09 Oktober, 2010
[ hang nadim] 'Keluarga 69'..........PKR.....???
PKR sudah jadi seperti 'Keluarga 69'
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kecelaruan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan siri kekecohan dan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mengambil haluan berbeza daripada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak ubah seperti 'Keluarga 69'.
Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, kekusutan tersebut menyebabkan ahli akar umbi pening kepala memilih barisan kepimpinan parti itu kerana bukan lagi rahsia bahawa Anwar sudah tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarganya.
"Ahli PKR kini keliru dan sukar untuk memahami hala tuju parti kerana di kala calon Timbalan Presiden, Azmin Ali gah dengan sokongan Anwar, tiba-tiba Nurul Izzah tampil menyatakan sokongan terhadap seorang lagi calon bagi jawatan itu iaitu Datuk Zaid Ibrahim.
"Kemudian Zaid pula sedia memberi laluan jika Nurul Izzah berhasrat menentang Azmin, malah sanggup bekerja bagi menjamin kemenangan pemimpin muda itu sekali gus menguatkan lagi dakwaan wujud keretakan dalam keluarga Anwar.
"Perkembangan yang haru-biru ini tidak ubah seperti kisah dalam filem Keluarga 69 arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee walaupun hanya enam watak utama berada di sebalik semua kemelut ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas senario terbaru dalam pemilihan PKR apabila Zaid tiba-tiba menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berhasrat merebut jawatan nombor dua parti.
Zaid yang menerima pencalonan kedua tertinggi bagi jawatan timbalan presiden berkata, beliau sanggup membuat pengorbanan itu kerana yakin Nurul Izzah mampu membawa perubahan selain berkeupayaan untuk menarik ahli profesional muda.
Dalam pada itu, Mohd. Nazmi mendakwa semakin ramai pemimpin dan ahli PKR meluat serta bosan dengan drama keluarga yang mewarnai pemilihan parti itu kerana mereka sedar apa juga kesudahan, parti itu hanya milik ahli keluarga Anwar
Rahimi jawab kenyataan Latheefa
SHAH ALAM 9 Okt. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman hari ini menjawab kenyataan peguam, Latheefa Koya menerusi portal propembangkang, Malaysiakini.com susulan dakwaan Muhamad Rahimi dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah termasuk berkaitan kes liwat bekas majikannya itu.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa menafikan wujudnya unsur paksaan terhadap Muhamad Rahimi ketika menandatangani kedua-dua akuan bersumpah itu pada Jun 2008.
Latheefa adalah salah seorang daripada dua peguam yang didakwa Muhammad Rahimi telah memaksanya menandatangani dua akuan bersumpah.
Satu lagi akuan bersumpah yang didakwanya telah dipaksa ditandatanganinya adalah melibatkan kes fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Berikut kenyataan penuh Muhamad Rahimi yang dihantar kepada media di sini menerusi e-mel hari ini:
SEDIKIT komen saya terhadap kenyataan Latheefa Koya di Malaysiakini:
1. Sebelum ke Quality Hotel (pada 28 Jun 2008), saya berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Saiful Bukhari Azlan, pakciknya, staf-staf dan doktor HKL serta ramai pihak polis termasuk daripada Bahagian Siasatan Jenayah. Saya sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.
2. Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel. Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar, kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah.
3. Jadinya, kenapa pula kata Latheefa, bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel? Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.
4. Sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan. Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang menggeletar. Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?
5. Saya sendiri telah menceritakan kepada R. Sivarasa (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dan Latheefa Koya (peguam) semasa di Quality Hotel mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi mereka tetap menyuruh saya menukar cerita.
6. Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkamah. Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya? Tidak pernah lagi kita dengar orang perlu ditunjuk bagaimana untuk bercakap sesuatu yang benar.
7. Saya simpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan. Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.
8. Saya memohon maaf kepada Latheefa jika ada kenyataan saya atau laporan saya yang membuatkannya susah, mengganggu tugasan dan tidak tidur malam. Tetapi, sebagai seorang peguam dia sepatutnya faham apa yang saya lakukan untuk memperbetulkan kesilapan. Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, majlis itu akan menunggu hasil siasatan berhubung salah laku seorang ahlinya yang dikatakan memaksa Muhamad Rahimi Osman menandatangani dua surat akuan bersumpah sebelum mengambil sebarang tindakan terhadapnya.
Ragunath berkata, sekiranya hasil siasatan yang diperoleh membuktikan peguam berkenaan terlibat secara langsung dengan perbuatan itu, maka tindakan segera akan diambil terhadapnya.
"Laporan (polis) telah dibuat jadi kita tunggu sahaja hasil siasatan kerana buat masa sekarang belum pasti sama ada peguam itu terlibat mengugut Muhamad Rahimi.
"Jika betul dia terlibat dan mempunyai bukti, maka kita akan bawa perkara ini ke Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini
Karpal may seek contempt move
GEORGE TOWN: Karpal Singh, the lead counsel in Datuk Seri Anwar Ibrahim’s ongoing sodomy trial, may seek to have Rahimi Osman cited for contempt of court.
He said nothing should jeopardise the outcome of the trial, which was due to continue next week.
“Rahimi may well be in contempt of court by publicly clearing both the Prime Minister and his wife of the allegations against them in Anwar’s trial.
“The judges are human beings and they can be adversely affected by what they read in the newspapers,” he told reporters here yesterday.
Rahimi, who is Anwar’s former aide, recently claimed that he was forced to sign statutory declarations implicating Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor in the PKR leader’s ongoing sodomy trial.
Mohd Saiful Bukhari Azlan, who is also Anwar’s former aide, had accused Anwar of sodomising him.
On another matter, Karpal said he had written a letter to Chief Justice Tun Zaki Azmi, giving him one week to respond to allegations of corruption against him while he was in private practice.
Ketepikan politik perkauman – Khairy
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM dan
MOHD.FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Okt. – Pemuda Barisan Nasional (BN) perlu mengetepikan perjuangan yang berasaskan kepentingan kaum sebaliknya memberi keutamaan kepada kepentingan nasional.
Serentak itu, Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berikrar menggunakan pendekatan ‘radikal sederhana’ dalam perjuangan sayap itu kerana kekuasaan politik perlu datang daripada semua kaum.
Katanya, jika ada suara-suara sumbang yang melaungkan pandangan ekstrem, anggota Pemuda BN mesti menenggelamkan dengan suara-suara yang bersifat sederhana.
“Kita perlu radikal secara pertengahan (sederhana), kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) nak membawa pendekatan sederhana, biarlah pemuda BN jadi radikal dalam pendekatan sederhana.
“Kita kena sampaikan mesej ini dengan jelas dan cepat, mengingatkan mereka bahawa kita berada dalam masyarakat serta negara majmuk dan penguasaan politik bukan hanya kerana satu kaum,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-46 di Wisma MCA di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO mengakui apabila ada isu sensitif timbul, setiap parti komponen yang mewakili kaum masing-masing akan menerima tekanan daripada ahlinya.
Bagaimanapun, katanya, semua pemimpin Pemuda BN telah diingatkan supaya mendahulukan kepentingan nasional.
“Ini bukan bermakna saya tak berjuang untuk orang Melayu, (Wee) Ka Siong tak berjuang untuk orang Cina, tapi keutamaan harus diberikan kepada bagaimana kita dapat selesaikan masalah berdasarkan kepentingan nasional.
“Malah, apa yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu gagasan 1Malaysia juga tepat dengan kepentingan nasional,” katanya.
Sementara itu, Khairy ketika ditanya mengenai ‘persengketaan’ beliau dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam isu berkaitan kepentingan Melayu dengan sinis berkata:
“Saya tak nak komen mengenai Perkasa kerana mereka akan dapat publisiti.”
Menanti penghujung pkr
kecewa dengan keangkuhan Azmin selain hipokrasi Anwar. Pertautan kedua-duanya terlalu kuat.
Tetapi Awang percaya Zaid tidak akan mudah tunduk. Kenyataan beliau untuk memberi laluan kepada anak Anwar, Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden jika Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berminat, menarik perhatian. Sediakah Nurul Izzah dan mungkinkah Zaid bertanding Presiden?
Semua ini akan terjawab tidak lama lagi. Episod lebih panas dijangka mewarnai PKR. Kini Anwar lebih banyak berdiam. Keadaan makin tidak memihak kepada beliau. Satu demi satu kebenaran muncul, yang beliau tidak mungkin berdaya menutupnya lagi...
Kuasa Azmin
Kempen pemilihan PKR menjadi semakin panas. Beberapa persidangan pemilihan cabang PKR berakhir dengan kekecohan. Kerusi berterbangan dan tumbuk menumbuk berlaku. Memalukan.
Jumlah kedatangan perwakilan termasuk ketika mengundi juga amat mengejutkan.
Malah Naib Presiden Azmin Ali sendiri berucap di cabang Gombak dalam dewan yang 80 peratus kosong. Hanya 401 ahli atau 5.47 peratus membuang undi berbanding 7,320 ahli berdaftar yang layak mengundi di cabang Gombak. Sepatutnya Azmin adakan persidangan itu di dalam kelas mana-mana tadika, agar kehadiran boleh nampak padat.
Lalu Awang tertanya-tanya, di tempat sendiri pun, beliau bermasalah, bagaimana hendak menjadi Timbalan Presiden. Dalam ucapannya, Azmin menghina pula negarawan, Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu dirawat di Australia. Istilah yang beliau gunakan sebagai merujuk Dr. Mahathir yang sedang dirawat itu sebagai ‘tersungkur’. Itukah adab orang Islam?
Sesungguhnya suasana pemilihan PKR telah menyerlahkan penyakit parti itu yang semakin parah. Awang melihat ini juga sebagai kegagalan PKR yang hanya pandai mengkritik pihak lain tetapi tidak tahu mengurus. Lebih daripada itu, ia mencetuskan persoalan apakah pemimpin utamanya, Anwar Ibrahim sudah hilang cengkaman ke atas akar umbi?
Dalam pada itu, Awang mendapat tahu ramai ahli bersimpati dengan tekanan yang dihadapi oleh Zaid Ibrahim menjelang pemilihan jawatan utama PKR. Beliau menjadi mangsa permainan kotor termasuk dituduh menjadi dalang di sebalik pendedahan bekas pembantu Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berhubung isu dipaksa membuat akuan bersumpah.
Menurut Zaid, semua ini berlaku sejak beliau mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, yang turut menjadi rebutan Azmin. Perbalahan antara kedua-duanya semakin terbuka. Azmin membidas Zaid sebagai pemimpin setahun jagung dalam PKR dan cuba merosakkan parti itu.
Persoalannya apakah Zaid akan terselamat dalam kapal PKR? Ini kerana sejarah dalam PKR menyaksikan Azmin begitu berkuasa. Anwar adalah nadi kekuatan Azmin. Ramai pemimpin PKR meninggalkan parti itu juga disebabkan
ARKIB : 11/01/2009
apabila Anwar bersuara isu Palestin, pelaksanaan hukum hudud...
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim antara pemimpin pembangkang yang aktif menyampaikan ceramah pada kempen pilihan raya Kuala Terengganu bagi membantu calon Pas.
Bertempat di Kampung Tanjung Kapur pada malam Selasa lalu, Anwar memulakan ucapan dengan memberitahu para hadirin bahawa beliau baru pulang dari Turki dan mendakwa berada di sana kerana diminta sedikit sebanyak membantu mencari jalan menghentikan keganasan Israel terhadap Palestin.
Sebab itu jugalah kata Anwar, beliau tidak dapat hadir penamaan calon pada sebelah pagi disebabkan kehadirannya di negara berkenaan diperlukan oleh sahabat-sahabat di Turki untuk berhubung dengan Hamas berkaitan isu tersebut.
Awang tidak mahu mempersoalkan apa yang beliau katakan meskipun ada wajah-wajah yang kelihatan berkerut seakan meragui tentang peranannya itu. Menurut seorang pengendali blog yang turut mendengar ceramah tersebut, Anwar memang berkebolehan menampakkan dirinya amat relevan dan penting dalam semua situasi termasuk apa yang berlaku di Palestin.
Beliau bijak untuk memanfaatkan sesuatu isu untuk kepentingan politiknya. Para pemimpin Pas juga tahu hal ini tetapi mereka juga amat memerlukan sentuhan Anwar dalam pilihan raya kecil itu. Apatah lagi dalam Pas sendiri sekarang, wujud satu puak yang diketahui begitu pro Anwar atau apa yang dipanggil Pas Erdogan.
Seperti yang dijangka, Anwar kemudian mengaitkan apa yang berlaku di Palestin dengan politik di Malaysia. Beliau mendakwa Hamas, yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Palestin dan dianggap berani adalah umpama pakatan pembangkang di negara ini yang sedang menggerakkan pembaharuan. Sementara Fatah dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dikatakan korup, adalah seperti UMNO.
Seperti biasa berdegar-degarlah Anwar berucap menyokong segala pandangannya berkaitan isu Palestin. Tetapi kalau tidak silap Awang, dalam Anwar turut mengutuk keras kekejaman Israel, tiada langsung beliau menyentuh tentang Amerika Syarikat (AS) yang sentiasa melindungi keganasan rejim Yahudi. Awang tidak pasti mengapa tetapi sebahagian hadirin pasti tertanya-tanya kerana AS sebenarnya adalah paksi kejahatan di belakang Israel.
Tetapi hal yang lebih mendapat perhatian dalam ceramah tersebut ialah beliau akhirnya bersuara setelah agak lama membisu dalam isu pelaksanaan hudud dan qisas.
Di atas pentas yang dihadiri para pemimpin utama Pas dan disaksikan ramai penyokong parti itu, Anwar berkata, PKR tidak akan menolak hudud. Tetapi penjelasannya itu dilihat tidak begitu menyakinkan seolah-olah beliau tidak bersedia mengambil pendirian yang lebih jelas. Ramai penyokong Pas sebenarnya mengharapkan kenyataan yang lebih tegas dan kukuh daripada Anwar bagi menyokong pelaksanaan hukum hudud. Mungkin Anwar tidak dapat memenuhi harapan mereka kerana beberapa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan pemimpin bukan Melayu PKR turut hadir pada majlis ceramah itu. Seperti yang menjadi persepsi ramai, Anwar biasanya mempunyai beberapa versi pendirian dalam sesuatu isu sebagai muslihat politik. Jika beliau berada di pentas ceramah DAP, apakah beliau akan menyatakan pendirian yang sama sebagaimana dengan Pas dalam isu hudud?
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
05/10/2010
PKR's grassroots are not easily hoodwinked by Anwar, Azmin
Parti Keadilan Rakyat (PKR) is experiencing political volcanic jolt one after the other at the branch (division) leadership elections. There are reports about members of multi-racial background traded blows and verbal insult at each other besides the chair-throwing incidents.
There is nothing shocking if only one or two incidents took place. But it would be different if every branch general meetings were being tainted with violence and gangsterism.
It is no longer a platform of democratic exercise for political endorsement but a battle field to test each other's physical strength.
The annual general meeting and party elections started on Sept 17 and ended Oct 3, to choose new leaders for the next three years.
The central party elections will begin on Oct 29 till Nov 14, involving 208 branches and more than 400,000 members.
The pandemonium that occurred throughout the countries is said to have started by candidates who had received the 'endorsement' of PKR advisor, Datuk Seri Anwar Ibrahim and the challenger for the Deputy President post, Azmin Ali, but failed in their attempts for the top party seats at branch level.
Several PKR senior leaders met their fate in the hands of the voting members.
Their defeats are clear manifestation that the grassroots are no pushovers and refuse to follow the directives of Anwar and Azmin.
The fact is, PKR, is not a party that champion the people's interest but instead a party where members took the opportunity to make as much gain and power especially in the states where the opposition pact are at the helms.
Greed and insatiability for post and position had made the better of the PKR members.
PKR is actually not a political party that concerns the people's interest. What is more important to the party - Anwar and Azmin's agenda must be achieved.
To cover its shortcoming, the secretary-general of PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pointed his finger at UMNO as being behind the fracas.
Such is an excuse and stale argument from PKR leaders who accused UMNO of every single problem there is in PKR.
Members and PKR leadership should understand that UMNO is too preoccupied with so many other jobs to do and just have no time to sabotage the PKR meetings. UMNO harbours no jealousy and feeling hurt at PKR.
In fact, PKR Vice-President Mustafa Kamil Ayub, had last Friday, denied saifuddin's accusation.
PKR should be responsible with its own problem and not to point fingers at others. It should take care of its domestic affairs in order to stop its members from running away. Remember that not all PKR's agenda is welcomed by the grassroots.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.