days, failing which, a defamation suit will be filed against him, said party lawyer N. Surendran.

He said the allegation by party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim's former aide that he was made to sign statutory declarations under duress were "outrageous, scandalous, malicious, baseless and a total lie."

"Without a doubt, legal proceedings will commence against Rahimi for defamation," he said in a press conference here, Thursday.

Surendran said they would issue a letter of demand to Rahimi to withdraw his remarks and apologise on short notice, due to the seriousness of the allegation.

He was refuting Rahimi's police report made on Wednesday, claiming he was forced to sign two statutory declarations by PKR lawyers and party members at the Quality Hotel in Shah Alam, on June 28, 2008.

Rahimi was reported to have lodged a police report at the Klang district police headquarters Wednesday that he was forced to sign the declarations implicating Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor in a sodomy case involving his friend Mohd Saiful Bukhari Azlan, who is also Anwar's former aide.

It was also reported that Rahimi had made a new declaration to debunk his earlier two declarations.

Related Stories:
Men stop Anwar’s former assistant from talking to media

Ahli Angkatan Muda Keadilan buat kecoh















Muhamad Rahimi Osman (kanan) dihalang memulakan sidang akbar oleh sekumpulan penyokong PKR di sebuah restoran di Klang, semalam.

KLANG 6 Okt. – Tindakan biadab sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kecoh dan mengugut bekas Setiausaha Sulit beliau, Muhamad Rahimi Osman menyebabkan sidang akhbar yang diadakan untuk mendedahkan isu berkaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terpaksa dibatalkan.

Sidang akhbar di sebuah restoran di sini kira-kira pukul 4 petang itu dibuat sebaik sahaja Muhamad Rahimi selesai membuat laporan polis di Ibu pejabat polis daerah di sini.

Terdahulu, sekumpulan lima lelaki itu yang sebahagiannya memakai baju bertulis Angkatan Muda Keadilan (AMK) Subang dilihat menunggu ketibaan Muhamad Rahimi di dalam restoran dan kemudian mengikut lelaki itu masuk ke bilik sidang akhbar bersama petugas-petugas media.

Sebaik sahaja sidang media hendak dimulakan, salah seorang daripada kumpulan lelaki itu mula menjerit-jerit meminta Muhamad Rahimi berhenti dan tidak mengaibkan Anwar.

Keadaan semakin kecoh apabila rakan-rakan lelaki itu turut menjerit, memaki hamun dan mengugut Muhamad Rahimi agar tidak meneruskan sidang akhbarnya.

Kelakuan kumpulan lelaki itu semakin melampau apabila mereka berlagak samseng dengan menendang kerusi dan meminta semua yang ada di dalam bilik termasuk pihak media beredar.

Empat daripada kumpulan lelaki itu kemudian meluru ke arah Muhamad Rahimi yang duduk di meja hadapan kemudian memaki hamun peguam Muhamad Rahimi dan mempertikaikan tindakan mereka.

Ketika itu juga, beberapa petugas media terbau seakan-akan minuman keras dipercayai diambil oleh salah seorang daripada kumpulan lelaki itu.

Semasa meluru ke hadapan, kumpulan itu bertindak kasar menolak wakil media yang berkumpul di hadapan meja agar dia boleh mendekati Muhamad Rahimi.

Suasana tidak terkawal itu berlanjutan hampir setengah jam dengan campur tangan lebih ramai penyokong PKR, termasuk ada di antara mereka yang dilihat memakai baju agensi kerajaan negeri Selangor.

Beberapa anggota polis berpakaian preman dan dua kereta peronda dilihat berada di sekitar kawasan restoran.

Berikutan tindakan ala samseng yang terus mengecam Muhamad Rahimi serta peguamnya, lelaki itu terpaksa membatalkan sidang media tersebut.

Kecaman terhadap Muhamad Rahimi tidak terhenti di situ apabila beliau turut diugut oleh lebih 30 penyokong PKR, sebahagian besar daripada mereka berketurunan India yang menunggu di luar restoran itu.

Antara ugutan yang diterima Muhamad Rahimi adalah dia tidak akan selamat jika masih mahu membuat pendedahan tersebut selain mereka mengugut mengetahui keluarganya berada di Mentakab, Pahang.

Selain itu kumpulan samseng berkenaan mendakwa Klang merupakan kawasan mereka dan Muhamad Rahimi telah tersilap memilih tempat untuk membuat sidang media.

Muhamad Rahimi, peguamnya serta tiga lagi rakan kemudian meninggalkan restoran itu pada pukul 4.45 petang.

Galas: Penamaan calon 26 Okt. mengundi 4 Nov.

PUTRAJAYA 6 Okt. - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pada 26 Oktober ini manakala hari pengundian pada 4 November.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 11,553 pemilih berdaftar layak membuang undi pada pilihan raya tersebut dengan sejumlah 11,426 pemilih adalah pengundi biasa manakala 127 pemilih pos.

''SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan pada 28 September lalu berhubung kekosongan kerusi bahagian pilihan raya DUN Galas berikutan kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima pada 27 September lalu.

''Berikutan itu, SPR mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.

Allahyarham Chek Hashim yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lalu merampas kerusi DUN Galas daripada genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila menang dengan majoriti 646 undi.

Allahyarham memperoleh 4,399 undi manakala lawannya Mohamad Saufi Deraman dari BN mendapat 3,753 undi.

DUN Galas yang terletak dalam Parlimen Gua Musang ketika ini mempunyai 61.6 peratus pengundi Melayu iaitu 7,125 orang; 2,317 orang (Cina) atau 20.08 peratus dan Orang Asli seramai 1,889 orang atau 16.37 peratus.

Selain itu terdapat sejumlah 185 pengundi berketurunan India iaitu 1.6 peratus, Bumiputera Sarawak (0.9 peratus) dan lain-lain (0.23 peratus).

Wan Ahmad berkata, bagi menjalankan pilihan raya kecil N.45 itu, SPR akan mengguna pakai Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 dan digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama dan suku tahun kedua 2010 yang dikemaskinikan pada 27 September lalu.

Beliau memberitahu, SPR akan menggunakan bilik gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sebagai pusat penamaan calon manakala Dewan Pusat Sivik Gua Musang sebagai pusat penjumlahan rasmi undi.

''Seramai 323 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya kecil tersebut," katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran proses pengundian, SPR menyediakan 25 saluran mengundi melibatkan penggunaan 11 buah sekolah dan satu balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) serta sebuah dewan sebagai pusat mengundi.

''Kami memperuntukkan kira-kira RM1.3 juta bagi menjalankan pilihan raya kecil tersebut berikutan faktor logistik termasuk penggunaan sebuah helikopter membabitkan empat buah pusat mengundi," katanya.

Katanya, bagi pilihan raya kecil yang menyaksikan tempoh berkempen selama lapan hari itu, SPR menyasarkan jumlah turun mengundi mencecah 81 peratus sebagaimana dicatatkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

''Kita sudah mengambil kira keputusan menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas pada hari Khamis iaitu hari bekerja memandangkan sebahagian besar pengundi adalah mereka yang tinggal di kawasan sekitar dan bekerja sendiri terutama di kawasan pertanian.

''Soal hari bekerja tidak timbul kerana pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak ramai, jadi kita yakin peratusan keluar mengundi akan meningkat sekiranya cuaca baik pada hari pengundian," katanya.

Pada sidang akhbar tersebut, Wan Ahmad turut mengumumkan pelantikan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Ab. Hamid sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil tersebut manakala Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang, Mohammad Yusoff Hassan; Penolong Ketua Jajahan Gua Musang (Pelupusan dan Tanah), Mohd. Helmi Mat Zin dan Penolong Ketua Jajahan Gua Musang (Pembangunan Masyarakat), Hasnul Hariz Ab. Llah sebagai penolong pegawai pengurus pilihan raya.

''Bagi memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR bersetuju menubuhkan tiga pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa bagi setiap pasukan," katanya.

Beliau berkata, SPR mengadakan kerjasama dengan pihak polis bagi memastikan dari segi aspek keselamatan dan kelancaran proses penamaan calon dan berkempen serta proses pengundian berjalan lancar.

''Semua pihak diminta mematuhi arahan polis yang bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya.

''Parti-parti politik, calon-calon, para petugas dan penyokong parti atau mana-mana individu yang akan terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad menjelaskan, SPR tidak melantik mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati bebas bagi pilihan raya kecil tersebut.

Ini kerana katanya, suruhanjaya tersebut masih meneliti laporan Badan Bebas Pemantauan Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) yang sebelum ini gagal menepati syarat pelantikan apabila gagal mengemukakan laporan mereka.

''Jadi untuk berlaku adil kepada Mafrel yang sudah menghantar laporan mereka, kita tidak membuat sebarang pelantikan pemerhati bebas bagi pilihan raya kecil ini kerana kita sedang meneliti laporan mereka," katanya.

Dalam hal ini beliau menjelaskan, pilihan raya di negara ini tidak mempunyai keperluan mendesak untuk melantik pemantau bebas kerana sistem sedia ada membenarkan setiap parti bertanding melantik ejen-ejen pengundian di setiap saluran mengundi.

''Mereka adalah saksi yang terbaik bagi menjaga kepentingan setiap calon atau parti yang bertanding," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.