KEADAAN SEMASA SAMPAI AJAL MAUT
Maut Ialah suatu penderitaan yang di alami oleh roh dengan keadaan yang tetentu pada masa ia hendak meninggalkan jasadnya.
Penderitaan yang tiadk dapat di terangkan dengan jelasnya melainkan dengan sekadar yang dapat dirasai oleh sesaorang apabila salah satu anggotanya yang teredera – terpotong atau terbakar dan sebagainya.
Kerana yang diketahui bahawa tiap-tiap anggota yang tidak ada roh padanya seperti rambut ,kuku tidak merasai sakit jika terpotong atau terbakar jadi yang merasai sakit ialah rohnya.
Walaupun demikian ,kalau jari misalnya erpotong atau terbakar maka roh hanya merasai sebahagian dari kesan sakitnya, kera kesan yang terbit dari luka atau bakaran itu tidak tepat mengenainya.
Bagaimana hal kalau roh itu sendiri ditimpa oleh penderitaan dengan sepenohnya ? sudah tentu amat dahsyat dan tidak dapat digambarkan.
Betapa Tidak sedang penderitaan maut itu ialah satu penderitaan yang menenggelamkan seseorang dalam kelan kabut dan haru biru
Hakikat ini diterangkan oleh Hadis Berikut:-
Dari Aishah R.A.:-
Aku lihat Nabi S.A.W.semasa Banginda Hampir Wafat dan di sisinya sebuah bijana berisi air,dan Baginda memasukan tangannya kedalam bijana itu lalu menyapu muka, Sesudah itu baginda berdoa “ Ya Tuhan ku berilah akau pertolongan terhadap penderitaan maut atau sakratul maut (yang sedang aku hadapi)” ( Termizi dan Ini Majah)
Aku tidak memandang elok atau merasai iri hati kepada sesiapa pun dengan sebab mudah dan ringannya sakratul maut yang di alaminya , sesudah aku melihat kesukaran Rasullah S.A.W. menghadapi sakratul maut. (Tarmizi dan Nissai)
Sakratul Maut adalah satu keadaan yang tetap akan ditempuh oleh setiap orang apabila sampai ajalnya yang telah di tentukan…dengan berbagai cara yang berat sukar atau yang mudah dan senang……
SATU PERINGATAN DARI HANG NADIM
INSAF WAHAI INSAN SETIAP YANG HIDUP AKAN MATI….ADAKAH ANDA TERKEUALI DARI SAKRATUL MAUT……..FIKIRLAH JANGAN HIDUP MENYUSAH DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN…
Kecemburuan beragama. Perasaan yang demikian menggerakkan seseorang menjaga kemuliaan dan kesucian agamanya dan mempertahankannya daripada musuh-musuh yang cuba merosakkan agamanya dan juga penganut agamanya.
12 maut tragedi lebuh raya
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL, FARABI SYED SHEIKH AL-JABRI, RIZANIZAM HAMID dan NORAZLIZA ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.
Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.
Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.
Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.
Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.
Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.
Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.
Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.
Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.
Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.
Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.
Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.
“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.
Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.
Monday October 11, 2010
12 killed in horror crash near NS-Malacca border
Reports by SARBAN SINGH, C. S. NATHAN, MARTIN CARVALHO and FLORENCE A. SAMY
SEREMBAN: Twelve people were killed when a north-bound express bus crashed through the guardrail and ploughed into five vehicles heading in the opposition direction at KM223.2 of the North South Expressway near Simpang Ampat here.
Forty-five others were also injured in the 7.45pm accident, which occured near the Negri Sembilan-Malacca border here yesterday.
Witnesses said the express bus crashed into the rear of a car before the driver lost control of his vehicle and rammed through the guardrail and onto the path of an oncoming bus, two cars and a motorcycle.
The impact caused the express bus to flip onto its side. The bus driver and motorcyclist were among the casualties. The oncoming bus belonged to the Welfare Department.
Grim scene: Rescue personnel looking for trapped victims in the wreckage near the Simpang Ampat toll plaza at the Negri Sembilan-Malacca border Sunday.
Apparently, out of the 45 injured, four have been rushed to the Kuala Lumpur Hospital for treatment, 22 were sent to a hospital in Seremban and 12 to another hospital in Malacca.
The express bus had left Malacca about 45 minutes before the accident and was on its way to Kuala Lumpur.
The accident caused a traffic jam stretching for more than 25km along the expressway.
Of the 12 who died, eight were believed to be passengers from the express bus.
One of them was decapitated.
Two others were from a MyVi, which was crushed by the bus, and another from a Honda Accord.
PLUS officials had to divert motorists at the Pedas/Linggi toll plaza as the south bound lanes were impassable to traffic.
A Plus traffic control centre spokesman said the accident occurred at about 6km from the Simpang Ampat toll near Alor Gajah, Malacca.
“The middle and left lanes for the south-bound traffic were blocked by the vehicles involved in the accident while the right lane for the north-bound traffic was closed to facilitate emergency works at the scene,” he added.
Sources said that the department’s bus was carrying delegates for a gathering of former servicemen, which was attended by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at Putra Stadium in Bukit Jalil earlier in the day.
“None of them in this bus was injured,” said Malaysia Ex-Servicemen’s Association Datuk Muhammad Abdul Ghani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.