Pages

Subscribe:

07 Oktober, 2010

[hang nadim] PKR to demand apology, retraction of statement from Rahimi





Zaid sedia tanding Presiden PKR

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

PETALING JAYA 7 Okt. – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membayangkan akan bertanding jawatan presiden parti itu jika anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, berhasrat merebut jawatan timbalan pada pemilihan November ini.

Zaid berkata, langkah itu diambil kerana beliau mahu melihat Nurul Izzah menang jawatan timbalan presiden selain menyifatkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu mampu membawa perubahan kepada PKR serta selari dengannya berhubung beberapa isu.

“Saya difahamkan Nurul Izzah akan menawar diri bagi merebut jawatan timbalan presiden dan kalau benar beliau serius, saya bersedia untuk tarik diri, saya bersedia membantu beliau dalam pertandingan ini kerana saya melihat Nurul Izzah adalah nafas baru kepada PKR.

“Tetapi ini tidak bererti saya tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding presiden tetapi itu semua bergantung kepada keputusan Nurul Izzah,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Zaid, keputusan tersebut dibuat kerana beliau berpendapat, Nurul Izzah adalah pemimpin muda yang mempunyai pandangan jauh, kritis selain berkeupayaan untuk menarik lebih ramai sokongan para profesional muda kepada PKR.

Pada masa yang sama, Zaid mendakwa pengorbanan tersebut diambil kerana tidak mahu menjadi individu yang bertanggungjawab memecah-belahkan PKR semata-mata kerana ingin merebut jawatan tertentu dalam parti tersebut.

“Seperti yang selalu saya kata dan buktikan sebelum ini bahawa jawatan bukan sesuatu yang begitu mustahak. Kalau Nurul Izzah benar-benar mahu bertanding, saya tidak akan merumitkan peluang dia sebaliknya, saya akan memberi seluas-luasnya peluang kepada beliau.

“Saya lebih suka beliau menang timbalan presiden dan itu matlamat utama saya. Soal saya bertanding atau tidak tidak mengapa, apa-apa jawatan pun tidak mengapa, saya semua boleh tetapi soal itu tidak mustahak kerana yang paling penting Nurul Izzah terlebih dahulu,” katanya.

Zaid menambah, beliau telah berbincang mengenai perkara berkenaan dengan Nurul Izzah dan yakin anak kepada pengasas PKR itu bersedia untuk menyahut sokongan dan pencalonan yang diberi oleh beberapa cabang bagi merebut jawatan timbalan presiden parti.

Mengenai khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan PKR, Zaid menafikan perkara tersebut tetapi mengakui kecewa dengan pendekatan politik, ‘matlamat menghalalkan cara’ yang dipraktikkan oleh beberapa calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu.

Jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, beliau sendiri tidak memahami mengapa pemimpin tertentu dalam PKR begitu marah kepadanya selepas mengumumkan kesediaan bertanding jawatan timbalan presiden bagi menentang calon pilihan, Azmin Ali.

“Saya tidak faham mengapa mereka marah sangat sedangkan sebelum umum bertanding, saya terlebih dahulu bertanya kepada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Umum (Anwar) dan jawapan yang diberi adalah PKR demokratik, maka saya layak bertanding.

“Saya berpegang pada cakap mereka, tetapi sebaik sahaja umum untuk bertanding timbul isu kesetiaan, pengkhianat, kuda trojan dan sebagainya, tetapi tidak pernah pula dedahkan bukti. Kalau benar buktikan dan jangan guna taktik kotor sebegini,” ujarnya.

25 ahli Pas Baling sertai UMNO

BALING 7 Okt. - Kegagalan Pas menunaikan janji yang terkandung dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyebabkan 25 ahlinya dari Mengkuang Masjid, Kuala Pegang di sini bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan baru mereka.

Kumpulan berkenaan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO bahagian, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Mukim Kupang, di sini hari ini.

Salah seorang yang terlibat, Azizan Harun, 42, berkata, tindakan mereka keluar Pas akibat kecewa dengan kegagalan parti itu menunaikan janji kepada rakyat.

"Apa yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan menyebabkan kami begitu kecewa," katanya yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Pas cawangan kampung berkenaan.

Menurutnya, Pas masih tidak berubah sebaliknya terus menabur janji manis yang tidak ditunaikan sehingga menyebabkan mereka menyertai UMNO atas kerelaan sendiri.

Othman Harun, 50, pula berkata, Pas kini semakin berbeza dengan Pas yang dahulu.

Katanya, dia sudah lama menyertai parti itu tetapi perkembangan yang berlaku dalam Pas sekarang menyebabkan hatinya berubah untuk menyertai UMNO.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, penyertaan ahli Pas ke dalam UMNO merupakan satu tamparan hebat kepada parti itu kerana membuktikan rakyat sudah pandai membuat penilaian.

Menurutnya, cara kerja UMNO yang merancang pembangunan dengan baik demi kepentingan rakyat menarik minat ahli-ahli Pas untuk menyertai parti itu.

"Rakyat sudah bijak membuat penilaian terhadap kerja-kerja yang dilakukan UMNO.

"Kita tidak pernah memaksa atau menekan ahli Pas untuk menyertai UMNO sebaliknya mereka melakukannya secara sukarela," ujarnya.

PKR nafi halang Rahimi

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terlibat membuat kecoh dan mengugut bekas Setiausaha Sulit Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman semasa mengadakan sidang akhbar di Klang dekat sini semalam.

Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali menegaskan bahawa PKR tidak pernah merestui, jauh sekali mengarah tindakan kumpulan berkenaan.

"PKR memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong parti, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Klang semalam.

"Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar, bahkan menjejas imej parti," katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik daripada lama web rasmi parti itu, www.keadilanrakyat.org.

Hari ini, akhbar melaporkan tindakan biadab sekumpulan penyokong Anwar membuat kecoh dan mengugut Muhamad Rahimi menyebabkan sidang akhbar yang diadakan untuk mendedahkan isu berkaitan Penasihat PKR itu terpaksa dibatalkan.

Terdahulu, sekumpulan lima lelaki itu yang sebahagiannya memakai baju bertulis Angkatan Muda Keadilan (AMK) Subang dilihat menunggu ketibaan Muhamad Rahimi di dalam restoran dan kemudian mengikut lelaki itu masuk ke bilik sidang akhbar bersama petugas-petugas media.

Sebaik sahaja sidang media hendak dimulakan, salah seorang daripada kumpulan lelaki itu mula menjerit-jerit meminta Muhamad Rahimi berhenti dan tidak mengaibkan Anwar.

Keadaan semakin kecoh apabila rakan-rakan lelaki itu turut menjerit, memaki hamun dan mengugut Muhamad Rahimi agar tidak meneruskan sidang akhbarnya.

PKR to demand apology, retraction of statement from Rahimi

KUALA LUMPUR: PKR will send Rahimi Osman a letter of demand for an apology and retraction of statement and expect a reply within a few days, failing which, a defamation suit will be filed against him, said party lawyer N. Surendran.

He said the allegation by party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim's former aide that he was made to sign statutory declarations under duress were "outrageous, scandalous, malicious, baseless and a total lie."

"Without a doubt, legal proceedings will commence against Rahimi for defamation," he said in a press conference here, Thursday.

Surendran said they would issue a letter of demand to Rahimi to withdraw his remarks and apologise on short notice, due to the seriousness of the allegation.

He was refuting Rahimi's police report made on Wednesday, claiming he was forced to sign two statutory declarations by PKR lawyers and party members at the Quality Hotel in Shah Alam, on June 28, 2008.

Rahimi was reported to have lodged a police report at the Klang district police headquarters Wednesday that he was forced to sign the declarations implicating Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor in a sodomy case involving his friend Mohd Saiful Bukhari Azlan, who is also Anwar's former aide.

It was also reported that Rahimi had made a new declaration to debunk his earlier two declarations



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.