Pages

Subscribe:

08 Oktober, 2010

[ hang nadim] Galas polls: Barisan to announce its candidate on Oct 24



Nasib penduduk Kampung Jalan Pokok Asam akan dijadikan iktibar

PULAU PINANG 7 Okt. - Nasib yang menimpa penduduk Kampung Jalan Pokok Asam akan dijadikan iktibar oleh 58 keluarga dari Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini yang telah menerima notis guaman daripada pemaju mengarahkan mereka berpindah selewat-lewatnya 31 Oktober ini.

Pengerusi jawatankuasa bertindak kampung berkenaan, Azman Saad berkata, mereka akan berhati-hati jika kerajaan negeri mahu menawarkan sebarang bentuk pampasan supaya tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau menambah, sekiranya ada tawaran dibuat, ia perlu disertakan dengan dokumen rasmi dan bukan sekadar cakap mulut sahaja.

"Kami tidak mahu jadi seperti apa yang menimpa penduduk Kampung Jalan Pokok Asam.

"Kami tidak mahu janji mulut, kami mahu hitam putih supaya kami tidak diperdaya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas luahan penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini yang kecewa dengan sikap pemimpin kerajaan negeri yang tidak menunaikan janji.

Menurut salah seorang penduduk, Mohamad Idham Zakaria, 48, beberapa hari sebelum bulan Ramadan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam pertemuan dengan penduduk kampung berjanji untuk menggantikan rumah penduduk terbabit dengan pangsapuri kos sederhana bernilai kira-kira RM75,000 sebuah.

Selain itu, penduduk juga akan disediakan rumah transit di dalam kawasan kampung tersebut.

Bagaimanapun, tiga hari lalu, semasa mesyuarat dengan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Jelutong, penduduk terbabit diberikan surat untuk ditandatangani sebagai persetujuan menerima pampasan berupa pangsapuri bertaraf kos rendah yang akan dibina oleh kerajaan negeri.

Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen di sini memutuskan menolak untuk melanjutkan tempoh penangguhan pelaksanaan arahan pengosongan dan merobohkan rumah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam oleh pemaju.

Galas polls: Barisan to announce its candidate on Oct 24
By ZUHRIN AZAM AHMAD

SYDNEY: Barisan Nasional is expected to announce its candidate for the Galas state by-election on Oct 24, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

The Deputy Prime Minister said the announcement would be made either in Gua Musang or Galas.

“We already have the personal information of several peoples who are suitable to be considered as our candidate,” he told newsmen here Friday.

Nomination for the by-election will be on Oct 26 while polling day has been set for Nov 4.

The seat felt vacant following the death of assemblyman Che Hashim Sulaima on Sept 27 due to cancer.

The PAS assemblyman won the seat during the 2008 General Election by a 646-vote majority over Barisan’s Saufi Deraman.

Muhyiddin who is also Umno deputy president said Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak would decide on the candidate.

“He will make the decision after getting views from (Gua Musang MP and Umno chief) Tengku Razaleigh (Hamzah) and Kelantan Umno leadership.

“In the meantime, I have told (Kelantan Umno liason chief) Datuk Mustapha Mohamad to meet with (Umno secretary-general) Datuk Tengku Adnan (Tengku Mansor) to start making the necessary preparation for the by-election,” he said.

“We have delegated most of the tasks to the division’s leadership under the very influential and experienced Tengku Razaleigh,” he said.

'Ugutan perlu dipandang serius'

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Tindakan pihak tertentu yang mengugut bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berhubung dakwaan beliau dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah, perlu dipandang serius oleh pihak polis dan Majlis Peguam.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan terhadap ugutan yang diterima Muhammad Rahimi, 26, daripada sekumpulan lima lelaki yang dipercayai penyokong Anwar.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perlu mengarahkan PDRM agar menyiasat seberapa segera perkara berkenaan termasuk surat akuan berkenaan.

''Ugutan itu menampakkan mereka tidak ubah seperti samseng dan perkara ini sangat serius.

''Siapa mereka ini sehingga hendak mendakwa Klang adalah kawasan mereka dan Muhamad Rahimi telah tersilap memilih tempat untuk membuat sidang akhbar.

''Sudah jelas mereka membuat ugutan dengan menyatakan bahawa Muhamad Rahimi tidak akan selamat jika membuat pendedahan tersebut,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Muhamad Rahimi mendakwa, beliau dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah pada 2008 bagi mempertahankan Anwar daripada tuduhan liwat.

Satu lagi surat akuan bersumpah yang ditandatangani melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Salah satu surat tersebut dipaksa ditandatangani dengan disaksikan peguam, Latheefa Koya.

Bagaimanapun Muhamad Rahimi terpaksa membatalkan sidang akhbar itu selepas berlaku kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Anwar.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, Majlis Peguam juga tidak harus mendiamkan diri dalam perkara itu kerana ia membabitkan pengamal undang-undang.

''Ada peguam yang menjadi saksi apabila Muhamad Rahimi dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah itu. Ini satu kerja yang tidak ada etika,'' tegasnya.

Sementara itu, kata Mohd. Zahid, pihaknya menerima maklumat bahawa salah seorang pemimpin PKR ada menghubungi bapa Muhamad Rahimi untuk mengadakan sidang akhbar bagi menyangkal dakwaan anaknya itu.

''Tetapi bapanya menolak kerana percaya dengan kejujuran Muhamad Rahimi,'' jelasnya.

Beliau kemudiannya menjangkakan Anwar dan pasukannya akan bertindak 'menyerang balas' terhadap pendedahan yang dilakukan oleh Muhamad Rahimi itu.

Sementara itu, salah seorang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, pendedahan berkenaan pasti akan digunakan PKR untuk mengaitkannya dengan kerja-kerja jahat UMNO.

''Sampai bila hendak melindungi keburukan Anwar? Kebenaran akan terserlah satu persatu.

''Tidak kiralah kebenaran itu terserlah dalam masa yang cepat atau lambat, ia bukan menjadi masalah,'' katanya.

Mengenai kekecohan yang berlaku pada sidang akhbar terbabit, Anuar berkata, pihaknya yakin kekecohan itu sememangnya dilakukan oleh ahli PKR.

''Saya kenal mereka itu semua. Tetapi, apakah akan ada yang mahu menafikan bahawa mereka itu ahli PKR?,'' soal beliau.

60 lagi warga emas pulangkan wang ihsan P Pinang
08/10/2010 5:09pm

BALIK PULAU 8 Okt. - Seramai 60 lagi warga emas yang menerima wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.

Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.

"Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.

"Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami,” katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.

Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan oleh Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua UMNO bahagian Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.